22 May 2013

MSL: # 18 Johor DT Vs Kelantan


Rantai Penggempur JDT
KELANTAN akan rantai pergerakan tiga tonggak utama Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azuan Roya serta penyerang import, Leonel Nunez dalam usaha mereka meraih kemenangan pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam esok.
Perkara tersebut disuarakan tonggak pertahanan The Red Warriors, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim yang menyifatkan ketiga-tiga pemain tersebut mampu meranapkan impian Kelantan untuk mencatat kemenangan pada perlawanan itu kelak.
Nik Mohd. Shahrul berkata, ketiga-tiga pemain ini mempunyai kemahiran individu yang tinggi serta larian pantas, malah mampu mengundang bahaya kepada Kelantan sekiranya diberikan ruang secukupnya untuk mereka bergerak.
Menurutnya, meskipun tidak dapat beraksi pada perlawanan tersebut, dia tetap yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan di bari- san pertahanan untuk mengekang asakan yang bakal dilancarkan Johor DT.
"Saya tidak dapat beraksi pada perlawanan tersebut selepas digantung satu perlawa- nan akibat mengumpul dua kad kuning sebelum ini.
"Jadi, saya berharap rakan- rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan," katanya ketika di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, barisan pertahanan Kelantan berada di tahap terbaik selepas mendapat sentuhan beberapa pemain yang tercedera sebelum ini iaitu Farisham Ismail, Azizi Mat Rose dan Mohd. Rizal Fahmi Rosid.
Pemain kelahiran Rantau Panjang itu memberitahu, Kelantan tidak boleh terus keciciran mata dalam perlawanan selepas ini jika mahu menamatkan saingan musim ini dalam lima kelompok terbaik liga.
"Kita tidak mempunyai banyak pilihan selain melakar kemenangan pada perlawanan selepas ini. Saya yakin dan percaya kita mampu menamatkan saingan musim ini dengan berada di kelompok lima pasukan terbaik musim ini," ujarnya.
Rakan sepasukannya, Mohd. Daudsu Jamaluddin juga me- nganggap tiga pemain tersebut bakal menjadi 'duri dalam daging' buat Kelantan sekiranya tidak dikawal rapi pada perlawanan itu kelak.
"Mereka merupakan tunjang kekuatan pasukan Johor DT dan mampu mengkucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan lawan. Jadi, kita perlu memastikan ruang yang mereka miliki ditutup sebaik mungkin."
***

Misi Sukar Kelantan
MISI Kelantan untuk mengutip tiga mata penuh pada aksi Liga Super menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Larkin, Johor malam ini sedikit terjejas, lapor YATIMIN ABDULLAH.
Ini kerana, The Red Warriors akan beraksi tanpa dua tonggak utama, Dickson Nwakaeme dan Nik Shahrul Azim Ab. Halim.
Nwakaeme hampir pasti tidak dapat diturunkan kerana masih belum pulih daripada kecederaan manakala Nik Shahrul Azim digantung dua perlawanan selepas mengumpul enam kad kuning dalam beberapa perlawanan musim ini.
Pengendali Kelantan, Bojan Hodak perlu mencari ramuan terbaik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan kedua-dua pemain itu sekiranya mahu membawa pulang tiga mata penuh.
Hodak yang mengakui bakal berdepan laluan sukar tetap optimis pasukan itu mampu mencuri mata pada perlawanan tersebut biarpun beraksi di tempat lawan.
Menurutnya, beliau tidak akan mengamalkan corak permainan bertahan tetapi memilih untuk menyerap taktik menyerang bagi memastikan pasukan itu meraih mata.
"Kami akan cuba bermain secara menyerang bagi memperoleh jaringan seterusnya melakar kemenangan. Jika kami bermain secara bertahan, saya bimbang Kelantan akan kalah pada perlawanan tersebut.
"Jadi, saya harap pemain yang diturunkan dapat memberikan aksi terbaik dan kemenangan sangat penting buat Kelantan bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.
Dalam pada itu, Hodak mengakui yang Johor DT bukan lawan mudah dan beraksi di tempat sendiri memberikan kelebihan kepada mereka.
Pengendali berusia 43 tahun itu turut menyenaraikan empat tonggak utama Johor DT yang perlu diberikan kawalan rapi pada perlawanan tersebut iaitu Nurul Azuan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez dan Andre Francisco William.
Katanya, keempat-empat pemain itu mampu mendatangkan masalah kepada skuad The Red Warriors sekiranya diberikan ruang yang banyak.
"Bagaimanapun, kami telah bersedia untuk menghadapi ancaman mereka dengan menutup setiap ruang yang dimiliki pemain-pemain tersebut," jelasnya.
***
Perlawanan "PANAS" seumpama Final membabitkan pertemuan Darul Takzim dan Kelantan pastinya akan mendapat tumpuan.Dengan prestasi dibawah keupayaan sebenar pasukan TRW pastinya membimbangkan seluruh penyokong setia.Berkemungkinan tidak menurunkan Dickson akibat kecederaan Pengempur TRW pastinya diberikan kepada Indra untuk merobek gawang DTFC.Bojan mesti bijak mengatur strategi dan taktikal untuk mengelakkan dari tewas sekaligus keciciran mata. Fakhri Saarani juga mesti membuktikan pembeliannya tidak sia-sia.mesti menunjukkan prestasi yang memberansangkan.Zairol yang "Menggila" sekarang selepas meledak gol menentang selangor adalah wajar diturunkan oleh Bojan.Kekosongan tempat Nik Shahrul yang digantung perlawanan harus diisi oleh pemain yang laju serta mampu membuat overlapping bagi membantu Winger serta bahagian serangan. 

No comments: