26 May 2013

Kelantan 4 - 1 Terengganu

Kelantan, JDT Raih Kemenangan
KUALA LUMPUR 26 Mei 2013 - Aksi separuh akhir pertama Piala FA memperlihatkan Kelantan meraih bekalan selesa dengan kemenangan 4-1 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sementara Johor Darul Takzim menang tipis 1-0 berdepan Pahang semalam.
Ketinggalan 0-1 kepada jaringan Asaari Samsudin pada minit ke-2, Kelantan melakukan kebangkitan dramatik dengan gol daripada Dickson Nwakaemi pada minit ke-79 dan Indra Putra Mahayuddin meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-83.
Obinna Nwaneri mengukuhkan kedudukan melalui jaringan daripada sepakan penalti pada minit ke-92 sebelum Zairo Anuar Zailani meledak gol keempat Kelantan, seminit kemudian.
Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Leonel Nunez memberikan gol kemenangan kepada Johor DT pada minit ke-21 hasil hantaran penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.- UTUSAN ONLINE
***
Kelantan Menang Bergaya
Juara Bertahan Piala FA, Kelantan berjaya menewaskan Terengganu dalam separuh akhir pertama Piala FA 2013 dengan keputusan 4 – 1 di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi Ashaari Shamsuddin seawal minit ke 2″ hasil tandukannya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat
Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan menyerang bertubi tubi ke kubu Terengganu yang dikawal oleh Sharmiza yang dilihat agak cemerlang menepis setiap asakan Kelantan.
Gol Kelantan hanya terhasil pada minit ke 79″ selepas kemasukan Dickson Nwakaeme menggantikan Fakri Saarani dan berjaya memberi impak positif serta menjaringkan gol penyamaan Kelantan.
Gol Kedua Kelantan terhasil minit ke 88″ menerusi sepakan Indra tertampan pemain Terengganu dan gagal diselamatkan Sharmiza.
Kelantan menambah duka Terengganu apabila sepakan penalti Obinna Nwaneri minit ke 92″ berjaya memberi jaringan ketiga Kelantan
Gol terakhir Kelantan dihasilkan menerusi Zairo Anuar Zailani yang menyepak kencang menerusi kaki kiri untuk menewaskan Sharmiza.
Tamat Perlawanan : Kelantan menang selesa 4 – 1 ke atas Terengganu untuk membawa bekalan bagi perlawanan Separuh Akhir kedua di Kuala Terengganu 28 Mei nanti.

Sabtu, Mei 25, 2013 
Keputusan Penuh Separuh Akhir 1 Piala FA 2013 :
Kelantan 4 - 1 Terengganu
Gol-gol Kelantan di jaringkan oleh Dickson,Indra,Obinna dan Zairo
Johor D.T 1 - 0 Pahang
***
"Percaturan Bodoh" Membuahkan Hasil
KOTA BHARU - Bojan Hodak menjawab kritikan pedas yang diterimanya ketika kalah 0-2 kepada Johor Darul Takzim dalam aksi Liga Super Rabu lalu dengan berkata, 'percaturan bodoh' dalam perlawanan tempoh hari membawa hasil apabila Kelantan menang 4-1 ke atas Terengganu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di sini, kelmarin.
Ketua jurulatih Kelantan itu berkata, dia gembira dengan keputusan tersebut kerana telah membuktikan 'percaturan bodohnya' sebelum ini akhirnya memberikan kejayaan yang besar kepada mereka.
"Anda boleh lihat bagaimana barisan pemain Kelantan yang diturunkan pada perlawanan ini mempunyai tahap kecergasan yang baik.
"Mereka mampu mempamerkan aksi cemerlang sehingga wisel penamat.
"Saya gembira dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemain dan tidak mudah berputus asa biarpun dikejutkan dengan jaringan awal lawan," katanya.
Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan dikejutkan dengan jaringan Mohd. Asahari Shamsudin pada minit kedua.
Tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-79 untuk jaringan penyamaan menerusi Dickson Nwakaemi.
Asakan Kelantan tidak mampu dibendung pertahanan Terengganu apabila menambah tiga gol menerusi Indra Putra Mahyuddin (m-83), penalti Obinna Nwaneri (m-92) dan Zairo Annuar Zailani (m-93).
Hodak mengakui, kemasukan Nwakeami berjaya mengubah rentak perlawanan sehingga pasukanya mampu menjaringkan empat gol dalam tempoh sepuluh minit terakhir.
Hodak turut memuji penjaga gawang pelawat Mohd. Shamirza Yusoff yang kerap mengagalkan usaha Kelantan untuk mendapat jaringan.  
***
TSAM: Belum Masanya Mendabik Dada
"Kemenangan besar Kelantan 4-1 ke atas Terengganu malam tadi belum boleh mendabik dada kerana Kelantan harus mengharungi 90 minit perlawanan lagi mencabar di tempat lawan" pesan Tan Sri Annuar Musa.
Kehadiran Dikson Nwakaeme dan jaringan gol penyamaannya malam tadi berjaya mengubah rentak perlawanan Kelantan serta membangkitkan semangat juang kemenangan yang tinggi kepada pemain Kelantan lain setelah Ashaari Shamsudin berjaya menghukum Kelantan seawal minit kedua lagi.
Jaringan dua gol Dickson, 1 gol daripada Obinna dan Zairo boleh dijadikan sebagai benteng kukuh untuk dibawa ke Kuala Terengganu selasa ini (28 mei). Kebangkitan pasukan Kelantan malam tadi juga diharap mampu memulihkan kembali semangat pemain dan penyokong dalam menjayakan impian ke final Piala FA.
Jika dilihat pada musim ini Terengganu sebuah pasukan yang sukar dijangka aksi kebangkitan dan kehebatannya. Dengan ini seluruh penyokong dan pemain Kelantan disarankan memberi fokus 100% kepada perlawanan kedua semi final Piala FA nanti, Abaikan dulu fokus pasukan mana lawan Kelantan di pentas final, biarlah 90 minit lagi menentukannya.
Sungguhpun begitu ada juga rasa terkilan dengan sikap cepat tewas di kalangan penyokong Kelantan apabila Ashaari menjaringkan gol awal, ada segelintir penyokong sudah mula mengejek pemain dan kurang yakin walaupun masa perlawanan masih lagi panjang.
Ayuh rakan-rakan Piala FA adalah harapan terakhir kita untuk menyaksikan kehebatan The Red Warriors dalam saingan Piala AFC 2014. Kita perlu melupakan segala kekalahan lalu demi mengejar kejayaan masa depan. GOMO KELATE GOMO!
***
Kelantan Selangkah Ke Final
Juara bertahan Piala FA, Kelantan melangkah sebelah kaki ke final setelah mencatat kemenangan selesa 4-1 ke atas Terengganu pada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bahru, malam tadi. 
Dengan kelebihan itu, Kelantan selaku juara trebel musim lepas membawa bekalan selesa dan tidak perlu bekerja keras apabila bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, Selasa ini.
Skuad Penyu bermula garang apabila mengejutkan Kelantan menerusi gol pembukaan yang dijaringkan pemain tengah, Mohamad Ashari Samsudin menerusi tandukan seawal minit kedua perlawanan.
Tertekan dengan kedudukan itu, Kelantan yang terkenal dengan gelaran 'The Red Warriors' kembali bangkit pada babak kedua perlawanan apabila Dickson Nwamuso berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79.  
Kelantan menambah duka Terengganu apabila Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol kedua pasukan tuan rumah pada minit ke-89 manakala Obinna Nwaneri menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan penalti tiga minit kemudian.  
Zairo Anuar Zailani yang berjaya melepasi pertahanan lawan mengesahkan kemenangan bagi pasukan Kelantan apabila meledakkan gol pada masa tambahan. 
Nasib berbeza menimpa pasukan Johor Darul Takzim apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.  
Skuad bimbingan Fandi Ahmad perlu memperoleh jaringan besar di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada perlawanan pusingan kedua Selasa ini untuk mengesahkan tempat ke final. 
Pemain Import dari Brazil skuad Harimau Selatan, Leonel George Nunuez menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-21. 
Sementara itu dalam satu perlawanan Liga Perdana, Kedah mencatat kemenangan besar apabila mengalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1 di Stadium DarulAman, Alor Setar. 
Gol pasukan tuan rumah dijaringkan Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-32, Alen Guc (minit ke-42 dan ke-58) dan Mohd Sabre Mat Abu pada minit ke-48, manakala gol saguhati PDRM disumbangkan Mohd Fauzi Abd Majid pada minit ke-68.
 
***
Anuar Harap Kelantan Ke Final Jumpa JDT
PENASIHAT Persatuan Bola sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa yang berpuas hati dengan persembahan skuadnya membenam Terengganu 4-1 pada pertemuan separuh akhir pertama Piala FA malam semalam, berharap anak buahnya mengekalkan momentum itu untuk ke final.  
Beliau juga berharap pentas final akan menyaksikan pertembungan skuad Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT). 
"Kita harap dapat bertemu Johor Darul Takzim di final, sebab baru ni kita tak puas hati sebab tak main 'full  team'. Jadi kita nak main 'full team', kita nak uji Johor, di 'neutral ground'," katanya ketika ditemui, di sini hari ini. 
Pada pertemuan di laman sendiri malam semalam, skuad Red Warriors yang menurunkan semua pemain utama, ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama namun bangkit pada 10 minit terakhir babak kedua untuk menjaringkan empat gol.
  
Mengulas percaturan jurulatih Kelantan Bojan Hodak yang tidak menurunkan kesebelasan utama pada pertemuan dengan JDT Rabu lepas, Annuar berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan jurulatih dari Croatia itu.
"Malam tadi kita setujulah (dengan percaturan Bojan) yang meletakkan pemain-pemain utama. Yang tak setuju ni dia simpan pemain dulu. Tapi lepas dia jelaskan kepada saya prioriti dia adalah (perlawanan) ini, kita terima. Bojan dah buktikan dan kita terima alasan dia," katanya.  
Akhbar sebelum ini melaporkan Annuar mengecam tindakan Hodak menerusi laman sosial Facebook miliknya selepas Kelantan tunduk kepada JDT 0-2 dalam pertemuan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.  
Hodak mempertahankan tindakannya "menyimpan" beberapa pemain tonggak dengan alasan mahu memberi mereka yang cukup bagi menghadapi saingan separuh akhir Piala FA.  
Mengulas tegurannya menerusi laman sosial itu, Annuar berkata beliau sekadar mahu menyedarkan anak buahnya selain membayangkan ada 'durian runtuh' menunggu jika Kelantan mara ke final Piala FA.  
"Kita mesti mara ke final sebab kita adalah juara bertahan, dan saya beritahu mereka saya akan beri ganjaran yang cukup  besar sekiranya berjaya ke final," katanya.  
Sementara itu, Hodak berkata keletihan bermain dalam 17 perlawanan dalam tempoh dua bulan menjadi penyebab kepada kemerosotan kualiti permainan dan beliau terpaksa memanfaatkan sepenuhnya pemain tonggak kerana kekurangan pemain simpanan berbisa yang boleh digilirkan.  
Akan tetapi katanya, keputusan yang dicatat menunjukkan pemain Kelantan mempunyai kualiti tersendiri kerana masih berupaya mempamer prestasi cemerlang sekalipun keletihan mengharungi jadual perlawanan yang padat. – Bernama
 
Alhamdulillah..kpd trw dan pegawai sy ucap tahniah NAMUN JGN LEKA..masih ada 90 minit di tempat lawan..tganu pasukan yg baik..FOKUSKAN PERHATIAN UTK PASTIKAN KITA KE BUKIT JALIL...kpd penyokong sy ucapkan terima kaseh..SET KITA TETAP YG TERBAIK...SELEKE kita ke tganung SELASA NI......SET KITA JANGE PPECOH!!!!  

No comments: