24 May 2013

Percaturan Paling Bodoh-TSAM


"Percaturan paling bodoh musim ini" ... Itulah ungkapan yang tertaip dari facebook Tan Sri Anuar Musa setelah Kelantan tewas 2-0 kepada Johor Darul Takzim.
Siapa yang 'bodoh' sudah tentu terjawab kerana rata-rata penyokong TRW tidak menyukai taktikal ntah apa-apa dari Bojan.
Penyokong faham pasukan sekarang kekurangan pemain dan tindakan Bojan yang merehatkan pemain utama bagi aksi Piala Fa nanti tetapi tindakannya yang tidak membuat pertukaran awal walaupun pemain dilihat gagal menterjemahkan gol terutamanya Aris dan Fakri amat dikesali.
Andai Bojan membuat pertukaran awal sudah pasti keputusan malam ini mungkin berbeza...JDT ingin kemenangan dan Kelantan hanya dilihat ingin seri sahaja malam ini.
Selepas ini TSAM perlu kerap turun padang dan menegur sikap Bojan dilihat seolah-olah syok sendiri dengan line up beliau.
Tahniah buat Mat Yo dan Nurul yang berjaya memperbodohkan lagi Bojan malam ini...
king trw: BOJAN,..DICKSON..FAKRI..HARIS..X JD APO..MEROSAKKAN TRW SAJA..TSAM SEPI SHJ..BILA LG MAHU TENGOK DN TUNGGU..mlm td johor x kuat mana..TP kita yg bodoh turun pemain yg x nak dn x boleh mene..sekadar nk aniaya defend utk terus brtahan tanpa GOL..
king trw: masa dh suntuk kami penyokong trw dibumi malaysia TIDAK BOLEH BERSABAR LG..LAKUKAN PERUBAHAN SBLUM TEWAS LG DGN TGANU SABTU DAN SLASA NI..HYA TGGL PIALA FA YG TGGAL UTK DIGAPAI...LIGA SUPER DH HANCUR,,PIALA MSIA HYA ANGAN-ANGAN..TSAM OH TSAM!!!!!!!!!!
***
KOTA BHARU - 'Percaturan paling bodoh musim ini.
Demikian teguran keras Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam entri laman sosial, facebook beliau ekoran kekalahan 0-2 Kelantan kepada Johor Darul Takzim dalam perlawanan Liga Super, kelmarin.
Teguran tersebut mungkin disebabkan percaturan pengendali Red Warriors, Bojan Hodak yang merehatkan tiga tonggak.
Pada perlawanan tersebut, Bojan mengambil pendekatan berani dengan merehat tiga tonggak iaitu ketua pasukan Mohd. Badhri Radzi, pemain sayap lincah Mohd. Nor Farhan Mohammad serta tonggak berpengalaman iaitu Indra Putra Mahyuddin.
Ketiga-tiga pemain itu hanya dimasukkan pada minit ke-80 selepas Red Warriors ketinggalan 0-2 kepada Johor DT hasil jaringan Norshahrul Idlan Tahala dan Nurul Azuan Roya.
Tindakan Bojan merehatkan ketiga-tiga pemain itu besar kemungkinan merupakan sebahagian dari strategi untuk menghadapi Terengganu pada aksi separuh pertama Piala FA di Kota Bharu, esok.
Untuk rekod, Bojan menjadi jurulatih pertama yang membimbing Kelantan menjuarai tiga piala musim lalu serta layak ke pusingan suku akhir Piala AFC.
Sementara itu, Annuar menerusi entri terbaru facebook beliau menulis, perlawanan separuh akhir Piala FA bakal menjadi penentu pencapaian kepada mereka yang telah diberikan tugas untuk menguruskan pasukan.
"Tiada siapa yang akan dilindungi, kalau prestasi tidak mencapai tahap tertentu dan alasan sudah tidak diperlukan lagi," katanya.
***
JDT 2 vs 0 KEL: ULASAN PERLAWAN oleh Sdr Muhammad Hafiz @ B'Meng (untuk mereka yang ikhlas menunggu dan mahu baca): _______________________________________________________________________________ Sebenarnya separuh masa pertama Diamond Shakir-Zairo-Daudsu adalah antara taktikal terbaik Bojan laku kan di kawasan tengah musim ini, nampak sangat beliau membaca game dengan cara yang betul. Separuh masa pertama tidak di nafikan it was brilliant nampak pada kejituan menyerap tekanan, dan dapat di baca kefokusan pemain benar-benar menunjukkan mereka menerima suntikan efektif dari suara Coach sebelum permainan. _______________________________________________________ Zairul dan Farisham separuh masa pertama juga nampak kompos, dan kita kurang menyerang kerana tak banyak Over-lapping dari kedua Fullback yang diamanahkan untuk menjaga Azwan Roya dan Nunez/Norshahrul. Keberkesanan jelas terbayang, namun yang silapnya hanya kerana Zairo bermain terlalu kebawah dan tidak Attacking, dan gandingan Fakri dan Haris adalah seteruk-teruk gandingan yang Bojan letak musim ini. _______________________________________________________________________________________ 65 minit kita bermain untuk cuba tidak bolos dengan harapan ada gol di jaringkan terlebih dahulu sebelum moral pemain di bunuh terus apabila tidak mampu menjaringkan gol dan terpaksa Concedes gol. Ini begitu jujur dan senang di baca, kerana Striker tak score, bek pun letih untuk bertahan. Simple Math for football. Saya sendiri tak ada masalah jika salah seorang Fakri atau Haris starting, tapi saya mengharapkan seorang sahaja dari mereka dan digandingkan dengan Khairul Izuan Rosli. ______________________________________________________________________________________ Yang positifnya gaya permainan tidak tamak untuk menyerang, banyak set back kebelakang sedikit di area Middle Third ketika menyerang, saya amat menyukainya. Ianya memang selera saya, menyerang berhati-hati dan kompos serta fokus sedaya mungkin. Walaupun kita tahu permulaan permainan tak ada gol akan di hasilkan oleh kedua pasukan, kerana gerakan tertumpu di tengah dan sampai di Box anda tidak lagi mampu untuk mencuri peluang membuat Through pass. ____________________________________________________________________________ Tak boleh nak kata juga, sebab Through pass ke Wide kiri dan kanan mungkin berjaya, tapi Bek sangat Deep menjadikan peluang untuk menjaringkan gol di separuh masa pertama sangat sukar, akhir nya Shoot jarak jauh di lakukan dan ianya tidak berkesan kerana Blocking dan Deflected ball akan berlaku, membias sekuat mungkin. Terbayang kalau kita ada Hairudin Omar yang memerangkap Apek dengan sepakan deras membias begitu menjadikan gol yang penting terhasil dan boleh membunuh harapan lawan. ____________________________________________________________________________________________ Apa yang saya perhatikan, kenapa Johor kerap Come back, adalah kerana gaya Fandi Ahmad seorang yang membaca kelemahan pasukan nya dahulu sebelum membaiki di separuh masa kedua. Gaya Coach Amatur yang merendah diri dan keberkesanannya sangat besar. Awal musim Fandi hampir menghilangkan kepercayaan penyokong mereka kerana terlalu lalai di Separuh Masa Pertama, namun kembali bangkit di separuh masa kedua. _____________________________________________________________ Bermula Second Half Bojan tekan kan perkara yang sama, Zairo masih lagi bertukar hantaran pendek dan sekejap dengan partner Diamondnya Shakir dan Daudsu, sesekali ternampak keserasian nya dengan Faiz, satu-satunya pemain yang di harap mampu melakar kejutan, namun Faiz berdepan situasi sukar kerana menentang DTFC ketika bek mereka sudah pulih dari pembedahan masalah bertahan. Ketiadaan Muslim dan Upgrading System oleh Fandi dengan memasukkan Bek lokal yang boleh diharap, menukarkan kapten kepada Kamarul nampak membuahkan hasil. Pemain lokal begitu berjuang untuk 2 perkara besar didalam diri. ___________________________________________________________________________________ Satu, untuk lekat dalam skuad utama Fandi, kedua mereka mahu darah dan maruah Johor secara lokalitinya di pertahankan secara bermati-matian. Ini saya bayangkan waktu tahun pertama Mourinho bermain El Clasico Real turun dengan tanpa pemain yang pertahan kan darah Los Merengues. Tersungkur 5-1 di baham gergasi Blaugrana. Ini perjuangan maruah. Kita juga mempunyai serapan itu, terbayang di nadi Apek, Farisham dan Zairul. Mereka bertiga tak ada salahnya dalam bertahan sehinggalah Norshahrul menyusun tarian nekad untuk mengajar Kelantan apa itu dendam yang terpendam. ________________________________________________________________________________ Kalau lah Bojan membaiki serangan sebaik sahaja Separuh Masa Kedua bermula, ianya sedikit membantu, sehinggakan Obinna sendiri nampak seperti bermain untuk Nigeria ketika berhadapan Samuel Eto'o. Begitu bersungguh-sungguh dan nampak perit di wajahnya selepas jaringan memecah kebuntuan. Untuk sedikit jujur, Haris nampak sedikit berbeza kearah positif di game ini, namun ketumpulan nya yang gagal di asah di Kelantan sejak mengalami penurunan sebelum berpindah lagi akhir nya tidak menjadi tanda tanya lagi, beliau memang gagal di musim ini. Usia nya yang sepatutnya muda untuk bangkit semula mencari Form, namun dek kerana di usia muda nya sudah meletup, nampaknya beliau kelihatan mempunyai masa depan yang gelap di Kelantan. ______________________________________________________________________________________ Selepas Norshahrul meledak, saya membayang kan pada minit ke 68 ketiga-tiga Aces Kelantan akan dimasukkan bersama-sama terus, yakni Bojan terpaksa membunuh sikap statiknya secara total dengan membuat 3 pertukaran terus, namun itu hanya mimpi fantasi sahaja saya berimiginasi. Saya tak tahu kalau ketiga-tiga mereka di bawa masuk berterusan akan mengubah game, tetapi saya yakin ianya mampu membuka mata Fans bahawa Bojan akan menekan butang panik, tetapi kita semua melayu, no panic button this season at all. __________________________________________________________________________________________ Selepas gol kedua dari Azwan Roya, saya terus bawa anak ke tandas dengan saya sendiri mengambil masa yang lama lepak di dalam tandas, akhirnya saya keluar dan pulang tanpa memikirkan apa yang berlaku selepas itu. Saya rasa Bojan sudah benar-benar berjasa dan menggilap kemampuan nya musim lepas, namun musim ini cabaran nya berbeza, kita membayangkan Azrai Khor selepas membidik Treble kedua beliau terus ke cabaran peringkat Nasional. Saya fikir Bojan sesuai melatih team Ong Kim Swee sekarang dan Ong menggantikan Dato KR. _____________________________________________________________ Walaupun pemikiran ini nampak 'lari tune', saya faham Bojan masih ada masa untuk buktikan dia berjuang untuk membawa team yang lumpuh dek susunan jadual dengan memberikan kepada pengkritik beliau Piala FA. Sudah tentu dia berpeluang untuk kekal melatih Kelantan bagi kejohanan Piala Malaysia selepas itu. Secara jelas ramai yang begitu Vokal dengan ketidak mampuan Bojan menggarap team yang kepenatan ini didalam MSL, walaupun suara Presiden sudah sekali dua berdengung mengkritik Bojan secara terbuka, ianya berbeza kritikan terbuka Fans dan President. ___________________________________________________________________________________________ Untuk diri saya secara peribadi, piala FA bertemu Johor mungkin di idam kan, dan jika berlaku kekalahan kedua kepada Johor musim ini di gelandangan terbesar, pastinya Unacceptable. Tapi secara jujurnya saya tidak lagi mahu bertemu dengan DTFC di Piala FA. Ianya dendam yang terlalu awal untuk dilempiaskan. Saya impikan membenam cabaran DTFC di Final Piala Malaysia. Better late then never? yes i'm a Betterman. Salam Unprovoked Deceleration untuk semua penyokong DTFC yang matang. Semalam saya menjabat tangan dengan 3 orang Fans DTFC, saya nampak mata mereka bersinar, begitu meraikan persahabatan ini. We can forgot our bad ass war, keep calm and fighting for our flag. Keep the Red-White Checkered Flag Flying High! ____________________________________________________________________________________ | Oleh: betterman@kelate.net | Posted by AdminPNY

No comments: