KUALA
TERENGGANU - Kelantan meneruskan misi mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas
bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Terengganu secara agregat 6-5 dalam
aksi separuh akhir kedua di sini, semalam.
Selepas ketinggalan 0-4, Kelantan bangkit
mengikat kedudukan agregat 5-5 apabila pemain import Obinna Nwaneri menanduk
bola ke gawang pada masa kecederaan sekali gus menghidupkan saingan penyandang
juara itu dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Tuan rumah turut menerima padah apabila dua
pemainnya, Effa Owana dan Abdul Manaf Mamat dilayangkan kad merah sekali gus
memberi kelebihan buat pelawat menggandakan asakan.
Terengganu yang terpaksa bermain tanpa tiga
tonggak utama, Owana dan Abdul Manaf serta pemain tengah, Ashari Samsudin yang
kemudiannya dikeluarkan akibat kecederaan mula hilang punca.
Kepincangan itu membolehkan Kelantan meneruskan
asakan sebelum melengkapkan kemenangan apabila bola hantaran Indra Putra ke
gawang gol lawan berjaya disudahkan penyerang import, Dikson Nwakaeme pada
minit ke-120.
Pun begitu, skuad Bojak Hodak terpaksa berdepan
asakan bertubi-tubi anak-anak buah E. Elavarasan sepanjang 90 minit permainan.
Terengganu yang bangkit beraksi garang selepas
tewas 1-4 di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan separuh pertama 25 Mei
lalu, berjaya memperoleh gol seawal minit keempat hasil penyerang import,
Vincent Bikana.
Kelantan yang seolah-olah hilang rentak pada awal
permainan terus diberi tekanan apabila Terengganu menambah satu lagi gol pada
minit ke-26 menerusi G. Puaneswaran hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat
tepat ke gawang gol lawan.
Tersentak dua gol Terengganu, Kelantan cuba
bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang
dikawal rapi kapten pasukan, Hasmizan Kamaroddin berjaya mengekang kemaraan
jentera serangan skuad Kijang sehingga tamat babak pertama.
Babak kedua pula menyaksikan Terengganu terus
menjarakkan mata jaringan apabila lorongan G. Puaneswaran disempurnakan Effa
Owana pada minit ke-70 yang kemudian disusuli jaringan keempat pada minit ke-92
oleh Abdul Manaf Mamat.
Terengganu yang seolah-olah sudah menempah tiket
perlawanan akhir, dikejutkan dengan tindakan pengadil perlawanan, Suhaizi
Shukri melayangkan kad merah kepada Owana kerana didakwa mengasari salah
seorang pemain pelawat sehingga mencetuskan rasa berang pemain itu.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, pasukan Terengganu
yang terpaksa bermain dengan 10 orang, berjaya dimanfaatkan Kelantan apabila
memperoleh gol pertama daripada Nwaneri pada masa kecederaan.
Jaringan itu memaksa permainan diheret ke masa
tambahan selepas kedudukan agregat terikat 5-5, dan tidak lama selepas itu
berlaku kekecohan apabila Abdul Manaf pula dilayangkan kad merah oleh Suhaizi
kerana menendang belakang pemain Kelantan, Mohd. Farisham.
Insiden kekecohan berlarutan sehingga ke luar
padang apabila penyokong Terengganu mula memaki hamun pengadil sehingga memaksa
anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengiringi pengadil terbabit ke
bilik rehat.
Pengendali pasukan Terengganu, Elavarasan ketika
diaju tentang kad merah kepada dua pemainnya, enggan mengulas dan meminta pihak
media merumuskan insiden itu.
Beliau bagaimanapun tetap memuji usaha anak-anak
buahnya yang mampu meraih empat gol dalam aksi semalam.
Kelantan Berhempas Pulas Sebelum Mara Ke Final Piala FA
KUALA LUMPUR 28 Mei 2013- Kelantan berhempas
pulas untuk menyingkirkan Terengganu sebelum layak ke perlawanan akhir Piala FA
dengan agregat 6-5 selepas berakhir aksi separuh akhir kedua petang ini.
Walaupun tewas 2-4 di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kelatan wajar menarik nafas lega hasil bekalan 4-1 yang dibawa
dari Kota Bharu memandangkan skuad Red Warrior terpaksa menunggu sehingga
perlawanan masa tambahan untuk memastikan kemaraan mereka.
Terengganu pula bernasib malang walaupun sudah
mendahului 4-0 sehingga 90 minit perlawanan tetapi kehilangan dua tonggak utama
akibat dilayang kad merah ketika lima minit masa tambahan menyebabkan skuad
Peteh terpaksa berputih mata. - UTUSAN ONLINE
***
KEPUTUSAN TERKINI |
Separuh Akhir Piala F.A 2013
Pusingan ke-2, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Full Time: Terengganu 4 (5) - (6) 2 Kelantan
5" Vincent Bikana
27" G. Puaneswaran
71" Effa Owona
90+2" Manaf Mamat
90+5" Obinna Nwaneri
126" Dickson Nwakaeme
Pusingan ke-2, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Full Time: Terengganu 4 (5) - (6) 2 Kelantan
5" Vincent Bikana
27" G. Puaneswaran
71" Effa Owona
90+2" Manaf Mamat
90+5" Obinna Nwaneri
126" Dickson Nwakaeme
Terlebih
dahulu Abe Daud nok ucap syabas kepada pasukan Ganu yang menunjukkan semangat
juang yang tinggi hingga satu ketika seolah2 berada di Final dgn jaringan Manaf
Mamat. Apapun mungkin nasib dan rezeki berpihak kepada pasukan TRW. Abe Daud
banggo dengan mutu persembahan pasukan pantai timur. Tahniah buat seluruh warga
TRW...jantung Abe Daud xtahu mano doh tadi...Male ni kito sokong so lagi
pasukan Pantai Timur. Jange lalai...THIS IS PANTAI TIMUR...www.kelate.net
Keputusan penuh :
Terengganu 4 - 2 Kelantan
Kelantan layak ke final dengan agregat 6-5.
Aksi dramatik dipertontonkan dalam perlawanan
separuh akhir kedua Terengganu menentang Kelantan apabila berkesudahan Kelantan
kalah 4-2 namun layak dengan agregat 6-5.
Kelantan yang ketinggalan 3-0 akhirnya berjaya
mendapatkan gol berharga pada minit 92 perlawanan melalui Obinna hasil sepakan
percuma Badri yang mengheret perlawanan kemasa tambahan dengan Terengganu
bermain 9 orang setelah Effa dan Manaf dilayangkan kad merah.
Gol kemenangan Kelantan hanya diperolehi
permainan yang berbaki 3 minit untuk tamat.
Dikson Nwakaeme sekali lagi menjadi wira apabila
berjaya menjaringkan gol penentu Kelantan ke final apabila menyambut bola
muntah dari penjaga gol Terengganu yang sebelum itu dirembat oleh Indra Putra.
Kemenangan ini cukup berharga buat penyokong The
Red Warriors dan ucapan terima kasih dan tahniah buat pemain-pemain yang
bermain bermati-matian.
Syukur
ALHAMDULILLAH...TAHNIAH TRW..ada juga yang memilih untuk mengutuk ketika pemain
sedang berhempas pulas..mereka mengambil kesempatan melepaskan dendam KESUMAT
mereka..MEREKA SEMACAM HAPPY KALAU KITA KALAH..GAME BELUM TAMAT MEREKA DAH TAK
SABAR TUNJUK CULA..SEPATUTNYA KITA BERDOA UNTUK TEAM KITA..TIADA YANG MUDAH..KITA
HARUS TABAH BERJUANG KALAU MAHU KEJAYAAN..saya harap mereka sedar kesilapan mereka..ALLAH
BERSAMA ORANG YANG SABAR..KEPADA YANG SETIA!! JOM KITA KE BUKIT JALIL...29hb June 2013
nanti..ALLAHUAKBAR!!!
***
Terengganu Tersingkir
DUA pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri dan
Dickson Nwakaeme meranapkan impian Terengganu untuk melangkah ke final Piala FA
musim ini apabila menjaringkan dua gol pada aksi separuh akhir kedua yang penuh
dramatik di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.
Dua gol penting jaringan Kelantan pada perlawanan
tersebut membolehkan mereka mara ke final dengan agregat 6-5 meskipun tewas 2-4
kepada Terengganu.
Namun, Kelantan mara dengan kelebihan agregat
selepas meraih kemenangan 4-1 pada aksi pertama di Kota Bharu, Sabtu lepas.
Pada pertemuan semalam, pasukan pelawat yang
membawa bekalan selesa 4-1 kehilangan rentak selepas Terengganu menguasai
sepenuhnya perlawanan tersebut.
Hasil persembahan mantap dan kerjasama yang
ditunjukkan pasukan tuan rumah, mereka berjaya memperoleh gol pertama pada
minit keempat hasil sepakan percuma pemain pertahanan, Vincent Bikana.
Terengganu terus menggandakan asakan dan sekali
lagi berjaya menerjah gol lawan menerusi pemain sayap kanan, G. Puaneswaran
pada minit ke-26 hasil hantaran lintang Abdul Manaf Mamat.
Babak kedua menyaksikan Terengganu terus mengasak
dan berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-48 hasil tandukan Effa Owana
sebelum Manaf menjaringkan gol keempat pasukan tuan rumah dalam masa
kecederaan.
Pasukan pelawat bagaimanapun tidak cepat mengalah
dan mereka terus melancarkan asakan selepas Owona diarah keluar padang kerana
membantah keputusan pengadil.
Kelebihan itu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh
Kelantan untuk menghasilkan jaringan yang diperoleh Nwaneri pada minit terakhir
masa kecederaan.
Jaringan tersebut menjadikan kedudukan agregat
5-5 dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Sebaik masa tambahan bermula, Terengganu sekali
lagi menerima padah apabila terpaksa meneruskan perlawanan dengan sembilan
pemain selepas Manaf Mamat dilayangkan kad merah kerana mengasari pertahanan
Kelantan.
Pasukan tuan rumah yang mula kehilangan rentak
terus diasak bertubi-tubi oleh Kelantan. Usaha pasukan pelawat itu akhirnya
membuahkan hasil apabila Nwakaeme berjaya menjaringkan gol penting buat
pasukannya untuk mengesahkan tiket ke final.
Jurulatih Terengganu, E. Elavarasan yang akur
dengan keputusan tersebut menjelaskan bahawa pemainnya telah menampilkan
permainan yang cukup baik.
"Kita bermula dengan baik tetapi pemain
sudah kehilangan fokus selepas insiden kad merah," katanya.
Sementara itu, pengendali pasukan Kelantan, Bojan
Hodak memberitahu, penampilan Terengganu sangat berbeza berbanding ketika
pertemuan di Kota Bharu sebelum ini.
"Dalam permainan bola sepak, apa-apa boleh
berlaku. Walaupun kami berjaya mendapatkan jaringan pada minit terakhir
perlawanan ia sudah cukup untuk melayakkan kami ke final.
"Anak-anak buah saya bermain dengan cukup
baik dan tidak cepat mengalah," kata- nya.
No comments:
Post a Comment