Mengukur profesionalisma bukan kerja mudah. Tidak
semudah menghirup teh-O sambil sedut rokok jenama L.A (rokok seludup ni aku tak
pernah jumpa lagi dekat Tanah Melayu). Itu bukan kerja siapa-siapa, bukan kerja
Rajagopal, bukan Pipiyapong atau Koyok San.
Nak sebut pasal penyokong Malaysia tak profesional
itu mungkin senang cerita. Budak sekolah di Tadika Wenger pun boleh cakap, tapi
nak ubah mentaliti penyokong bola sepak di Malaysia dari takuk lama menjadi
lebih matang, bertamadun dan profesional bukan kerja mudah yang boleh siap 2,3
hari. Sibuk nak cakap penyokong tak profesional, dari atas pucuk pimpinan FAM
pun masih bangang tak sudah.
Mungkin sudah jadi budaya Melayu, meresap dalam jiwa
turun temurun sebati di dalam jiwa, dari politik sampailah masuk stadium, orang
Melayu kita nombor satu. Bosan bunyi gong yang sangat klasik, bawa masuk pula
vuvuzela yang sumpah haram tak ada langsung nilai signifikannya untuk bagi naik
player punya semangat. Bukan bagi player semangat nak main, lagi nak berjoget
kat tengah padang ada lah. Bising la setan.
Tak ada laser, botol air, mercun pun boleh. RELA dan
polis bantuan tak cukup, bawa masuk tentera siap pakai M16 lagi gantung dekat
leher.
Cuba tengok game dekat EPL. Hampir semua
penyokong kelab mereka zahirkan sokongan dengan cara yang betul, educated,
bertamadun, matang dan profesional. Tak payah pakai tentera siap M16 gantung
dekat leher, tak perlu ultras kepala bana, siap boleh chants lagi untuk player,
tak perlu baling mercun atau botol air, tak perlu main laser. Tiada provokasi,
jarang kita dengar dekat EPL bakar-bakar kereta, bakar stadium, baling kerusi,
belasah RELA atau tayang bontot dekat penyokong lawan walaupun orang Inggeris
ni boleh tahan ganas jugak. Tak perlu semua tu, tapi dorang main lagi sedap
dari Liga Malaysia.
Yang ruginya bola sepak Malaysia sendiri. Persatuan
bola sepak negeri atau kelab kena denda puluhan ribu, tiada bajet siap lancar
tabung derma ikhlas sebab tak mampu bayar denda. Kasihan. Siapa yang rugi?.
Buat stadium untuk dirosakkan, kerusi dicabut dan dibuang, pagar dirobohkan.
Kos nak upah Bangla buat maintenance dah berapa ribu, kerja nak bagi cantik
rumput atas padang pun tak siap-siap lagi. Aku datang stadium pun aku
malu nak duduk. Mana kerusi mana orang pun aku tak tahu mana satu. Tengok bola
rasa macam dekat tapak pelupusan sampah, perangai pun macam sampah. Bila lah
nak berubah.
Dalam geram aku
gembira, senarai terbaru skuad Rajagopal tiada nama Safiq Rahim terselit. Tapi
aku masih dibelenggui kebangangan kenapa Amar Rohidan masih lagi hebat di mata
Rajagopal berbanding Piya??.
***
Kupasan Salah Media Massa - TSAM
Harian Metro@15-1-2013 |
Sudah menjadi tugas
pelapor media massa tempatan menyiarkan laporan jijik dan hina berkaitan
Kelantan dalam usaha menggambarkan rakyat Kelantan adalah masyarakat paling
mundur dan daif segalanya di Malaysia. Bukan sahaja isu politik dimain-mainkan
sebagai tajuk pelaris akhbar malahan isu sosial, jenayah, sukan dan sebagainya
akan didedahkan asal-usul pelaku sekiranya mereka berasal dari Kelantan.
Kebanyakan media massa
tempatan tidak pula mendedahkan insiden-insiden yang pernah melibatkan
kecederaan penyokong Kelantan apabila bertandang ke stadium lain. Mainan jijik
media untuk memburukkan imej rakyat Kelantan sangat konsisten sehingga berjaya
seluruh masyarakat Kelantan dipandang negatif oleh masyarakat Malaysia walhal
hanya segelintir sahaja yang melakukan keburukan ini.
Tidak dinafikan,
insiden-insiden berlaku malam tadi juga adalah hasil isu panas perpindahan
Norshahrul yang dimainkan sendiri pihak atasan KAFA. Sejak disember 2012 hingga
sepak mula Liga Super 2013 berlangsung ada sahaja isu panas Mat Yo dipaparkan
dalam status Facebook sehingga menimbulkan komen-komen negatif daripada
pengikut FB yang hanya memahami isu melalui paparan status Facebook tersebut
sahaja tanpa mengetahui isu keseluruhannya. Isu-isu dalaman seeloknya tidak
harus didedahkan kepada umum dan perlu diselesaikan secara senyap antara pihak
terlibat sahaja, ini kerana isu-isu seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan
dan pemahaman berbeza daripada peminat bolasepak Kelantan selain membangkitkan
perasaan marah kepada pemain dan pasukan terbabit.
Nah hasilnya dapat dilihat
dalam perlawanan 15 januari 2013 ini, biarpun kehangatan isu-isu ini sudah lama
merosakkan hubungan penyokong Johor dan Kelantan di alam internet. Provokasi
dalam bentuk cacian dan makian menjadi perkara biasa di page FB kedua-dua penyokong.
Sebenarnya isu ini amat berat untuk dikritik sebegini tetapi apakan daya
belajar daripada pengalaman peristiwa ini lebih baik daripada sentiasa
menunding kesalahan sebegini kepada orang lain.
Semasa ditanya 10 orang penyokong Kelantan yang
mengikuti perlawanan ini, hanya 3/10 orang sahaja yang datang ke stadium dengan
ikhlas ingin melihat perlawanan hebat ini, 7/10 orang lagi ingin melihat dendam
berjaya dilunaskan oleh pemain atau mengambil tindakan sendiri melunaskan
dendam kesumat ini. Apabila ditanya mengapa anda memilih emosi begini, mereka
menjawab semuanya kerana isu perpindahan Mat Yo,hutang Mat Yo serta rampasan
Mat Yo yang tidak mengikut prosedur dan keputusan berat sebelah Jawatankuasa
FAM dalam isu Mat Yo ini.
Jasa besar Tan Sri Hj Annuar Musa kepada
bolasepak Kelantan amat besar dan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit namun
insiden yang menimpa keatasnya dan YM Tengku Mahkota Kelantan satu penghinaan
besar, mereka yang terlibat harus diambil tindakan sewajarnya agar menjadi
tauladan kepada semua penyokong Kelantan.
Harapan seluruh rakyat Kelantan yang cintakan bolasepak Kelantan, jadikanlah
perlawanan ini sebagai pengajaran berguna kepada semua pihak kerana setiap api
permusuhan tidak mengenal pangkat, darjat, jasa dan sesiapa, bahananya akan
menimpa semua. Kita tidak ambil kisah lagi setiap laporan negatif media kerana
sudah lali dengan paparan negatif ini tetapi usahlah kita menjadi pencetus
imej-imej negatif Kelantan ini. Bersatulah demi kemajuan bolasepak Kelantan.
GOMO KELATE GOMO..............
Tidak hairanlah hari ini Tan Sri Hj Annuar Musa
menafikan laporan layanan buruk yang diterima oleh penyokong Johor semalam
adalah tidak benar dan mengikut prosedur yang sudah dirancang oleh KAFA dan
PBNJ.
***
"This Is Kota Bharu" - JMF-TMJ
Ditulis
oleh TRWC Team Jumaat, 18 Januari 2013 (disalin dari FB Saifulrizal Mohd Nor)
Apa yang ingin disampaikan ini bukanlah bertujuan
mengeruhkan lagi keadaan, sebaliknya sekadar menyuarakan pendapat sebagai
golongan marhain negeri Kelantan. Jauh sekali untuk mempersoalkan hak dan
keistimewaan golongan Kerabat Diraja lain kerana kami juga punya Al-Sultan yang
senantiasa disanjung tinggi.
Kehadiran Johore Military Force (JMF) atau juga dikenali sebagai Timbalan Setia Negeri ke Stadium Sultan Muhammad IV menjelang sesi latihan dan perlawanan Kelantan menentang Johor Darul Takzim dilihat mencetuskan polemik di antara protokol, bidang kuasa dan sensitiviti masyarakat setempat. Apatah lagi ianya hanyalah untuk sebuah perlawanan bola sepak dan bukannya sebuah lawatan negara atau persidangan yang dikategorikan sebagai ‘High Risk’ atau berisiko tinggi.
Banyak pihak di luar sana sedia maklum bahawa JMF antara fungsinya adalah untuk melindungi Kerabat Diraja Johor dan skuad ini bertanggungjawab atas keselamatan mana-mana ahli Kerabat Diraja mereka yang diiringi. Namun di saat melihat mereka menggalas senjata api lengkap berpakaian tentera sambil sambil berlegar di perkarangan dan di dalam stadium pastinya amat mengejutkan, terutamanya bagi rakyat Kelantan, ataupun mungkin juga bagi rakyat Malaysia yang tidak pernah melihat atau mengalami situasi sedemikian di sebuah stadium untuk satu acara sukan.
Kami di sini mengakui tidak punya bala tentera sendiri, kerana kami tahu kami tidak perlu semua ini. Bahkan Al-Sultan kami lebih selesa bergerak sendiri dengan pengawasan seminimum mungkin tanpa batas-batas protokol keterlaluan yang mengongkong. Alhamdulillah, Al-Sultan kami tetap dipelihara oleh Yang Maha Esa.
Tugas JMF mengawasi tidak pernah dipersoalkan, namun bukankah segalanya berdasarkan arahan. Bukankah berdiplomasi itu lebih baik? Andai dirasakan balingan botol atau mercun yang mungkin tiba-tiba datang harus dihadap dengan senjata api, rasanya cukuplah sekadar dengan pistol yang sedia terselit di pinggang. Itu sudah memadai untuk menggertak seorang manusia yang waras.
Situasi yang terjadi ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa Kelantan adalah negeri yang sangat tidak selamat dikunjungi sehinggakan senjata terpaksa diusung demi mengawasi pemimpin dan para pemain sedangkan hakikatnya sama sekali berbeza. Ini turut memberi tanggapan buruk kepada negara-negara lain terhadap Malaysia dengan gambaran yang tak tumpah seperti sebuah negara yang sedang bergolak.
Ditekankan di sini, harus diingat bahawa tidak pernah sekali pun tercatat dalam sejarah negeri Kelantan bahawa terdapat rakyat Johor atau negeri lain yang terkorban sewaktu perlawanan bola sepak diadakan di negeri ini. Begitu juga dengan rusuhan besar-besaran antara penyokong yang membabitkan kematian. Yang ada hanyalah dakyah-dakyah mereka yang sekadar tahu melemparkan persepsi negatif sebelum bertandang ke sini, dan akhirnya pulang ke negeri masing-masing dengan semangat setiakawan bagi yang kenal erti sahabat dan tahu apa itu maksud tetamu.
Apa yang pasti, peristiwa ‘bersejarah’ ini mungkin hanya dapat disaksikan di Kota Bharu. Situasi di ‘venue’ perlawanan yang lain membabitkan pasukan bintang dari selatan itu mungkin tiada ‘sehebat’ ini. Inilah hasilnya apabila persepsi dan andaian melangkaui akal yang pasti. Hakikatnya, tiada siapa yang pernah mati di sini kerana, “This is Kota Bharu”..

KelantanFA.com@16-1-2013
Bos..baik gi jago di Palestin nuh..Rama lagi hok memerlukan perlindungan..Ore kelate ni baik baik belako tadok sapa nok katok ore kalu ore tok buat hal dulu..cumo hok pekong bedil 2 3 ore tu jah hok tok berapo nok ceridik..
Kito ore kelate kemah keming..Bos besar Jeneral ATM pun ore kelate..Pasuke ATM pun tadok duk bowok tentero bersenjata laguni.Tok bersungguh pun tak apo bos wei..

UNTUK SEMUA YANG BERTANDANG KE KOTA BHARU :
1. Provokasi suruh pasukan pelawat balik tu adalah perkara biasa jah di setiap stadium di malaysia. Tapi semalam,penyokong kelantan yang beratur sambil keluar stadium melaungkan balik johor balik...tapi ada salah seorang penyokong johor siap turun dan ajak salah seorang pakcik utk bertumbuk...dari situlah sebenarnya membuatkan situasi makin panas. Kami dari uktrm sudah nasihatkan mereka supaya jangan layan sangat provokasi selagi tidak mencederakan diri....
Tapi dah nak buat mcm mana salah sorg dr mereka rasa keras dan kebal sangat nk fight dgn ratusan penyokong yang berpusu keluar. Kami UKTRM xmampu nk kawal peyokong kelantan yg lain. Satu lagi seorang akak pon dorng ajk bertumbuk. Tu apa crita plak?
JMF fan club rasanya
Ultras Kelantan-The Red Mania

No comments:
Post a Comment