Kemaskini pada February 16, 2013
Oleh Webmaster
PRESIDEN Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa),
Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pasukannya tidak panik meskipun tewas 0-2
kepada Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Sambil menyifatkan ia sebagai cabaran yang perlu
dihadapi oleh pasukan berstatus juara bertahan, Annuar berkata, pihaknya akan
muncul dengan “senjata baru.”
“Terengganu, Pahang, Perak, Lions XII dan
Angkatan Tentera Malaysia ialah lima perlawanan yang terpaksa dilalui sebelum
TRW diperkasakan.
“Saya berharap pemain akan berusaha sebaik
mungkin sebelum TRW akan dibekalkan dengan senjata baru,” katanya.
Menulis di laman sosial Facebook hari ini, kata
Annuar, “apa pun jangan panik. Di saat sukar begini kita akan bersama pemain
mengumpul tenaga dan keyakinan diri.”
“Kecatatan pada pasukan akan tetap kita perbaiki
sebaik saja kita berpeluang melakukannya,” tulis Annuar lagi.
Tambah Annuar, “kita sudah ada penyelesaiannya dan
sasaran untuk kekal di tangga keempat terbaik akan kita teruskan.”
“Lagipun, usaha kita tak kenal kecewa atau patah
semangat. Ini kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,” kata
beliau lagi.
Semalam, misi Kelantan untuk meraih tiga mata
tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Selangor.
Dengan kekalahan itu, Kelantan kini menduduki
tangga kelapan dalam Liga Super. Ia hanya mencatat satu kemenangan, tiga seri
dan dua kali kalah.
Mengulas lanjut kekalahan itu, Annuar berkata,
“semalam adalah satu perlawanan yang sangat sukar.”
“Tidak dinafikan Selangor akan lebih kuat di
gelanggang sendiri. Bagi saya ini adalah percubaan karakter untuk pemain The
Red Warriors (TRW).
“Lagipun pemerkasaan TRW belum sempurna
sehinggala 8 April ini. Kita akan merancang dan memperbaiki barisan penyerang
dengan tiga bintang baru,” kata beliau lagi.
Pada masa yang sama, Annuar turut meminta semua
pihak pengurusan Kelantan bekerjasama untuk memperbaiki dan mengembalikan
kembali kegemilangan pasukan Kelantan.
“Saya mahu pengurusan pasukan di perkemas di mana
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim akan diarah untuk menjadi pengurus pasukan
dan di bantu oleh Wan Badri.
“Bojan (Hodak) pula hanya tertumpu kepada aspek
kejurulatihan. “Pembantu jurulatih pula diminta lebih berperanan untuk membantu
pemain, memahami dan berkomunikasi dengan lebih baik,” katanya.
***
ALHAMDULILLAH Hari ini satu lagi kontrak pemain di tandatangani walaupun belum boleh di umumkan demi kebaikan TRW dan mengelak halangan tertentu..DOUBLE FD semakin pasti..sementara tu saya doakan TRW lakukan yg terbaik utk 5 perlawanan BERBAKI..sasaran mengutip 18-20 mata utk PUSINGAN pertama liga...MEMBINA PASUKAN MEMAKAN MASA BERTAHUN..utk mencacatkannya HANYA SEKELIP MATA..
Tan Sri Annuar Musa
Tugas yg berat terpaksa di pikul..ikhtiar perlu di cari..kelemahan pasukan perlu di perbaiki..yg terus sokong waktu TRW lemah kita amat menghargai...yg nak tunggu TRW kuat baru nak mari nok wat guano...TRW TIDAK AKAN BERPUTUS ASA...adat bersukan tak mungkin kuat sokmo...baru ni ARSENAL di tewaskan BLACKBURN!!!!!yg penting kita berusaha..insyaallah..dulu kita bangkit dari BAWAH pun kita boleh..ini kan pula kita pernah di puncak...YG SEMEMANGNYA TAK MEMBANTU AKAN TERUS TIDAK MEMBANTU TAPI MASIH RAMAI YG TERUS MEMBANTU..DAN KITA HARUS HARGAI PIHAK YG MEMBANTU!!!!!
Tan Sri Annuar Musa
Syukur...hari ini (16/2/2013) sijil ITC utk DICKSON
sudah di perolihi DARI VIETNAM FOOTBALL FEDERATION dgn itu beliau sudah boleh
didaftarkan menggantikan KEITA MANDJOU utk AFC..pemain import AFC CUP ialah
DIMI PETRATOS,DICKSON NWAKAEMI,OBINNA NWEIRI,dan LEK KCIRA.
***
TSAM: Kita tak Perlu Panik
KOTA BHARU-Februari 2013 – Presiden Persatuan
Bola Sepak Kelantan (KAFA) dalam sidang media yang diadakan di The Red Warriors
Station @ KTC sebentar tadi, mengakui bahawa terdapat kecacatan terhadap
pasukan Kelantan awal musim ini.
Tan Sri Hj Annuar menekankan bahawa masalah
sebenar pasukan Kelantan adalah ketiadaan penyerang dan setakat ini Kelantan
masih belum menemui gantian yang setimpal dengan penghijrahan empat pemain
musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha, Ghaddar, S. Chanturu dan Nurul Azuan Roya.
Ditanya pemberita tentang perancangan yang
diambil oleh pasukan, Tan Sri Hj Annuar menerangkan, penugasan semula Hj Azman
Ibrahim sebagai Pengurus Pasukan adalah langkah segera yang diambil.
“Saya dan Azman akan memantau perjalanan pasukan,
terutama berkenaan penerapan semangat berpasukan dan disiplin semasa latihan,”
kata Tan Sri Hj Annuar.
“Kita tak perlu panik. Pasukan memang sedang
menghadapi masalah, dan ini adalah cabaran untuk kita. Kita sahut cabaran ini
dan akan membuat beberapa perubahan,” tambah beliau lagi.
Kelantan dijangka akan menyenaraikan beberapa
pemain baru menjelang ruang pendaftaran semula pemain untuk Liga Malaysia April
nanti.
Pengurusan pasukan memperuntukkan RM1 juta bagi
tujuan tersebut untuk pegambilan pemain baru yang menepati dua kriteria
pemilihan asas iaitu mesti mewakili negara dan bertaraf antarabangsa.
Ketika ditanya tetang pemain yang bakal
disingkirkan, Tan Sri Hj Annuar dengan nada tegas mengatakan, “kita tidak
memikirkan lagi siapa dan sepatutnya ia bukan keutamaan untuk menjadi tajuk
berita.”
“Pemain yang ada sekarang dalam pasukan tetap
akan bermain. Kita ada 5 lagi perlawanan Liga Super, 3 perlawanan FA dan dua
perlawanan AFC sebelum ruang untuk daftar semula.”
Pasukan dijangka mengumumkan barisan baru pada
akhir bulan Mac sebelum pendaftaran semula Liga dibuka pada 8 April akan
datang.
***
Anuar Minta Penyokong Jangan Buat Andaian
KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta penyokong setia The Red
Warriors jangan membuat sebarang andaian berhubung krisis prestasi yang melanda
gergasi Pantai Timur itu.
Katanya, ada sesetengah pihak cuba mengaitkan prestasi tidak menentu
Kelantan ketika ini disebabkan kegagalan pihak pengurusan membayar bonus dan
melunaskan janji-janji dibuat sebelum menjulang kejuaraan trebel musim lalu.
"Inilah penyakit rakyat Kelantan suka buat cerita dan andaian. Semua
(bonus) sudah dibayar. Jadi mereka fikir pemain bila ada bonus mereka main elok
dan prestasi buruk disebabkan tiada bonus, tidak ada.
"Pasukan Kelantan kini tidak mempunyai penyerang dan tiada pengganti
yang serupa seperti Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Muhammad Ghaddar, S.
Chanturu dan Nurul Azwan Roya.
"Saya yakin kesemua pemain sudah sedaya upaya bermain untuk mencipta
kemenangan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Beliau sebelum itu menghadiri majlis penyerahan penajaan sebuah kereta
Proton Persona oleh syarikat Secretleaf diwakili Pengarah Urusannya, Amir
Ramadzan Ibrahim di Pusat Dagangan Kelantan dekat sini.
Annuar berkata, sekiranya jika pihak pengurusan KAFA memberi bonus yang
banyak kepada pasukan yang tidak bagus, ia tetap tidak bagus dan begitulah
sebaliknya.
Katanya, tindakan beberapa pemain yang meninggalkan pasukan tidak melalui
saluran biasa menyebabkan Kelantan berdepan masalah terutama dari aspek
teknikal.
Beliau sekali lagi menyifatkan masalah yang dilalui Kelantan ketika ini
berpunca daripada masalah ketiadaan penyerang yang mampu menggantikan penyerang
sebelum ini sehingga memberikan impak besar kepada prestasi pasukan.
"Pemain pergi tiada masalah, tetapi pergi di saat akhir menyebabkan
pengurusan tidak berkesempatan untuk membuat gantian, menjejaskan pasukan dan
tindakan berkenaan boleh ditafsirkan sebagai sabotaj yang kesannya sangat
besar.
"Saya hanya mampu menukar pemain atau membuat pelaburan tambahan. Sebab
itu saya kata kalau setakat Mat Yo bayar RM299,000, itu tidak boleh buat
apa-apa. Kita memerlukan RM1 juta mengubati masalah yang ada," ujarnya.
Dalam pada itu, Annuar turut mengumumkan, tiga lagi muka baru akan membuat
penampilan bersama The Red Warriors sebaik jendela perpindahan dibuka
pada 8 April ini dan mereka bukan sekadar pemain 'tangkap muat', tetapi dipilih
dengan kriteria yang cukup ketat.
***
Anuar Minta Penyokong Jangan Buat Andaian
KOTA BHARU - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta penyokong setia The Red Warriors jangan membuat sebarang andaian berhubung krisis prestasi yang melanda gergasi Pantai Timur itu.
Katanya, ada sesetengah pihak cuba mengaitkan prestasi tidak menentu Kelantan ketika ini disebabkan kegagalan pihak pengurusan membayar bonus dan melunaskan janji-janji dibuat sebelum menjulang kejuaraan trebel musim lalu.
"Inilah penyakit rakyat Kelantan suka buat cerita dan andaian. Semua (bonus) sudah dibayar. Jadi mereka fikir pemain bila ada bonus mereka main elok dan prestasi buruk disebabkan tiada bonus, tidak ada.
"Pasukan Kelantan kini tidak mempunyai penyerang dan tiada pengganti yang serupa seperti Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Muhammad Ghaddar, S. Chanturu dan Nurul Azwan Roya.
"Saya yakin kesemua pemain sudah sedaya upaya bermain untuk mencipta kemenangan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.
Beliau sebelum itu menghadiri majlis penyerahan penajaan sebuah kereta Proton Persona oleh syarikat Secretleaf diwakili Pengarah Urusannya, Amir Ramadzan Ibrahim di Pusat Dagangan Kelantan dekat sini.
Annuar berkata, sekiranya jika pihak pengurusan KAFA memberi bonus yang banyak kepada pasukan yang tidak bagus, ia tetap tidak bagus dan begitulah sebaliknya.
Katanya, tindakan beberapa pemain yang meninggalkan pasukan tidak melalui saluran biasa menyebabkan Kelantan berdepan masalah terutama dari aspek teknikal.
Beliau sekali lagi menyifatkan masalah yang dilalui Kelantan ketika ini berpunca daripada masalah ketiadaan penyerang yang mampu menggantikan penyerang sebelum ini sehingga memberikan impak besar kepada prestasi pasukan.
"Pemain pergi tiada masalah, tetapi pergi di saat akhir menyebabkan pengurusan tidak berkesempatan untuk membuat gantian, menjejaskan pasukan dan tindakan berkenaan boleh ditafsirkan sebagai sabotaj yang kesannya sangat besar.
"Saya hanya mampu menukar pemain atau membuat pelaburan tambahan. Sebab itu saya kata kalau setakat Mat Yo bayar RM299,000, itu tidak boleh buat apa-apa. Kita memerlukan RM1 juta mengubati masalah yang ada," ujarnya.
Dalam pada itu, Annuar turut mengumumkan, tiga lagi muka baru akan membuat penampilan bersama The Red Warriors sebaik jendela perpindahan dibuka pada 8 April ini dan mereka bukan sekadar pemain 'tangkap muat', tetapi dipilih dengan kriteria yang cukup ketat.
No comments:
Post a Comment