07 January 2013

Kronologi Kes Mat Yo - KAFA - PBNJ

Mat Yo & Johor Darul Takzim FC


01.12.2011.
Kontrak ditandatangani di antara KAFA dan Pemain (Mat Yo)

12.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA memohon pelepasan untuk menamatkan kontrak

14.10.2012
Surat KAFA kepada Pemain menolak permohonan menamatkan kontrak

22.10.2012
Surat daripada PBNJ kepada KAFA bertanya mengenai status kontrak Pemain (Mat Yo)

24.10.2012
Surat KAFA kepada PBNJ memberitahu mengenai status kontrak Pemain yang tamat pada 30.11.2013
                                             
30.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA menamatkan kontrak sebelah pihak berkuatkuasa 1 nov 2012(dgn notis 48jam sahaja)

30.10.2012 (tarikh sama di atas)
Surat daripada PBNJ kepada KAFA menyatakan minat untuk menggunakan khidmat Pemain dan persediaan menebus baki kontrak Pemain sebanyak RM 300,000.00

12.11.2012
Surat jawapan KAFA kepada PBNJ mengenai tawaran pemindahan Pemain yang memberi terma pemindahan Pemain termasuk MENYATAKAN JUMLAH bayaran perpindahan yang sanggup diterima oleh KAFA

16.11.2012
Surat jawapan daripada PBNJ kepada KAFA menolak jumlah bayaran pemindahan KAFA dan menyatakan persetujuan hanya untuk membayar RM 250,000.00 kononnya menurut Artikel 39.2 Peraturan
(Yang sebenarnya merujuk kpd BAYARAN PERPINDAHAN..bukan PAMPASAN penamatan kontrak)

22.11.2012
Surat daripada Tetuan Bustaman bagi pihak KAFA kepada PBNJ dan Pemain menyatakan sebab-sebab bagi menyokong jumlah bayaran bagi pemindahan Pemain kepada PBNJ dgn huraian terperinci
.
20.11.2012
Surat daripada Pemain kepada FAM meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalahnya dengan KAFA.

23.11.2012
Surat daripada FAM memaklumkan kepada KAFA mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Status Khas FAM bagi membincangkan isu aduan Pemain yang dijadualkan pada 27.11.2012

27.11.2012
Surat daripada FAM memaklumkan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Status Khas FAM pada 27.11.2012 membenarkan pemain daftar dgn PBNJ spt di persetujui kafa TETAPI NILAI BAYARAN dan PERPINDAHAN akan di tentukan setelah meneliti affidavit kedua pihak

30.11.2012
Notis Rayuan difailkan oleh KAFA kepada FAM bersabit beberapa keputusan yg tidak konsisten dgn prosedur
-
7.12.2012.
Petisyen Rayuan difailkan oleh KAFA dengan FAM secara resmi dan terperinci

3.1.2013
TSAM menjawab pertanyaan media mengenai status kes mat yo dgn me maklumkan kafa belum menerima apa apa bayaran lagi DAN berharap FAM bantu menyelesaikannya

4.1.2013
TMJ menyatakan akan bayar RM250 hari ini juga spt DIARAH OLEH FAM dan minta TSAM jgn berdrama dan bertindak PROFESIONAL

5.1.2013
TSAM mengingatkan presiden PBNJ supaya lebih cermat dlm membuat komen dan jgn menggunakan nama FAM kerana FAM belum membuat keputusan spt di dakwa

6.1.2013
Akhbar menyiarkan pengesahan FAM BAHAWA MRAT MENGENAI HAL INI BELUM DIBUAT DAN HANYA AKAN BERSIDANG PD HARI KHAMIS 10.1.2013 dan Di sahkan ada 2 isu berasingan yaitu PERPINDAHAN dan PAMPASAN

7.1.2013
Kafa menerima surat peguam Mat Yo berserta bank draft RM250k kpd KAFA dan KAFA menyerahkan perkara itu kpd PEGUAM BUSTAMAN & Co memandangkan FAM Belum membuat keputusan terhadap NILAI BAYARAN PERPINDAHAN DAN NILAI BAYARAN PAMPASAN PENAMATAN KONTRAK..
Sumber :- FB Tan Sri Annuar Musa

No comments: