Liga Malaysia Perlawanan Ke-11
Tarikh : 29hb Mac 2013 (Jumaat) 8.45 malam
Venue : Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, NS
KOTA BHARU, 28 Mac - Dua kemenangan
berturut-turut dari dua saingan yang berlainan, Piala AFC dan Piala FA, menjadi
bekal Kelantan bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk pertemuan
terakhir pusingan pertama Liga Super pada 29 Mac nanti, menentang pasukan ATM.
Dalam pertemuan peringkat kumpulan Piala AFC di
Yangon, Kelantan berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Ayeyawady Untied FC
3-1, sebelum meneruskan perjuangan di peringkat kalah mati Piala FA di Kota
Bharu, menundukkan pasukan pelawat PKNS FC dengan jaringan 4-2.
Kelantan yang berada dalam kondisi terbaik untuk
meneruskan rentak kemenangan apabila semua pemain utama dapat diturunkan untuk
beraksi dalam perlawanan malam esok. Pemain-pemain yang menyertai pasukan
kebangsaan sebelum ini, Piya, Shakir, Apex dan Nik Shahrul Azim, telah kembali
bersama pasukan. Indra Putra, Farhan, Faiz Subri dan Keita Mandjou akan
manggalas tugas menggempur pertahanan pasukan ATM yang sedikit pincang apabila
4 pemain utama mereka tidak dapat beraksi malam esok.
Walau bagaimanapun, Ketua Jurulatih Kelantan
berkata, The Red Warrrios harus berwaspada kerana pemain-pemain gantian yang
bakal diturunkan oleh ATM akan mengambil peluang ini untuk menunjukkan aksi
terbaik mereka.
Kelantan akan bertemu ATM di Seremban jam 8.45
malam esok, sebelum kembali ke Kota Bharu untuk persediaan perlawanan AFC yang
seterusnya menentang wakil dari Vietnam, SHB Da Nang FC pada 2 April nanti.
***
Faiz Subri Dapat Suntikan Semangat
PENYERANG Kelantan, Mohd. Faiz Subri bertekad untuk
mempamerkan persembahan cemerlang pada perlawanan selepas ini.
Mohd. Faiz mula mencuri tumpuan selepas dia
meledakkan gol pertama Kelantan ketika menewaskan PKNS 4-2 pada aksi pusingan
kedua Piala FA Isnin lalu.
Pada perlawanan tersebut, Mohd. Faiz yang tidak
dikawal berjaya melepaskan rembatan kencang dari jarak 25 meter, sekali gus
gagal diselamatkan oleh penjaga gol PKNS, Mohd. Ramezy Che Ros.
Ia adalah jaringan sulung pemain yang mewakili
Kelantan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Mohd. Faiz mengakui jaringan itu menyuntik
semangatnya untuk terus meledakkan lebih banyak jaringan, sekali gus membantu
Kelantan meraih kejuaraan musim ini.
“Ini merupakan gol pertama saya pada kempen Piala
FA. Pada saingan Liga Super, saya masih belum berpeluang untuk menghasilkan
jaringan.
“Saya berikrar untuk menjaringkan lebih banyak
gol pada aksi liga selepas ini.
“Selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan
melonjakkan lagi semangat saya untuk memberikan aksi terbaik,” katanya ketika
dihubungi Kosmo! semalam.
Mohd. Faiz berkata, dia terus bertekad untuk
meraih kepercayaan ketua jurulatih, Bojan Hodak bagi disenaraikan dalam
kesebelasan pasukan itu.
Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu antara
penjaring terbanyak T-Team musim lalu dengan meledakkan sebelas gol sepanjang
36 penampilan bersama pasukan tersebut.
Mengulas mengenai pertemuan menentang Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Liga Super, Jumaat ini, Mohd. Faiz berkata,
dia yakin Kelantan mampu meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.
***
Cabaran Buat ATM - Sathia
KEHILANGAN
tujuh tonggak utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelang perlawanan Liga
Super menentang Kelantan, esok tidak akan menjejaskan semangat The
Gladiators, kata pengendalinya, B Sathianathan.
Sebaliknya, Sathia berkata, situasi itu dijadikan cabaran terutama kepada barisan pemain simpanan yang jarang diturunkan.
"Saya ingatkan kepada pemain simpanan, sekarang adalah masa untuk membuktikan mereka layak berada dalam ATM.
"Apa yang penting, beri 100 peratus komitmen kepada pasukan. Menang atau kalah terserah kepada nasib," katanya.
Pada masa sama, beliau berharap kecederaan menimpa pemain pertahanan, Amir Ridzwan Taj Tajuddin sempat pulih.
"Apa pun saya lega Hai-O (Hairuddin Omar) dapat diturunkan menentang Kelantan nanti," katanya.
ATM tidak dapat menggunakan khidmat Shukor Adan, G Jeevanathan, R Surendran dan Fitri Omar selepas digantung antara dua hingga empat perlawanan susulan insiden pergaduhan pada aksi Piala FA menentang Selangor.
Sementara itu, Norfazly Alias terpaksa berehat sehingga enam minggu (cedera tulang pipi) manakala K Reuben dan Rezal Zambery Yahya digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.
***Sebaliknya, Sathia berkata, situasi itu dijadikan cabaran terutama kepada barisan pemain simpanan yang jarang diturunkan.
"Saya ingatkan kepada pemain simpanan, sekarang adalah masa untuk membuktikan mereka layak berada dalam ATM.
"Apa yang penting, beri 100 peratus komitmen kepada pasukan. Menang atau kalah terserah kepada nasib," katanya.
Pada masa sama, beliau berharap kecederaan menimpa pemain pertahanan, Amir Ridzwan Taj Tajuddin sempat pulih.
"Apa pun saya lega Hai-O (Hairuddin Omar) dapat diturunkan menentang Kelantan nanti," katanya.
ATM tidak dapat menggunakan khidmat Shukor Adan, G Jeevanathan, R Surendran dan Fitri Omar selepas digantung antara dua hingga empat perlawanan susulan insiden pergaduhan pada aksi Piala FA menentang Selangor.
Sementara itu, Norfazly Alias terpaksa berehat sehingga enam minggu (cedera tulang pipi) manakala K Reuben dan Rezal Zambery Yahya digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.
Kerisauan Hai-O jadi Kenyataan
KAPTEN
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar berharap perancangan
skuad Tentera dalam melayan kunjungan Kelantan 29 Mac ini tidak terbantut
memandangkan dirinya dan tiga rakan lain digantung perlawanan oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Hai-O yakin pengendali pasukan, B Sathianathan mempunyai pelan B bagi
menghadapi pasukan Kelantan.
“Rezal Zambery Yahaya dan K Rueben tidak dapat diturunkan menjelang perlawanan minggu depan kerana digantung satu perlawanan.
“Dalam masa sama, R Surendran, G Jeevanathan dan Fitri Omar juga tidak dapat beraksi bersama selepas dikenakan tindakan gantung empat perlawanan berikutan insiden pergaduhan tempoh hari.
“Walaupun ‘kehilangan’ mereka, saya tetap percaya dengan kemampuan rakan sepasukan yang lain dan sudah pasti jurulatih mempunyai perancangannya sendiri untuk mengatasi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya kegagalannya menemui sentuhan berbisa di depan gol selepas sepuluh perlawanan, penyerang kelahiran Setiu, Terengganu yang menjaringkan 17 gol dalam Liga Perdana musim lalu itu berkata: “Masa itu akan tiba.
“Secara jujurnya saya tidak kisah dengan jumlah jaringan peribadi kerana apa yang menjadi kepentingan adalah kejayaan pasukan. Malah sasaran saya untuk musim ini adalah menjulang Piala Liga Super.

No comments:
Post a Comment