Perak 2013 |
Kelantan dan Perak
berkongsi 1 mata apa bila mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan yang
berlangsung di Kota Bharu sebentar tadi. Perak memulakan jaringan seawal minit
ke 2 oleh Abd Hadi Yahya hasil kesilapan pertahanan Kelantan. Kelantan
menyamakan kedudukan di minit-minit akhir perlawanan melalui jaringan penyerang
import Keita Mandjou, pada minit ke 89.
***
Kieta Penyelamat Kelantan
KOTA BHARU, 2 Mac 2013- Keita Mandjou menyelamatkan Kelantan daripada tewas
kepada Perak di gelanggang sendiri apabila menjaringkan gol penyamaan pada
minit-minit akhir perlawanan Liga Super yang berlangsung di Kota Bharu malam
tadi.
Perak mengejutkan tuan rumah dengan jaringan gol
pada minit ke 2 oleh Abd Hadi Yahya apabila pertahanan Kelantan gagal mengeluarkan
bola dengan kemas daripada kawasan bahaya. Kelantan yang meletakkan gandingan
Keita dan Farhan di bahagaian hadapan lebih kerap menyerang tetapi gagal dalam
percubaan-percubaan menjaringkan gol.
Beberapa pertukaran yang dibuat oleh Bojan Hodak di
separuh masa ke 2 mengubah sedikit rentak permainan Kelantan. Faiz Subri yang
dibawa masuk menggantikan Khairul Izuan, berjaya mengucar kacirkan pertahanan
Perak. Kemasukan Zairo dilihat memperkemaskan bahagian tengah Kelantan,
membuatkan pasukan lawan bermain secara bertahan dan cuba melambat-lambatkan
permainan.
Gol penyamaan Kelantan terhasil pada minit ke 89
apabila berjaya menampan bola hasil daripada keadaan kucar kacir di depan pintu
gol lawan. Gol tersebut merupakan gol ke 4 beliau dalam Liga Malaysia dan
berjaya mengekalkan rekod Kelantan beraksi 32 kali tanpa kalah di Kota Bharu
sejak musim lalu.
***
Tan
Sri Annuar Musa@1/3/2013
Seri lagi!....kita
terus melepaskan peluang utk merapatkan JURANG dgn pendahulu liga...HAIRAN DGN
LINE UP YG DI PILH..HAIRAN DGN PENGADIL YG TIUP WISEL SEBELUM MASA TAMBAHAN
CUKUP 5 MINIT..Hairan kenapa dah tau perak punya defence yg bagus tapi kita
asyik main long ball...hairan mengapa begitu byk peluang SHOT AT GOAL tapi di
sia siakan..kesilapan pertahanan yg tak sepatutnya berlaku telah menyebabkan
kita hampir di aibkan di laman sendiri...
TRW kini
ditangga ke 6 liga dan berbaki 2 perlawanan lagi sebelum pusingan kedua
bermula...MISI menduduki 4 teratas tetap mencabar..seri dgn Pahang dan Perak
bererti melepaskan 4 mata berharga...Namun TRW dilihat semakin mantap dan semoga PEAK pada
masa yg tepat..SEMOGA KITA TERUS FOCUS....
Pahang Kempunan Pintas ATM
SEREMBAN - Kedudukan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) di tangga teratas Liga Super goyah apabila hanya sekadar
mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman
Paroi, malam tadi.
Terikat dengan keputusan tanpa
jaringan itu turut menangguhkan hasrat Pahang untuk kembali merampas tampuk
liga.
Permainan kedua-dua pasukan seimbang
pada babak pertama perlawanan, namun masing-masing gagal mencipta sebarang
jaringan daripada percubaan serta peluang.
ATM selaku tuan rumah cuba
mendahului pasukan pelawat melalui percubaan lemah Chritiejayaseelan pada minit
ke-16 dan rembatan liar pemain importnya, Marlon Alex James pada minit ke-40
Pahang turut memiliki peluang
keemasan menerusi dua percubaan Amirulhadi yang tersasar dan melencong jauh
dari gawang tuan rumah pada minit ke-23 dan 39.
Separuh masa kedua perlawanan pula
menyaksikan ATM cuba bangkit dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu
lawan.
ATM hampir memperoleh gol awal,
namun tandukan pemain pertahanan Amiridwan Taj terkena palang menerusi sepakan
sudut yang diambil oleh Rezal Zambry Yahya pada minit ke-63.
Tuan rumah nyaris menerima padah
apabila Fauzi Roslan berjaya mengelecek penjaga gol ATM Md. Farizal Harun, di
luar kotak penalti, namun sepakannya diselamatkan Irwan Fadzly Idrus pada minit
ke-83.
Keghairahan pasukan pelawat untuk
mencari gol hampir menjerat diri dengan membiarkan gawang mereka terus diasak
tuan rumah.
Namun begitu, Marlon Alex James dan
Shukor Adan yang memperoleh peluang turut gagal memanfaatkannya untuk mencipta
jaringan.
Keputusan terikat tanpa jaringan
sehingga wisel penamat ditiup pada minit ke-93.
Sementara itu, di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sekadar melakar keputusan seri 1-1
menentang Perak.
Bagaimanapun, tuan rumah dikejutkan
dengan jaringan awal pasukan pelawat apabila bekas penyerang kebangsaan, Abdul
Hadi Yahya meledakkan gol buat Perak seawal minit ke-2.
Kelantan yang berusaha untuk bangkit
gagal memburu gol penyamaan apabila perlawanan berkesudahan 1-0 pada babak
pertama permainan.
Sebaik aksi dimulakan selepas rehat,
skuad bimbingan Bojan Hodak yang enggan berputih mata di depan penyokong
sendiri melipat gandakan asakan bagi mencari gol penyamaan.
Penantian Kelantan akhirnya kunjung
tiba setelah penyerang import, Keita Mandjou menyumbat gol penyamaan ketika
perlawanan berbaki dua minit hampir tamat.
No comments:
Post a Comment