17 April 2013

Kelantan Di Landasan Pertahan Piala FA

KUCHING - Kelantan mengotakan janji untuk menebus kekalahan 1-3 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super minggu lalu, apabila melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan melakar kemenangan 2-0 ke atas Sarawak pada suku akhir kedua di Stadium Negeri, semalam.
Pasukan The Red Warriors berada di landasan untuk mempertahankan kejuaraan selepas merakam kemenangan agregat 4-1, sekali gus menempah pertemuan dengan pasukan jiran, Terengganu yang terdahulu menyingkirkan Negeri Sembilan menerusi agregat 6-1 dalam satu lagi saingan suku akhir.
Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 20,000 penyokong tuan rumah, Kelantan bermula garang apabila memperolehi gol pendahuluan menerusi Indra Putra Mahyuddin yang melakukan rembatan tepat ke pintu gol Sarawak seawal minit ke-19.
Skuad bimbingan Bojan Hodak sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-33 menerusi Mohd. Nor Farhan Muhamad yang tidak dikawal apabila bijak memanfaatkan hantaran Mohamad Farisham Ismail dengan hanya menolak mudah bola ke pintu gol.
Memasuki babak kedua, perlawanan dihentikan pengadil, Nagor Amir kira-kira 10 minit berikutan tindakan penyokong tuan rumah melakukan provokasi dengan membaling botol dan pelbagai objek ke tengah padang.
Rasa tidak puas hati mereka dikatakan berpunca daripada tindakan Nagor membatalkan gol Sarawak yang terkena tangan pemain tengah Skuad Bujang Senang, Guy Bwele pada minit ke-35.
Kekecewaan penyokong Sarawak bertambah apabila dua gol lagi yang masing-masing dihasilkan menerusi jaringan oleh Ivan Babic pada minit ke-23 dan ke-68 turut dibatalkan kerana ofsaid.
Peluang keemasan anak-anak buah Robert Alberts untuk mengejar pihak lawan hadir pada minit ke-57 apabila dihadiahkan sepakan percuma yang disempurnakan oleh Joseph Kalang Tie namun bola tersebut mudah ditangkap penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. 
***  
Kelantan, Pahang, Terengganu Dan JDT Mara Ke Semi Final
KELANTAN akan bertemu Terengganu sementara Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir Piala FA yang akan berlangsung bulan depan.
Pada perlawanan suku akhir kedua malam tadi, Kelantan berjaya menumpaskan Sarawak 2-0 untuk menang agregat 4-1 di Stadium Negeri di Kuching.
Sebelum ini, Kelantan mendahulu Sarawak 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV.
Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-18 dan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-30.
Sementara itu, turut mengiringi Kelantan ke separuh akhir ialah satu lagi pasukan Pantai Timur iaitu Terengganu yang mencatat kemenangan dengan agregat 6-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.
Terengganu yang mendahului Negeri Sembilan 3-1 pada perlawanan pertama sebelum ini meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan pasukan pelawat 3-0.
Tiga gol Terengganu dijaringkan oleh Ashaari Samsudin pada minit ke-24 sebelum Effa Owana meledak gol pada minit ke-53 dan 73.
Di Stadium MP Selayang, naib juara Piala FA musim lepas, Sime Darby gagal mengulangi pencapaian tersebut apabila tewas dengan agregat 0-2 kepada Pahang.
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan pertama.
Pemain import Pahang, Matias Conti muncul waira buat pasukannya apabila menyumbangkan dua gol pada minit ke-75 dan ke-80.
Harimau Selatan merupakan pasukan terakhir mengesahkan slot apabila berjaya menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 4-2 selepas kedua pasukan terikat dengan agregat 3-3  sepanjang  120 minit tamat masa perlawanan.
Dalam aksi 90 minit di Stadium Shah Alam, Selangor tewas 1-2 kepada JDT  walaupun tuan rumah mendahului pelawat hasil jaringan Mahali Jasuli pada minit 28 sebelum bintang import baru Harimau Selatan dari Argentina, Leonel Nunez menjaringkan gol minit 66 dan 86.
Selangor sebelum ini menewaskan JDT 2-1 pada perlawanan pertamam di Stadium Larkin.
Perlawanan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 25 Mei untuk aksi pertama sebelum timbal balik pada 28 Mei ini.
***
Kelantan, Sime Darby Tak Senasib
SKRIP berbeza menimpa finalis musim lalu, Kelantan dan Sime Darby sebaik aksi suku akhir kedua Piala FA melabuhkan tirainya malam tadi.
Tampil selaku juara bertahan, Kelantan tidak berdepan masalah membenam cabaran Sarawak 2-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya, sekali gus mara dengan agregat 4-1.
Pada perlawanan itu, kedua-dua gol skuad The Red Warriors diperoleh masing-masing satu menerusi Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad pada minit ke-19 dan ke-41.
Namun, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga tinggi selepas Kelantan terpaksa melupakan khidmat Shakir Shaari yang dilayangkan kad merah selepas mengasari Joseph Kalang Tie pada minit ke-75.
Kelantan bakal melayan kunjungan seteru setempat, Terengganu di laman sendiri pada aksi separuh akhir pertama 25 Mei depan.
Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, naib juara musim lalu, Sime Darby gagal meneruskan kemaraan buat kali ini sebaik ditumpaskan Pahang menerusi agregat 0-2.
Penyerang import baharu skuad Tok Gajah, Matias Conti dari Argentina muncul wira pelawat apabila meledak kedua-dua gol pada minit ke-75 dan 80.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada aksi suku akhir pertama minggu lalu.
Dengan keputusan itu, Pahang yang melengkapkan penguasaan tiga pasukan dari Pantai Timur, bakal berdepan Johor Darul Takzim di tempat lawan pada aksi separuh akhir pertama nanti.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, juara edisi 2011, Terengganu mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir seperti musim lalu apabila menewaskan Negeri Sembilan dengan kemenangan bergaya 3-0.
Skuad Penyu mara dengan agregat 6-1 selepas terlebih dahulu melakar kemenangan selesa 3-1 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi minggu lalu.
Pada aksi petang semalam, Mohd. Ashaari Shamsuddin berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-25 sebelum penyerang import, Jean-Emmanuel Effa Owona menggandakan kelebihan Sang Penyu pada minit ke-54.
Hasrat skuad Rusa untuk menghidupkan sisa-sisa peluang akhirnya terkubur apabila Effa Owona tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-71 untuk kemenangan bergaya tuan rumah.
Di Stadium Shah Alam, Johor Darul Takzim berjaya mengecewakan juara lima kali, Selangor apabila menang menerusi pe- nentuan sepakan penalti 4-2.
Penjaga gol pelawat, Al-Hafiz Hamzah muncul wira apabila berjaya menggagalkan sepakan dua pemain Selangor, Mahalli Jasuli dan K. Gurusamy.
Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat menerusi agregat 3-3 sebaik masa sebenar perlawanan tamat.
***
Kelantan Mudah Mara Ke Semi Final
Kelantan mengiringi dua pasukan pantai timur Pahang dan Terengganu yang telah mengesahkan kemaraan ke separuh akhir pada perlawanan petang semalam.
Dua gol jaringan Indra Putra pada minit 19 dan Norfarhan pada minit 31 pada separuh masa pertama kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini telah melayakkan Kelantan mara ke semi final dengan agregat 4-1. Perlawanan pada separuh masa kedua terhenti disebabkan balingan objek ke arah pengadil dan penyokong Kelantan oleh penyokong Sarawak.
Kelantan akan bertemu Terengganu pada saingan separuh akhir pertama 25 mei dan kedua 28 mei. Perlawanan ini menggamit kembali perlawanan akhir dua pasukan pantai timur ini pada 2011, apabila Terengganu berjaya menjuarai perlawanan akhir Piala FA 2011, namun kali ini pada 2013 kedua-dua pasukan ini dipaksa bertembung di peringkat separuh akhir lagi.
Ramai peminat bolasepak Malaysia meramalkan akan berlaku pertarungan sengit antara Kelantan dan Johor Darul Takzim di final Piala FA 2013 nanti. Biar apapun ramalan peminat bolasepak Malaysia, kita sebagai penyokong sejati The Red Warriors harus bersedia membantu pasukan menjayakan baki perlawanan Piala FA dan mengekalkan kejuaraan ini. Sikap suka mendabik dada dan memandang mudah lawan seperti pasukan Terengganu harus dibuang jauh-jauh kerana melihat aksi luar biasa Terengganu yang dipamerkan dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan.
Ayuh kita bersama-sama pasukan kesayangan kita mengekalkan Piala FA di bumi Kelantan tanah tumpah darah kita. GOMO KELATE GOMO....BANGKIT
***
Piala FA: Skuad Pantai Timur Dominasi Slot Separuh Akhir
Juara bertahan Piala FA, Kelantan mengetuai senarai empat pasukan yang menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir kedua.
Selain Kelantan, turut melayakkan diri ke separuh akhir ialah Terengganu dan Pahang selain juara lima kali, Selangor.
Juara trebel musim lepas, Kelantan yang membawa kelebihan jaringan 2-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Kota Bharu pada 6 April lepas, mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1 selepas menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Negeri di Kuching.
Dua gol skuad The Red Warriors dijaring Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-18 dan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-30.
Nasib malang bagaimanapun menimpa Kelantan selepas pemain tengah Mohd Shakir Shaari dibuang padang pada minit ke-75 oleh pengadil perlawanan Nagor Amir Noor Mohamed kerana mengasari pemain tuan rumah.
Turut mengiringi mereka ke separuh akhir ialah Terengganu yang mencatat kemenangan dengan agregat 6-1 ke atas Negeri Sembilan pada dua aksi suku akhir.
Skuad Penyu yang mencatat kemenangan selesa 3-1 pada suku akhir pertama di tempat lawan pada 6 April lepas meneruskan prestasi cemerlang apabila menundukkan pasukan pelawat 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Tiga gol pasukan tuan rumah bimbingan E. Elavarasan dijaringkan Ashaari Samsudin pada minit ke-24 dan Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-53 dan 73 (penalti).
Pahang turut menempah slot ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan dengan agregat 2-0 ke atas finalis Piala FA musim lepas Sime Darby FC pada suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama. Pemain import baharu dari Argentina, Matias Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbang dua gol, masing-masing pada minit ke-75 dan 80.
Sementara itu, pasukan berstatus bintang Johor Darul Takzim FC (Johor DT) terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti ketika menentang Selangor di Stadium Shah Alam sebelum mengesahkan slot separuh akhir dengan kemenangan 4-2.
Terdahulu, pasukan bimbingan Fandi Ahmad itu menewaskan Selangor 2-1 pada 120 minit perlawanan untuk mengikat kedudukan dengan agregat 3-3.
Selangor sebelum ini menewaskan Johor DT 2-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 6 April lepas.
Pada perlawanan semalam, pasukan pelawat dikejutkan dengan jaringan awal Selangor menerusi Mahalli Jasuli pada minit ke-28 sebelum Leonel Nunez menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-66 dan 87.
Pada saingan separuh akhir nanti, Kelantan akan menentang Terengganu manakala Johor DT akan berdepan Pahang menerusi format timbal balik yang berlangsung pada 25 dan 28 Mei ini.
***
Syabas....TRW LAYAK KE SEPARUH AKHIR PIALA FA..Ada rezeki ke BUKIT JALIL PULAK SET KITA!!!!MARA KLATE KU MARA..kita anok klate!! 
Tan Sri Annuar Musa
Saya turut membaca komen penyokong Sarawak yang memuji bukan sahaja pasukan kita malah turut memuji penykong TRW di stadium semalam. Syabas!
Penyokong adalah tunjang pasukan dan Alhamdulillah, kita mempunyai penyokong terbaik.
Gomo Kelate Gomo!
 
Admin: Terharu melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh penyokong TRW di Sarawak. Tak kira di mana, penyokong TRW tetap ada. Terima kasih kerana menyambut pasukan ke Bumi Kenyalang dan memberikan mereka suntikan semangat setelah kekalahan tempoh hari
***
Kelantan Garang Disebalik Mengharungi Jadual Padat
PENGENDALI The Red Warriors, Bojan Hodak memuji persembahan anak-anak buahnya selepas kejayaan membenam Sarawak 2-0 pada suku akhir kedua Piala FA di Stadium Negeri , Petra Jaya kelmarin.
Ini sekali gus menyaksikan Kelantan layak ke pusingan separuh akhir dengan agregat 4-1 walaupun beraksi dalam keadaan kepenatan selepas mengharungi jadual yang padat.
Hodak berkata, minggu lalu pasukannya beraksi dalam dua perlawanan iaitu pada kempen Piala AFC di Vietnam sebelum tewas 1-3 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super.
“Para pemain mengikuti segala strategi dan taktikal yang dirancang sejak wisel permulaan lagi dengan melancarkan asakan ke kubu Sarawak.
“Kita tahu, sekiranya kita mendapat gol awal, kita akan melemahkan moral para pemain Sarawak untuk bangkit pada aksi di laman sendiri itu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.
Katanya, melalui dua jaringan tersebut, anak-anak buahnya berjaya meranapkan harapan pemain Sarawak untuk bangkit memburu slot ke pusingan separuh akhir Piala FA walaupun bermain di hada- pan kira-kira 20,000 penyokong setia mereka.
“Saya melihat banyak beberapa kelemahan dikenal pasti dalam pasukan kami pada perlawanan tersebut, namun para pemain tetap mampu menampilkan aksi terbaik.
“Kita akan membuat beberapa pertukaran selepas ini sebelum turun menentang Selangor PKNS FC, Jumaat ini (esok).
“Selang empat hari selepas itu, kita akan bertandang ke Maldives untuk menentang Maziya SRC dalam saingan Piala AFC sebelum melayan kunjungan T-Team di laman sendiri dalam saingan Liga Super pula,” katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata, permainan kurang agresif serta sering membuat hantaran tidak tepat telah membuka ruang kepada pasukan lawan untuk menutup peluang mereka beraksi pada separuh akhir.
“Kami melepaskan dua gol mudah pada separuh masa pertama dan situasi itu telah melunturkan segala perancangan kami.
“Kami juga dihukum oleh pengadil perlawanan yang membatalkan tiga jaringan Sarawak pada perlawanan tersebut,” Alberts.
Perlawanan itu juga terpaksa dihentikan kira-kira 10 minit pada minit ke-57 berikutan tindakan penyokong tuan rumah yang membaling objek ke kawasan padang.
Malah, seorang anggota polis yang sedang bertugas mengalami kecederaan di pipi selepas dibaling dengan batu oleh penyokong sejurus sebelum tamat perlawanan.   

No comments: