24 April 2013

Kelantan Dibelasah!

Barisan belasahan di Maldives!

Maziya S&R Club Belasah Kelantan!
Pasukan dari Kepulauan Maldives,Maziya FC membelasah juara trebe Kelantan 6-1.
Kekalahan memalukan ini memberi gambaran bahawa Kelantan bukanlah pasukan yang digeruni lagi setelah kekalahan demi kekalahan terpaksa ditanggung.
Alasan pemain letih bukanlah alasan terbaik untuk menutup kepincangan yang ada pada pasukan kendalian Bojan Hodak ini.
Walaupun telah layak ke peringkat seterusnya rekod perlawanan perlu diberi perhatian kerana ianya melibatkan maruah pasukan dan negara yang diwakili.
Keputusan 6-1 tidak boleh diterima oleh penyokong-penyokong kerana ianya cukup memalukan bagi pasukan Juara seperti Kelantan
Pihak pengurusan perlu memberi perhatian yang serius andai tidak mahu Kelantan tercicir dari menjuarai sebarang kejuaraan.
Apa yang dirisaukan adalah 'yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran'...hendakkan piala tapi terpaksa 'turun' pangkat ke liga perdana musim depan...
Via Android
***
Apa yg berlaku di Maldives memerlukan satu siasatan oleh jk pasukan negeri yg di pengerusi Dato Rosmadi..Walau pun kita faham kita mungkin tidak memerlukan kemenangan kerana telah layak dan coach mahu merehatkan pemain NAMUN UTK MELEPASKAN 5 gol dlm 45 minit MESTI DI SIASAT..... 
near Pauh Lima, Kelantan  
***
Kelantan Kalah Besar, Tetap Mara Ke Pusingan Ke 2
Kekalahan besar Kelantan 1-6 kepada kelab Maziya Sport & Recreation sedikitpun tidak menjejaskan kedudukan Kelantan sebagai pendahulu kumpulan G dan antara pasukan paling awal mara ke peringkat kedua iaitu peringkat kalah mati Piala AFC.
Percaturan Bojan Hodak merehatkan Piya, Obinna, Faiz Subri dan Dickson dengan menurunkan bukan pemain-pemain utama mendapat pengajaran berguna setelah skuad bimbingannya diaibkan dengan jaringan besar 6 gol dan Zamri dihadiahkan kad merah. Untuk rekod Zamri Ramli pemain anak Kelantan pertama yang menjaringkan gol Piala AFC 2012 dan menjadi pemain pertama yang pernah mengutip kad merah dalam arena Piala AFC.
Kekalahan ini turut mendapat respon negatif daripada presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang merasakan bolos 6 gol terlalu berat untuk diterima meskipun Kelantan telah layak ke pusingan seterusnya.
***
Kelantan Kena Belasah, Selangor Masih Bernyawa  
SHAH ALAM - Ketika berada di ambang kekalahan, Selangor melakukan kebangkitan dramatik dalam tempoh 12 minit terakhir permainan untuk mengikat wakil India, East Bengal 2-2 dalam saingan Kumpulan H Piala AFC di Stadium Shah Alam, semalam.
Bagaimanapun satu lagi wakil Malaysia, Kelantan menerima nasib malang apabila dibelasah kelab Maldives, Maziya Sport And Recreation Club (Maziya SRC) dalam perlawanan Kumpulan G di Stadium National Male, Maldives.
Walaupun East Bengal selesa mendahului menerusi jaringan awal Penn Ikechukwu Orji dan Lalrindika Ralte, ketiadaan Manandeep Singh yang dibuang padang pada minit ke-77 memberi seribu rahmat kepada tuan rumah.
Selangor memanfaatkan kekurangan lawan dengan mencuri dua gol berharga menerusi Abdul Shukur Jusoh dan Adib Aizuddin Ab. Latif.
Kejayaan meraih satu mata itu memastikan sisa-sisa Red Giants untuk layak ke pusingan kedua masih ada dengan syarat mereka perlu mengharapkan East Bengal yang sudah mengesahkan tempat menang pada perlawanan terakhir ke atas Sai Gon Xuan Thanh.
Selangor sendiri wajib mengalahkan kelab Singapura, Tampines Rovers di tempat lawan pada 30 Mei ini. Kedua-dua pasukan terikat pada pertemuan di Shah Alam, sebelum ini.
Dalam perlawanan semalam, East Bengal memecah kebuntuan pada minit ke-23 melalui penyerang import dari Nigeria, Penn Orji yang mudah menewaskan Sharbinee Allawee melalui rembatan leret di hadapan pintu gol.
Nasib Selangor bertambah malang apabila satu-satunya pemain import mereka yang mampu beraksi, Michal Kubala terpaksa menamatkan permainan lebih awal apabila ditimpa kecederaan dan digantikan dengan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-36.
Babak kedua tidak memperlihatkan perubahan ketara Selangor yang terus mempamerkan aksi longlai di bahagian pertahanan.
Lalrindika Ralte mengambil peluang berkenaan dengan menghukum tuan rumah menerusi gol kedua Bengal pada minit ke-56, berpunca daripada bola muntah yang ditampan oleh Sharbinee.
Namun begitu, Selangor merapatkan jurang pada minit ke-78 melalui rembatan kencang Abdul Shukur yang gagal ditepis keluar oleh Gurpreet Singh Sandhu, sebelum Adib tanpa disangka-sangka menyudahkan umpanan Amri pada masa kecederaan.
Dalam satu lagi perlawanan, kedudukan Kelantan sebagai peneraju Kumpulan G tidak tergugat sekalipun mengalami kekalahan pertama dalam kempen Piala AFC.
Pasukan Red Warriors terlebih dahulu memimpin perlawanan menerusi jaringan Mohd. Haris Safwan Mohd. Kamal seawal minit ketujuh.
Namun, segalanya berubah selepas Mohd. Zamri Ramli dibuang padang pada minit ke-28.
Maziya SRC mengambil kesempatan dengan menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Rasheed Ahmed pada minit ke-40, sebelum menambah lima lagi gol menerusi, Abdulla Asadulla (56), Easa Ismail (76), Aduham Hassan (82, 84) serta Imran Ali, pada minit ke-86.
*** 
Kelantan, Selangor Alami Nasib Berbeza
Dua pasukan Malaysia yang bersaing dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Selangor dan Kelantan mengalami nasib yang berbeza pada perlawanan kelima kumpulan masing-masing.
Selangor terpaksa bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum mencatat keputusan seri 2-2 ketika melayan kunjungan kelab India, Kingfisher East Bengal FC, dalam saingan Kumpulan H di Stadium Shah Alam manakala Kelantan dimalukan wakil Maldives, Maziya Sports & Recreation, dengan kekalahan 1-6 di tempat lawan.
Di Shah Alam, skuad Gergasi Merah jelas mempamer aksi hambar pada awal permainan sehingga membuka peluang kepada pasukan pelawat melakukan beberapa percubaan berbahaya.
Hasilnya, kelab India bimbingan jurulatih dari England, Trevor James Morgan membuka tirai jaringan menerusi penyerang import dari Nigeria, Penn Ikechukwu Orji pada minit ke-22 ekoran kelalaian benteng pertahanan Selangor.
Pendahulu Kumpulan H itu menambah derita pasukan Selangor bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dengan gol kedua oleh Lalrindika Ralte pada minit ke-53.
Tersentak dengan dua jaringan itu, Irfan memasukkan beberapa pemain utamanya seperti S.Kunalan serta Mahalli Jasuli, dan strategi berkenaan membuahkan hasil apabila mereka berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Abdul Shukor Jusoh pada minit ke-79.
Terdahulu, pasukan pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Manadeep Singh dilayang kad merah oleh pengadil perlawanan Ng Kai Lam dari Hong Kong kerana melakukan terjahan keras ke atas Kunalan pada minit ke-77.
Pemain pertahanan skuad Gergasi Merah, Adib Aizuddin Abdul Latif muncul wira pasukan tuan rumah dengan menjaringkan gol penyamaan pada masa tambahan separuh masa kedua untuk mengikat wakil India itu dengan keputusan 2-2.
Keputusan itu sudah mencukupi untuk kelab India berkenaan mengesahkan slot ke pusingan kedua manakala Selangor harus menunggu perlawanan terakhir menentang wakil Singapura, Tampines Rovers, di tempat lawan pada 30 April ini bagi memastikan slot ke pusingan berikutnya.
Sementara itu, dalam saingan kumpulan G, Kelantan dimalukan di Stadium Nasional Maldives meskipun penyerang skuad The Red Warriors, Mohd Haris Safwan Kamal, mengejutkan pasukan tuan rumah dengan gol pembukaan seawal minit ketujuh perlawanan, sebelum ditimpa malang apabila Mohamad Zamri Ramli dibuang padang pada minit ke-28 kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-28.
Kelab Maldives bimbingan Mahfooz Ismail mengambil kesempatan dengan menjaring enam gol masing-masing menerusi Ahmed Rasheed (minit ke-40), Abdulla Asadhulla (minit ke-56), Easa Ismail (minit ke-77), Adhuham Hassan (minit ke-82 dan 85) dan Ali Imran pada minit ke-88.

No comments: