Kemaskini pada February 18, 2013
Oleh Webmaster
SHAH ALAM – Khidmat Keita Mandjou bersama
Kelantan mungkin sampai ke penghujungnya jika aksinya ketika Red Warriors kalah
0-2 kepada Selangor di Stadium Shah Alam baru-baru ini dijadikan panduan.
Ini ditambah dengan luahan kecewa terhadap aksi
Keita daripada pengendali Kelantan sendiri, Bojan Hodak.
Bojan mengakui prestasi pemain antarabangsa
Guinea itu sudah berada pada tahap yang sukar untuk diterima sehingga
memberikan kesukaran buat Kelantan.
“Saya memang tidak berpuas hati dengan
persembahan Keita pada perlawanan ini (menentang Selangor) kerana gagal
berfungsi pada bahagian serangan.
“Dia tidak lagi pantas untuk menandingi
pertahanan lawan dan tidak banyak pergerakan berbahaya dapat dilakukan.
“Saya faham dia mengalami tekanan dari segi
mental kerana penyokong mengharapkan sesuatu yang lebih daripadanya kerana dia
pemain import. Dia sendiri perlu bangkit mengatasi masalah berkenaan, ”
katanya.
Pada perlawanan tempoh hari, Keita dimasukkan
pada separuh masa kedua menggantikan Mohd. Haris Safwan Kamal namun
kehadirannya tidak ubah sebagai ‘penumpang’ sahaja.
Kata Bojan, dia tidak perlu memberikan amaran
lisan kepada Keita supaya mempertingkatkan tempo persembahannya kerana sebagai
pemain profesional, dia sendiri tahu akan kelemahannya.
“Tidak guna memberikan sebarang amaran kerana dia
sendiri yang perlu sedar terhadap prestasinya yang tidak begitu bagus.
“Jika dia mahu kekal lama dalam pasukan, dia
sendiri perlu tunjukkan kualiti yang ada pada dirinya, ” katanya.
Khidmat pemain berusia 33 tahun itu dijangka
berakhir tidak lama lagi selepas namanya tidak lagi berada antara empat pemain
import Kelantan yang akan membawa cabaran ke Piala AFC.
Dickson Nwakemi bakal menjadi pengganti Keita
selain Dimi Petratos, Lek Kcira dan Obinna Nwaneri yang sememangnya berada
dalam senarai pendaftaran pemain.
***
Kelantan Hadapi Masalah Baru
Kota Bharu: Ketika masalah ketumpulan penyudah
jentera serangan Kelantan masih menghantuinya, Bojan Hodak kini berdepan
masalah baru – kealpaan benteng.
Ketua jurulatih dari Croatia itu mengakui faktor
itu menjadi punca The Red Warriors (TRW) kalah kepada Selangor 0-2 Jumaat lalu
selain masalah sama – ketumpulan penyudah jentera serangan.
Kemelut TRW kini bukan saja membabitkan jentera
serangan yang tumpul, tetapi juga benteng pertahanan yang mudah ditembusi
hingga memberi peluang kepada lawan menjaringkan gol sebagaimana berlaku ketika
menentang Selangor.
“Namun, saya harap pemain tidak mudah lemah
semangat dan tertekan, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan
menentang Terengganu Selasa ini (esok). Kita perlu lupakan segala kekecewaan
dan bangkit membuktikan kemampuan sebenar,” katanya semalam.
Tunggu pendaftaran kedua
Hodak yang mencipta nama dengan membantu Kelantan
menjuarai tiga piala musim lalu mengakui selain berharap jentera serangan
bangkit meningkatkan ketajaman, dia berharap pendaftaran kedua pemain April ini
mampu membantunya mengatasi posisi berkenaan.
“Sebagai jurulatih, saya bertanggungjawab
terhadap segala kelemahan dan berusaha memperbaikinya. Apa saja kritikan akibat
kegagalan untuk mempamerkan aksi terbaik, saya terima dan yakin pemain akan
bangkit membuktikan kemampuan,” katanya.
***
Komen-Komen Peminat
Bojan tak habis-habis mencari alasan. Benteng
pertahanan mudah ditembusi sebab ada lompong disebelah kanan akibat taktik
terdesak Hodak – Nik Shahrul yang berperanan sebagai fullback untuk membantu
serangan telah meninggalkan kesan sampingan iaitu kawasan bek kanan pincang.
Jadi Hodak harus dipersalahkan diatas taktik terdesannya bukannya menyalahkan
orang lain. Kami sudah muak dengan alasan demi alasannya untuk menutupi kekalahan.
Kehilangan 6 penyerang sekaligus (Gha, NS, Chanturu, Ramzul, Afiq dan Azlan)
menyebabkan bahagian serangan pincang itu sepatutnya diakui.
Benteng tak alpha sebenarnya tapi tak dapat absorb tekanan. Contohnya Nik
Shahrul yang tak biasa main turun-naik telah memberi kesan pada bahagian tepi
yang sebelum ini sukar ditembusi.
Tak perlu tunggu April untuk bangkit. Percaturan dan pemilihan pemain mestilah
tepat dan bijak bermula dari sekarang. BULAN EMPAT, BULAN EMPAT PUNCA CERITA
jangan nak berangan. Sila klik LIKE tanda sokongan.
Zairul Fitree lebih layak utk diletakkan di posisi
bek kiri, daudsu kembali ke posisi bek kanan dan bek tengah diterajui obinna
dan nik shahrul sbb back four ni lebih ampuh...zairul dan daudsu mampu
melakukan gerakan dari tepi manakala obinna dan nik shahrul mampu utk menahan
asakan serangan lawan (berdasarkan perlawan2 lepas tak termasuk pertemuan dgn
selangor)..zamri wajar diletakkan di posisi sayap kiri utk 1st half sebelum
ditukar dgn faiz sbb faiz belum fit utk bermain fulltime..farhan perlu
diletakkan di posisi sayap kanan, bukannya striker sbb farhan mampu membuat gerakan
dari tengah padang..penyerang boleh diletakkan gandingan indra dan haris/keita.
Kita ketandusan striker. Pemain yang keluar 6
striker dan 1 midfield, manakala pemain masuk Faiz Subri - wing, Zairo, Izuan -
midfielder cuma Harris dan Keita (Striker) tapi mereka tak perform. Keita
walamacamanapun mesti digunakan sehingga bulan 4 sebab gaji mahal. Jadi akan
anda ingin harris digandingkan dengan keita. Inilah punca ketumpulan jentera
serangan. Kalau anda perasan kita berlebihan pemain tengah berbanding striker.
Jadi Farhan adalah satu-satunya pemain yang boleh diharapkan untuk jadi
penjaring utama. Farhan terpaksa jadi striker sebab memang tak ada striker lain
yang perform.....
No comments:
Post a Comment