01 May 2013

Kelantan Atasi Ayeyawady, Juara Kumpulan

Kelantan Atasi Ayeyawady United, Juara Kumpulan G
Kemaskini pada May 1, 2013 Oleh Webmaster
KELANTAN menghabiskankan saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai pemenang Kumpulan G apabila membenam Ayeyawady United 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru.
Meskipun beraksi tanpa penyerang berbisa, Dickson Nwakaeme, The Red Warriors (TRW) mampu mempamerkan belang bagi memastikan keunggulan dalam saingan Piala AFC musim ini.
Kedua-dua pasukan bermula dengan gerakan perlahan namun pada minit ke-20, penyerang import muda Kelantan dari Australia, Dimitri Petratos mengejutkan kubu lawan dengan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang sedikit tersasar ke kanan gawang.
Empat minit berselang, tuan rumah mula menunjukkan taring menerusi hantaran Mohd Khairul Izuan Rosli yang ditanduk pemain pertahanan import dari Croatia, Lek Kcira namun percubaan itu dapat dibaca penjaga gol lawan, Ung Mint Khant.
Pasukan tuan rumah yang dikendalikan Bojan Hodak itu berpeluang menjaringkan gol pertama pada minit ke-35 menerusi hantaran Petratos, akan tetapi tandukan Mohd Haris Safuan Mohd Kamal terkena palang gol sebelum bola dikeluarkan pemain pertahanan lawan.
Tersentak dengan percubaan bahaya tuan rumah, pelawat mula mengatur gerakan pada minit ke-38 menerusi hantaran lintang Dominik Bersnjak ke dalam kotak penalti namun gagal ditampan masuk Kyaw Zayar Min.
Minit ke-42, tuan rumah memecah kebuntuan menerusi pemain pertahanan, Obinna Nwaneri yang menanduk masuk sepakan percuma yang diambil Petratos, selepas Kcira dikasari pemain pertahanan lawan.
Bersambung babak kedua, Kelantan lebih garang mengasak kubu lawan malah pada minit ke-51, pemain sayap, Mohd  Norfarhan Muhammad berjaya melepaskan rembatan yang terus ke dakapan penjaga gol.
Pada minit ke-58, Petratos sekali lagi mempamerkan kemampuannya dengan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti sehingga memaksa Mint Khant melayangkan badan untuk menyelamatkan percubaan itu.
Pemain pertahan Kelantan, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim kemudian menceriakan penyokong setia TRW apabila menghadiahkan gol kedua pada minit ke-69 menerusi tendangan lencong dari penjuru kiri kotak penalti lawan, sekali gus mengukuhkan kedudukan pasukan Liga Super itu.
Bagaimanapun, Ayeyawady United berjaya merapatkan kedudukan pada minit sebelas minit selepas itu menerusi  Nay Lin Tun yang menanduk masuk sepakan penjuru yang diambil Bersnjak.
Bagai tidak tergugat jaringan lawan, kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi melakukan ‘gol ajaib’ pada minit ke-83, apabila sepakan penjuru yang diambilnya terus masuk ke gawang melepasi jangkauan penjaga gol.
Tiga minit masa tambahan nyata tidak cukup untuk Ayeyawady United mengatasi Kelantan, yang sudah mengesahkan kelayakan ke pusingan kedua dan keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
www.sports247.my
***
Kelantan Juara Kumpulan G
Kelantan muncul Juara Kumpulan G selepas berjaya membenam Ayeyawady United di Kota Bharu dengan jaringan 3 – 1 semalam
Pada aksi semalam, Kelantan membuka tirai jaringan bermula dari sepakan percuma mengelirukan dari Petratos dan terus ditampan masuk Obinna Nwaneri.
Kelantan menambah gol kedua menerusi pemain muda, Nik Shahrul Azim yang merembat cantik menewaskan Penjaga Gol Ayeyawady.
Ayeyawady merapatkan jurang pada minit ke 80″ hasil tandukan namun Badhri Radzi atau Piya memastikan Kelantan mengutip 3 mata apabila Sepakan beliau dari sepakan sudut terus menerjah gawang gol Ayeyawady.
Tamat Perlawanan Kelantan 3 – 1 Ayeyawady United.
Kelantan muncul Juara Kumpulan G dengan 13 mata hasil 4 kemenangan dan 1 seri manakala di tangga kedua ialah Da Nang FC yang berjaya mengutip 12 mata.
Kelantan bakal bertemu Kitchee FC di Kota Bharu pada 14 Mei untuk pusingan seterusnya.
***
Selangor Iringi Kelantan Ke Pusingan Ke 2
KOTA BHARU - Dua wakil Malaysia, Kelantan dan Selangor menempah tempat ke pusingan kedua Piala AFC dalam cara berbeza setelah masing-masing menang dalam aksi perlawanan terakhir peringkat kumpulan, semalam.
Kelantan menumpaskan kelab Myanmar, Ayeyawady United FC 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, bagi muncul juara Kumpulan G dengan diiringi Shb Da Nang dari Vietnam yang menyingkirkan Maziya S&C.
Sementara itu, Selangor perlu berterima kasih kepada East Bengal yang membenam Sai Gon Xuan Thanh 4-1 sekali gus membuka laluan kepada Red Giants yang bijak mengambil kesempatan itu selepas menang 3-2 mengatasi Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar.
Pada aksi kalah mati pusingan kedua, Kelantan dijadualkan akan berdepan kelab Hong Kong, Kitchee manakala Selangor perlu menunggu hari ini lawan mereka sama ada dari Myanmar, Yangon United atau Maldives, New Radiant SC.
Kelantan me ndapat gol pada minit ke-42 menerusi Obinna Nwaneri yang bijak menanduk masuk bola hasil sepakan percuma Dimitrios Petratos untuk menewaskan penjga gol, Aung Min Khant menyaksikan kedudukan kekal sehingga tamat babak pertama.
Pemain pertahanan, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim menggandakan jaringan kedua minit ke-69.
Ketika tuan rumah rancak menyerang, pelawat akhirnya mendapat jaringan pertama mereka pada minit ke-80 menerusi Nay Lin Tun.
Tersentak jaringan pelawat, Kelantan bingkas menyumbat gol ketiga pada minit ke-83 menerusi ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi.
Di Singapura, Selangor mendahului 2-0 pada babak pertama hasil jaringan sendiri pemain Tampines, Jufri Taha, minit ke-28 dan penyerang Red Giants, Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-45.
Bagaimanapun, ketua pasukan Selangor, Asraruddin Putra Omar melakukan jaringan sendiri pada minit ke-50 yang mencemaskan seketika kem Red Giants sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan melalui pemain veteran, Aleksandar Duric, lapan minit kemudian.
Amri akhirnya memberikan nafas baru kepada Red Giants dengan gol yang cukup penting pada minit ke-76 sekali gus memberikan tiga mata berharga kepada Selangor bagi muncul naib juara Kumpulan H.
***
Tahniah TRW!!!...JUARA kumpulan AFC CUP dua tahun berturut2 SETELAH MENGALAHKAN WAKIL MYANMAR 3-1 malam ini!!!!....GOMO KLATE GOMO...!!
Yesterday at 7:10am near Kota Bharu, Kelantan
Tan Sri Annuar Musa
Admin: Tamat perlawanan! Kita memang 3-1 dan sekaligus menjadi juara kumpulan. Pusingan      seterusnya kita bermain di SSMIV. This is Kota Bharu!
Alhamdulillah. Acu like sikit, beri semangat pada TRW kita!
Yesterday at 6:59am near Kuala Lumpur

No comments: