25 April 2013

KAFA Siasat Kekalahan Besar Kelantan


"Apa yg berlaku di Maldives memerlukan satu siasatan oleh jk pasukan negeri yg di pengerusi Dato Rosmadi..Walau pun kita faham kita mungkin tidak memerlukan kemenangan kerana telah layak dan coach mahu merehatkan pemain NAMUN UTK MELEPASKAN 5 gol dlm 45 minit MESTI DI SIASAT....."
***
KAFA Siasat Kekalahan Teruk Kelantan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan melakukan siasatan rapi berhubung kekalahan besar 1-6 Kelantan kepada Kelab Maziya Sports and Recreation dari Maldives pada perlawanan kelima kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Nasional Maldives semalam.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata siasatan itu penting untuk mencari punca kekalahan dan tidak bermaksud menyalahkan mana-mana pihak.   
"Apa yang berlaku di Maldives memerlukan satu siasatan rapi bagi mengenal pasti punca kekalahan," kata Annuar menerusi laman Facebooknya.   
Ia akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Datuk Rosmadi Ismail.     
"Walaupun kita faham pasukan The Red Warriors mungkin tidak memerlukan kemenangan kerana telah layak ke pusingan kedua dan jurulatih (Bojan Hodak) pula mahu merehatkan pemain, namun untuk melepaskan lima gol dalam masa 45 minit mesti disiasat," katanya.   
Pada perlawanan itu, Kelantan terlebih dulu mengejutkan pasukan tuan rumah dengan jaringan penyerang Mohd Haris Safwan Mohd Kamal seawal minit ke-7 sebelum Maldives bangkit menjaringkan enam gol melalui Ahmed Rasheed (minit ke-40), Abdulla Asadhulla (minit ke-56) dan Easa Ismail (minit ke-77).   
Adhuham Hassan menambah dua lagi gol pada minit ke-82 dan 85 serta disusuli Ali Imran pada minit ke-88.   
Kekalahan itu bagaimanapun tidak menghalang mereka untuk menempah slot ke pusingan kedua dengan kutipan 10 mata selepas lima perlawanan, satu mata melebihi pencabar terdekat iaitu pasukan Shb Da Nang dari Vietnam dengan baki satu perlawanan.   
Kelantan akan melayan kunjungan pasukan Ayeyawady United dari Myanmar pada aksi terakhir kumpulan G di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV di Kota Baharu, Kelantan pada 30 April ini.
***
Hodak Nafi Kelantan Bermasalah
“TIADA masalah dalam pasukan ini, semuanya ok sahaja. Pemain saya cuma penat.”
Itu tegas pengendali Kelantan, Bojan Hodak yang menepis andaian wujud masalah dalaman termasuk pembayaran bonus sehingga pasukannya dibelasah 6-1 oleh Maziya Sports & Recreation Club (SRC)  pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Rasmee Dhandu, kelmarin.
Sebaliknya, jurulatih kelahiran Croatia itu tampil mempertahankan prestasi pasukan sambil menyifatkan kekalahan disebabkan pemain cukup penat mengharungi jadual perlawanan padat sejak akhir-akhir ini.
“Saya tidak pasti tentang perkara (bonus) itu, tapi itu bukan punca kekalahan kami. Yang perlu anda tahu ialah pemain saya keletihan. Setiap kali tewas, taktikal saya dipersalahkan sedangkan musim lalu saya membawa tiga piala tetapi tidak ada orang pun mempertikaikan kredibiliti saya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Prestasi turun naik Kelantan sejak kebelakangan ini menyaksikan pasukan tersebut menerima aib paling besar dalam sejarah penyertaan kedua mereka pada kempen Piala AFC sehingga dibelasah teruk kelab daripada negara ke-158 rangking dunia itu.
“Anda sendiri boleh lihat berapa ramai pemain saya yang tercedera, berapa ramai yang mengalami kepenatan tetapi kami masih mampu beraksi dengan baik meskipun tewas kepada Maziya SRC.
“Saya tahu keputusan ini memang sukar diterima penyokong kita. Malah saya sendiri tidak duga kami boleh tewas dengan jaringan sebanyak ini. Semua orang bercakap itu-ini setiap kali kalah tetapi mereka tak tahu betapa sengsaranya pemain kami mengharungi banyak perlawanan,” katanya.
***
Setiap kritikan penyokong harus juga diambil kira meskipun terlalu perit untuk diterima oleh mana-mana pihak memandangkan Kelantan sangat memerlukan sokongan ramai penyokong Kelantan. Setiap satu kritikan bermakna masih ada lagi tanda sayang dan harapan mereka kepada pasukan. Namun kritikan yang keterlaluan seperti memaki hamun pemain dan pengurusan harus diabaikan dan dielakkan.
Usahlah kita cepat melatah diantara satu sama lain dalam isu menjadi penyokong tegar tanpa mengkritik atau anda memilih menjadi penyokong tegar tetap mengkritik, apa yang harus kita fahami kita tetap menyokong pasukan yang sama kerana kita tetap anak Kelantan. Jatuh bangun bolasepak Kelantan tetap membawa imej negeri dan anak Kelantan. Ianya berbeza jika Kelantan sebuah pasukan mewakili kelab, mungkin tempias kekalahannya tidaklah seteruk dijadikan bahan ejekan rakan-rakan pasukan lain.
Dalam menjadikan bolasepak sebagai satu bisnes, keprihatinan penyokong dan pengurusan amat diperlukan untuk mengimbangi kos-kos pengurusan dan pembangunan kejayaan berterusan. Setiap sen yang ada dari poket penyokong amat penting dalam meneruskan kesinambungan kejayaan bolasepak Kelantan. Mungkin tahap penerimaan hati seseorang amat berbeza untuk meraikan atau meratapi kekalahan ketiga berturut-turut ini.
Biar siapapun anda, The Red Warriors berpisah tiada.....Sokong bia bijok, napok bijok, betindok bijok, main bijok, bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo 

No comments: