15 May 2013

Kelantan 0 - 2 Kitchee Fc


Kitchee Fc Lebur Harapan Kelantan
KOTA BHARU - Kelantan gagal ke suku akhir Piala AFC selepas tumpas 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee Sport Club (SC) dalam aksi pusingan kedua di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam tadi.
Beraksi di tempat sendiri tidak memberi kelebihan buat tuan rumah apabila pelawat melakukan asakan awal dan meraih percubaan menarik menerusi ketua pasukan, Chui Siu Kei pada minit keempat namun dinafikan Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak dengan asakan pelawat, Kelantan pantas mengatur gerak dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-12, bagaimanapun rembatan Dimitrios Petratos sekadar menggegar bahagian tepi jaring gol Kicthee SC.
Tiga minit kemudian, tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan pelawat selepas pertahan The Red Warriors, Lek Kcira tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang rembatan pemain Kicthee SC, Pablo Gonzalez Counago.
Pelawat terus bersemangat dan hampir menggandakan jaringan pada minit ke-20, namun rembatan pemain pertahanan Cheung Kin Fung ditepis Khairul Fahmi.
Kelantan terus diasak hebat oleh pelawat menerusi serangan bertali arus sehingga memaksa barisan pertahanan tuan rumah yang diketuai oleh Obinna Nwaneri bekerja keras untuk mengelak gawang daripada dibolosi.
Peledak berbisa Kitchee SC, Josep menambah derita tuan rumah dengan menjaringkan gol kedua pasukannya pada masa tambahan babak pertama.
Bersambung babak kedua, tuan rumah yang terdesak memburu jaringan, membuat pertukaran dengan membawa masuk penggempur berbisa, Dickson Nwakaeme bagi menggantikan Mohd. Faiz Subri.
Percaturan Bojan Hodak membawa masuk pemain berkenaan membuahkan hasil apabila barisan serangan Kelantan berjaya mencipta gerak menarik di depan gawang lawan.
Pada minit ke-63, Kelantan berjaya meletakkan bola ke dalam gawang lawan menerusi Mohd Nor Farhan Mohamad, bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil dari Korea, Lee Min Hu selepas Nor Farhan dikesan berada dalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan.
Tuan rumah terus kempunan untuk merapatkan kedudukan apabila gol Nwakaeme kemudiannya dibatalkan Min Hu, selepas penyerang Kelantan itu berada dalam kedudukan ofsaid.
Kelantan Tersungkur
IMPIAN Kelantan untuk mencipta sejarah mara ke pusingan suku akhir buat kali kedua berturut-turut pada Piala AFC tidak kesampaian selepas tumpas 0-2 kepada Kitchee Sport Club (SC) dari Hong Kong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung secara kalah mati itu, pasukan pelawat melakukan asakan awal ke kubu tuan rumah menerusi percubaan menarik Chui Siu Kei pada minit keempat namun rembatan ketua pasukan itu berjaya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Tersentak dengan asakan tersebut, Kelantan mula mengatur gerak dan memperoleh peluang terbaik untuk memecah kebuntuan pada minit ke-12 tetapi rembatan Dimitrios Petratos sekadar menggegar bahagian tepi jaring gol Kicthee SC.
Tiga minit kemudian, tuan rumah dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat selepas pemain pertahanan skuad The Red Warriors, Lek Kcira tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang rembatan pemain Kicthee SC, Pablo Gonzalez Counago.
Pelawat terus mengasak Kelantan dan hampir berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-20 namun rembatan pemain pertahanan, Cheung Kin Fung berjaya ditepis keluar Khairul Fahmi.
Kelantan berada dalam situasi tertekan hasil serangan bertali arus pelawat sehingga memaksa barisan pertahanan tuan rumah yang diketuai Obinna Nwaneri bekerja keras untuk mengelak pintu gol mereka dibolosi.
Peledak berbisa Kitchee SC, Josep menambah derita tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua pasukan itu pada masa tambahan babak pertama, sekali gus memberikan kelebihan sebelum separuh masa kedua bermula.
Pada babak kedua, tuan rumah yang terdesak memburu jaringan membuat pertukaran dengan membawa masuk penggempur berbisa, Dickson Nwakaeme bagi menggantikan Mohd. Faiz Subri untuk menambah sengat di posisi serangan.
Percaturan Bojan Hodak membawa masuk Nwakaeme membuahkan hasil apabila barisan serangan Kelantan berjaya mencipta beberapa gerakan menarik.
Kelantan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-63 menerusi Mohd. Nor Farhan Mohamad tetapi jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu selepas pemain itu berada di posisi ofsaid.
Tuan rumah terus kempunan untuk memperoleh gol apabila jaringan Nwakaeme sekali lagi dibatalkan selepas penyerang Kelantan itu berada dalam kedudukan ofsaid.
Tuah rumah nyata tidak berputus asa untuk mendapatkan jaringan namun rembatan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-86 berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kitchee SC, Wang Zhenpeng dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.
Impian Kelantan Berkecai
Kelantan gagal mara ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila tewas 0-2 kepada Kitchee SC dari Hong Kong dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Kedua-dua pasukan memulakan permainan secara seimbang tetapi The Red  Warriors dikejutkan pada minit ke-14 apabila pemain importnya Lek Kcira menjaringkan gol sendiri ketika cuba menyelamatkan bola rembatan lintang pemain Kitchee SC Pablo Gonzalez Counago di hadapan pintu gol.  
Kitchee SC yang terus mengasak dengan gerakan hantaran pendek kerap mencemaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat dan pada minit ke-47 pasukan lawan berjaya menjaringkan gol kedua melalui sepakan Jorge Tarres Paramo.   
Kelantan yang mengungguli Kumpulan G menentang Kitchee SC yang berada di tangga kedua Kumpulan E tanpa timbal balas.  
Kemenangan Kitchee SC itu melayakkan pasukan itu mara ke peringkat suku akhir, Disember ini.
Kelantan Tersungkur
Kota Bharu: Hajat besar Kelantan menemui jalan buntu, malam tadi apabila tersingkir daripada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas kepada kelab Hong Kong, Kitchee FC 2-0 pada pusingan kalah mati 16 terakhir di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.
Kekalahan itu juga menyaksikan Kelantan gagal mengulangi rekod layak ke pusingan suku akhir kejohanan berkenaan seperti dilakukan, musim lalu.
Ketua jurulatih, Bojan Hodak akur betapa dua gol yang membolosi gawang tuan rumah pada babak pertama memberi tekanan kepada pasukan untuk bangkit.
“Pemain saya keletihan selepas bermain dalam banyak perlawanan dan ketika sama Dickson (Nwakaeme) masih lagi belum pulih daripada kecederaan untuk membantu cabaran pasukan,” katanya.
Kejutan awal
Pelawat membuat kejutan pada minit ke-15 buat mengecewakan kira-kira 15,000 penyokong The Red Warriors (TRW) dengan jaringan pertama apabila pemain pertahanan, Lek Kcira tertampan bola ke gawang sendiri ketika berusaha mengeluarkan bola hantaran lintang Pablo Gonzales Caonago.
Jorge Tarres Paramo menambah tekanan buat anak buah Hodak apabila menampan masuk bola hantaran lintang Cheung Kin Fung pada masa tambahan separuh masa pertama untuk gol kedua Kitchee.
Tertekan, Hodak terpaksa membuat pertukaran sebaik bermula separuh masa kedua dengan mengeluarkan Mohd Faiz Subri dan digantikan dengan Dickson Nwakaeme walaupun pemain itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Kemasukan Dickson ternyata mengubah pergerakan jentera serangan Kelantan yang sedikit hambar di separuh masa pertama. Nasib malang buat TRW apabila jaringan Mohd Norfarhan yang menanduk masuk bola hantaran lintang Dickson pada minit ke-63 dibatalkan kerana dia berada pada kedudukan ofsaid.
Malang terus menimpa Kelantan apabila pada minit ke-71, jaringan Dickson pula dibatalkan pengadil selepas pemain itu dikesan berada pada kedudukan ofsaid.

No comments: