1st 11 Vs Ayeyawady United |
KUALA LUMPUR 13 Mac 2013- Penyerang dari
Australia, Dimitrios Petratos membantu Kelantan kembali ke dalam persaingan
Piala AFC apabila menjaringkan dua gol untuk pasukannya menang 3-1 ke atas juara
Myanmar, Ayeyawady United di Yangon malam ini.
Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi meletakkan
pasukan pelawat di depan hanya dua minit perlawanan bermula di Youth Training
Centre sebelum Petratos mengukuhkan kedudukan pada awal babak kedua.
Pemain tengah dari Slovenia, Dominik Bersnjak
merapatkan kedudukan ketika pertemuan berbaki 11 minit tetapi bekas pemain
Sydney FC, Petratos menjaringkan gol keduanya seminit kemudian.
Ini merupakan kemenangan pertama skuad Red
Warriors dalam Kumpulan G selepas hanya seri 1-1 dengan wakil Maldives, Maziya
pada perlawanan pembukaan mereka minggu lepas.
Kemenangan itu sekali gus melunaskan dendam
kekalahan 3-1 Red Warriors kepada Ayeyawady dalam kejohanan ini di gelanggang
yang sama tahun lalu.
Kejayaan itu meletakkan Kelantan, juara tiga
piala tempatan musim lalu, di tempat kedua Kumpulan G.
Mereka berada dua mata di belakang SHB Da Nang,
yang menewaskan Maziya 3-2 dalam satu lagi perlawanan. - AGENSI
***
Kelantan Garang Di Yangon
Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam saingan
kedua peringkat kumpulan Piala AFC 2013 lewat petang tadi. Piya sekali lagi
menjadi watak penting pasukan Kelantan apabila berjaya menjaringkan gol pembuka
pada minit ke 4, gol kedua Piya dalam saingan Piala AFC 2013.
Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung Dimi Petratos berjaya
menyumbat dua gol pada minit 54 dan 81 seminit selepas pasukan Ayeyawady menjaringkan
gol saguhati tuan rumah. Keputusan Ayeyawady 1-3 Kelantan sehingga tamat
perlawanan.
Melihat jumlah gol tidak hairanlah jika diawal musim Piya pernah
menyatakan beliau lebih serasi dan memilih Dimi Petratos sebagai pemain import
pilihannya. Keputusan dua perlawanan Piala AFC mula menampakkan keserasian Piya
dan Dimi. Jika gandingan ini dapat diserlahkan dalam saingan Liga Super tidak
mustahil Kelantan bakal mencabar dalam Liga Super.
Namun masih terlalu awal untuk meletakkan harapan sepenuhnya kepada
kehebatan kedua-dua pemain ini kerana pemain-pemain lain juga harus memainkan
peranan penting dalam usaha Kelantan mengekalkan piala-piala utama di bumi
Kelantan.
Biarpun apapun kemungkinan yang akan berlaku pada pasukan Kelantan
pada april nanti, kita sebagai penyokong sejati The Red Warriors harus sentiasa
yakin dan memberi semangat kepada pemain-pemain yang bermati-matian menaikkan
imej bolasepak Kelantan. Tanpa penyokong siapalah pemain, tetapi tanpa pemain
apalah kehebatan yang ada pada pasukan.....
Pengajaran berguna TV9 malam tadi yang gagal menepati janji untuk
siaran tertunda dan pihak TV9 juga tidak memberi sebarang penjelasan awal dan
memohon maaf pembatalan siaran tertunda ini sehingga membangkit kemarahahan
seluruh penyokong Kelantan yang setia berada didepan TV sebaik sahaja tamat
perlawanan Piala AFC Selangor bertemu Tampines.
Sokong
bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo
Kelate Gomo
***
Kelantan Garang Di Yangon
Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya
dalam saingan kedua peringkat kumpulan Piala AFC 2013 lewat petang tadi. Piya
sekali lagi menjadi watak penting pasukan Kelantan apabila berjaya menjaringkan
gol pembuka pada minit ke 4, gol kedua Piya dalam saingan Piala AFC 2013.
Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung Dimi
Petratos berjaya menyumbat dua gol pada minit 54 dan 81 seminit selepas pasukan
Ayeyawady menjaringkan gol saguhati tuan rumah. Keputusan Ayeyawady 1-3 Kelantan
sehingga tamat perlawanan.
Melihat jumlah gol tidak hairanlah jika diawal
musim Piya pernah menyatakan beliau lebih serasi dan memilih Dimi Petratos
sebagai pemain import pilihannya. Keputusan dua perlawanan Piala AFC mula
menampakkan keserasian Piya dan Dimi. Jika gandingan ini dapat diserlahkan
dalam saingan Liga Super tidak mustahil Kelantan bakal mencabar dalam Liga
Super.
Namun masih terlalu awal untuk meletakkan harapan
sepenuhnya kepada kehebatan kedua-dua pemain ini kerana pemain-pemain lain juga
harus memainkan peranan penting dalam usaha Kelantan mengekalkan piala-piala
utama di bumi Kelantan.
Biarpun apapun kemungkinan yang akan berlaku pada
pasukan Kelantan pada april nanti, kita sebagai penyokong sejati The Red
Warriors harus sentiasa yakin dan memberi semangat kepada pemain-pemain yang
bermati-matian menaikkan imej bolasepak Kelantan. Tanpa penyokong siapalah
pemain, tetapi tanpa pemain apalah kehebatan yang ada pada pasukan.....
Pengajaran berguna TV9 malam tadi yang gagal
menepati janji untuk siaran tertunda dan pihak TV9 juga tidak memberi sebarang
penjelasan awal dan memohon maaf pembatalan siaran tertunda ini sehingga
membangkit kemarahahan seluruh penyokong Kelantan yang setia berada didepan TV
sebaik sahaja tamat perlawanan Piala AFC Selangor bertemu Tampines.
Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok
sokmo...... Gomo Kelate Gomo***
Pasukan Tunai Janji, Menang Di Yangon
YANGON, 13 Mac - "Yang penting kami akan
pastikan bawa balik 3 mata ke Kota Bharu." Itu kata-kata dari dua
pemain utama pasukan Kelantan, Badhri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat semasa
ditemuramah sebelum perlawanan bermula jam 6.30 petang waktu tempatan
tadi.
Mereka menunaikan janji apabila Kelantan menang
bergaya ke atas Ayeyawady United 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di
Stadium Youth Training Center Yangon.
Piya menjaringkan gol pertama Kelantan hasil
daripada sepakan percuma beliau seawal minit ke 2. Perlawanan berlangsung
dengan rancak dengan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan sehingga tamat
separuh masa pertama.
Separuh masa ke 2 juga berlangsung dalam tempo
yang sama. Kelantan lebih rancak melancarkan serangan yang kemudiannya berjaya
mendapatkan gol ke 2 pada minit ke 53 oleh Dimitri Petratos setelah menerima
hantaran daripada Dickson Nwakaeme.
Ayeyawady yang tertekan apabila ketinggalan 2 gol
terus membuat beberapa percubaan berbahaya dan percubaan mereka pada minit ke
80 berjaya menghasilkan gol tunggal Ayeyawady.
Walau bagaimanapun, Kelantan tidak menunggu lama
untuk membalas jaringan tersebut apabila Dimitri sekali lagi membolosi gawang
lawan seminit selepas itu untuk menjadikan kedudukan hingga akhir perlawanan
Kelantan 3, Ayeyawady 1.
No comments:
Post a Comment