11 April 2013

Kelantan Hampiri Pusingan Ke 2 Piala AFC

KUALA LUMPUR - Kelantan kian menghampiri pusingan kedua bola sepak Piala AFC 2013 apabila mencapai kemenangan ketiganya dalam Kumpulan G dengan menundukkan kelab Vietnam, SHB Da Nang 1-0 di Stadium Chi Lang, Da Nang, semalam.
Pemain kelahiran Nigeria, Dickson Nwakaeme muncul wira Red Warriors dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-75, sekali gus membolehkan Kelantan mengukuhkan kedudukan peneraju kumpulan dengan 10 mata daripada empat perlawanan.
Dalam perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Bojan Hodak itu mengikat kelab Maldives, Maziya Sports and Recreation 1-1 di Kota Bharu, selain menumpaskan Ayeyawady United (Myanmar) 3-1 di Yangon.
Kemenangan semalam turut melengkapkan rekod tanpa kalah selain menyambung kejayaan membelasah SHB Da Nang 5-0 di Kota Bharu dalam perlawanan terakhir pusingan pertama liga Kumpulan G, 2 April lalu.
Satu lagi kemenangan ke atas Maziya di Male pada 23 April ini bakal memastikan Kelantan menggenggam tiket pusingan kedua tanpa perlu menunggu perlawanan terakhirnya, iaitu melayani Ayeyawady di Kota Bharu, seminggu kemudian.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G, Ayeyawady mengutip kemenangan sulung dengan membenam Maziya 3-0 di Pusat Latihan Belia Thuwunna, Yangon.
Namun tiga mata ini masih meletakkan mereka di tangga tercorot kumpulan dan berpeluang samar untuk ke pusingan kalah mati memandangkan mereka sebelumnya dikalahkan Kelantan dan Maziya 3-1 serta SHB Da Nang 2-1.
1st eleven lawan Da Nang Fc semalam
***
Tahniah....DA NANG 0-1 TRW (NWAKAEME)....selamat beristirehat,recovery dan pulang ke tanah air dengan selamat 
***
Kelantan Terus Gah Di Piala AFC
Selepas membelasah Shb Da Nang, 5-0 minggu lalu, Kelantan sekali lagi membuktikan kejaguhan mereka apabila membenam Shb Da Nang 1-0 di Stadium Chai Lang, Vietnam, sebentar tadi.
Kemenangan itu adalah hasil jaringan dari pemain import sensasi, Dickson Nwakaeme. Gol itu terhasil susulan dari hantaran cantik oleh Zairol Anuar Zailani melalui ‘counter-attack’ yang menyaksikan Dickson mudah menolak masuk dan menewaskan penjaga gol lawan.
Kemenangan pada kali ini menyaksikan, Kelantan mengumpul 10 mata dari 4 perlawanan. Lebih menarik, kita belum lagi kecundang dalam aksi Piala AFC 2013. Seterusnya, Kelantan akan menentang Maziya SnR pada 23 April di Maldives.
***
Kelantan Ungguli Kumpulan G
DA NANG, 10 April 2013- Kelantan mengungguli Kumpulan G apabila menundukkan SHB Da Nang FC 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Chi Lang petang tadi.
Kelantan yang tidak menurunkan barisan pemain kebiasaan pasukan dilihat tertekan apabila Da Nang memulakan serangan sebaik saja wisel dibunyikan. Penyerang import Da Nang yang berasal dari Argentina, Sebastian Merlo dan pemain hadapan pasukan dari Tanzania, Danny Mrwanda, dan barisan tengah Da Nang banyak melakukan asakan ke kubu Kelantan.
Ketiadaan Badhri Radzi dan Shakir Shaari ternyata merencatkan sedikit keupayaan bahagian tengah Kelantan. Walaupun begitu, pujian harus diberikan kepada Zairo Annuar yang berjaya mengendalikan bahagian tengah dan membuat lorongan cantik kepada Dickson Nwakaeme yang menjaringkan gol Kelantan pada minit ke 73.
***
Kelantan Layak Ke Pusingan Ke-2
Kelantan mengesahkan tempat ke pusingan kedua, Piala AFC selepas menewaskan wakil dari Vietnam,  SHB Da Nang FC 1-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium San Chi Lang.
Pada babak pertama perlawanan, SHB Da Nang FC banyak mengasak kubu Kelantan dengan memaksa pertahanan mereka bekerja keras.
Pada 10 minit sebelum berhenti rehat, Da Nang hampir-hampir menjaringkan gol apabila keadaan kelam kabut berlaku di depan pintu gol Kelantan ketika penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas.
Bersambung babak kedua, Da Nang menggandakan asakan dengan banyak menguasai permainan. Da Nang mempunyai peluang terbaik apabila memiliki sepakan percuma di luar kota panalti, namun tendangan pemainnya hanya menggegarkan palang gol.
Kelantan agak tenggelam. Sedar dengan perkara itu, Bojan Hodak memasukan Indra Indra Putra Mahayuddin menggantikan Rizal Fahmi Rosid bagi mempertajamkan serangan mereka.
Walaupun Da Nang banyak mengatur serangan sepanjang perlawanan, namun mereka dikejutkan dengan jaringan pelawat apabila penyerang import Dickson Nwakaemi muncul melakukan jaringan di minit ke-72 selepas menerima hantaran jauh daripada Dimi Petratos.
Da Nang dilihat agak tertekan apabila masa semakin suntuk untuk mereka menyamakan kedudukan. Asakan demi asakan dihalakan kepada kubu Kelantan, namun pertahanan Kelantan dilihat cukup ampuh mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi. Perlawanan berkesudahan Kelantan menang 1-0.
Kemenangan itu membolehkan pasukan 'The Red Warriors' mengekalkan rekod tanpa kalah selepas empat perlawanan dan mengungguli kumpulan dengan 10 mata manakala kelab Vietnam itu menghuni tangga kedua dengan enam mata.
Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke pusingan 16 pasukan pada saingan pusingan kedua pada 14 dan 15 Mei ini.
Walaupun masih berbaki dua perlawanan, kedudukan Kelantan tidak tergugat ke pusingan kedua apabila pasukan tangga ketiga, Maziya Sports & Recreation dari Maldives hanya mengumpul empat mata manakala wakil Myanmar, Ayeyawady United tercorot dalam kumpulan dengan tiga mata.
Pada pusingan kedua nanti, Kelantan akan menentang lawan daripada Kumpulan E yang terdiri daripada pasukan Semen Padang (Indonesia), Kichee (Hong Kong), Churchil Brothers (India) dan wakil Singapura, Warriors.
Pusingan suku akhir secara timbal balik akan berlangsung pada 17 dan 24 Sept, separuh akhir (1 dan 22 Okt) manakala perlawanan akhir pada 2 Nov ini.
Stadium Astro  
***

TRWFC
Bojan Hodak berpuas hati dengan kemenangan yang diraih walaupun turun tanpa pemain utama.
Mensasarkan satu mata di tempat lawan, Trw berjaya membawa pulang 3 mata berharga selepas Nwakaeme menjaringkan gol kemenangan.
Mengakui Shb Da Nang lebih menguasai perlawanan, Bojan memuji barisan pertahanan dan penjaga gol yang beraksi cemerlang pada perlawanan tadi.
 
Da Nang, Vietnam.
 
Info: Md Zuki (Pegawai Media KAFA) 

No comments: