21 February 2013

Kelantan Didenda Lagi, FAM Meloyakan!

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM 62,500 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara kekecohan semasa perlawanan menentang Johor Darul Takzim di Kota Bharu 15 Januari lalu.
Atas dakwaan kerana gagal mengawal ciri-ciri keselamatan semasa perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman, mendapati KAFA bersalah untuk empat pertuduhan.
"Kes pertama adalah insiden membaling mercun di dalam padang dan setelah meneliti bukti yang kita ada serta laporan pengawai pertandingan, denda RM 20,000 dikenakan manakala kesalahan kedua adalah kerana melontar objek yang membawa denda sebanyak RM2,500.
"Kemudian, Jawatankuasa Tatatertib juga mendapati tuan rumah bersalah kerana penyokong Kelantan telah melontar objek kepada penyokong Johor yang membawa denda RM20,000.
"Bagi kesalahan terakhir, kerana gagal memastikan ciri-ciri keselamatan semasa perlawanan itu, KAFA didenda RM20,000 dan secara keseluruhan bagi keempat-empat kesalahan adalah sebanyak RM62,500," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di sini, semalam.
Malah, KAFA turut diberi amaran terakhir bahawa mereka pasukan Kelantan mungkin terpaksa bermain dalam suasana stadium yang kosong di Kota Bharu jika masalah sama terus berlaku pada perlawanan-perlawanan akan datang.
"Jawatankuasa Tatatertib akan perhatikan tahap keselamatan pada perlawanan akan datang dengan hadir ke sana dan jika insiden sama berlaku sekali lagi, kami tidak teragak-agak mengarahkan perlawanan di Kota Bharu tanpa sebarang penonton di dalam stadium," katanya.
Kali terakhir KAFA didenda ialah pada perlawanan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang, 28 Ogos tahun lalu dengan jumlah RM40,000.
***
KAFA 'Pilihan' FAM 
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI@fazli.yadi@kosmo.com.my
NAMPAK gayanya, Kelantan terus menjadi persatuan ‘pilihan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk ‘menyumbang’ sumber kewangan kepada badan induk bola sepak negara itu.
Mana tidaknya, hampir setiap tahun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berada dalam senarai pasukan yang dihukum oleh FAM atas kesalahan-kesalahan membabitkan faktor keselamatan.
Hukumannya bukan belasan ringgit Malaysia, tetapi puluhan ribu.
Boleh dikatakan bahawa KAFA setakat ini, antara penyumbang sumber kewangan terbanyak kepada FAM menerusi denda yang dikenakan, hanya disebabkan kerenah penonton.
Sejak beberapa tahun lalu, FAM kecewa kerana setiap kali berlangsungnya perlawanan liga, stadium di semua negeri kosong, tetapi apabila penonton kembali membanjiri stadium, FAM pula yang mencari peluang untuk menghukum pasukan.
Penonton buat hal sikit, FAM ‘senyum’ kerana bagi mereka, pasukan terbabit pasti akan didenda.
Bila denda yang begitu tinggi nilainya dikenakan kepada pasukan terbabit, tidak mustahil selepas ini, stadium akan kembali kosong, dan peluang FAM untuk raih duit daripada denda, akan berkurangan.
Semalam, FAM sekali lagi menghukum KAFA dengan jumlah yang begitu besar iaitu RM62,500.
Selain itu, FAM juga memberi amaran kepada KAFA bahawa pasukan mereka bakal beraksi tanpa kehadiran penyokong sekiranya aspek keselamatan tidak diberi keutamaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman mengesahkan bahawa KAFA telah didenda dengan jumlah tersebut berdasarkan empat kesalahan ketika aksi perlawanan menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Sultan Muhammad IV pada 15 Januari lalu.
Ednan memberitahu, keputusan itu dibuat berdasarkan bukti serta laporan daripada pegawai pertandingan yang melibatkan isu keselamatan di Stadium Sultan Muhammad ke pada aksi Liga Super.
Jelasnya, KAFA didenda sebanyak RM20,000 atas kesalahan penyokong membaling mercun dalam stadium ketika perlawanan berlangsung.
“Bagi kesalahan kedua, KAFA didenda sebanyak RM2,500 ekoran kesalahan penonton membaling objek di luar padang serta kesalahan ketiga, penyokong membaling objek kepada penyokong-penyokong Johor DT yang menyebabkan KAFA didenda sebanyak RM20,000.
“Kesalahan keempat KAFA adalah gagal menyedia piawaian keselamatan yang lebih terjamin yang mana KAFA didenda sebanyak RM20,000.
“Hukuman tersebut adalah paling minimum dan KAFA tidak dibenarkan membuat rayuan, namun Kelantan tidak mengaku salah (atas pertuduhan itu).
“FAM menangguhkan (hukuman) seketika untuk menghukum KAFA beraksi tanpa kehadiran penyokong selepas menyaksikan kegagalan mereka berhubung dengan isu keselamatan.
“Begitupun, kami memberikan peluang kepada KAFA dan pihak kami akan menghantar pegawai-pegawai untuk menilai tahap keselamatan di Stadium Sultan Muhammad IV (bermula pada perlawanan menentang Perak pada 1 Mac depan).
“Jika masih gagal berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan hukuman beraksi tanpa penonton,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tatatertib FAM di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
Pada mesyuarat tersebut, Ednan turut memutuskan bahawa Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar kecil) digantung dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah melanggar Statut FAM iaitu Artikel 88.
Katanya, Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kewangan FAM dan AJK Bola Sepak Wanita didenda sebanyak RM38,000 di atas tiga kesalahan mempersoalkan kredibiliti FAM.
Selain itu, Shahidan turut didenda RM1,000 selepas didakwa menghina jawatankuasa tatatertib FAM apabila gagal membalas surat pertuduhan pada masa yang ditetapkan.
***
FAM Meloyakan!!!
Oleh Aziman Rosdi dan Shamsul Munir Safini
Kangar: “FAM satu entiti yang meloyakan. Saya sudah tidak tahu nak buat apa lagi demi kebaikan badan induk itu. Walaupun menyokong kepimpinan sedia ada, saya tetap dihukum,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim sejurus ditanya mengenai penggantungan dua tahun enam bulan serta denda RM39,000 yang dijatuhkan ke atasnya oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
Katanya, FAM bukan lagi tempat berpersatuan bagi kebaikan bola sepak Malaysia tapi lebih sebagai gelanggang untuk menjatuhkan hukuman serta denda.
“Sekarang siapa yang tidak mahu dikenakan tindakan tidak perlu menyokong FAM, sekiranya sokong, mereka bakal didenda.
“Saya yang hanya menyatakan sokongan digantung, malah tidak cukup dengan itu, saya turut didenda puluhan ribu ringgit.
“Bagi saya, buat apa berpersatuan jika tidak boleh memohon pertolongan. Malah lebih teruk, meminta pertolongan itu dianggap sebagai kesalahan. Jika tidak boleh memohon pertolongan atau memberi cadangan demi kebaikan, lebih baik jangan berpersatuan.
“Sekarang di mana tempat persatuan negeri hendak bergantung harap jika semua permintaan serta cadangan tidak diendahkan, sebaliknya dikenakan tindakan.” katanya.
Shahidan berkata, beliau akan kembali ke dalam FAM selepas tempoh pergantungannya tamat dan ketika itu beliau berharap tidak mahu lagi melihat muka-muka yang kini berada di FAM.
“Saya tahu tidak boleh berbuat apa-apa selain mengikut saja tindakan dilakukan mereka yang berkuasa. Pesanan saya kepada semua individu di luar ialah jangan sertai persatuan bola sepak kerana mereka mungkin dikenakan tindakan keras sekiranya menyokong kepimpinan ataupun memohon bantuan.” Menurutnya, kewangan PFA juga pasti terdesak selepas ketiadaan beliau dalam persatuan itu.
“Untuk makluman semua, saya kini menjaga semua soal kewangan PFA dan kesemua gaji pemain serta pegawai dikeluarkan dari poket saya sendiri.
“Jika saya tidak lagi boleh terbabit dengan entiti bola sepak, bagaimana nasib PFA? Saya harap FAM boleh melakukan sesuatu bagi membantu PFA, termasuk membantu membayar gaji pemain saya.” Menurutnya, soal gejala rasuah serta bookie juga belum diselesaikan FAM dan badan induk itu hanya tahu mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang menyokong dan memohon bantuan.
Sehubungan itu, beliau berkata akan meminta nasihat Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengenai cara untuk meneliti semula hukuman dijatuhkan ke atasnya.
“Memandangkan Annuar pernah mengalami nasib sama, saya rasa beliau pasti mempunyai nasihat bagaimana saya harus menangani isu ini.”
***
KAFA DIdenda RM62,500
Kelana Jaya: Kantung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kempis lagi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman denda RM62,500 atas kesalahan tindakan liar penyokong The Red Warriors pada perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu pada 15 Januari lalu.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membicarakan kes itu di Wisma FAM semalam.
Hukuman yang dikenakan itu berdasarkan empat pertuduhan oleh jawatankuasa itu selepas mengumpul segala bukti mengenai kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong Kelantan.
KAFA dikenakan hukuman denda RM20,000 bagi kesalahan penyokong mereka membaling mercun di dalam stadium, RM20,000 bagi kesalahan penyokong melontar objek ke arah penyokong JDT, RM2,500 bagi kesalahan penyokong melontar objek di luar padang dan RM20,000 bagi kesalahan gagal mengambil langkah keselamatan.
Malah pasukan juara tiga gelaran musim lalu itu juga bakal berdepan hukuman tambahan beraksi tanpa penonton selepas ini jika kejadian sama berulang kembali.
“Pihak KAFA tidak mengaku salah dengan kesemua pertuduhan itu tapi dengan bukti yang kami peroleh serta laporan pegawai perlawanan, kami berpuas hati dan membuat keputusan bahawa Kelantan bersalah.
“Selepas ini pihak Jawatankuasa Tatatertib akan mengawasi perlawanan Kelantan di Kota Bharu (menentang Perak pada 1 Mac) dan sekiranya masih berlaku kekecohan mereka boleh dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton pada perlawanan seterusnya. Buat masa ini kami menangguhkan dulu hukuman itu bagi memberi peluang kepada Kelantan,” kata Ednan.
Menurut Ednan, KAFA perlu menjelaskan denda itu dalam tempoh 14 hari selepas surat dikeluarkan dan tiada rayuan dibenarkan memandangkan hukuman itu paling minimum.
***
FAM Sudah Terlalu Sangat Melampau!
Tan Sri Annuar Musa : DI FAHAMKAN FAM MENDENDA KAFA RM62,500 kerana beberapa insiden sewaktu perlawanan kelantan vs JDT...RM20,000 kerana mercun...RM20,000 kerana penyokong membaling objek kpd pelawat..RM2,500 kerana membaling objek ke dlm padang dan RM20,000 kononnya kerana KAFA dikatakan gagal menyediakan kawalan Keselamatan secukupnya....ANDA BOLEH KOMEN TP SAYA NAK TUNGGU SURAT DULU...
Diatas adalah petikan kenyataan TSAM dalam laman sosial Facebook.  Sesuatu yang normal bagi KAFA dalam percaturan politik bolasepak negara. Rakyat Kelantan tentu sudah hilang sabar dengan badan induk bolasepak Malaysia ini yang sentiasa keterlaluan dan berat sebelah terutama dalam kes yang membabitkan Kelantan. 
Analoginya cukup mudah, kedatangan Johor Munafik Force (JMF) lengkap bersenjata di Stadium Sultan Muhammad ke-1V adalah satu tindakan terbodoh yang tidak pernah berlaku dalam sejarah bolasepak Malaysia. Apa hak JMF datang ke Kelantan dan menunjuk-nunjuk sedemikian rupa yang jelas bertujuan untuk membuat provokasi terhadap rakyat Kelantan.
Menurut si celaka Tengku Mahkota negeri itu  (TMJ) kedatangan JMF adalah kerana Sultan negeri yang berketurunan lanun itu ingin tengok bola. Itu alasan bodoh dari orang yang paling bodoh berbanding lembu yang paling bodoh didunia. 
 Kemudian penyokong JDT yang datang kebanyakkan berambut ala-ala askar dan membuat provokasi terhadap penyokong tuan rumah. Memang itu tujuan kedatangan mereka kerana mereka tahu sikap orang Kelantan yang 'gedebe'. Ini adalah perancangan terbodoh TMJ setelah kontroversi perpindahan beruk Mat Yo ke pasukan JDT. 
Laporan rasmi dibuat oleh KAFA tentang kehadiran JMF namun hasil dari mesyuarat jawatankuasa disiplin FAM yang dketahui oleh penjilat Presiden FAM memutuskan KAFA didenda. 
FAM memang tidak layak mentadbir bolasepak Malaysia dan wajar rakyat Kelantan untuk tidak bersekongkol dengan puak2 FAM serta perlu bertindakbalas terhadap FAM dalam apa jua cara sekali pun

Antara cadangan kawe ialah mana-mana penyokoing yang berani pergi ke mana-mana perlawanan yang tidak melibatkan Kelantan dan membawa mercun/bom asap dan baling ke padang. Kita tunggu dan lihat apa reaksi FAM terhadap persatuan bolasepak terbabit.
Tapi kawe rasa tak perlu buat kerana kita orang bertamadun. Cuma nak bagitahu kalau kita nak sabotaj orang lain, bila-bila masa kita boleh buat. Ingat payah ke nak buat.
Buat TMJ, apa yang kamu buat adalah idea TSAM semuanya..Nak harap kepada kebijaksanaan memang mu tak layak untuk dibandingkan dengan TSAM, Bapa Bolasepak Malaysia..TMJ hanya layak ditong sampahkan. 
Posted by nasru
***  
Selain didenda RM62500 oleh FAM gara2 isu lawe JDT,KAFA juga dikehendaki mengawal penyokong daripada bertindak keterlaluan bermula perlawanan menentang Perak di KB atau bermain dengan stadium yang kosong tanpa penyokong pada perlawanan berikutnya. Setakat hari ni Abe Daud napok FAM yang keterlaluan ko Kelate. Apapun,sep kito kena beruboh ke arah yang lagi baik. Serupo lawe Ganu bereni...steady jah sep kito. Wat gitu sokmo la....salam Maghrib drpd Abe Daud utk adik kakok di www.kelate.net
***
Penyokong TRW Kecewa Tindakan FAM
SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
PRESIDEN Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mohd Khairi Yazid terkejut dan kecewa dengan  tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) atas empat tuduhan, semalam.
"Memang tidak dinafikan perkara itu memang berlaku dan saya amat kesal dengan tindakkan segelintir penyokong Kelantan.
"Tapi ada juga penyokong pasukan lain melakukan perkara sama, tapi Jawatankuasa Tatatertib FAM tidak mengambil tindakan segera seperti mana yang dilakukan ke atas Kafa.

"Mereka selalu beri alasan, masih dalam siasatan kerana kekurangan bukti dan sebagainya seolah-olah kami dianaktirikan," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Semalam, FAM juga mengumumkan berkemungkinan pasukan Kelantan akan bermain tanpa penyokong di Stadium Muhammad IV pada perlawanan akan datang sekiranya Kafa gagal mengawal tingkah laku penyokongnya.
Beliau berharap dengan keputusan tersebut para penyokong The Red Warriors dapat mengambil iktibar dengan amaran keras yang di keluarkan oleh FAM.
"Kita mesti berfikir positif untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Saya menyeru agar penyokong TRW menjaga disiplin masing-masing dan tidak melakukan sebarang kekecohan terutamanya ketika perlawanan yang berlangsung di tempat sendiri," kata Khairi.

Kafa didenda RM62,500 atas empat pertuduhan yang membabitkan keselamatan sewaktu perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim pada 15 Januari lalu.
***
FAM Kejam!
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Kota Bharu: Penyokong Kelantan menyifatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kejam apabila memberi amaran, skuad The Red Warriors akan beraksi tanpa penonton di gelanggang sendiri jika insiden ketegangan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu ketika perlawanan antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim, pada 15 Januari lalu, berulang.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, amaran FAM itu keterlaluan dan tidak diperlukan.
“Amaran itu sangat keterlaluan kerana ia boleh membunuh kemeriahan sukan bola sepak di negara ini. Apa yang FAM tidak puas hati dengan Kelantan sebenarnya? Stadium Kota Bharu penyumbang hasil terbesar kepada FAM selama ini. Adakah ini sabotaj kepada pasukan Kelantan?” katanya. Akhbar semalam melaporkan, FAM menjatuhkan hukuman denda RM62,500 atas kesalahan tindakan liar penyokong Kelantan pada perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Mohammad IV di Kota Bharu pada 15 Januari lalu.
Keputusan itu diumum Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Ednan Othman selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membicarakan kes itu di Wisma FAM.

Hukuman yang dikenakan itu berdasarkan empat pertuduhan oleh jawatankuasa itu selepas mengumpul segala bukti mengenai kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong Kelantan.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda RM20,000 bagi kesalahan penyokong membaling mercun di dalam stadium, RM20,000 bagi kesalahan penyokong melontar objek ke arah penyokong JDT, RM2,500 bagi kesalahan penyokong melontar objek di luar padang dan RM20,000 bagi kesalahan gagal mengambil langkah keselamatan.
Malah pasukan juara tiga gelaran musim lalu itu juga bakal berdepan hukuman tambahan beraksi tanpa penonton selepas ini jika kejadian sama berulang kembali.
Bagaimanapun, Mahizi meminta penyokong Kelantan tidak mudah melatah berhubung denda yang diputuskan FAM dan berharap sentiasa tenang supaya tidak memburukkan lagi keadaan.
***
FAM Makin Tidak Terkawal
Oleh Saiful Affendy Sapran
Kuala Lumpur: “Kalau sudah tiada kawalan, bermakna mereka boleh buat apa saja yang mereka suka.”
Demikian pandangan pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengenai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dilihat semakin ‘kejam’ apabila tidak henti-henti menjatuhkan hukuman dengan yang terbaru, ke atas Datuk Seri Shahidan Kassim.
Shahidan seperti juga beberapa tokoh sukan sebelum ini, antaranya termasuklah Tan Sri Annuar Musa, menjadi mangsa terbaru Artikel 88 Peraturan 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan denda RM39,000 kerana kesalahannya membuat kenyataan mengkritik badan induk itu.
Bagi Kay Kim, FAM seharusnya lebih terbuka untuk menerima teguran dan kritikan kerana sedikit-sebanyak ia membantu menambah baik persatuan itu dan bukan sebaliknya apabila terus menjatuhkan hukuman ke atas pihak yang membuat teguran.
“Kita duduk dalam negara yang menggunakan sistem demokrasi. Bermakna kritikan itu dibenarkan dan (kritikan) perlu untuk menambah baik satu-satu institusi,” katanya.
Bagaimanapun jelas beliau, pada akhirnya keputusan tetap terletak di tangan FAM serta barisan jawatankuasa untuk menentukan hukuman ke atas mereka yang terbabit dan pihak luar tidak mempunyai kuasa melakukan perubahan.
“Itu terpulang pada mereka, jawatankuasa sudah putuskan.” Namun pada akhir perbualan, Kay Kim melemparkan nasihat yang sepatutnya diambil kira FAM dalam usaha memastikan arena bola sepak negara terus maju.
“Kita sepatutnya perlu lihat pencapaian skuad negara. Kalau pasukan negara tidak menunjukkan peningkatan, mereka (FAM) sepatutnya perlu bertanggungjawab.” Naib Presiden, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menjadi pegawai pertama badan induk kebangsaan itu yang dihukum pada 1991 disusuli Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pada 1991 dan 2007.

No comments: