26 March 2013

Piala FA 2013: Kelantan Mara Ke Suku Akhir

Barisan TRW malam tadi
Kelantan menempah tiket ke peringkat suku akhir Piala FA 2013 selepas menumpaskan PKNS dari Selangor 4-2 pada pusingan kedua di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Kelantan, yang diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan seperti ketua pasukan Mohd Badhri Radzi, pemain tengah Mohd Shaakir Shaari serta penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, ternyata bersemangat untuk mencapai kemenangan.

Bermain di hadapan lebih 20,000 penyokong, Kelantan bermula dengan agresif apabila membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Mohd Faiz Subri.

Tiga minit kemudian, anak buah Bojan Hodak ternyata terus garang apabila menambah jaringan kedua melalui sepakan cantik ketua pasukan Mohd Badhri Radzi.

Kelalaian benteng pertahanan PKNS hampir dihukum lagi namun percubaan Khairul Izuan Rosli pada minit kesembilan dan sepakan Keita Manjou pada minit ke-14 gagal untuk menghasilkan gol berikutnya.

Namun kemaraan Kelantan sukar disekat lagi untuk gol ketiga pasukan itu pada minit ke-22 melalui sepakan penalti yang mudah diambil Obinna Nwaneiri selepas Mohd Faiz dijatuhkan.

PKNS bagaimanapun tidak berputus asa untuk merapatkan jaringan dan pada minit ke-25, Mohd Nizad Ayub akhirnya memecah kebuntuan untuk gol pertama pasukannya melalui tandukan cantik.

Dalam keghairahan PKNS untuk terus memburu gol, stadium sekali lagi digamatkan dengan sorakan penyokong Kelantan pada minit ke-31 melalui jaringan sendiri Helmi Remeli ketika cuba menguis keluar percubaan Indra Putra Mahyuddin bagi gol keempat The Red Warriors.

Pada babak kedua, PKNS kembali bangkit dan akhirnya berjaya memperolehi gol kedua  mereka pada minit ke-51 selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Helmi Loussaief.
Ini adalah perlawanan semula selepas  perlawanan yang sepatutnya diadakan pada 26 Feb 2013 lalu ditunda berikutan hujan lebat.
Faiz Subri jaring gol pertama minit ke-4
***
Kelantan Pamer Momentum Luar Biasa
Kemenangan besar Kelantan 4-2 ke atas PKNS pada malam tadi bagai memberi petanda baru kebangkitan pemain-pemain yang mula terdesak mempamerkan aksi cemerlang masing-masing setelah jendela perpindahan dan pertukaran pemain makin hampir.

Aksi cemerlang Kelantan pada separuh masa pertama berjaya menghukum kealpaan pemain PKNS dengan jaringan besar 3 gol (Faiz Subri, Piya dan Obinna-penalti) sebelum Nizab Ayub merapatkan jurang PKNS 3-1. Rembatan Indra Putra yang tertampan pemain PKNS berjaya menghasilkan gol keempat Kelantan.

Pada separuh masa kedua Kelantan gagal menambah jaringan gol. PKNS memperoleh gol saguhati untuk menamatkan perlawanan Kelantan 4-2 PKNS.

Kelantan dijangka akan bertemu Sarawak pada suku akhir pertama nanti pada 6 April 2013 di Kota Bharu dan perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 16 April 2013 di Kuching. Jika pretasi semalam dijadikan ukuran, tidak mustahil Kelantan akan melepasi peringkat suku akhir dengan mudah dan peringkat separuh akhir akan menyaksikan cabaran sengit pasukan bekas juara Piala FA Negeri Sembilan atau Terengganu.


Mungkin masih terlalu awal untuk Kelantan membayangkan langkah ke separuh akhir dan akhir, namun jika dengan semangat dan iltizam yang tinggi di kalangan pemain serta seluruh penyokong Kelantan, tiada yang mustahil dalam era juara bolasepak Kelantan. Kebangkitan Kelantan boleh berlaku bila diperlukan dan sifat memandang rendah lawan harus dilenyapkan dalam jiwa pemain-pemain Kelantan. Lawan tetap lawan sehingga wisel penamat terakhir.


Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo!

***
Red Warriors Ke Suku Akhir
KOTA BHARU - Juara bertahan, Kelantan melangkah ke suku akhir Piala FA dengan penuh bergaya selepas menumbangkan PKNS 4-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Beraksi di gelanggang keramat mereka, The Red Warriors bermula garang apabila meledakkan jaringan pertama seawal minit keempat menerusi rembatan kencang Mohd. Faiz Subri dari jarak 25 meter.

Selang tiga minit kemudian, Stadium Sultan Muhammad IV yang dipenuhi 25,000 penyokong setia Kelantan terus gemuruh dengan sorakan selepas ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi menjaringkan gol kedua tuan rumah.

Penyokong Red Warriors terus berpesta apabila pengadil perlawanan, Shamsuddin Ismail menghadiahkan sepakan penalti selepas Mohd. Faiz Subri dijatuhkan pemain lawan. 

Obinna Nwaneri tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol ketiga tuan rumah pada minit ke-22.
Tersentak dengan tiga jaringan awal tuan rumah, pelawat kembali memperkemaskan permainan dan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-25 menerusi tandukan pemain sayap, Mohd. Nizab Ayub yang melepasi jangkauan Khairul Fahmi Che Mat.
Namun Kelantan terus menjarakkan kedudukan menjadi 4-1 apabila kapten pelawat, Mohd. Helmi Remeli tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-31 selepas rembatan kencang Indra Putra Mahyuddin terkena pemain tersebut.
Minit ke-40, Kelantan hampir menambah gol kelima, namun rembatan Indra Putra sedikit tersasar biarpun penjaga gol pelawat, Mohd. Ramezy sudah tertewas.
Bersambung babak kedua, pelawat kembali merapatkan jurang gol menerusi sepakan penalti selepas Nwaneri mengasari Helmi Loussief. Loussief yang mengambil sepakan bijak memperdayakan Khairul Fahmi untuk gol kedua PKNS pada minit ke-50.
Gol tersebut menyuntik semangat pasukan pelawat dan mereka hampir mendapat gol ketiga dua minit kemudian, namun rembatan Khairu Azrin berjaya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi.
Bagaimanapun, Kelantan kembali bangkit menerusi asakan bertali arus ke kubu pelawat, namun rangkaian penyerang yang diketuai tonggak importnya, Keita Mandjou gagal menemui sentuhan penyudah.
Keputusan tersebut kekal sehingga tamat permainan yang menyaksikan Kelantan mengiringi pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim ke peringkat seterusnya.
Selepas mengharungi aksi yang tidak menentu musim ini, skuad The Red Warriors kini kembali berada di landasan untuk memburu kejuaraan.
***
Kelantan Mara Ke Suku Akhir

Kota Bharu: Gelanggang keramat skuad Kelantan - Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bergema dengan sor akan padu kira-kira 25,000 penonton setia yang mencetus api cabaran anak didik Bojan Hodak untuk mengesahkan tiket ke suku akhir Piala FA, musim ini.

Bantuan bermoral itu menyaksikan The Red Warriors tampil memperagakan aksi garang membenam PKNS 4-2 dalam saingan pusingan kedua yang tertangguh sebelum ini. 

Gelanggang mula menjadi bising seawal minit keempat perlawanan apabila rembatan kencang Mohd Faiz Subri dari luar kotak penalti meletakkan Kelantan di depan dan selang tiga minit kemudian kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya membuat rembatan cantik dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol PKNS, Mohd Remezy Che Ros untuk kedudukan 2-0.
Gol ketiga naik semangat

Kelantan ternyata belum berpuas hati dengan dua jaringan itu apabila Obinna Nwaneri menambah gol ketiga tuan pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti selepas Mohd Faiz dikasari pertahanan PKNS, Mohd Aminuddin dalam kotak penalti sebelum pelawat merapatkan jurang minit ke-25 menerusi tandukan bekas pemain Kelantan, Nizad Ayub.

Pada minit ke-32, pertahanan pelawat dihukum lagi apabila pemain pertahan, Helmi Remeli tertampan ke gawang sendiri ketika menyelamatkan hantaran lintang Indra Putra Mahayuddin dan meletakkan Kelantan selesa mendahului 4-1 di separuh masa pertama.

Helmi Loussaief berjaya merapatkan gol kedua buat PKNS apabila tenang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-50. 
*** 

ALHAMDULILLAH TRW 4-2 PKNS ...tahniah...mereka bermain cantik malam ini terutama separuh masa pertama..saya doakan mereka mengekalkan rentak ini Insyaallah....

Admin: Tamat perlawanan yang menarik. TRW 4-2 PKNS. Bersyukur kepada Allah, insya Allah TRW kita dapat meneruskan kebangkitan ini. 
Gomo Kelate Gomo!

Admin: Ini senarai pemain first 11 malam ini.... Maaf terlupa nak post tadi. 
Khairul Fahmi, Obinna, Nik Azim, Daudsu, Ropi, Faiz, Keita Mandjou, Indra, Shakir, Piya dan Khairul Izuan.

No comments: