19 May 2013

Kelantan 1 - 1 Selangor

Posted By Admin On Sunday, May 19, 2013
Dua wakil Malaysia dalam Piala AFC 2013 yang telah tersingkir, Kelantan dan Selangor sekadar mencatat keputusan seri 1 – 1 di Stadium Sultan Muhammad ke IV semalam
Gol Selangor dijaringkan pemain import iaitu Adam Griffiths pada minit ke 54″ dan gol penyamaan Kelantan hadir pada minit ke 65″ hasil jaringan kencang Zairo Anuar Zailani.
Tamat : Kelantan 1 – 1 Selangor
 Kelantan Dan Selangor Sekadar Seri

Kelantan gagal memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila pemain yang diturunkan hanya mempamerkan kebangkitan setelah ketinggalan 1-0 kepada Selangor, peluang masa selebihnya disia-siakan dengan mempamerkan bukan aksi sebenar mereka.
Gol penyamaan Zairo berjaya menyelamatkan Kelantan daripada keciciran mata. Rata-rata penyokong yang hadir kurang berpuashati dengan aksi yang ditunjukkan kesebelasan pemain Kelantan namun mereka akur mungkin keletihan kedua-dua pasukan yang beraksi dalam saingan Piala AFC masih lagi terasa.
Satu lagi perlawanan menarik pada 22 mei ini Kelantan akan menentang Johor DT di Johor Bahru, kebangkitan barisan pemain Kelantan amat diharapkan oleh seluruh penyokong Kelantan yang melihat perlawanan adalah penebus maruah Kelantan yang kian tercalar.
Ayuh kita beramai-ramai memenuhi Stadium Larkin pada 22 mei, pastikan laungan Gomo Kelate Gomo bergema di bumi Johor. Namun harapan seluruh penyokong Kelantan dan Johor yang cintakan keamanan dan keselamatan, mereka merayu semua penyokong yang hadir mengelakkan sebarang provokasi dan kekacauan. GOMO KELATE GOMO.....Selamanya The Red Warriors
THE RED WARRIOR'S 
***

Bojan Kecewa Prestasi Kelantan
KOTA BHARU - Kekecewaan jelas terpancar di wajah pengendali Kelantan, Bojan Hodak selepas pasukannya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.
Hodak mengakui, dia amat kecewa selepas barisan pemainnya gagal beraksi cemerlang sepanjang perlawanan tersebut.
Menurutnya, walaupun Red Warriors menunjukkan kebangkitan selepas ketinggalan menerusi jaringan awal pemain Selangor menerusi Adam Griffiths pada minit ke-55 tetapi mereka gagal mengikut arahan yang diberikan.
"Ketika dalam bilik persalinan, saya beritahu pemain supaya menukar corak permainan, namun situasi yang sama tetap berulang walaupun kita berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas itu.
"Bagi saya keputusan ini adil buat Kelantan dan Selangor selepas kedua-dua pasukan gagal beraksi dengan baik," kata Hodak.
Keputusan seri menyukarkan Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu selepas hanya mengumpul 24 mata hasil daripada 17 perlawanan setakat ini.
Ketiadaan penyerang berbisanya, Dickson Nwakaemi menyerlahkan kepincangan jentera serangan Kelantan yang diketuai gandingan Ahmad Fakri Saarani dan Khairul Izuan Rosli.
Kedua-dua pemain mempameraksi kurang bermaya sepanjang perlawanan.
Sementara itu, Hodak menghambur pujian kepada skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim yang mempamerkan aksi bertenaga hingga menyukarkan jentera serangannya untuk mendapatkan jaringan.
Mengulas mengenai ketiadaan Dickson, Hodak berkata, pemain itu masih dibelenggu kecederaan.
"Dia (Dickson) belum pulih sepenuhnya dan belum pasti dapat diturunkan atau tidak pada pertemuan dengan Johor (Darul Takzim) nanti," ujarnya. 
***
Bojan Kecewa Aksi Fakri
Kota Bharu: Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyuarakan kekecewaan terhadap bekas pemain kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani yang gagal menyerlah dalam beberapa aksi bersamaThe Red Warriors (TRW).
Jurulatih berusia 42 tahun dari Crotia ituberkata, beliau tidak mengetahui punca dan tekanan yang membelenggu Ahmad Fakri sehingga gagal memberikan aksi terbaik terutama apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri dan yang terbaru ketika menentang Selangor, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
Moral jatuh
Katanya, apa yang beliau lihat dalam beberapa perlawanan sebelum ini Ahmad Fakri bermula dengan baik tapi moralnya mula jatuh sebaik saja dia melakukan satu kesilapan dan ia lebih ketara apabila beraksi di Kota Bharu.
"Saya tidak pasti apa masalah dia (Ahmad Fakri) sehingga gagal memberikan aksi terbaik. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila bermain di sini (Kota Bharu). Saya juga tidak tahu sama ada bermain di hadapan penyokong sendiri member tekanan kepada dia.
"Saya perlu bercakap dengan dia menanyakan punca dia gagal memberikan aksi terbaik. Dia bagus ketika latihan dan dapat bermain lebih baik di tempat lawan berbanding di tempat sendiri," katanya ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Selangor di
Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
Kesilapan mudah
Dalam perlawanan malam kelmarin, Kelantan hampir diaibkan Selangor di gelanggang sendiri, namun jaringan Zairo Anuar Zalani minit ke-66 menjadi penyelamat kepada TRW untuk mengikat keputusan seri 1-1 dan berkongsi satu mata.
Hodak juga tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya dalam perlawanan itu yang banyak melakukan kesilapan malah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri.

No comments: