Oleh YATIMIN ABDULLAH utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Misi Kelantan untuk mengutip
tiga mata penuh tempang selepas kehilangan dua tonggak utama, Nik Shahrul Azim
Ab. Halim dan Mohd. Shakir Shaari pada aksi Liga Super menentang Perak malam
ini.
Kedua-dua pemain itu belum pulih daripada kecederaan yang dialami ketika
bertemu Pahang bulan lalu, dan ketiadaan mereka dikhuatiri akan menempangkan
benteng pertahanan Red Warriors.
Bojan Hodak perlu mencari ramuan terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan
Nik Shahrul Azim dan Mohd. Shakir jika mahu memenuhi matlamat meraih mata penuh
di Stadium Sultan Muhammad IV.
Pengendali Kelantan itu bagaimanapun percaya, kehilangan dua tonggak utama
itu tidak akan menjejaskan tumpuan pasukan, malah melihat prestasi semasa, dia
optimis kemenangan mampu diraih, sekali gus memperbaiki kedudukan mereka dalam
carta liga.
"Biarpun kita pernah menewaskan Perak dengan jaringan yang besar musim
lalu, namun kita tidak boleh jadikan itu sebagai ukuran. Harus diingat cabaran
kini berbeza, Perak amat kuat musim ini dan mempunyai pertahanan kental.
"Hanya melepaskan lima gol dalam tujuh perlawanan membuktikan
pertahanan mereka cukup mantap tetapi kita tidak akan memberi laluan mudah buat
mereka," katanya.
Hodak juga menambah, pembatalan perlawanan Piala FA menentang PKNS yang
sepatutnya berlangsung Selasa lalu memberi rehat lebih panjang kepada
pemainnya.
"Tetapi kita kena ingat, Perak juga berehat panjang selepas perlawanan
menentang LionsXII yang dijadualkan pada Sabtu lalu telah ditunda ke April.
"Begitu juga dengan Piala FA, mereka juga tidak beraksi selepas tewas
awal dalam perlawanan pusingan pertama dan keadaan ini memberikan ruang kepada
mereka untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya lagi.
***
Kelantan Waspada Strategi Perak
Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan
penundaan aksi Piala FA pusingan ke-2 bertemu PKNS FC memberi satu kelebihan
buat skuadnya menjelang pertemuan dengan Perak pada Jumaat.
Bagaimapaun menurut
Hodak, keadaan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan momentum pasukannya yang
kini sudah menemui rentak terutamanya di jentera serangan.
Hodak berkata,
meskipun anak buahnya memiliki rehat yang cukup selepas penundaan perlawanan
Selasa lalu namun harus di ingat Perak juga mendapat tempoh rehat yang sama
apabila tidak beraksi pada pusingan ke-2 selepas kecundang kepada Johor Darul
Takzim di pusingan pertama.
"Kedua pasukan
tidak bermain dalam Piala FA, jadi ada kelebihan dan
kekurangannya,"katanya.
Keadaan cuaca tidak
menentu di Kota Bharu apabila hujan tanpa henti sejak Ahad lalu turut
mengundang kerisauan Hodak kerana situasi itu akan mengakibatkan keadaan padang
tidak memuaskan hingga mampu menjejaskan kualiti pemainan kedua dua pasukan.
"Ia permainan
sukar yang bermain kerana masalah padang. Kita tidak bermain secara
betul," tambahya.
7 Julai tahun lalu
Kelantan membelasah Perak 6 -0 untuk kemenangan ke-6 daripada 8 pertemuan.
Sementara kemenangan sulung Perak tercipta pada 2011 dengan keputusan 4 - 0 di
Ipoh.
***
Penyokong Kekuatan Utama Kami-Hodak
Kemaskini pada February 28, 2013
Kelantan seri 2-2 dengan Pahang dalam perlawanan
sengit minggu lepas dan akan bertemu Perak, pasukan yang mempunyai benteng
pertahanan yang paling kukuh (dengan LionsXII) selepas dibolos hanya lima kali
dalam tujuh perlawanan.
“Perlawanan kami dengan PKNS pada hari Selasa
terpaksa ditunda tetapi ia memberi pasukan kami lebih masih untuk rehat.” kata
Bojan Hodak kepada FOX SPORTS.
“Nik Shahrul mempunyai masalah dengan buku
lalinya dan mungkin tidak dapat berlatih selama seminggu sementara Shakir
Shaari masih 50-50.
“Jelas yang perlawanan dengan Pahang agak
berlainan dengan perlawanan dengan Perak nanti. Perak mempunyai benteng
pertahanan yang kukuh dan sukar untuk bolos gawang mereka. Walaubagaimanapun
mereka juga mempunyai masalah di hadapan gol.
Penyerang Guinea Kelantan, Keita Mandjou,
kelihatan telah menyelesaikan masalah pasukan di hadapan gol dan telah
menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan.
Bojan Hodak memuji penyerang yang berusia 33
tahun itu dan berkata: “Ia penting yang dia tidak henti menjaringkan gol kerana
ia meningkatkan tahap keyakinan sebagai penyerang.
“Dia pantas dan kini mempunyai sentuhan yang
baik, saya harap dia akan teruskan prestasinya.
Dalam 38 perlawanan, Kelantan hanya tewas sekali
pada tahun 2011 dalam perlawanan dengan T-Team.
“Ia jelas yang Kota Bharu adalah kubu kami. Semua
pasukan sedar bagaimana para penyokong kami dapat mempengaruhi perlawanan.
“Mereka adalah pemain ke 12 kami dan mereka tidak
pernah mengecewakan.”
No comments:
Post a Comment