TMJ-Mat Yo-Safee Sali-Safiq Rahim |
Tunku Mahkota Johor meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)
Tan Sri Annuar Musa agar tidak lagi mempolitikkan isu pembayaran ganti rugi
penyerang Darul Takzim FC, Norshahrul Idlan Talaha atau ‘Mat Yo’.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor (PBNJ) berkata, arahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya
menghendaki Norshahrul menjelaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM250,000.
“Pembayaran yang diarahkan oleh FAM adalah sebanyak RM250,000 kepada KAFA,
yang akan dibayar hari ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tunku Ismail berkata, Norshahrul yang juga penyerang kebangsaan dan ‘Pemain
Paling Bernilai’ Liga Super musim lalu telah melantik peguam yang akan
mengendalikan isu pembayaran ganti rugi itu. Katanya, Annuar perlu bertindak
secara profesional di dalam bidang sukan dengan tidak mempolitikkan atau
membesar-besarkan sebarang isu berkait perpindahan Norshahrul ke Darul Takzim
FC
Annuar semalam membangkitkan isu pembayaran ganti rugi perpindahan
Norshahrul daripada Kelantan ke Darul Takzim FC, dengan menyatakan KAFA
sehingga
kini belum menerima bayaran pampasan daripada pemain kebangsaan itu.
Presiden KAFA itu turut menyatakan, kontrak Norshahrul dengan The Red
Warriors masih berbaki 13 bulan dengan nilai kira-kira RM400,000.
Tunku Mahkota Johor itu berkata, penyerang kebangsaan itu tidak perlu
dijadikan ‘kambing hitam’ oleh mana-mana pihak untuk menjejaskan reputasi
pasukan Harimau Selatan itu.
Pasukan Darul Takzim FC dan Johor katanya, sentiasa bertindak profesional
didalam padang atau di luar dan tidak memburukkan nama mana-mana pasukan
bolasepak lain.
Selain Norshahrul, pemain kebangsaan yang menyertai Darul Takzim FC musim
ini termasuk ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim, Safee Sali, Azmi
Muslim, Muslim Ahmad dan pasangan adik-beradik Zaquan Adha serta Aidil Zafuan.
Johor yang berbelanja besar tahun ini turut membawa masuk bekas pemain
kebangsaan Sepanyol Daniel Guiza dan bekas pemain kelab Lazio, Simone Del Nero
untuk menyertai pasukan Darul Takzim FC musim ini. – BERNAMA
***
Tan Sri Annuar Musa@4-1-2013
Seorang rakan FB postkan lapuran KOMENTAR YTM TMJ terhadap
kenyataan saya YG MEMINTA SAYA BERHENTI DRAMA,BERTINDAK MATANG DAN
PROFESIONAL.Sebenar saya belum pernah membuat sebarang komen secara langsung
terhadap presiden bolasepakk Johor itu kerana saya memandang tinggi dan hormat
statusnya sebagai SEORANG ANAK RAJA BERGELAR TENGKU MAHKOTA.Namun hari ini saya
TERPANGGIL MEMBERI REAKSI DAN juga ingin menegur PRESIDEN BOLASEPAK JOHOR agar
jangan keterlaluan dalam berkata atau berbuat sesuatu kerana dalam sukan dan
persatuan HANYA ADA SATU PERATURAN UNTUK SEMUA tanpa adanya beza berasaskan
ras,warna kulit,pangkat atau keturunan..DALAM ISU MAT YO, YANG PATUT BERHENTI
DRAMA DAN BERSIKAP PROFESIONAL ADALAH PRESIDEN PBNJ SENDIRI KERANA ISU MAT YO
ADALAH ANTARA BELIAU DAN BEKAS MAJIKANNYA KAFA DAN BERKAIT KONTRAK YANG DI
TANDATANGANI KEDUA PIHAK.....TEBUS kontrak tiada kena mengena dengan pihak ketiga
(PBNJ) malah statement PRESIDEN PBNJ adalah bukti campur tangan dan inducement DILUAR PERATURAN DAN ETIKA OLEH JOHOR YANG
MENJADI PUNCA PERKARA INI..PBNJ hanya terkait isu PERPINDAHAN YANG KITA TIADA
HALANGAN MENGENAINYA BILA ISU TEBUS KONTRAK OLEH MAT YO SELESAI....isu kontrak
tak ada kena mengena dgn PBNJ..justeru tak perlu MEMBERI jawapan kononnya hari
ini nak bayar RM250k dan KONONNYA FAM DAH PUTUSKAN jumlah tersebut .IA ADALAH
PEMBOHONGAN!!FAM BELUM BUAT KEPUTUSAN..FAM MENETAPKAN KEDUA PIHAK KAFA DAN MAT
YO MEMFAILKANNYA AFFIDAVIT UTK DI NILAI OLEH JK STATUS/JK RAYUAN..setakat yang
kita tahu jk itu belum lagi berbuat demikian,kita belum dimaklum apa apa dan
kita tunggu saja..TAK PERLU PRESIDEN PBNJ CUBA MENGGUNAKAN NAMA FAM..LIMIT
RM250k yg dirujuk adalah limit bayaran PERPINDAHAN kiranya antara kelab gagal
sepakat..namun ia tidak merujuk kpd JUMLAH PAMPASAN TERKAIT DARI INGKAR KONTRAK
ANTARA 2 PIHAK YANG ADA PROSEDUR MENENTUKANNYA...jadi elok PRESIDEN PBNJ YANG JAUH
LEBIH MUDA DARI SAYA JUGA BELAJAR JADI MATANG, JANGAN BERDRAMA DAN MENGELIRUKAN
FAKTA SERTA BELAJAR MERENDAH DIRI, SABAR MENGIKUT PERATURAN DAN BIARLAH BENAR
BENAR PROFESIONAL SEBELUM MAHU MENEGUR PERSATUAN ATAU ORANG LAIN....SALAM DAN
TERIMA KASIH dari KOTA BHARU!!!
No comments:
Post a Comment