SHAH
ALAM, 15 Februari 2013 – Kelantan gagal dalam misi menamatkan kemarau
kemenangan apabila tewas kepada pasukan Selangor 0-2, di Stadium Shah Alam
malam tadi.
Gol-gol
Selangor dijaringkan pada separuh masa pertama perlawanan oleh penyerang import
mereka, Francis Forkey Doe (minit 12) dan pemain pertahanan, Ramez Jamal Dayoub
(minit 26).
Selangor
dilihat mendominasi keseluruhan permainan, mengatasi Kelantan yang masih belum
menemui penyudahan di bahagian serangan.
Dengan
keputusan tersebut, Kelantan kini berada di tangga ke 8 Liga Super dengan
jumlah kutipan 6 mata daripada enam perlawanan. Selangor pula mengambil tempat
sebagai peneraju Liga dengan kutipan 13 mata manakala Lions XII dan Pahang
berkongsi 12 mata untuk menduduki tempat ke 2 dan ke 3.
Kelantan
akan bertemu Terengganu untuk saingan Liga Super yang seterusnya pada 19
Februari 2013 di Kota Bharu.
***
Analisis Kelantan vs Selangor
Kemaskini pada February 16, 2013 Oleh Webmaster
Bismillahirahmanirahim
Lama dah x menulis rasanya. Selepas berehat agak
lama, janji kebangkitan diterjemahkan kepada kedefeatan 0-2. Bukan nak marah
tapi kecewa!
Menyentuh berkenaan taktikal, saya nampak
perlawanan malam ini adalah mirip dengan perlawanan TRW vs ATM pada perlawanan
pembuka tirai. Kalau admin boleh link dengan analisis TRW vs ATM lagi bagus.
Penguasaan lawan ke atas flank dan opponent avoidance to engage secara intensif
di kawasan tengah. Semua orang tahu (kecuali ???), TRW mempunyai kombinasi
pemain tengah terbaik ketika ini. Jadi TRG menggunakan flank sebaiknya untuk
mencipta 2 gol awal.
Idea asal Bojan meletakkan Daudsu dan Nik Sharul
sebagai fullback mungkin bertujuan untuk membuat attacking duties. Namun
keberkesan lawan menguasai flank menyebabkan jentera pertahanan TRW tidak boleh
absorb. Adakah hantaran lintang lawan benar-benar mantap atau pemain lawan kita
off position dan x challenge. Nik sangat baik apabila berganding di tengah
bersama Obinna. Adakah sehingga perlawanan ini, pemilihan posisi masih lagi menjadi
ujian dan perjudian?
Kemasukan Piya dan KM membawa sedikit nafas.
Namun sudah terlewat. KM pada pandangan saya sudah mencuba sehabis daya dia,
namun abiliti dan prestasi yang dipamerkan tidak mencukupi untuk membantu
sesuai dengan status beliau sebagai pemain import.
Saya paling suka scene bila Piya dililit “Band
Captain” oleh Indra, seolah-olah ada aura tersendiri. Tidak sampai 10 minit
beliau di atas padang tidak kurang 10 hantaran tepat yang berkualiti dicipta
beliau. Ia bukan sahaja soal Piya mencipta lorongan. Semua orang tahu Piya
berkemampuan membuat killer pass pada ruang yg sempit, sudut yg sukar… Ia soal
kesediaan rakan-rakan seperjuangan menerima hantaran beliau. Keserasian memang
wujud, cuma ketumpulan jentera serangan sahaja.
Jentera serangan, x perlu diulas dah… Kita perlu
Goal Machine ketika ini! Dalam musim-musim yang lepas, saya tidak pernah
runsing kalau TRW bolos 2-0 1st half, kerana kita tahu enjin diesel lambat
panas…Peluang untuk menang sentiasa ada. Sekarang setelah ketinggalan 2-0, kita
hanya mengharapkan magik. Bagaimana kita nak sustain hingga ke pertengahan
musim sementara menunggu tingkap perpindahan dibuka?
Berikut adalah kelemahan ketara pada taktikal
permainan:
1. Skill – skill bukanlah suatu perkara yang
boleh digilap sekelip mata. Jadi, bagaimana kita ingin menyesuaikan skill
player yang sedia ada dengan tactical playing yang hendak dibuat. Perkara ini
yang saya percaya memang menggeletek minda BH. Objektif tim adalah mencipta gol
dan menang.
2. Passing – Sebelum kemasukan Piya, kita cuba
bermain direct pass tetapi gagal kerana kita tidak dapat maju serentak ke atas
kerana ancaman permainan laju dan counter attack melalui flank. Sepatutnya kita
bermain short pass to space. Banyak kali saya sebut berkenaan ini. Pada ketika ini,
hanya ini sahaja yang kita mampu dengan pilihan pemain yang ada. Setiap kali
mana2 pemain memegang bola, paling kurang 3 orang pemain perlu berlari membuka
ruang dan memberi opsyen untuk passing atau bersedia menerima bola.
3. Penguasaan tengah – Ini kekuatan kita dan kita
perlu manfaatkan sebaiknya. Kita bukan Warrior yang bermain dengan ultra
defensive dan prepare untuk counter attack. Sesuatu harus difikirkan supaya
kita bermain dengan gaya permaianan dengan semua pemain berpeluang mencipta gol
terutamanya midfield.
4. Taktik – Dari segi taktikal sebenarnya kita
ketinggalan. Bukan TRW sahaja, bahkan keseluruhan liga kita. Selaju-laju tempo
game malam tadi yang kita nampak laju, sebenarnya ia adalah perlahan pada
peringkat global. Objektif kita bukan sahaja liga tempatan, kita juga mengejar
AFC. Pengurusan KAFA kene selalu update berkenaan hal
ini. Semakin hari saya melihat gaya permaianan
kita semakin tidak bersistem. Seolah-olah kita masuk ke padang dan try for
luck.
5. Winger – Winger menjadi Decisive Factor kepada
penciptaan peluang, attacking duties dan support defensive duties. Sehingga
kini, kita tiada winger yang benar-benar mantap. Maaf menyentuh faktor umur,
Farhan dan Indra hebat musim dulu, namun sudah berumur. Siapa pemain ketika
latihan yang mampu mencabar posisi mereka dalam pemilihan kesebelasan utama.
Ketiadaan cabaran dalam latihan dan pemilihan akan menyebabkan performance
tidak progresif, lack of development. Kita ada pemain muda, namun dipercayai
belum sampai masa untuk menjadi kesebelasan utama.
Dengan prestasi yang ditunjukkan sekarang,
percaturan yang streotype, taktik dan taktikal yang mudah dibaca menjadikan
saya ketiadaan idea untuk menulis. TRW bukan bergelut untuk berada dalam
kelompok 5 terbaik, TRW sekarang bergelut untuk sustain agar tidak terperosok
ke bawah liga. Tidak mustahil selepas ini saya berhenti. Bukan kerana kecewa,
tetapi kerana ketiadaan idea. Eloklah dibaca semula semua analis sebelum ini
terutamanya SWOT analysis.
Sebagai sisipan, saya quote ulasan lepas;
“Ketinggalan Mata – Sedar atau tidak kita sudah
mengharungi 4 perlawanan dari 22. TRW sudah menghampiri 20% game dan cuma
mengumpul 5 mata dari maksima 12. Jika diperhatikan dari rekod 2010 – 2012
juara liga mengumpulkan sekurang-kuran 77% daripada total mata maksimum. Musim
2013 mata maksimum 66. Untuk juara harus mengumpul lebih kurang 51 mata.Dengan
berbaki 18 game, TRW harus menang sekurang 13 dan bakinya seri…tanpa kalah.
Saya cuba untuk realistik, mampu ker?”
Macam mana jadinya ayat di atas selepas dari game
ini?
Sekian pemerhatian saya sebagai seorang penyokong
dan peminat TRW. Sesuatu haruslah dilakukan secara berani dan drastik. Semua
pandangan di atas adalah dari kaca mata saya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana
pihak.
Wassalam.
(Hamba Allah Anok Klate)
***
Ahad, Februari 17,
2013 (Blog Sokernet)
Selangor megah di singgahsana takhta Liga Super
setelah menang mudah 2-0 keatas Kelantan di Stadium Shah Alam. Formula 1 2 3
lompat zass yang dipraktikkan sebelum ini ternyata tidak dapat dibaca oleh
pemain Kelantan. Ramzul Zahini Adenan, bekas pemain lebihan skuad Kelantan
musim lepas menunjukkan kepada bekas pasukannya bahawa mereka silap besar
kerana mengabaikannya. Crossing gaya Beckham yang dihantar tepat ke kepala
Forkey Doe membuatkan Khairul Fahmi merenung tanah beberapa ketika. Tersentak
dengan gol seawal minit ke-12 itu, Kelantan cuba melancarkan serangan kearah
kubu Selangor. Tetapi ternyata status sebagai gergasi bola sepak negara
membuatkan Selangor tenang mengawal keadaan. S Venod, Mahali, Ramez, dan Asra
begitu mudah membaca pergerakan pemain Kelantan semudah membaca ABC. Ini
dibuktikan dengan ketenangan mereka bermain short pass dan passing dekat-dekat
melewati celah kaki beberapa pemain Kelantan. Para pemain Kelantan pula dilihat
terkejar ke sana ke mari umpama mengejar bayang-bayang sendiri.
Permainan mantap yang dipamerkan Selangor nyata
menggamamkan mereka. Hantaran-hantaran tepat dari midfielder terus ke kaki
Forward menggusarkan rentak mereka sehinggakan mereka kelihatan seperti bermain
galah panjang di tengah padang. Wajarkah juara treble diperlakukan sebegini
rupa? Melihatkan keadaan itu, jurulatih pasukan Kelantan, Bojan Hodak menukar
taktikal mereka kepada permainan yang lebih agresif untuk mendapatkan bola.
Ramai pemain Selangor yang dijatuhkan dan diterajang perut mereka kerana tidak
tahan dibuli. Cara itu mengundang padah pada minit ke-26 apabila Selangor
memperoleh sepakan percuma dari sudut kiri gol Kelantan. Tendangan yang diambil
oleh Mahali ditanduk kemas oleh Ramez Dayoub untuk gol kedua Selangor. Khairul
Fahmi sekali lagi terpinga-pinga dan tunduk merenung tanah, kali ini lama
sedikit.
Gol kedua itu nyata membunuh terus semangat pasukan
Kelantan. Penyokong mereka yang sebelum ini riuh dan mendabik dada dengan tiga
piala terdiam sepi. Mujurlah mereka sudah membuang perangai lama mereka iaitu
membaling botol ke tengah padang. Abang-abang polis yang ditugaskan mengawal
tingkah laku mereka hanya memakan gaji buta sahaja. Peniaga-peniaga pula
tersenyum lebar apabila penyokong Kelantan memborong semua barang makanan
mereka akibat stress dengan permainan lemah yang ditonjolkan pasukan mereka.
Babak kedua memberikan sedikit sinar harapan buat mereka apabila kapten
fantastik, Piya dimasukkan. Tapi pemain Selangor peduli apa, dengan Piya Piya
di'nutmeg' secara bersahaja oleh Ramez.
Selangor kekal bermain tiki-taka sehingga ke
wisel penamat untuk meletakkan mereka megah di puncak singgahsana Liga Super.
***
Ulasan TSAM
Tan
Sri Annuar Musa@16-2-2013
No comments:
Post a Comment