Kelantan Turunkan Skuad Kedua
KELANTAN bakal pertaruhkan skuad kedua apabila
bertemu juara Liga Vietnam musim lalu, SHB Da Nang pada aksi perlawanan pertama
pusingan kedua Kumpulan G, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium
Chi Lang, petang ini.
Empat tonggak utama iaitu Kapten, Mohd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari,
Mohamad Zamri Ramli dan Mohd Daudsu Jamaluddin tidak ikut serta menyertai skuad
kendalian Bojan Hodak atas alasan perlu direhatkan sebagai persediaan
menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pertemuan Liga Super di Kota
Bharu, Sabtu ini.
Pengurus The Red Warriors (TRW), Azman Ibrahim berkata, keputusan untuk tidak
membawa empat pemain tersebut bukan bermakna pasukannya memandang mudah apabila
bertemu SHB Da Nang, lawan yang ditewaskan dengan jaringan 5-0 pada aksi
pusingan pertama di Kota Bharu, minggu lalu.
“Kita lebih fikirkan kesan dihadapi pemain. Kalau tengok selepas perlawanan
dengan SHB Da Nang, kita terpaksa mengharungi lebih 12 jam sebelum tiba di Kota
Bharu lewat malam Khamis ini,” katanya.
“Kemudian kita akan jumpa ATM di Kota Bharu (Sabtu), selepas itu kena terbang
ke Sarawak untuk suku akhir kedua Piala FA. Jadi setelah berbincang, kita buat
keputusan bawa beberapa pemain simpanan ke Vietnam.
Tanpa empat pemain itu, harapan kini digalas pasukan juara tiga piala musim
lalu itu terhadap Mohd Faiz Subri, K Nanthakumar, Zairo Anuar Zalani dan Indra
Putra Mahayuddin menerajui jentera tengah selain ketajaman gandingan ‘2D’ iaitu
Dimitrios Pertratos dan Dickson Nwakaeme selaku penggempur berbisa TRW.
“Kita masih ada empat pemain import. Malah Khairul Fahmi Che Mat juga turut
bersama kita. Mengenai, Mohd Norfarhan Muhammad memang dia masih belum cergas,
sebab itu kita hanya turunkan sekitar 10 hingga 20 minit,” katanya.
Mengulas pertemuan petang ini, Azman mengakui pasukannya bakal berdepan tugas
getir memandangkan SHB Da Nang pasti mahu membalas dendam atas kekalahan lalu
selain mahu kutip mata penuh bagi layak ke pusingan kedua.
Sinar Harian
***
TRW
ke Danang tanpa 3 tonggak. Piya, Shakir dan Daudsu tidak bersama pasukan.
Mereka perlukan rehat untuk perlawanan menentang ATM dan Suku Akhir II
menentang Sarawak 13 dan 16 April ini.
Nampaknya tak
dapat ke Da Nang..TRW akan turun dgn set Midfield yg berlainan..piya Shakir
Daud perlu rehat utk game menentang ATM..lwn ATM OBINA pula direhatkan..gantian
pemain import hanya ditentukan sehari selepas lwn DA NANG...
Kesian
pemain kita di DA NANG sukar dapat makanan halal yg sempurna..NASIB BAIK ADABI
BEKALKAN MAKANAN TIN..HARAP PEGAWAI PASUKAN SLOW TALK DGN TUAN RUMAH...baru ni
di KB kita beri yg terbaik utk mereka..AFC patut di maklumkan SOAL TANGGUNGJAWAB
PASUKAN TUAN RUMAH MENGHORMATI KEPERLUAN KEAGAMAAN PASUKAN PELAWAT...nanti di
MALDIVE KITA TIADA MASAALAH INI...
No comments:
Post a Comment