DUA bekas pemain The
Red Warriors muncul wira Johor Darul Takzim apabila membantu pasukan menewaskan
Kelantan 2-0 di laman sendiri dalam aksi Liga Super 2013 di Stadium Tan Sri
Dato Haji Hassan Yunos, di sini malam tadi.
Jaringan menarik Norshahrul Idalan Talaha dan Nurul Azwan Roya ternyata menggagalkan misi pasukan bimbingan Bojan Hodak untuk meraih kemenangan bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super musim ini.
Kemenangan yang diraih pasukan tuan rumah menyaksikan pasukan kendalian Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Fandi Ahmad terus mencatatkan kemenangan dalam usaha memburu tiga mata bagi menamatkan saingan selaku juara liga.
Sebaik sahaja aksi separuh masa pertama bermula, kedua-dua pasukan saling mengatur serangan dan mengasak antara satu sama lain bagi mendapatkan gol awal.
Gandingan Norshahrul Idlan bersama Safee Sali dan penyerang import dari Argentina, Leonel Nunez menampakkan keserasian apabila kerap kali mengancam kubu pertahanan lawan.
Pasukan tuan rumah yang menguasai permainan hampir mendapatkan gol pertama menerusi penyerang import dari Nunez pada minit ke-2, namun sepakan dibuat tersasar jauh dari gawang lawan.
Pasukan tuan rumah sekali lagi memiliki peluang untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke-17 apabila sepakan kencang Nurul Azwan Roya gagal ditangkap kemas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Bagaimanapun, pertahanan import The Red Warriors, Obinna Nwaneri menyelamatkan kekalutan di dalam kawasan sendiri dengan menolak keluar dari kota penalti.
Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama panggilan ‘Apex’ terus diuji Johor Darul Takzim pada minit ke-26 menerusi sepakan percuma Mohd Farid Ramli yang berjaya ditangkap dengan kemas.
Kelantan memiliki peluang terbaik untuk meraih gol pertama pada minit ke-29 menerusi Mohd Haris Safwan dalam aksi perebutan di dalam kawasan kota penalti tuan rumah, tetapi cubaannya berjaya digagalkan Muhd Al-Hafiz Hamzah.
Umpama mendapat ‘tonik’ ketika waktu rehat, Johor Darul Takzim mengukuhkan cengkaman penguasaan perlawanan pada babak kedua apabila kerap membuat percubaan tepat ke arah gawang lawan.
Hasilnya, pasukan tuan rumah berjaya meraih gol pertama menerusi Norshahrul pada minit ke-65 apabila sepakan dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Apex.
Tiga minit kemudian, gawang Kelantan sekali lagi dibolosi Johor Darul Takzim menerusi sepakan kencang Nurul Azwan Roya yang menggegarkan jaring.
Tersentak dengan jaringan gol dan serangan pasukan tuan rumah, Kelantan memperkemaskan rentak permainan dan mengatur serangan bagi mencari gol pertama.
Bagaimanapun, setiap serangan yang dilakukan oleh gandingan Ahmad Fakri Shaarani; Mohd Haris dan Zairo Zainali berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan diketuai oleh kapten pasukan Harimau Selatan, Kamarul Afiq dan kecekapan Muhd Al-Hafiz.
Meskipun asakan demi asakan dilakukan oleh pasukan pelawat, keputusan 2-0 yang memihak kepada
Johor Darul Takzim tidak berubah sehingga wisel penamat.
Hadir menyaksikan perlawanan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan.

***
JDT Naik Ke Tangga Ke-2 Liga
JOHOR BAHRU - Jaringan Norshahrul Idlan Talaha
dan Nurul Azwan Roya membantu Johor Darul Takzim memintas Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) di tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Kelantan 2-0 di
Stadium Larkin, semalam.
Disaksikan lebih 30,000 penonton yang memenuhi
stadium seawal pukul 5 petang, aksi babak pertama ternyata seimbang dan sengit
apabila kedua-dua pasukan gergasi itu saling berbalas serangan.
Tuan rumah terlebih dahulu cuba membolosi gawang
lawan menerusi pemain import, Leonel George Nunez pada minit ke-33, namun
sepakannya terkena palang gol.
Tidak cukup dengan itu, pada minit ke-43, Nunez
sekali lagi cuba menewaskan Khairul Fahmi Che Mat apabila berhadapan satu lawan
satu, tetapi bola sepakan terkena muka penjaga gol Kelantan tersebut yang
kemudiannya ditangkap kemas.
Memasuki babak kedua, Johor DT terus menggandakan
usaha untuk memecahkan kebuntuan dengan melancarkan serangan bertali arus ke
arah kubu lawan.
Akhirnya, pada minit ke-65, Norshahrul Idlan
berjaya meledakkan gol pertama hasil gerakan solo sebelum merembat bola rendah
dari luar kotak penalti.
Kegembiraan skuad bimbingan Fandi Ahmad itu tidak
terhenti di situ apabila Nurul Azwan menambah satu lagi gol pada minit ke-68,
sekali gus memastikan kemenangan pasukan berstatus bintang itu.
Terdahulu, perlawanan semalam terpaksa
ditangguhkan selama 40 minit apabila berlaku ketegangan antara penyokong
kedua-dua pasukan terbabit.
Kira-kira pukul 8 malam tadi, penyokong kedua-dua
pasukan memulakan serangan psikologi dengan menimbulkan provokasi lalu
menyebabkan ada antara mereka yang bertindak agresif membaling pelbagai objek
sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang penyokong.
Bagaimanapun, pihak berkuasa berjaya meleraikan
ketegangan dengan membuat penyusunan semula kedudukan penyokong Kelantan ke
kawasan yang lebih baik dan menempatkan lebih ramai anggota polis sebagai
langkah berjaga-jaga.
***
Bekas Pemain Jadi Pemusnah
DUA bekas pemain Kelantan muncul wira Johor Darul
Takzim (Johor DT) apabila membantu Harimau Selatan menundukkan skuad The Red
Warriors 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam
tadi.
Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd. Nurul Azwan
Roya yang mula menyertai Johor DT musim ini masing-masing menjaringkan gol pada
minit ke-65 dan ke-68 untuk menghadiahkan tiga mata penuh buat pasukan tuan
rumah.
Kemenangan ketiga berturut-turut itu membolehkan
Johor DT kini melonjak ke tangga kedua liga selepas mengumpul 34 mata, satu
mata di belakang pendahulu, Lions XII.
Meskipun perlawanan tertangguh 40 minit gara-gara
sedikit kekecohan yang berlaku di antara penyokong Kelantan dan tuan rumah, ia
tidak mematahkan semangat kedua-dua pasukan untuk mempamerkan aksi menarik
sepanjang perlawanan.
Anak-anak buah Fandi Ahmad bermula garang apabila
melakukan beberapa serangan di awal permainan, namun gagal menghasilkan
sebarang jaringan.
Penyerang import, Leonel Nunez melaku- kan cubaan
seawal minit kedua, namun tendangannya tersasar sebelum cubaan Nurul Azwan pada
minit ke-26 berjaya diselamatkan penjaga gol pasukan pelawat, Khairul Fahmi Che
Mat.
Penyerang skuad The Red Warriors, Mohd. Haris
Safwan turut melakukan cubaan pada minit ke-29, namun rembatan dari dalam kotak
penalti berjaya ditepis penjaga gol Muhd. Al-Hafiz Hamzah.
Sebaik babak kedua bersambung, Johor DT
menggandakan asakan dengan serangan sebelum gol pertama pasukan tuan rumah
diperoleh melalui Norshahrul yang merembat kencang dari luar kotak penalti pada
minit ke-65.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri
Sembilan tewas 0-2 kepada Terengganu hasil sepakan penalti Razman Roslan dan
jaringan gol Damion Stewart masing-masing pada minit ke-38 dan ke-50.
Di Stadium Shah Alam, pasukan tuan rumah,
Selangor mengalahkan Terengganu 2-0 hasil dua jaringan gol Francis Forkey Doe
pada minit ke-24 dan ke-89.
Kedudukan Pahang dan Selangor kekal masing-masing
di tangga kelima dan keempat manakala Johor DT memintas ATM di tangga ketiga.
***
Sikap Awe Dipuji Penyokong Kelantan
Kekalahan Kelantan malam tadi sememangnya sudah
dijangka memandangkan Kelantan merehatkan tonggak utama bagi memberi fokus
kepada separuh akhir Piala FA iaitu saingan terakhir untuk Kelantan berpeluang
mara ke final Piala AFC pada musim 2014.
Jaringan dua gol kemenangan Johor Darul Takzim,
yang dijaringkan oleh Mat Yo dan Nurul Azwan Roya telah berjaya menambah kecewa
ribuan penyokong Kelantan yang menyaksikan perlawanan ini dengan penuh harapan
dan dendam. Syukur keputusan ini diterima baik oleh seluruh penyokong Kelantan
meskipun mereka kini kurang berpuashati dengan percaturan tidak menjadi Bojan
Hodak sejak kebelakangan ini.
Seluruh penyokong Kelantan berasa bangga dan
mengucapkan terima kasih diatas sikap tidak meraikan gol yang ditunjukkan Nurul
Azwan semasa menjaringkan gol terakhir Johor DT malam tadi.
Harapan seluruh penyokong Kelantan supaya
Kelantan akan bangkit dan memenangi perlawanan separuh akhir menentang
Terengganu 25 dan 28 mei, sekaligus mara ke final. Bojan Hodak dan skuad
bimbingannya tiada pilihan lain dalam saingan Piala FA ini setelah Presiden KAFA
Tan Sri Hj Annuar Musa juga meluahkan rasa tidak berpuashati dengan keputusan
terbaru ini.
AYUH BANGKIT BERSAMA PASUKAN KESAYANGAN
KITA....GOMO KELATE GOMO...
No comments:
Post a Comment