Nwakaeme Tekad Gegar Gawang PKNS
KOTA BHARU – Penyerang import Kelantan, Dickson
Nwakaeme bertekad mahu membantu pasukannya menewaskan PKNS dalam aksi Liga
Super di Stadium Shah Alam, malam ini.
Nwakaeme yang baru pulih daripada kecederaan,
mengakui semakin serasi beraksi bersama The Red Warriors sejak menyertai
pasukan pada Mac lalu.
Menurutnya, kejayaan membantu Kelantan meraih
tiga kemenangan dalam empat perlawanan pada saingan Piala Konfederasi Bola
Sepak Asia (AFC) sebelum ini, melonjakkan semangatnya untuk terus mempamerkan
ketajaman penyudah.
“Pertemuan dengan PKNS bukanlah satu tugas yang
mudah. Saya harap rakan-rakan dapat memberikan aksi terbaik dan membuka ruang
bagi membolehkan saya menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.
“Inilah kesempatan terbaik buat saya untuk
membalas kepercayaan pihak pengurusan yang memberi peluang beraksi bersama
Kelantan dalam saingan Liga Malaysia,” katanya ketika dihubungi di sini,
semalam.
No comments:
Post a Comment