KEGAGALAN Kelantan mencatat kemenangan tanpa
bolos ke atas Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini berkemungkinan
mempengaruhi perjuangan Gergasi Pantai Timur itu mempertahankan kejuaraan Piala
FA.
The Red Warriors gagal memanfaatkan kelebihan
beraksi di laman sendiri apabila sekadar menang tipis 2-1 ke atas pasukan kendalian
Rober Alberts, yang ternyata tidak gerun berdepan lawan mereka yang lebih gah.
Kelantan pada awalnya kelihatan seakan-akan mampu
berpesta gol apabila berada dua gol di depan menerusi Mohd Faiz Subri pada
minit keenam disusuli Khairul Izuan Rosli pada minit ke-20.
Namun, Sarawak membuktikan mereka juga berniat
meneruskan kemaraan dalam pertandingan ini dan usaha mereka berhasil apabila
merapatkan kedudukan tiga minit selepas babak kedua bersambung menerusi
jaringan Joseph Kalang Tie.
Gol tersebut sekaligus memastikan Sarawak terus
bernyawa menjelang aksi timbal balik di Kuching pada 16 April ini.
Seawal minit kedua, tuan rumah sudahpun mula
mengancam kubu pelawat apabila kapten pasukan, Mohd Badri Mohd Radzi melakukan
percubaan jarak jauh, namun cubaannya sedikit melepasi palang gol.
Dua minit berselang, Kelantan dianugerahkan
sepakan percuma selepas pemain sayap, Mohd Faiz dikasari pemain import Sarawak,
Guy Bwele namun tendangan terus pemain veteran, Indra Putra Mahyuddin sedikit
tersasar ke kiri gawang.
Keadaan stadium yang dibanjiri kira-kira 10,000
penonton menjadi lebih gamat sebaik Mohd Faiz membuka tirai jaringan menerusi
jaringan cantik pada minit keenam apabila cubaan dari tengah padang menewaskan
penjaga gol Sarawak, Sani Anuar Kamsani.
Selepas jaringan pembukaan itu, rentak permainan
kembali tenang menyaksikan kedua-dua pasukan tidak banyak melakukan gerakan
namun Kelantan dilihat menguasai perlawanan.
Memasuki minit ke-20 Khairul Izuan menggandakan
kedudukan tuan rumah selepas kemas menyudahkan hantaran lambung dari Piya untuk
sekali gus mencatat jaringan peribadi sulungnya bagi musim ini.
Kelantan yang selesa mendahului dengan dua
jaringan di depan terus melancarkan asakan bertubi-tubi ke atas benteng
pertahanan lawan, dan nyaris menjadikan kedudukan 3-0.
Malangnya, sepakan percuma yang diambil Indra
Putra selepas Mohd Faiz dikasari berjaya ditumbuk keluar penjaga gol.
Titik kebangkitan Sarawak bermula pada babak
kedua apabila Joseph Kalang menghukum kealpaan pemain pertahanan Kelantan
setelah gagal mengeluarkan bola ke kawasan selamat.
Dia sempat mendada bola tersebut sebelum
melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti lalu menerwaskan penjaga
gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Sarawak mendapat suntikan semangat selepas
memperoleh jaringan pertama itu.
Mereka berpeluang menyamakan kedudukan pada minit
ke-74 apabila pemain tengah Bobby Gonzales membuat lorongan cantik kepada
Joseph Kalang, namun percubaan bekas pemain Terengganu itu tidak menepati
sasaran.
Kelantan mula menggandakan asakan selepas empat
minit masa tambahan namun dikekang hebat pertahanan Sarawak sehingga tamat
perlawanan.
***
Kelantan Selangkah Ke Separuh Akhir
KOTA BHARU, 7 April - Kelantan yang turun sebagai
pasukan pilihan berjaya menewaskan Sarawak 2-1 dalam pertemuan suku akhir
pertama Piala FA yang berlangsung di Kota Bharu semalam.
Faiz Subri sekali lagi bertindak cemerlang dengan
meledak jaringan pertama Kelantan pada minit ke 7 melalui satu percubaan cantik
dari jarak 30 meter yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Sarawak. Kelantan
kemudiannya menambah jaringan pada minit ke 20 hasil daripada sepakan separa
gunting Khairul Izuan ke penjuru kanan pintu gol Sarawak hasil hantaran Badhri
Radzi.
Gol tunggal Sarawak pula dijaringkan oleh bekas
pemain Terengganu, Joseph Kalang Tie pada minit ke 48 melalui satu sepakan
deras yang melewati pertahanan Kelantan dan menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan akan bertemu Sarawak di Kuching untuk
perlawanan suku akhir kedua pada 16 April nanti. Sebelum itu, Kelantan akan
berdepan pasukan SHB Da Nang untuk perlawanan peringkat Kumpulan G, Piala AFC
pada 10 April, dan bertemu ATM di Kota Bharu bagi pusingan kedua Liga Malaysia
pada 13 April.
***
Kelantan, Selangor Belum Selesa
Juara
bertahan Kelantan masih belum mampu menarik nafas lega apabila hanya mempunyai
kelebihan satu gol selepas mengalahkan Sarawak 2-1 pada saingan suku akhir
pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu, malam ini.
Mohd Faiz Subri menceriakan penyokong tuan
rumah dengan gol pembukaan seawal minit ketujuh sebelum Khairul Izuan Rosli
menggandakan jaringan pada minit ke-20, pada perlawanan yang turut disaksikan
oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Pasukan Sarawak bagaimanapun merapatkan jurang jaringan menerusi gol Joseph Kalang Tie pada minit ke-48 apabila melepaskan rembatan kencang daripada luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Terengganu pula berada pada kedudukan selesa untuk menempah slot ke separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan membuka tirai jaringan menerusi Mohd Nazrin Mohd Nawi pada minit ke-73 sebelum skuad Penyu bangkit dengan pantas untuk membalas tiga jaringan menerusi Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-77, Abdul Manaf Mamat (minit ke-90) dan Ahmad Nordin Alias pada masa kecederaan.
Dalam pada itu, pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim FC (JDT FC) pula gagal memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri selepas kalah mengejut 2-1 kepada Selangor di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin.
Pemain pertahanan Selangor, Mahalli Jasuli mengejutkan pasukan tuan rumah bimbinganFandi Ahmad menerusi gol pertama pada minit ke-14.
JDT berpeluang menyamakan kedudukan namun sepakan penalti yang diambil oleh Daniel Guiza pada minit ke-56 ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Nasib JDT FC bertambah malang selepas Irfan Ghani dibuang padang oleh pengadil Samsudin Ibrahim pada minit ke-63 kerana melakukan terjahan keras ke atas K. Gurusamy.
Selangor menggunakan kesempatan tersebut dengan menambah gol kedua pada minit ke-68 menerusi gol Mohd Amri Yahyah selepas beliau mendapat hantaran sebelah kanan daripada Francis Forkey Doe.
Penyerang sensasi negara, Mohd Safee Sali mengurangkan defisit jaringan untuk pasukan selatan tanahair itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-81.
Dalam satu lagi perlawanan, Pahang turut mempamerkan aksi mengecewakan selepas diikat tanpa jaringan oleh pendahulu Liga Perdana, Sime Darby FC, di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung pada 16 April ini.

No comments:
Post a Comment