KOTA BHARU - Penggempur import
Kelantan, Dickson Nwakaeme optimis pasukannya berada pada landasan tepat untuk
mencatatkan kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Kitchee FC dalam saingan
pusingan kedua Piala AFC di Stadium Muhammad IV, esok.
Keyakinan tersebut disuarakan oleh pemain
berkenaan selepas The Red Warriors mempamerkan aksi cemerlang dalam
perlawanan sebelum ini termasuklah menumbangkan Negeri Sembilan 3-0 dalam aksi
Liga Super, Jumaat lalu.
Nwakaeme bagaimanapun mengakui pertemuan dengan
Kitchee FC bukan tugas mudah kerana memerlukan semangat juang yang tinggi.
"Kitchee sebuah pasukan yang hebat, tetapi
kami sudah bersedia untuk perlawanan tersebut dan sentiasa bekerja keras bagi
memastikan Kelantan meraih kemenangan untuk layak ke pusingan suku akhir.
"Jadi saya berharap rakan-rakan sepasukan
dapat memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kita layak ke pusingan
seterusnya. Peluang beraksi di tempat sendiri perlu dimanfaatkan sebaik
mungkin," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam pada itu, penyerang kelahiran Lagos,
Nigeria itu memberitahu kecederaan yang dialaminya sebelum ini semakin pulih.
"Kecederaan yang saya alami sebelum ini
hampir pulih sepenuhnya. Untuk itu saya berharap dapat diturunkan pada
perlawanan menentang Kitchee FC, bagi membantu pasukan meraih kemenangan.
"Sebagai penyerang, saya sentiasa mengimpikan
beraksi di atas padang dan menjaringkan seberapa banyak gol bagi membantu
pasukan mencatatkan kemenangan," jelasnya.
Setakat ini, Nwakaeme berjaya menjaringkan tiga
gol dalam saingan Piala AFC dan Liga Super sejak menyertai Kelantan pada Mac
lalu.
Nwakaeme berkata, dia semakin serasi dengan corak
latihan permainan yang disusun oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak.
Menurutnya, dia juga mendapat sokongan rakan
sepasukan seperti Mohd. Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin, Shakir Shaari
serta pengurusan pasukan.
Ujarnya, keadaan tersebut menguatkan lagi
semangatnya untuk terus berjuang membantu Kelantan meraih kejuaraan musim ini.
***
Kelantan Turunkan Skuad Terkuat
KOTA BHARU - Kelantan melaungkan keyakinan mampu
menumbangkan kelab Hong Kong, Kitchee FC pada pusingan kedua Piala AFC di
Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.
Pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak berkata,
skuadnya berada dalam keadaan terbaik kerana pemain bebas daripada kecederaan
atau penggantungan.
Hodak berkata, dia mempertaruhkan barisan terkuat
bagi memastikan impian ke pusingan suku akhir buat kali kedua tercapai, selepas
melakukannya musim lalu.
“Kita mahu meneruskan rentak kemenangan
sebagaimana dilakukan pada perlawanan sebelum ini. Saya gembira semua pemain
yang mengalami kecederaan sudah pulih sepenuhnya.
“Namun Kitchee sebuah pasukan hebat dan memiliki
jentera tengah kuat serta penyerang berbahaya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar
sempena perlawanan tersebut di sini, semalam.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah pemain
sayap Kelantan, Mohd. Faiz Subri serta ketua jurulatih Kitchee FC, Josep
Gombaubalague dan pemainnya, Low Kuan Yie.
***
Kelantan Jangka Tentangan Sengit
Jurulatih
Kelantan Bojan Hodak menjangka pasukannya menghadapi perlawanan sukar menentang
Kitchee Sport Club dari Hong Kong, dalam saingan Piala AFC esok.
"Ini macam
perlawanan akhir. Perlawanan itu sukar kerana Kitchee bermain dengan baik pada
musim lepas. Mereka menang Piala FA (Hong Kong). Mereka juga ada semua pemain
tonggak. Saya rasa peluang menang ialah 55-45," katanya pada sidang media
menjelang perlawanan, di sini hari ini.
Pasukan yang menang akan mara ke peringkat suku akhir, Disember ini.
Kelantan yang mengungguli Kumpulan G akan menentang Kitchee yang berada di tangga kedua Kumpulan E, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Sementara itu ketua jurulatih Kitchee, Josep Gombaubalague yakin anak buahnya akan menang perlawanan tersebut kerana skuadnya berada pada tahap terbaik selain dibarisi ramai pemain kebangsaan.
"Kami datang ke sini tanpa rasa tertekan untuk menang. Pasukan kami bertambah baik dan kami telah membina corak permainan kami sendiri," katanya
Pasukan yang menang akan mara ke peringkat suku akhir, Disember ini.
Kelantan yang mengungguli Kumpulan G akan menentang Kitchee yang berada di tangga kedua Kumpulan E, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Sementara itu ketua jurulatih Kitchee, Josep Gombaubalague yakin anak buahnya akan menang perlawanan tersebut kerana skuadnya berada pada tahap terbaik selain dibarisi ramai pemain kebangsaan.
"Kami datang ke sini tanpa rasa tertekan untuk menang. Pasukan kami bertambah baik dan kami telah membina corak permainan kami sendiri," katanya
***
Kitchee Fc |
Hodak Tidak Mahu TRW Terlalu Yakin
Kota Bharu: Sekalipun memiliki
kelebihan beraksi di laman sendiri dan bergelar juara Kumpulan G, tetapi pemain
Kelantan diingatkan supaya tidak mendabik dada serta memperlekeh cabaran
Kitchee FC dalam perlawanan kalah mati pusingan kedua Piala AFC di Stadium
Sultan Muhammad IV, malam ini.
Ketua
jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengakui sememangnya beraksi di laman sendiri
satu kelebihan buat The Red Warriors (TRW), tetapi ia mampu menjadi sebaliknya
seandainya pemain leka dan memandang mudah cabaran kelab Hong Kong yang muncul
naib juara Kumpulan E itu.
“Sebenarnya,
lawan memiliki barisan berkualiti kerana dibarisi beberapa pemain kebangsaan
Hong Kong seperti penyerang, Cheng Sin Wai, Tsang Kam To (pertahanan) dan
pemain import dari Sepanyol, Jodi Tarres serta Pablo Counago.
“Jadi,
pemain perlu fokus serta tidak melakukan kesilapan yang boleh menghukum
pasukan. Saya juga sudah meminta barisan pertahanan merantai pergerakan Jodi
Tarres yang menjaringkan hatrik ketika bertemu Warriors FC dari Singapura, pada
1 Mei lalu.
“Saya
yakin jika pemain dapat mengikut segala arahan dan strategi yang dirancang,
kemenangan sudah pasti berada dalam genggaman sekali gus mengulangi kejayaan
mara ke suku akhir seperti tahun lalu,” kata pengendali dari Croatia itu dalam
sidang media menjelang perlawanan semalam.
Mahu tebus kecewa
Sementara
itu, rakan sejawatnya yang berasal dari Sepanyol, Gombaubalague tidak menafikan
bermain di tempat lawan dengan stadium dipenuhi penyokong, sudah tentu
menghadirkan tekanan terhadap pasukannya.
Namun,
katanya, dia berharap barisannya dapat menyerap tekanan berkenaan sekali gus
mencipta keputusan positif dalam pertemuan yang dianggap berprofil tinggi itu.
“Pasukan
kami akan bertemu dengan satu pasukan yang kuat di Malaysia yang digelar
`Gergasi Pantai Timur’. Namun kami tidak harus gerun dengan gelaran itu,
sebaliknya perlu berjuang habis-habisan demi memburu kemenangan.
“Saya
tidak mahu lagi Kitchee FC terkandas pada pusingan kedua seperti apa yang
berlaku tahun lalu. Jadi, malam esok (malam ini) adalah detik penting untuk
kami menebus kekecewaan itu sekali gus mara ke suku akhir,” katanya.
No comments:
Post a Comment