Juara bertahan,
Kelantan tewas buat kali kelima musim ini tatkala barisan pemain Bojan Hodak
mempamer antara prestasi terburuk mereka musim ini dalam kekalahan 1-2 kepada
pasukan PKNS Selangor.
Pengendali dari Croatia
ini menjadi sasaran kritikan dan ejekan para peminat The Red Warriors apabila
beberapa keputusannya termasuk membuat dua pertukaran awal dan membiarkan
pemain veteran, K.Nanthakumar kekal di atas padang sehingga tamat perlawanan
meskipun beraksi buruk namun dia tetap tidak bersetuju prestasi pasukannya
dikatakan terburuk musim ini.
Bercakap kepada wartawan selepas
tamat perlawanan, Bojan berkata :
“Saya tidak rasa ini adalah prestasi
terburuk Kelantan, apabila cakap terburuk, apa yang dimaksudkan dengan
terburuk. Selain fizikal, yang lain semuanya ok. Pemain sangat letih, mereka
cuba memberikan yang terbaik tetapi itu sahaja mereka mampu. Terburuk bukan
perkataan yang sesuai, penyokong tidak faham aspek fizikal, pemain sangat
letih, kalau boleh saya nak tukar semua pemain tetapi saya hanya boleh buat
tiga pertukaran.
“Saya buat pertukaran awal kerana
dua pemain muda itu (Zamri/Khairul) tidak begitu menyerlah, lebih-lebih lagi
saya tidak gembira dengan Zamri. Saya mahu pemain yang lebih bertenaga yang
boleh membantu bawah dan atas, Dickson sepatutnya dapat beraksi lebih baik
tetapi dia susah mendapat bola, dia dikawal ketat.
“Nathakumar pula, saya tiada calon
yang lebih sesuai untuk mengambil alih tempat Shakir. Hanya ini pemain yang
saya ada, apa boleh saya buat. Memang dia bukan pemain yang atraktif, tetapi
dia telah memberi yang terbaik. Dia banyak mencabar bola udara, membuat takel
yang penting, apa lagi boleh saya minta.”
Pada perlawanan itu, Kelantan
mendahului seawal minit keenam menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani namun
selepas itu mempamer aksi hambar dan membenarkan PKNS menguasai perlawanan.
Bojan memasukkan Dickson Nwakaeme
dan Farisham Ismail ketika babak kedua bersambung tetapi apa yang dapat
disaksikan adalah aksi lebih buruk membolehkan Roman Chmelo menyamakan
kedudukan enam minit babak kedua bersambung.
Fauzan Zulkifli menjaringkan gol
menerusi sepakan percuma cantik menewaskan Khairul Fahmi untuk memastikan tiga
mata penuh milik tuan rumah – meskipun Patrick Ronaldinho dilayangkan kad merah
pada minit akhir permainan, Kelantan sememangnya tidak berhak untuk membawa
pulang walaupun satu mata.
“Babak pertama kita beraksi lebih
rileks, dan baik secara fizikal, tetapi babak kedua fizikal kami down. Kami
beraksi terlalu banyak perlawanan dalam tempoh dua minggu, pemain kehabisan
tenaga dan kami tidak mempunyai cukup pemain untuk digilirkan. Anda boleh
nampak perbezaannya, bermain tiga perlawanan sebulan dan 10 perlawanan sebulan.
Ini adalah sesuatu yang bukan berada di tangan saya. Ini sebabnya kami tewas
malam ini,” tambah Bojan.
***Prestasi Kelantan Lemah
BUKAN prestasi sebenar Kelantan.” Itu ulasan wira
PKNS FC, Fauzan Dzulkifli atas kemenangan 2-1 skuad Semut Api ke atas juara
bertahan itu Sabtu lalu.
Menyifatkan saingan yang diterima daripada skuad
kendalian Bojan Hodak tidak seperti yang dijangka, pemain tengah berusia 26
tahun itu bagaimanapun tetap gembira dengan kejayaan pasukan.
“Saya menghormati Kelantan sebagai juara
bertahan, agak pelik apabila prestasi mereka malam ini (Sabtu lalu) sedikit
lemah.
“Apa pun, tiga mata ini sudah pasti akan membantu
pasukan memperbaiki kedudukan dalam liga sekali gus meningkatkan moral pemain
untuk menghadapi baki saingan,” katanya.
***
Bangkit Kelantan!
Kekalahan 2-1 Kelantan kepada PKNS pada malam tadi belum lagi
mematahkan semangat ribuan penyokong Kelantan yang masih mengharapkan
kebangkitan bulan april,
Jaringan awal Ahmad Fakri pada minit ke 7 gagal dipertahankan
setelah hampir kesemua pemain bermain terlalu berhati-hati dibawah prestasi
sebenar mereka seperti sudah tidak berminat lagi menjadi pesaing Liga
Super.Jaringan penyamaan oleh pemain import baru PKNS Roman Chmelo pada minit
ke 51 berjaya menyuntik semangat pemain-pemain lain untuk terus menggempur
kubu goyah Kelantan. Pada minit 72 Mohd Fauzan berjaya menjaringkan gol
kemenangan PKNS. Keputusan PKNS 2-1 Kelantan kekal sehingga tamat perlawanan.
Sekali lagi stadium Shah Alam terus menjadi badi kekalahan skuad
Kelantan, kelekaan pemain-pemain Kelantan berjaya dihukum pemain-pemain PKNS.
Kehadiran Obinna, Dickson dan Norfarhan gagal mengubah rentak permainan
Kelantan yang agak hambar pada malam tadi,
Biarapapun keputusannya, belum masanya kita meniup wisel tewas,
perlawanan masih banyak, apa yang kita harapkan Kelantan mampu kembali kepada
kedudukan 5 pasukan terbaik pada mei nanti. Teruslah menyokong pasukan
kesayangan anda. GOMO KELATE GOMO....TANPA SOKONGAN ANDA, TIADALAH SERI
KEJAYAAN THE RED WARRIORS...
Fawwaz.. |
No comments:
Post a Comment