02 February 2013

Kelantan Dalam Dilema Pilih Pemain Import?

Pertratos
Perlawanan Persahabatan: TRW vs Semen Padang@2/2/2013 (Stadium Sultan Muhammad IV)

Keputusan penuh: KELANTAN 1-1 SEMEN PADANG
Kehadiran dua pemain import percubaan Salim Arrache dan Dickson Nwakaemi merancakkan kembali isu pemilihan pemain setelah ramai penyokong Kelantan berpuas hati dengan mutu permainan kedua-dua pemain ini bersama pemain import sedia ada Dimi Petratos dan Leck Kchiera.
Namun masih terlalu awal untuk menilai prestasi kedua-dua pemain ini, memandangkan mereka hanya beraksi sekejap sahaja dan perlu diberi peluang bermain sepenuh masa pada satu lagi perlawanan persahabatan menentang Felda United 7 februari ini.
Dalam pemerhatian awal, para peminat melihat Dickson Nwakaemi pemain yang mampu membayangi kelibat lemah Keita Mandjou dan pemain ini perlu membuktikan sesuatu bagi membalas pujian-pujian peminat selasa ini, itupun jika benar pemain ini berkebolehan serta mampu tersenarai menjadi peledak utama Kelantan april nanti.
Kelincahan Dimi Petratos mencari penyudah juga menambah kesukaran kepada ketua jurulatih memilih pemain-pemain import yang layak untuk membantu Kelantan dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC. Tidak hairanlah dua hari lepas presiden KAFA mengeluarkan status di laman Facebooknya ingin memilih 2 penyerang import dan meletakkan Obinna untuk saingan AFC, mungkin disebabkan beliau sudah mengetahui dilema situasi ini selain berusaha menghapuskan kemarau gol serta badi seri Kelantan pada ketika ini.
Siapapun pilihan pemain import Kelantan, seluruh penyokong Kelantan berharap Kelantan tidak mensia-siakan peluang jendela perpindahan april ini. Serahkan sahaja kepada yang pakar. GOMO KELATE GOMO...
***
Tan Sri Annuar Musa 
TRW 1-1 SIMEN PADANG...kita byk menggunakan pemain simpanan sambil menguji SALIM DAN DICKSON...DIMI CEMERLANG DAN PENILAIAN AWAL TERHADAP PEMAIN IMPORT DAPAT KITA BUAT..namun perlu di lihat beberapa perlawanan lagi...next bertemu FELDA UTD pada 7hb jam 4.45ptg..FAIZ SUBRI DAN AZIZI SEMAKIN MANTAP...insyaallah perlu usaha lebih keras utk MEMPERKASA TRW...
***
Import Baru: Bojan Serah Kepada Pengurusan
Dicson Nwakaeme
“SIAPA pemain import baru Kelantan, itu saya serahkan kepada pihak pengurusan tentukan.”
Itu jawapan ringkas Ketua Jurulatih, Bojan Hodak mengenai perkembangan terkini pemburuan awang import baru setelah Salim Arrache dari Perancis, Dickson Nwakaeme (Nigeria) dan seorang lagi pemain sedia ada, Dimitrios Pertratos menampilkan prestasi membanggakan pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Semen Padang FC yang berkesudahan seri 1-1, malam kelmarin.
Jika situasi semasa diambil kira, masa depan bekas pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia musim 2005-2007, Keita Mandjou bersama The Red Warriors dilihat semakin kelam rentetan terus mempamerkan aksi hambar dan gagal menjaringkan sebarang gol meskipun diberi peluang beraksi sejak beberapa perlawanan lalu.
“Dimitrios Pertratos menjaringkan gol tapi dia belum mencapai prestasi sebenar malam ini. Prestasi Keita Manjdou sekali lagi mengecewakan dan dia mempunyai masalah besar untuk menunjukkan aksi cemerlang di sini.
“Salim Arrache dan Dickson Nwakaeme mempamerkan aksi yang baik, tapi saya tahu kedua-dua mereka masih penat setelah mengharungi penerbangan jauh ke sini. Kita boleh tengok aksi sebenar mereka dalam perlawanan persahabatan menentang Felda United FC pada Khamis ini,” katanya kepada media sejurus perlawanan berakhir.
Hodak yang juga pengurus pasukan bagaimanapun secara berseloroh berkata, jika boleh beliau mahu mendapatkan penyerang Barcelona, Lionel Messi setelah pasukan juara tiga piala itu ketandusan jaringan dalam saingan Liga Super musim ini.
Mengulas mengenai aksi perlawanan tersebut, beliau nyata gembira dengan peningkatan prestasi beberapa pemain yang baru pulih daripada kecederaan, sekali gus memberikan banyak pilihan dalam menyenaraikan barisan terkuat Kelantan sebelum bertemu Selangor pada 15 Februari nanti.

No comments: