Pasukan Maziya Sports & Recreation dari
Maldives dijangka tiba di Kota Bharu pada jam 8.45 pagi, 4 Mac 2013. Mereka
akan menginap di Holiday Villa dan mengadakan latihan di padang bola sepak
HUSM. Perlawanan AFC 2013 peringkat kumpulan di antara Kelantan dan Maziya
Sports & Recreation akan berlangsung pada 6 Mac 2013, jam 8.45 malam
di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu.
***
Kelantan Pertaruh Import Nigeria
Kemaskini pada March 5, 2013
Oleh Webmaster
KOTA
BHARU – Penggempur import baharu The Red Warriors, Dickson Nwakaeme mahu
menjadikan penampilan pertamanya pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)
membantu Kelantan menewaskan wakil Maldives, Maziya Sports and Recreation Club
di sini, esok.
Bekas penyerang kelab Vietnam, Song Lam Nghe An
FC itu sebelum ini terlepas untuk beraksi dalam saingan AFC musim lalu bersama
pasukan berkenaan.
Nwakaeme berkata, dia sudah bersedia dan berikrar
memberikan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut serta membalas kepercayaan
yang diberikan oleh jurulatih dan pihak pengurusan terhadap dirinya.
Menurutnya, sepanjang tiga minggu berada di
negeri ini dia mengakui semakin serasi dengan persekitaran cuaca serta corak
latihan di bawah kendalian Bojan Hodak.
“Ini
merupakan penampilan pertama saya dalam saingan AFC. Saya selesa menjalani
latihan bersama pasukan dan semuanya memberikan kerjasama yang terbaik.
“Dalam perlawanan ini saya tidak meletakan
sasaran peribadi, apa yang penting ialah membantu pasukan meraih tiga mata
dalam perlawanan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Sepanjang beraksi bersama Song Lam, pemain
kelahiran Lagos, Nigeria itu berjaya menjaringkan sepuluh gol sepanjang 13
penampilan dengan pasukan berkenaan.
Selain Nwakaeme, Kelantan turut diperkuatkan
dengan tiga lagi pemain import dalam saingan Piala AFC iaitu Obinna Nwaneri dan
Lek Kecira di posisi pertahanan serta Dimitrios Petrators untuk jentera
serangan.
Nwakaeme memberitahu, prestasinya kini berada
pada tahap terbaik selepas beraksi bersama The Red Warriors dalam dua aksi
persahabatan menentang Semen Padang (Indonesia) dan Felda United baru-baru ini.
“Ketika beraksi dengan Semen Padang dan Felda
United saya kepenatan kerana baru sampai ke negara ini selepas mengharungi
penerbangan jauh dari Nigeria.
“Untuk penampilan pertama ini saya telah bersedia
sepenuhnya dan bertekad mempamerkan persembahan terbaik dalam perlawanan ini,”
ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nwakaeme berkata, dia
tidak mempunyai masalah untuk membentuk gandingan mantap bersama Petrators pada
perlawanan tersebut.
“Saya tak ada masalah dengan Petrators meskipun
dia baharu sahaja kembali menyertai pasukan setelah tiga minggu berada di
Blackburn Rovers.
“Saya tidak perlu mengambil masa untuk
menyesuaikan diri dengan corak permainannya,” katanya.
***
Jangan Biarkan Kubu Kelantan Dicerobohi
Menjelang perlawanan pembukaan Kelantan dalam saingan Piala AFC 2013 malam
esok, stadium Sultan Muhammad ke IV masih tercatat rekod bersih perlawanan
tanpa kalah dalam saingan liga Malaysia dan piala AFC sejak tahun lepas.
Kunjungan Kelab sukan dan rekreasi Maziya dari Maldives tidak harus
dipandang mudah dan Kelantan harus menjadikan kekalahan Selangor kepada East
Bengal kelab kurang popular dari India sebagai satu pengajaran berguna. Biarpun
kelab SR Maziya tiada rekod perlawanan antarabangsa lain berbanding Kelantan,
pasukan ini akan memastikan kelab mereka tidak pulang hampa.
Kelibat pemain import baru Leck Kechira, Dimi Petratos dan Dickson sudah
pasti akan menarik minat seluruh penyokong Kelantan dan mereka bernasib baik
dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung melalui TV9. Terima kasih diucapkan
kepada TV9 yang akan menyiarkan perlawanan ini, sekaligus membuktikan TV9
sememangnya antara stesen tv cakna bolasepak selepas febuari lalu menyiarkan
siaran langsung perlawanan Piala Afrika 2013.
Kekebalan kubu kuat Kelantan sentiasa menjadi idaman pasukan lawan untuk
melebur rekod tanpa kalah Kelantan sepanjang semusim memegang status ini.
Kemenangan Kelantan akan mengembalikan kehangatan sorakan bolasepak Kelantan
dan penjualan jersi serta barangan The Red Warriors. Jersi TRW AFC yang akan
dipamerkan hari ini di Holiday Villa Kota Bharu diharap mampu menarik kembali
keghairahan dan semangat penyokong Kelantan untuk membeli jersi selain berharap
pihak Warriors mengembalikan reputasi produk mereka.
Tahniah Kelantan kerana sekali lagi mampu bersaing dalam saingan Piala AFC
dan diharap mampu ke peringkat yang lebih jauh pada tahun ini. GOMO KELATE
GOMO......Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok
sokmo...... Gomo Kelate Gomo
***
Tan Sri
Annuar Musa@3/3/2013
Lusa pembuka
tirai AFC CUP 2013..TRW VS MAZIYA FC MALDIVES...aksi pertama PETRATOS DAN
DICKSON NWAKAEMI..sama ada mereka berdua mampu mem pamer CORAK yang BERBEZA dari
segi SERANGAN DAN PENYUDAH TRW...apakah BENAR mereka lebih berbisa dari STRIKER
LIGA SUPER KITA...sama sama kita saksikan...
Tan
Sri Annuar Musa@4-3-2013
Lusa pembuka
tirai AFC CUP 2013..TRW VS MAZIYA FC MALDIVES...aksi pertama PETRATOS DAN DICKSON
NWAKAEMI..sama ada mereka berdua mampu mem pamer CORAK yg BERBEZA dari segi
SERANGAN DAN PENYUDAH TRW...apakah BENAR mereka lebih berbisa dari STRIKER LIGA
SUPER KITA...sama sama kita saksikan...
Rabu 6hb KITA SAMA SAMA SAKSIKAN AKSI GANDINGAN
DICKSON-DIMI....FARHAN-FAIZ...PIYA-SYAKIR...OBINNA-KCIRA....KLATE MSIA VS
MALDIVES...SSMIV KB 8.45...AKSI INTERNATIONAL AFC CUP..
Tan Sri Annuar Musa@5/3/2013
AKSI PETRATOS
DAN NWAKAEMI ESOK YANG SUDAH LAMA DINANTI NANTIKAN DIJANGKA BERAKSI DI DEPAN
PENYOKONG YG PENUH SESAK MEMBANJIRI SSMKIV KB..PASUKAN DARI MALDIVES DI BARISI
OLEH PEMAIN KEBANGSAAN NEGARA MEREKA SERTA 4 pemain import mereka di jangka
memberikan tentangan sengit...APA PUN KITA BERAZAM MELEBARKAN REKOD TIDAK
DIKALAHKAN OLEH MANA JUA PASUKAN DI SSMKIV...THIS IS KOTA BHARU..WE ARE THE RED
WARRIORS!!!!
No comments:
Post a Comment