BOJAN HODAK membidas aksi goyah barisan pertahanan
pada babak pertama yang menjadi penyebab penyingkiran pasukan Kelantan dari
saingan kalah-mati (16 terakhir) Piala AFC, selepas tumpas 0-2 di tangan
Kitchee FC dari Hong Kong di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.
Keputusan itu bererti Kelantan gagal mengatasi
pencapaian musim lalu, iaitu layak sejauh ke pusingan suku akhir.
Jurulatih The Red Warriors (TRW), Hodak, dalam
nada kesal mengeluh perlawanan sudahpun tamat sebaik pasukan pelawat berada dua
gol di depan.
“Terlalu banyak kesilapan pada separuh masa
pertama, terutama di bahagian pertahanan dan yang paling kecewa pastinya
membiarkan Kitchee memperoleh gol kedua dalam waktu kecederaan,” kata Hodak.
“Ketinggalan dua gol membuatkan seluruh skuad
tertekan dan hilang semangat. Lawan bermain dengan bijak pada separuh masa
kedua.
“Mereka menerapkan corak permainan lebih bertahan
dan merumitkan usaha kami untuk mencari gol.
“Saya kira mereka ada menempatkan antara lapan
hingga sembilan pemain di dalam kotak penalti mereka, kami memang tidak berpeluang.”
Namun Hodak menuntut pasukannya yang merupakan
juara treble musim lalu itu untuk terus berjuang dan tidak dibuai kekecewaan
berpanjangan.
“Kita masih belum hilang segala-galanya, kita
masih berpeluang untuk menjulang satu trofi iaitu Piala FA yang perlu kita
pertahankan dan di samping itu, kita kena memperbaiki kedudukan Liga
Super.
“Baki perjalanan musim ini perlulah kita harungi
dan habiskan dengan sebaik mungkin,” ujar Hodak.
www.sports247.my
Bojan Puji Aksi Nwakaeme
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak
memuji persembahan penyerang importnya, Dickson Nwakaeme yang mengubah wajah
cabaran pasukan selepas dimasukkan pada babak kedua ketika menentang kelab Hong
Kong, Kitchee SC dalam saingan pusingan kedua, kalah mati Piala AFC di Stadium
Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
Dia yang turut memuji keseluruhan persembahan
skuad The Red Warriors itu beranggapan kemasukan pemain import itu pada babak
kedua berjaya menukar rentak gerakan jentera serangan pasukan tuan rumah itu
menjadi lebih berbahaya.
Apa pun pengendali berusia 42 tahun dari Croatia
itu tidak menyembunyikan hakikat betapa dua jaringan Kitchee SC pada separuh
masa pertama ‘membunuh moral pemainnya’ dan menyebabkan mereka bermain di bawah
tekanan.
“Walaupun tewas, persembahan anak buah saya perlu
mendapat pujian terutama Dickson yang berjaya membuktikan kemampuannya selaku
penyerang berbisa apabila berjaya melakukan beberapa gerakan bahaya selepas
dimasukkan di separuh masa kedua.
Tukar corak permainan
Dalam perlawanan malam kelmarin, Kitchee yang
pernah menundukkan kelab Itali, AC Milan 2-1 dan seri 2-2 dengan kelab Liga
Perdana Inggeris, Arsenal dalam perlawanan persahabatan pada 2004 dan 2012
ternyata bukan lawan Kelantan apabila kelab Hong Kong itu lebih banyak mengatur
gerakan berbahaya.
Sementara itu, ketua jurulatih Kitchee SC, Josep
Gombau Balague berkata dia menukar corak permainan lebih bertahan pada babak
kedua bagi memastikan kelebihan dua gol dapat dipertahankan sehingga tamat
perlawanan.
“Saya berpuas hati dengan persembahan semua
pemain dan mereka berjaya mengatasi kelebihan Kelantan yang bermain di hadapan
penyokong sendiri. Keputusan ini sangat penting buat pasukan,” katanya.
***
Admin: Memang sedikit kecewa dengan kekalahan
semalam. Namun, pemain sudah berikan yang terbaik. Setelah menang 4 kali
berturut-turut dan menjaringkan 3 gol dalam setiap perlawanan, Kelantan kita
akhirnya tertewas.
Musim yang mencabar, banyak yang perlu ditempuhi. Insya Allah kita terus berjuang. Semalam pemain ada kata yang mereka sedih menghampakan penyokong. Tidak apa, kalah menang bukan ukuran tetapi semangat juang yang penting.
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pemain, Pengurusan dan Penyokong. Kita semua The Red Warriors.
Musim yang mencabar, banyak yang perlu ditempuhi. Insya Allah kita terus berjuang. Semalam pemain ada kata yang mereka sedih menghampakan penyokong. Tidak apa, kalah menang bukan ukuran tetapi semangat juang yang penting.
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pemain, Pengurusan dan Penyokong. Kita semua The Red Warriors.
May 15 at 12:26am
near Kampong Segambut Dalam
No comments:
Post a Comment