Pahang 2013 |
Posted By Admin On Sunday, February 24, 2013
Pahang dan Kelantan terima seri 2 – 2 dalam aksi mendebarkan di Stadium
Darul Makmur, Kuantan.
Gol Kelantan masing masing dijaringkan oleh Farhan dan Keita Mandjou.
***
Kelantan Kutip 1 Mata di Kuantan
KUANTAN, 24 Februari – Kelantan terpaksa
berpuashati dengan keputusan seri apabila terikat 2-2 dengan Pahang dalam
pertemuan yang berlangsung semalam di Stadium Darul Makmur.
Pahang yang mempamerkan persembahan yang
bertenaga gagal dalam beberapa percubaan awal untuk menembusi benteng
pertahanan Kelantan.
Mereka seterusnya dikejutkan dengan jaringan gol
jaringan Norfarhan pada minit ke 10. Corak permainan pantas ditunjukkan oleh
kedua-dua pasukan dengan aksi-aksi berbalas serangan.
Pahang kemudiannya berjaya mendapat gol penyamaan
di minit-minit akhir separuh masa pertama hasil jaringan Mohd Hafiz Kamal.
Pahang agak tertekan apabila terpaksa beraksi
dengan 10 pemain setelah Mohd Hafiz Kamal dilayangkan kad merah kerana
mengasari Mohd Zamri Ramli ketika perebutan bola pada minit ke 63.
Peluang tersebut dimanfaatkan oleh Kelantan
apabila Keita Mandjou meletakkan semula Kelantan mendahului jaringan apabila
percubaan beliau menewaskan penjaga gol Pahang, Rosfaizul Azuar Ali pada minit
ke 84.
Walau bagaimanapun, kegembiraan Kelantan tidak
bertahan lama apabila Pahang mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh
Mohd Fauzi Roslan, mengikat keputusan muktamad Pahang 2, Kelantan 2.
***
Game yang
menarik..pemain sudah mencuba bersungguh sungguh tapi PENALTY YANG SGT
MERAGUKAN..tapi apa kan DAYA..satu lagi game berat menanti...FA CUP, VS PKNS...
Saturday
at 7:22am near Kampung Tanjung Lumpur, Pahang
Suasana di
STADIUM DARULMAKMUR amat membanggakan..penuh sampai ada yg berdiri..lebih dari
30,000...yg menariknya ialah ULTRAS PAHANG BEGITU RAMAI DAN MEMBERI IMPAK..set
GENDANG klate pun bagus DAN PENYOKONG KITA KIRA KIRA 5000 penuh
BERDISIPLIN...TERIMA KASIH SEMUA.
TRW VS PAHANG MLM INI PASTINYA MENARIK...satu game YANG SUKAR BUAT TRW namun para pemain cukup bersemangat..TERIMA KASEH TRW PAHANG FAN CLUB YANG MENGATUR PELBAGAI PROGRAM KHAS TERMASUK KONVOI DAN AKTIVITI DI PERKARANGAN STADIUM...SEMOGA FAN KELANTAN DAN PAHANG SENTIASA MUHIBBAH DAN BERSAMA...AMBO KLATE DAN PUAN SRI PAHANG..NAMUN SELAMANYA KLATE!!!!!
Saturday
at 12:10am near Kampung Tanjung Lumpur, Pahang
***
Kontroversi Di Pantai Timur
Pertemuan dua pasukan Pantai Timur antara
Pahang dan Kelantan semenangnya menjadi perhatian semalam, dan turut
disulami dengan beberapa keputusan panas serta adegan-adegan yang mengundang
kontroversi.
Penyelamat pasukan Pahang, Hafiz Kamal yang menjaringkan gol penyamaan pada
penghujung separuh masa pertama, menjadi satu-satunya pemain yang dilayangkan
kad merah pada perlawanan tersebut. Tindakan kurang professional pemain itu
sepatutnya tidak dilakukan oleh mana-mana pemain sekalipun.
Menyiku, menyepak dan memijak pemain Kelantan berjersi no 14 Zamri Ramli,
adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima dan layangan kad merah adalah
tindakan yang tepat dilakukan oleh pengadil perlawanan. Ini kerana tindakan
tersebut dilihat dilakukan secara sengaja dan mungkin ianya dipengaruhi oleh
emosi atau sikap panas baran seorang pemain muda.
Satu lagi insiden yang mengundang kontroversi pada perlawanan tersebut adalah
sepakan penalti yang diterima oleh pasukan Pahang. Sentuhan yang dilakukan oleh
Obinna terhadap Fauzi Roslan di tepi garisan kotak penalti pasukan Kelantan,
menjadi punca Pahang dihadiahkan sepakan penalti.
Ada diantara penyokong-penyokong pasukan Kelantan meluahkan rasa tidak puas
hati mereka terhadap tindakan pengadil perlawanan yang menghadiahkan sepakan
penalti kepada pasukan Pahang. Ini kerana pada sudut pandangan mereka, sentuhan
atau kekasaran yang dilakukan oleh Obinna, bukalah dilakukan didalam kotak
penalti.
Penyokong-penyokong pasukan Kelantan juga mempercayai sekiranya pasukan Pahang
tidak dihadiahkan sepakan penalti, kemungkinan besar pasukan Kelantan akan
memenangi perlawanan pada malam tersebut.
Pahang dan Kelantan berkongsi 1 mata hasil jaringan 2-2 pada pertemuan
tersebut. Keadaan di stadium yang dilihat penuh turut membuktikan bahawa
peminat bola sepak negara kita masih terus mempercayai pasukan pilihan meraka.
Moga insiden-insiden yang mengundang kontroversi tidak menghalang
penyokong-penyokong untuk terus turun ke padang dan memberikan sokongan.
Bersama memartabatkan
liga kita.
***
Terengganu Kejutkan ATM
KUALA TERENGGANU - Tanpa empat tonggak utama termasuk dua pemain import,
Terengganu membuat kejutan dengan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
3-2 biarpun terpaksa berhempas-pulas sehingga ke masa kecederaan dalam aksi
bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.
Biarpun berada di tangga kedua tercorot liga, mata kemenangan kedua ini
cukup bermakna apatah lagi dengan menundukkan pendahulu liga, ATM apabila
berjaya memecah kebuntuan gol hasil jaringan Md. Khairul Ramadhan pada minit
ke-28.
Terengganu yang beraksi tanpa Effa Owona, Vincent Bikana, Muhammad Faizal
Mohd. dan Ismail Faruqi sering menjadi sasaran mudah pelawat apabila sesekali
rembatan anak didik B.Sathianathan tepat ke gawang tuan rumah, namun dapat
diselamatkan.
Tganu vs ATM |
Pelawat mula bangkit pada babak kedua dengan serangan bertali-arus ke gawang
tuan rumah sehingga berlaku kekalutan dalam kotak penalti Terengganu sekali gus
memberi ruang pelawat memperoleh gol hasil tandukan pemain import ATM, Marlon
Alex James pada minit ke-74.
Tersentak dengan aksi garang pelawat, Terengganu terus menajamkan jentera
serangan yang kemudiannya menghasilkan gol tambahan buat anak didik
E.Elavarasan hasil rembatan kencang Md. Ashaari Samsudin pada minit ke-80
selepas bola yang ditepis penjaga gol ATM, Md. Farizal Harun melantun
kepadanya.
Bagaimanapun, ATM yang enggan mengaku kalah terus memberi tentangan hebat
apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-89 hasil sekali lagi
kekalutan di pintu gol tuan rumah yang tidak berjaya dihalang oleh penjaga gol
Terengganu, Md. Sharmiza Yusoff.
Tidak mahu dirundung kekalahan lagi selepas tewas 0-2 dengan Kelantan pada
perlawanan lalu, skuad Penyu bertarung habis-habisan dengan memanfaatkan masa
tambahan empat minit apabila rembatan Ashaari yang menjadi penyelamat pasukan
itu berjaya diperoleh sekali gus menafikan impian ATM memperoleh tiga mata
penuh pada pertembungan itu.
Dalam pada itu, jurulatih pasukan Terengganu, Elavarasan mengakui kemenangan
menentang pasukan teratas liga itu memberi motivasi dan semangat buat
pasukannya.
"Walaupun tanpa empat tonggak kita berjaya kalahkan pasukan kuat ini
dan kita harus beri pujian kepada pemain yang beraksi cemerlang sehingga ke
masa tambahan dan berjaya memperoleh gol kemenangan," katanya.
Sementara itu di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang yang terpaksa bermain
dengan 10 orang, bernasib baik berjaya mengikat Kelantan 2-2 selepas
dihadiahkan sepakan penalti pada saat akhir.
Norfarhan Muhammad membuka tirai jaringan untuk pasukan pelawat pada minit
ke-10, sebelum Mohd. Hafiz Kamal menyamakan kedudukan skuad Tok Gajah pada
minit akhir separuh masa pertama.
Pahang bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-61
selepas Mohd. Hafiz dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Lismotia
Mohem Mohd. Tisan kerana mengasari pemain Kelantan, Mohd. Zamri Ramli.
Pasukan pelawat mengambil peluang kekurangan seorang pemain tuan rumah
apabila mereka menggandakan kedudukan menerusi gol tandukan penyerang import,
Keita Mandjou pada minit ke-83.
Skuad Tok Gajah yang mendapat sokongan 30,000 penyokong bagaimanapun tidak
berputus asa dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang
disempurnakan penyerang Mohd. Fauzi Rozlan pada minit ke-85.
Sepakan penalti itu diberikan pengadil Lismotia Mohem selepas pertahanan
Kelantan Obinna Nwaneri menjatuhkan Mohd. Fauzi dalam kotak penalti.
No comments:
Post a Comment