Misi Balas Dendam
PERSETERUAN dua musuh tradisi bola sepak negara,
Kelantan dan Selangor sekali lagi diterjemahkan di atas padang apabila
kedua-dua pasukan itu bertemu pada saingan Liga Super di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.
Ibarat ‘pertembungan epik’, persaingan dua
pasukan berstatus Gergasi Merah itu bakal menjanjikan aksi menarik, apatah lagi
Kelantan yang tewas 0-2 kepada Selangor dalam aksi pusingan pertama di Shah
Alam, 15 Februari lalu berazam mahu membalas dendam di atas kekalahan tersebut.
Sehubungan dengan itu, pengendali The Red
Warriors, Bojan Hodak yang menyedari ‘atmosfera luar biasa’ pertemuan ini
mengingatkan barisan pemainnya betapa perjuangan pasukannya untuk menamatkan
saingan liga domestik pada kedudukan terbaik harus bermula dengan menewaskan
Selangor, malam ini.
“Kami mahu balas dendam di atas kekalahan lalu.
Mereka menang 2-0 hasil kesilapan pemain pertahanan kami sendiri. Pemain kena
lupakan kegagalan pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan
kembali fokus meraih tiga mata bagi memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya
kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas mengenai persiapan pasukannya, Hodak
berkata, kehadiran semula tonggak pertahanan, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim,
Azizi Matt Rose serta Mohd Daudsu Jamaluddin akan memantapkan lagi posisi
tersebut dalam mengekang kemaraan pemain Selangor.
Dalam perkembangan sama, Hodak turut membawa
khabar gembira buat penyokong Kelantan apabila mengesahkan kecederaan penyerang
importnya, Dickson Nwakaeme tidak begitu membimbangkan dan menunjukkan
tanda-tanda positif untuk pulih dengan cepat menjelang pertemuan malam ini.
Rantai Pergerakan Forkey Doe:Apex
“KUNCI pergerakan Francis Forkey Doe, selesai
masalah kami.”
Itu nasihat penjaga gol utama The Red Warriors,
Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan sepasukannya menjelang pertemuan menentang
Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Khairul Fahmi atau Apex berkata, sekiranya rakan
di benteng pertahanan berupaya mengekang kelincahan pemain import Liberia itu,
beliau percaya Kelantan tidak berdepan masalah besar meraih tiga mata di
halaman sendiri.
“Bagi saya kekuatan Selangor terletak kepada
ketajaman Forkey Doe menyempurnakan peluang di depan pintu gol lawan. Saya
lihat Obinna Nwaneri, individu paling sesuai menggalas tugas merantai penyerang
ini.
“Dia sentiasa memberi masalah kepada kami
sehingga berjaya menjaringkan salah satu gol ketika Selangor menewaskan
Kelantan 2-0 tiga bulan lalu. Salah satu cara lain, kami kena sekat hantaran
lintang yang dilakukan pemain sayap mereka kepada Forkey Doe,” katanya,
semalam.
Pada masa sama, Khairul Fahmi menganggap
ketiadaan Mohd Amri Yahyah dan S Veenod yang digantung satu perlawanan
menguntungkan pasukannya memandangkan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu
mempunyai ramai pemain simpanan yang setaraf keupayaannya.
Dalam pada itu, Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan
sepasukannya melupakan kekalahan pasukannya pada pusingan kedua sehingga gagal
melangkah ke peringkat suku akhir pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak
Asia (AFC) musim ini.
“Lupakan kempen Piala AFC, kami kena kembali
fokus kepada Liga Super. Dengan baki enam perlawanan, kami perlu mendapatkan
mata semaksimum mungkin bagi menamatkan saingan dalam kelompok empat atau lima
pasukan terbaik. Tidak mustahil kami boleh melakukannya,” katanya.
***
Tan Sri Annuar Musa
Malam esok perlawanan epik the redwarriors vs the red giants..kedua dua luka di AFC CUP..kedua dua tak cukup rehat..kedua dua ada dendam tak sudah..kedua-dua dibezakan dengan 3 mata saja..menang TRW bererti kita memintas/menyaingi Selangor..SATU MISI PENTING MALAM ESOK!!!!GOMO KLATE GOMO...
May
16 at 9:10pm near Kampong Segambut Dalam
No comments:
Post a Comment