Perlawanan Pertama Pusingan Ke-2 Liga Super 2013, Kelantan vs ATM pada 13/4/2013 (Sabtu) di Stadium Sultan Muhamad Ke IV Kota Bharu
Enam Kemenangan Jadi Tonik TRW
Kemaskini
pada April 12, 2013
Oleh Webmaster
Kelantan
berjaya meneruskan rekod kemenangan apabila menewaskan SHB Da Nang 1-0 dalam
saingan Piala Konfederasi Asia (AFC).
Kota
Bharu: Enam kemenangan berturut-turut yang dilakar Kelantan memberi semangat
dan keyakinan tinggi kepada barisan The Red Warriors (TRW) untuk membenam
Tentera dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super di Stadium Sultan
Muhammad IV malam esok.
Kapten
Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya, yakin rekod
kemenangan itu dapat diteruskan kerana barisan TRW kini berada pada tahap
terbaik untuk menentang mana-mana pasukan.
Katanya,
segala masalah prestasi yang dihadapi TRW awal musim ini sudah dapat diatasi
sepenuhnya termasuk keserasian antara pemain.
Tentera
mahu balas dendam
“Keyakinan
semua pemain untuk mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan kini semakin
meningkat dan untuk perlawanan malam esok saya yakin Kelantan dapat meneruskan
rekod kemenangan.
“Sudah
pasti Tentera mahu membalas dendam dengan kekalahan mereka kepada TRW dalam
perlawanan terakhir pusingan pertama liga di Stadium Paroi, 29 Mac lalu.
“Namun,
kami yakin tidak berdepan masalah untuk menjinakkan sekali lagi lawan kerana
kami mempunyai kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri, katanya semalam.
Kelantan
berjaya meneruskan rekod kemenangan apabila menewaskan SHB Da Nang 1-0 dalam
saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) di Stadium Chi Lang, Vietnam kelmarin walaupun
beraksi tanpa tiga tonggak iaitu Piya, Shakir Saari dan Mohd Daudsu Jamaluddin.
***
ATM Tidak Gentar Kebangkitan Kelantan
12/4/2013
Kebangkitan ditunjukkan
Kelantan serta rekod pertemuan yang secara nyata menyebelahi pasukan Pantai
Timur itu tidak sedikitpun menggentarkan semangat para pemain The Gladiators
yang berazam memulakan fasa kedua aksi Liga Super dengan nota ceria.
Angkatan Tentera
Malaysia akan membuka tirai pusingan kedua dengan berkunjung ke gelanggang
keramat pasukan lawan, Stadium Sultan Muhammad ke-IV, membawa misi menebus
kekalahan 2-3 pada pertembungan terbaru kedua-dua pasukan pada aksi terakhir
pusingan pertama 29 Mac lalu. foto kredit : ATMFA
|
Kunjungan
terakhir ke Kota Bharu menyaksikan pasukan bimbingan B.Sathianathan tewas 3-4
dalam aksi berbalas jaringan penuh dramatik.
Ironinya, skuad ATM
tidak pernah menewaskan The Red Warriors dalam aksi 90 minit permainan setidak-tidaknya
dalam 10 pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan sejak 2007 meskipun
berjaya menjulang Piala Sumbangsih menewaskan lawan sama menerusi sepakan
penalti pada awal musim tempoh hari.
Manakala Kelantan pula
mengetepikan prestasi suram awal musim dengan catatan 6 kemenangan
berturut-turut namun Sathianathan tidak mahu membazir masa memikirkan tentang
prestasi semasa lawan mereka itu.
Bekas pengendali skuad
kebangsaan ini tampak lebih berminat untuk mempersiapkan pasukannya dalam misi
merampas semula takhta liga yang terlepas ke tangan Lions XII sejurus
berakhirnya pusingan pertama Liga Super.
“Kita ada baki 11
perlawanan, setiap perlawanan adalah mencabar, bukan hanya menentang Kelantan.
Saya tidak mahu tumpuan atau persiapan pasukan terganggu memikirkan kekuatan
pasukan lain, mana-mana pasukan akan ada pasang surut jadi kami tidak gentar.
“Cabaran terbesar saya
ketika ini adalah mempersiapkan pasukan ini pada situasi beberapa pemain
tonggak masih tidak dapat bersama pasukan tetapi saya percaya pemain yang sedia
ada semuanya mempunyai potensi untuk membuktikan sesuatu,” kata Sathianathan.
ATM ketika ini
kehilangan khidmat pemain versatile berpengaruh, Shukor Adan serta tiga lagi
pemain – G. Jeevanathan, R.Surendran dan pemenang kasut emas Liga Perdana 2010,
Fitri Omar – akibat penggantungan perlawanan manakala Norfazly Alias pula
tersisih akibat kecederaan tulang pipi.
Begitupun, sedikit
keceriaan di kem ATM apabila mendapat semula khidmat dua pemain, Rezal Zambry
Yahya dan pemain pertahanan meningkat naik, K.Reuben yang tidak beraksi dalam
kekalahan kepada Kelantan kerana menjalani penggantungan automatik satu
perlawanan dek mengutip tiga kad kuning.
Sathianathan juga
menegaskan dia berpuas hati dengan kelibat dua pemain import, Marlon Alex James
dan Bruno Sebastian Martelotto justeru tiada sebab untuk membuat rombakan atau
menggantikan mereka dengan pemain lain pada ketika pasaran perpindahan Liga
Malaysia sudahpun dibuka sejak 8 April lalu sehingga 22 April depan.
“Saya kagum dengan komitmen
mereka, boleh dikatakan pemain import terbaik dalam Liga-M. Jadi sudah tentu
saya gembira untuk terus bekerjasama dengan mereka, tiada keperluan untuk kita
mencari yang lain. Kita juga akan memberi lebih peluang kepada pemain muda dari
skuad Piala Presiden, serta mendapatkan khidmat seorang pemain Piala Presiden
Terengganu yang kini berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.”
Dalam
pada itu, kapten pasukan, Hairuddin Omar pula tidak gusar dengan kemarau
jaringan yang dilaluinya ketika ini dan berpendapat ia adalah asam garam yang
perlu dilalui mana-mana penyerang. “Masanya
akan tiba untuk saya menjaringkan gol. Fernando Torres pun kemarau gol tetapi
akhirnya menjaringkan gol. Lagipun, pada musim ini saya tidak bertindak sebagai
penyerang tetapi lebih kepada pemain tengah. Tugas saya adalah mengumpan kepada
pemain lain untuk menjaringkan gol, jadi itu tidak menjadi kebimbangan,”
katanya.
Musim lalu, Hairuddin
atau lebih popular dengan panggilan Hai-O merupakan penjaring kedua terbanyak
ATM dengan 17 gol, di belakang Marlon yang unggul dengan ledakkan 34 gol.
Aiman
Podolski (Blog Suara Sukan Anda)
No comments:
Post a Comment