Separuh Akhir Pertama Piala FA 2013
Kelantan
vs Terengganu
25 Mei 2013 : 8.40 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu
25 Mei 2013 : 8.40 Malam
Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu
Misi Wajib Menang Kelantan
KOTA
BHARU - Kelantan tidak mempunyai pilihan kecuali menang dalam pertembungan
dengan musuh tradisinya Terengganu pada saingan separuh akhir pusingan pertama
Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam ini.
Bekalan
yang selesa di gelanggang sendiri amat penting bagi anak buah Bojan Hodak untuk
menempah tempat di perlawanan akhir, seterusnya mengubat kekecewaan mereka
selepas terlepas gelaran Liga Super musim ini.
Pengurus
pasukan, Azman Ibrahim menyifatkan kekalahan ketika menentang Johor Darul
Takzim (JDT) Rabu lalu tidak merentap semangat para pemainnya dan menganggap ia
merupakan lumrah dalam bola sepak.
Beliau
berkata, The Red Warriors akan turun beraksi dengan barisan pemain
utamanya selepas kesemuanya bebas daripada kecederaan dan penggantungan.
"Dickson
Nwakaeme juga sudah pulih dan mampu diturunkan semula dan kesebelasan utama
untuk memperkuatkan jentera serangan kita, namun semuanya bergantung kepada
Hodak untuk membuat keputusan.
"Saya
fikir kita perlu menang dengan selesa, sama ada menang 3-0 atau 5-0 saya tidak
berminat untuk memperkatakan kerana ia mungkin memberi tekanan kepada pemain
tetapi kita perlu mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri," katanya
ketika dihubungi semalam.
Sementara
itu, beliau menegaskan, pasukan itu tidak menghadapi sebarang masalah ketika
tewas kepada JDT sebelum ini biarpun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan
(KAFA), Tan Sri Annuar Musa membuat teguran keras terhadap Hodak kerana memilih
strategi yang salah.
"Kita
dibolosi dua gol dalam tempoh kurang lima minit menyebabkan kita gagal
mengimbangi perlawanan. Inilah bola sepak kerana ada ketika anda perlu menerima
hakikat bahawa pasukan lawan bermain lebih baik," ujarnya.
***
Piya: Kami Mahu Tebus Maruah Bojan
KOTA
BHARU – Kapten Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi berjanji akan mengemudi
pasukannya mencapai kemenangan untuk menebus maruah jurulatih, Bojan Hodak,
pada aksi separuh akhir pertama Piala FA, di Stadium Sultan Muhammad IV, di
sini, malam esok.
Mohd
Badri yang lebih mesra disapa Piya, hari ini berkata Kelantan harus menang pada
perlawanan tersebut memandangkan Hodak kini dikritik teruk bukan sahaja
peminat, malah pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)
gara-gara tidak memasukkan tonggak utama pasukan ketika menentang Johor DT
dalam saingan Liga Super, minggu lepas.
Kekalahan
0-2 kepada Johor DT itu dipercayai berpunca daripada percaturan jurulatih dari
Croatia itu yang hanya memasukkan tiga pemain iaitu Mohd Badhri, Indra Putra
Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Mohamad pada babak kedua perlawanan.
Menurut
Piya Kelantan perlu mendapatkan jaringan awal bagi mengelak mereka bermain di
bawah tekanan, sekali gus menyeru rakan sepasukan agar melupakan kekalahan
dengan pasukan berstatus bintang itu.
“Saya
percaya jurulatih ada perancangan beliau yang tersendiri ketika berdepan Johor
DT minggu lepas. Beliau telah melakukan yang terbaik untuk pasukan dan kami
akan pastikan segala kecaman yang dilemparkan terhadap beliau akan terhapus
malam esok.
“Memang
tak dinafikan kami masih kecewa dengan kekalahan kepada Johor DT masih lagi
terasa, tapi kami perlu bangkit dan lupakan kekalahan tersebut dan memberi
persembahan terbaik tanpa sebarang tekanan serta perlu mencari gol awal untuk
bangkitkan keyakinan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Akhbar
hari ini melaporkan Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengecam tindakan Hodak
menerusi laman sosial Facebook miliknya sejurus perlawanan itu berakhir dengan
berkata ‘percaturan paling bodoh musim ini!’.
Akibat
kenyataan tersebut, Hodak terus ditempelak peminat The Red Warriors yang pulang
tanpa sebarang mata.
Bagaimanapun,
Hodak mempertahankan tindakan beliau yang tidak memasukkan tiga pemain tersebut
dengan alasan mahu beri mereka rehat mencukupi bagi menghadapi perlawanan
dengan Terengganu dalam saingan Piala FA, malam esok. – Bernama
***
Tiada Pilihan Selain Menang - Penyokong
Melihat reputasi semasa skuad The Red Warriors
yang jatuh merudum pada musim ini, telah menjadi seribu tanda tanya kepada
penyokong setia The Red Warriors. Bagi mereka kalah pada pasukan bukan pilihan
mereka tidak mengapa tetapi apabila kalah pada sebuah pasukan pilihan dan
dendam mereka, jiwa mereka tidak tenteram sampai kini biarpun sudah 3 hari
perlawanan berlalu, target mereka hari ini mengharapkan pertemuan malam ini mengembalikan
keyakinan mereka dan memastikan akan berulang kembali saingan menentang Johor
DT dalam final Piala FA 2013 atau mengharapkan nasib bersua lagi dalm saingan
Piala Malaysia.
Namun melihat kepada aksi longlai sesetengah
pemain, ramai penyokong sudah akur dan yakin amat sukar bagi Kelantan menjadi
pasukan penghukum lawan pada musim ini. Prestasi tidak menentu Kelantan ini
bukan sahaja mendapat rungutan penyokong malah turut terasa perit dengan
keadaan semasa Kelantan ini ialah peniaga-peniaga yang sudah berbelanja
beribu-ribu membeli barangan The Red Warriors, tetapi hasil pendapatan mereka
kini bergantung 100% kepada prestasi terumbang-ambing The Red Warriors.
Bagi segelintir penyokong pula mereka terus
melaungkan kesetiaan sampai mati meskipun pasukan kesayangannya kerap
menghampakan mereka. Ada juga yang hanya mengharapkan aksi terbaik daripada
barisan pemain dan tidak kisah jika pasukan tewas asalkan perlawanan
menghiburkan. Manakala ada segelintir lagi hanya menanti saat Kelantan
kehilangan penyokong dan mereka terus berbangga tampil sebagai penyokong yang
jatuh dan bangun bersama pasukan seperti mana sokongan mereka teguh dari zaman
kegelapan sehinggalah kini. Tidak kurang juga, sudah ada penyokong menjauhkan
diri info semasa bolasepak Kelantan dan hanya sekadar ambil tahu keputusan
perlawanan sahaja, mereka sudah tidak ambil peduli pasukan lawan Kelantan akan
datang. Tidak kurang juga yang sudah bosan dan menjadikan pemain-pemain sebagai
mangsa kebosanan mereka.
Sejak tewas perlawanan menentang Johor Darul
Takzim, kesan panas isu pergaduhan dilihat masih lagi belum reda apabila ada
lagi individu dan pentadbir "pages Facebook" memainkan isu panas ini
dengan memasukkan status berapi-api penghinaan serta provokasi. Walhal mereka
sebenarnya tahu akibat daripada isu ini. Pergaduhan penyokong jangan hanya
difikirkan tentang maruah individu tetapi mereka juga perlu memikirkan denda
yang akan ditanggung KAFA sekiranya berlaku insiden-insiden tidak diingini.
Tidak mustahil kita akan dipaksa bermain stadium berkecuali dan berlaku
kegagalan urus kewangan pasukan hanya kerana masalah denda penyokong. yang
menjadi duri dalam daging apabila membicarakan kemajuan bolasepak Kelantan.
Berbalik kepada perlawanan malam ini Kelantan
tiada pilihan lain kecuali menang dan membawa bekalan jaringan selesa ke Kuala
Terengganu pada perlawanan timbal balik 28 mei nanti. Kelebihan bermain
di tempat sendiri tidak harus disia-siakan biarapapun percaturan Bojan Hodak
pada malam ini.
Itupun jika Kelantan masih lagi mengimpikan saingan
Piala AFC 2014, semua pemain harus mengembleng tenaga kemenangan pada malam
ini. Ketabahan dan kecekalan semangat penyokong dan pemain harus disatukan pada
malam ini bagi memastikan kemenangan selesa pasukan kesayangan kita.
***
Peminat Tuntut Kemenangan
Kelab
Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim
SELEPAS
mempamerkan aksi hambar dalam saingan Liga Super, Presiden Kelab Penyokong
Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Khairi Yazid menegaskan
bahawa mereka tidak lagi mahu keputusan lain kecuali menang ke atas Terengganu
pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV malam
esok.
Ini
kerana katanya, aksi menentang skuad Penyu itu dianggap sebagai ‘peluang’
terakhir buat skuad The Red Warriors (TRW) untuk membuktikan kredibiliti mereka
sebagai juara treble musim lepas.
“Disebabkan
peluang Kelantan untuk muncul juara Liga Super sudah berkecai, jadi mahu
ataupun tidak kita hanya harapkan Piala FA dan Piala Malaysia.
“Itu
sahaja peluang Kelantan untuk mengembalikan kembali harapan peminat yang kecewa
dengan aksi sumbang pasukan itu dalam Liga Super.
“Pemain
harus bangkit dan buktikan apa yang mereka katakan sebelum ini supaya sasaran
layak ke pusingan akhir terus menyala,” kata Khairi ketika dihubungi Sinar
Harian Online, hari ini.
Mengakui
kecewa kekalahan Kelantan ke atas Johor Darul Takzim (JDT) Rabu lalu, Khairi
bagaimanapun berharap percaturan dilakukan oleh Bojan Hodak yang tidak
menyenaraikan tiga tonggak utama, kapten, Mohd Badhri Radzi, Indraputra
Mahayuddin dan Muhammad Norfarhan Mohamad ketika menentang skuad Harimau
Selatan bertujuan memberi peluang kepada mereka mendapat rehat secukupnya untuk
berdepan Terengganu akan berbaloi.
“Kami
terima alasan Bojan yang mahukan mereka mendapat rehat cukup dan bebas daripada
kecederaan, tapi saya tidak mahu yang dikejar tidak dapat, yang digendong
berciciran.
“Jadi
sekarang mereka harus memastikan aksi buruk itu tidak akan berulang ketika
menentang Terengganu sebaliknya meraih keputusan cemerlang untuk mara ke final
nanti,” ujar Khairi lagi.
Ketika
ditanya peluang Kelantan untuk mencatat kemenangan ke atas Terengganu, Khairi
menganggap kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang.
“Masing-masing
mempunyai kekuatan tersendiri, bagi saya pasukan mana yang beraksi lebih baik
merekalah yang akan menang.
“Apa
pun, saya berharap beraksi di Kota Baharu akan memberi kelebihan kepada
Kelantan sekali gus membawa bekalan selesa ketika berkunjung ke tempat lawan 28
Mei,” jelas beliau.
***
Terus Sokong Kami-Obinna
***
Terus Sokong Kami-Obinna
Kota Bharu: Tonggak penting pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri
menuntut penyokong supaya terus yakin dengan kemampuan The Red Warrios (TRW)
untuk membenam Terengganu pada separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.
Kekalahan mengaibkan kepada musuh ketat Johor Darul Takzim
(JDT), 0-2 pada aksi Liga Super, Rabu lalu mengecewakan penyokong dan mereka
mengecam percaturan ketua jurulatih Bojan Hodak.
Nwaneri berkata, kekalahan itu bukan noktah perjuangan dan
meminta penyokong supaya terus memberi sokongan kepada pasukan.
Katanya, penyokong tidak seharusnya menuding jari kepada jurulatih atau pemain sebaliknya perlu menerima hakikat sama ada menang atau kalah dalam setiap perlawanan.
Katanya, penyokong tidak seharusnya menuding jari kepada jurulatih atau pemain sebaliknya perlu menerima hakikat sama ada menang atau kalah dalam setiap perlawanan.
“Kami turut kecewa namun tidak akan berhenti di situ dan
berharap penyokong akan terus bersama kami terutama ketika berdepan Terengganu.
“Kami akui ada kelemahan dan ia bukan salah jurulatih saja
kerana kami turut bertanggungjawab,” katanya.
Pemain berusia 31 tahun dari Nigeria itu tetap optimis sasaran
mempertahankan Piala FA mampu dicapai ketika peluang menguasai Liga Super
semakin tipis namun tetap berjuang untuk berada dalam kelompok empat terbaik.
“Kini kami lebih fokus untuk saingan Piala FA namun itu tidak
bermakna kami akan tercicir dalam Liga Super, malah kami akan mengejar
kedudukan sekurang-kurangnya empat terbaik.”
No comments:
Post a Comment