09 May 2013

Bojan Terkilan Sikap Penyokong


Kemaskini pada 9/5/2013
WALAU kemenangan bergaya 3-0 ke atas Felda United sekalipun tidak mampu membuatkan Bojan Hodak tersenyum, gara-gara terkilan dengan sikap segelintir penyokong Kelantan kerana bertindak mengejek Ahmad Fakhri Saarani.
Tegas pengendali warga Croatia itu, ejekan terhadap Fakhri hanya membawa lebih banyak keburukan dan bakal mendatangkan kesan terhadap moral penyerang itu pada perlawanan akan datang.
“Para penyokong sepatutnya memberi sorakan untuk melonjakkan semangat pemain, bukannya di sebaliknya,” kata Hodak..
“Membuat ejekan terhadap seseorang pemain akan mengakibatkan dia bermain di bawa tekanan.
“Fakhri jelas begitu tertekan dalam perlawanan malam ini angkara ejekan penyokong sendiri, sebab itu dia bermain di bawah kemampuan sebenar.
“Keyakinannya terjejas sehinggakan sama ada penyudah mahupun hantaran semuanya tidak menjadi.
“Semua pemain tidak akan dapat mengelak daripada langsung tidak membuat kesilapan.
“Kalau itu berlaku, maka di sinilah penyokong memainkan peranan mereka iaitu terus menyokong padu supaya pemain itu dapat memperbaiki prestasi, bukan mengeruhkan keadaan dengan menjatuhkan moral pemain.
“Apa yang saya dapat lihat ialah Fakhri bermain jauh lebih baik ketika beraksi di tempat lawan berbanding di tempat sendiri.
“Penyokong TRW perlu mengikis sikap itu sekiranya mahu melihat pasukan terus mepamerkan aksi terbaik untuk perlawanan seterusnya,”
Di sebalik insiden kurang menyenangkan Hodak itu, dia tidak lupa untuk memberi pujian terhadap aksi memberangsangkan anak-anak buahnya.
“Saya gembira dengan persembahan anak buah, biarpun bermula sedikit perlahan di awal permainan.
“Kemenangan ini pastinya menyuntik semangat kepada semua pemain untuk terus bangkit dan memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya.
Sementara itu, bos Felda, K Devan pula menganggap faktor keletihan sebagai punca skuad bimbingannya tumpas di tangan Kelantan.
Kata Devan: “Skuad Kelantan lebih cergas kerana mendapat rehat yang secukupnya dan itu memberikan kelebihan buat mereka.
“Pemain saya pula dihantui keletihan selepas perlu mengharungi perlawanan dengan Perak Jumaat lalu.
“Situasi dirumitkan pula apabila kami dibolosi dua gol pantas Kelantan dalam  separuh masa pertama.”
www.sports247.my
***
Bojan - Penyokong Perlu Bersabar
Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak meminta penyokong Kelantan berhenti mengejek pemainnya yang beraksi di bawah kemampuan sebenar walaupun membenam Felda United 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam kelmarin.
Antara pemain paling ketara menerima cemuhan adalah Ahmad Fakri Saarani yang baru bersama pasukan pada pusingan kedua liga.
Pemain muda Mohd Izuan Salahuddin turut menerima nasib sama kerana mempamerkan aksi kurang meyakinkan.
Hodak berkata, penyokong Kelantan sepatutnya memberi sorakan dan sokongan padu untuk menaikkan semangat pemain bukannya melunturkan keyakinan pemain.
Katanya, beliau perlu bersikap adil memberi peluang bermain kepada semua pemain malah menyifatkan Ahmad Fakri sudah mempamerkan aksi baik meskipun masih ada kelemahan yang perlu dibaiki.
“Fakri tertekan kerana ejekan penyokong. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila dia gagal bermain mengikut kemampuan sebenar dan tidak mempunyai keyakinan dalam melakukan penyudah serta membuat hantaran tepat.
“Semua pemain tidak terlepas daripada membuat kesilapan dan peranan penyokong adalah memberi semangat untuk pemain memperbaiki kesilapan itu dan bukannya menjatuhkan moral pemain,” katanya.
Sumber: Harian Metro
 
***
Kelantan Mampu Berada Di Kedudukan Terbaik
KELANTAN positif untuk menamatkan saingan Liga Super di kedudukan terbaik terutama selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Felda United di laman sendiri, kelmarin.
Jurulatihnya Bojan Hodak sedar, selaku penyandang juara, peluang untuk mengulangi kejayaan sama agak sukar berlaku berdasarkan kedudukan mereka sekarang.
“Kami ada tujuh perlawanan lagi tidak termasuk perlawanan separuh akhir Piala FA dan kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
“Semua ini cukup penting, jika tak dapat pertahankan kejuaraan, kami perlu mengakhiri saingan liga domestik dengan keputusan positif,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengenai kemenangan ke atas Felda United, Hodak akui, rentak barisan pemainnya bermula agak perlahan sehingga mendapat tekanan awal daripada pihak lawan.
“Segalanya berubah apabila kita menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit dan kembali menguasai perlawanan. Awal babak kedua kami hilang punca namun kemasukan pemain tengah, K Nanthakumar berjaya mengimbangi corak permainan.
Dalam perkembangan sama, Hodak akui tidak mahu menanggung risiko menurunkan penyerang import, Dickson Nwakaeme lebih awal kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan otot paha.
“Walaupun beraksi tujuh minit, Nwakaeme mampu mengucar-ngacirkan benteng pertahanan lawan. Saya percaya masanya akan tiba untuk dia bermain sepenuh masa tidak lama lagi,” katanya.

No comments: