26 February 2013

Fakri Tinggalkan Portugal, Balik Wakili Kelantan

Harap boleh 'menjadi' main ngan Kelate!
Fakri Saarani Milik Kelantan
(25/2/2013)
Setelah berteka-teki akhirnya Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Fakri Saarani iaitu pemain kebangsaan yang sedang bermain di Portugal sah menjadi milik Kelantan.
Fakri yang bermain untuk kelab divisyen dua Portugal,Atletico S.C dikatakan 'terpaksa' beralih arah setelah kelab tersebut bakal bermain dalam Liga Divisyen Tiga Portugal yang dilihat tidak menguntungkan kerjaya beliau.
Fakri telah menandatangani kontrak dengan KAFA dan bakal disenaraikan dalam skuad 'baru' Kelantan menjelang pintu perpindahan pemain yang dibuka pada April nanti.
Seorang lagi pemain tempatan juga bakal mengisi tempat dalam skuad Kelantan dan dikatakan telah bersetuju untuk menyarung jersi The Red Warriors.Kemunculan pemain baru yang di gelar 'Double FD' oleh penyokong-penyokong Kelantan bakal menyaksikan kebangkitan semula The Red Warriors.
Selamat datang ke bumi asal tanah tumpah lahirnya Fakri Saarani dan kedatangan beliau diharap dapat mengisi kekosongan pemain dibahagian sayap kanan serta penyerang Kelantan.
***
Jadi bahan kutukan masa wakili HM
Ahmad Fakry Saarani Penyerang kebangsaan yg kini sedang beraksi bersama KELAB ATHLETICO SC DI PORTUGAL disahkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan TRW...semua rundingan antara KAFA/ATHLETICO/FAKRY telah selesai kelmarin dan KONTRAK YG BERMULA APRIL INI TELAH DISEMPURNAKAN MELALUI WAKIL KEDUA PIHAK DI PORTUGAL..KEHADHIRAN FAKRY AKAN MEMPERKASAKAN LAGI JENTERA SERANGAN TRW YG KINI TURUT MEMILIKI DIMI PETRATOS DAN DICKSON NWAKAEMI.....FAKRY DI JANGKA PULANG KE TANAHAIR MAC INI SEBAIK SAJA TAMAT LIGA DI PORTUGAL...THIS IS KOTA BHARU!!!!WELLCOME HOME FAKRY..Fakry adalah anak kelahiran kota bharu...ic 03!!
***
Ahmad Fakri Milik Kelantan
February 26, 2013
KOTA BHARU – Spekulasi tentang penyerang kebangsaan Ahmad Fakri Saarani akan kembali ke tanah air terungkai, selepas pemain itu sah menjadi milik pasukan Kelantan untuk mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.
Ahmad Fakri yang kini beraksi bersama Atletico SC dalam divisyen tiga Portugal dikhabarkan mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan The Red Warriors kelmarin dan kontrak itu terbuka untuk dilanjutkan.
Khabar gembira tersebut, diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial facebook miliknya, semalam.
Menurut Annuar, semua rundingan antara pihaknya bersama pemain berkenaan dan kelabnya, Athletico SC telah selesai dan kontrak tersebut akan bermula pada April ini.
“Semuanya telah sempurna melalui wakil kedua-dua pihak di Portugal. Kehadiran Ahmad Fakri akan memperkasakan lagi jentera serangan The Red Warriors yang kini turut memiliki Dimitrios Petrators dan Dickson Nwakaemi.
“Ahmad Fakri dijangka pulang ke tanah air Mac ini sebaik saja tamat liga di Portugal,” katanya.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, pemain negara yang beraksi dalam liga Portugal itu mungkin kembali beraksi dalam liga tempatan jika kelab yang diwakilinya gagal naik ke divisyen dua.
Namun, pengurus peribadi pemain itu, Faisal Zakariah berkata, perkara itu akan terjawab sebulan lagi sebelum Ahmad Fakri yang mewakili Atletico Sport Clube Reguengos membuat keputusan muktamad.
Dikhabarkan juga pemain kelahiran Kelantan itu turut mengintai peluang beralih angin ke liga negara jiran, Thailand jika mendapat tawaran.
Akhbar sebelum ini melaporkan, juara treble musim lalu, Kelantan dikhabar bakal menyunting bekas penyerang Felda United, Ahmad Fakri yang sedang menimba pengalaman bersama Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC) kelab Divisyen Tiga Portugal.
Sumber dalaman KAFA memberitahu, pemain tersebut berada dalam perancangan KAFA untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan lagi jentera serangan Kelantan selepas pintu pendaftaran pemain dibuka pada 8 hingga 22 April ini.
Ahmad Fakri yang merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan memulakan kerjaya selaku pemain bola sepak skuad Piala Presiden Perak pada tahun 2006 sebelum menyertai pasukan senior selama dua musim (2007 hingga 2008).
Bintang Ahmad Fakri terus bersinar apabila beliau kemudiannya dipanggil menyertai skuad Harimau Muda A pada musim 2008 hingga 2009.
Selain itu, dia juga pernah beraksi dengan beberapa pasukan seperti Perlis, Negeri Sembilan dan penampilan terakhirnya dalam Liga-M musim lalu ialah bersama KL Felda United FC.
Kemasukan Ahmad Fakri ke kem Kelantan dijangka mengakhiri masalah ketumpulan jentera serangan yang sedang melanda pasukan juara treble itu.
***
Kejutan Fakri !
26/2/2013
Kuala Lumpur: 'Permainan' apakah yang sebenarnya sedang berlaku ini?
Persoalan itu harus mengusik minda peminat bola sepak negara apabila dikejutkan dengan berita kepulangan semula Ahmad Fakri Sharani (gambar) dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) selepas tidak sampai dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC.
Ahmad Fakri yang menandatangani kontrak enam bulan dan beraksi bersama Atletico sejak bulan lalu disahkan sudah menandatangani kontrak dua musim dengan Kelantan - sekali gus akan beraksi bersama The Red Warriors (TRW) sebaik pendaftaran kedua pemain dibuka, April ini.
Faktor ejen Guimaraes?
Jika sebelum ini Ahmad Fakri bertegas terus kekal bersama Atletico SC, yang pasti kepulangannya untuk kembali beraksi dalam Liga-M akan menimbulkan banyak persoalan dan mencipta polemik baru - pemain tempatan yang beraksi di luar negara sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'.
Ini kerana dia bukan pemain pertama yang pulang dalam tempoh singkat kerana sebelum ini peminat dikejutkan dengan kepulangan bintang muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor dari kelab Portugal, SC Biera Mar selepas hanya enam bulan bersama kelab divisyen satu itu.
Menariknya, pemergian Ahmad Fakri dan Mohd Nazmi beraksi dengan kedua-dua kelab Portugal itu diuruskan oleh ejen Marco Guimaraes. 
***
Tengku Abdullah Terkejut Kepulangan Fakri
KUANTAN - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terkejut dengan kepulangan pemain negara, Ahmad Fakri Saarani (gambar) ke Liga Malaysia selepas dua bulan beraksi bersama Kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico SC.
Beliau sehingga kini masih belum mengetahui punca menyebabkan Ahmad Fakri mengambil keputusan untuk kembali ke negara ini.
"Saya pun tidak tahu dan terkejut juga apabila mendengar berita kepulangan Ahmad Fakri tapi saya percaya dia mungkin ada sebab tersendiri," katanya di sini, semalam.
Kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dipetik daripada entri akaun facebook miliknya sebagai berkata, Ahmad Fakri menandatangani kontrak dengan Kelantan dan dijangka pulang ke tanah air Mac ini sebaik sahaja tamat saingan Liga Portugal.
Menurut Tengku Abdullah, beliau akan menyiasat perkara itu dan akan bertemu pemain terbabit sekiranya perlu.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden FAM itu menasihatkan para pemain negara yang menerima tawaran dari kelab luar agar tidak mudah putus asa dan terus menimba pengalaman jika berpeluang beraksi di sana.
"Saya hendak nasihat pemain muda kalau boleh beraksi di liga luar negara kerana ia dapat membina pengalaman mereka.
"Kita tak ada banyak pilihan, kalau memilih biar yang terbaik dan kalau ada pilihan jangan pergi ke liga yang rendah daripada kita dan seelok-eloknya lebih tinggi daripada kita," jelasnya.
***
Episod Duka Berulang ?
Norashikin Leman 
BELUM terubat kekecewaannya terhadap pemain muda harapan negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dikejutkan pula dengan berita kepulangan Ahmad Fakri Saarani dari Atletico SC.
Pernah memuji ikrar penyerang muda Harimau Malaya itu yang berjanji untuk terus menimba ilmu di kelab Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos, Zolkples meminta pemain berusia 23 tahun itu menjelaskan hal sebenar.
“Keputusannya untuk pulang dan memilih beraksi dalam kancah Liga Malaysia selepas hanya dua bulan beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal itu, seakan mengulangi episod duka Nazmi sebelum ini.
“Saya masih belum jelas dengan alasan mengapa beliau (Fakri) pulang. Adakah balik kerana sudah tamat kontrak, ataupun ada sebab lain?
“Dengarnya, Kelantan ada membayar pampasan kepada kelab Fakri di Portugal, namun saya masih belum dapat kenyataan berhubung perkara tersebut,” katanya ketika ditemui di Bukit Kiara semalam.
Siasat Ejen
MENYIFATKAN kepulangan Fakri sebagai satu lagi kerugian kepada bola sepak negara,  Zolkples menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menyiasat ejen Fakri, Marco Guimaraes yang juga turut bertindak sebagai orang tengah kepada Nazmi apabila pemain itu meninggalkan kelab Portugal, SC Beira Mar dan menyertai PKNS FC.
“Orang yang sama menguruskan mereka, FAM perlu selidik tugasnya, sekadar mencari keuntungan atau punya perancangan lain yang lebih bagus selepas ini.
“Fakri sudah diberi kepercayaan oleh pasukannya untuk berada dalam kesebelasan utama, jadi mengapa perlu pulang?
Sedar kebebasan terletak kepada pemain itu sendiri, Zolkples bagaimanapun berpendapat, sebagai badan induk yang menguruskan kemajuan bola sepak negara, FAM perlu melakukan sesuatu untuk mengekang perkara sama berlaku kepada pemain lain pada masa akan datang.
Pemain Manja
DITANYA mengenai tanggapan yang menyifatkan pemain Malaysia sebagai ‘manja’ kerana gagal menyesuaikan diri dengan situasi negara luar, Zolkples berkata: “Banyak faktor yang boleh mendorong seseorang itu.
“Sepatutnya, mereka (pemain) melakukan kajian terlebih dahulu sebarang tawaran sebelum membuat keputusan.
“Tiada untungnya kalau sekadar berhijrah ke luar negara untuk memanaskan bangku simpanan,"katanya.
 

No comments: