KOTA BHARU, 27 April 2013– Kelantan akan
meneruskan saingan mereka dalan pusingan ke 2 Liga Super malam ini bertemu
pasukan dari negeri jiran, PBDK T-Team di Kota Bharu.
Kelantan memulakan saingan pusingan ke 2 Liga
Super dengan keputusan yang kurang memberangsangkan apabila tewas kepada ATM
1-3 (13 April) dan PKNS FC 1-2 (19 April). Perlawanan terakhir pasukan di
kejohanan AFC, menentang Maziya Sports and Recreational Club di Male juga tidak
berpihak kepada mereka apabila tewas dengan jaringan yang agak besar 1-6 kepada
pasukan lawan.
Kemenangan terakhir Kelantan adalah ketika
melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala FA apabila menewaskan Sarawak
2-1 16 April lalu di Kuching. Kelantan layak mara ke pusingan separuh akhir
dengan agreget kemenangan 4-1 ke atas Sarawak daripada dua perlawanan suku
akhir berkenaan.
Walaupun bermain di gelanggang sendiri, pertemuan
dengan T-Team tidak boleh dipandang mudah setelah rekod cemerlang Kelantan
selama lebih 2 musim tanpa tewas di Kota Bharu, dipadam oleh ATM.
Sewaktu meninjau persiapan T-Team dalam sesi
latihan di Kota Bharu petang semalam, mereka dilihat berada di tahap kecergasan
yang baik. Manakala pemain import terbaru mereka Damir Ibric dari Bosnia
Herzegovina menjadi sandaran untuk T-Team melakukan kejutan terhadap Kelantan
setelah beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Ibric menggantikan pemain import sebelum ini,
Caleb Folan yang ditamatkan kontrak selepas tamat pusingan pertama Liga Super.
Manakala di kem Kelantan, pengalaman pahit di
Maldives dijadikan sandaran untuk bangkit semula ketika menentang T-Team
malam ini.
Kehadiran Dickson dan Obinna ditagih oleh
penyokong-penyokong. Fakri Saarani dan Faiz Subri juga dilihat bersedia untuk
berganding dengan rakan-rakan sepasukan. Norfarhan dan Indra Putra walaupun
berkongsi rasa kecewa keputusan di Maldives tetap akan memberi yang terbaik dalam
aksi malam nanti.
Daudsu Jamaludin walau bagaimanapun terpaksa
melupakan hasrat untuk bermain dalam perlawanan tersebut kerana masih mengalami
kecederaan “hamstring” yang dialami ketika beraksi dalam perlawanan menentang
ATM di Kota Bharu. Melihat dari keadaan beliau, Daud mungkin akan dapat beraksi
ketika pertemuan dengan Felda United 7 Mei nanti.
Perlawanan pusingan ke 2 Liga Super, Kelantan dan
Terengganu PBDKT T-Team akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Kota
Bharu jam 8.45 malam ini.
No comments:
Post a Comment