Oleh HERMAN HAMID, RODELIO JUNJUN TAUCAN, KAMARUDIN ISMAIL, SITI AIRUNNISA ALAUI, MOHD. YASIR JAAFARsukan@utsuan.com.my
KUALA LUMPUR - Pahang
memulihkan semula semangat dan kekecewaan selepas rekod tanpa kalahnya lebur,
Sabtu lalu dengan membenam Terengganu 3-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan,
semalam untuk terus menerajui carta persaingan bola sepak Liga Super 2013.
Dua gol Mohd. Hafiz Kamal pada minit ke-76 dan 90 selain satu daripada Mohd.
Fauzi Roslan (77) memastikan Tok Gajah di depan dengan 12 mata sambil
meninggalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melonjak ke tangga kedua dan
Selangor di tempat ketiga yang diikat Perak 1-1.
Lebih 20,000 penyokong tuan rumah bersorak ceria apabila menyaksikan sepakan
bebas Mohd. Hafiz Kamal menerjah gawang tanpa dapat diselamatkan penjaga gol
Sang Penyu, Syed Adney Syed Hussein diikuti tandukan masuk Mohd. Fauzi dan
tolakan mudah juga Mohd. Hafiz.
Sementara itu, jaringan penyerang import, Marlon Alex James dan Shukor Adan
pada minit ke-14 dan 55 yang menumpaskan Felda United 2-0 di Stadium Tuanku
Abdul Rahman, paroi, pula membawa ATM merapati Pahang dengan kekurangan cuma
dua mata.
Selepas mendahului menerusi rembatan Francis Forkey Doe minit ke-66 di
Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, Selangor mensia-siakan kemenangan
yang hampir digenggam dengan menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan
Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-81.
Negeri Sembilan pula menghampakan hajat juara Liga Super musim lalu,
Kelantan dengan mengikatnya tanpa jaringan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota
Bharu, biarpun masih gagal memecahkan kebuntuan tanpa menang selepas perlawanan
kelima ini.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pula, T-Team
bangkit membuat kejutan apabila mampu menjinakkan Lions XII 1-0 hasil jaringan
sepakan penalti Mohd. Badrul Hisham Morris pada minit ke-74.
Jurulatih tuan rumah, Peter James Butler berkata, pasukannya berhak menang
pada perlawanan itu walaupun hasil sepakan penalti kerana menguasai perlawanan terutamanya
pada babak kedua malah tanpa pemain import mereka, George Boateng yang
tercedera.
***
Harimau Selatan Garang
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMINdayne.ghazali@utusan.com.my
SHAH ALAM - Johor Darul Takzim FC mencipta kemenangan
pertama di tempat lawan pada musim ini apabila mudah menjinakkan PKNS 3-1 dalam
saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, semalam.
Penyerang kebangsaan, Safee Sali menamatkan kemarau jaringannya dalam
saingan Liga Super 2013 apabila membuka tirai jaringan Johor pada minit ke-18
sebelum Ahmad Ezrie Shafizie dan Daniel Guiza memastikan tiga mata menjadi
Harimau Selatan dengan jaringan pada minit ke-69 serta 87.
Pemain gantian, Mohd. Faiz Mohd Isa menjaringkan gol sagu hati buat tuan
rumah pada masa kecederaan, namun ia sudah terlambat menghalang kemenangan
kedua Johor pada musim ini.
Aksi yang dipertunjukkan oleh anak-anak buah Fandi Ahmad boleh dipuji dan
keserasian pemain-pemain berstatus bintang dalam skuad pelawat ternyata semakin
menjadi apabila banyak melancarkan serangan menarik ke kubu lawan.
Tuan rumah kembali diperkuatkan dengan kehadiran pemain import, Helmi
Loussaief sementara Johor mempertaruhkan gandingan tiga serangkai, Safee, Guiza
dan Norshahrul Idlan Talaha menerajui barisan serangan.
Pun begitu, PKNS terlebih dahulu mempamerkan aksi bertenaga di awal
permainan dengan kawalan bahagian tengah menarik yang ditunjukkan oleh Mohd.
Fazli Baharuddin dan Mohd. Nazrin Syamsul Bahari.
Namun, di hadapan 5,000 penonton setia Johor, suasana perlawanan berubah
pada minit ke-18 apabila Safee Sali berjaya menanduk cantik hasil hantaran
Guiza dari sebelah kiri bagi memastikan pasukan pelawat di hadapan.
Norshahrul boleh menambah jaringan kedua pada minit ke-35 selepas bijak
memperdayakan tiga pertahanan PKNS tetapi rembatannya melepasi palang gol
lawan.
Bermula babak kedua, Harimau Selatan semakin garang melancarkan serangan
berbahaya ke kubu lawan. Ahmad Ezrie akhirnya menghadiahkan gol kedua Darul
Takzim pada minit ke-61 apabila mudah melepaskan rembatan leret yang tidak
mampu dijangkau Mohd. Remezey Che Ros.
Guiza melengkapkan kemenangan mutlak Johor apabila dia yang tidak dikawal
mudah melunaskan peluang terhidang pada minit ke-87.
***Harimau Selatan Tunjuk Taring
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADIfazli.yadi@kosmo.com.my
JOHOR Darul Takzim (DT) menepati ramalan apabila mudah menundukkan cabaran
Selangor PKNS selepas merakamkan kemenangan 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium
Shah Alam malam tadi.
Tiga gol skuad Harimau Selatan itu dijaringkan oleh Safee Sali, Ahmad Ezrie
Shafizie Sazali dan penyerang import sensasi, Daniel Guiza manakala pemain
pertahanan PKNS, Mohd. Faiz Mohd. Isa meledak gol sagu hati pasukannya.
Johor DT tidak mengambil masa lama untuk membuka jaringan menerusi tandukan
Safee yang menerima hantaran lintang Guiza pada minit ke-18.
Skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu yang tampil dengan
persembahan bertenaga, hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-35 hasil
gerakan solo Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia musim lalu, Norshahrul Idlan
Talaha, namun sepakannya terkeluar daripada sasaran.
Johor DT dilihat semakin garang apabila sering melakukan asakan ke gawang
lawan, namun penyudah yang kurang berkesan menafikan mereka untuk menambah
jaringan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Bersambung pada babak kedua, usaha skuad kendalian Fandi Ahmad untuk
mengukuhkan kedudu- kan akhirnya berhasil apabila Ahmad Ezrie menjaringkan gol
kedua pada minit ke-61.
PKNS kembali bangkit mengatur serangan, namun setiap percubaan mereka mudah
dihalang pertahanan Johor DT.
Ketika pasukan berstatus kelab itu terdesak untuk mengurangkan jurang
jaringan, Guiza memastikan Harimau Selatan meraih kemenangan bergaya dengan
meledak gol ketiga Johor DT pada minit ke-87.
PKNS yang tampil dengan semangat juang tinggi akhirnya berjaya membolosi
gawang Johor DT menerusi jaringan Mohd. Faiz pada masa kecederaan, namun
keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Jurulatih Johor DT, Fandi Ahmad mengakui yang kemenangan itu dilihat bakal
memberikan suntikan moral buat pemainnya untuk menampilkan aksi lebih bertenaga
pada perlawanan akan datang.
"Saya berpuas hati dengan kemenangan ini yang akan menjadi pencetus
semangat kepada semua pemain untuk meraih lebih banyak kemenangan selepas
ini," katanya.
Menurutnya, barisan pemain Johor DT sudah mula memperli- hatkan keserasian
serta keyakinan diri yang tinggi.
Sementara itu, jurulatih PKNS, Abdul Rahman berkata: "Perlawanan yang
cukup sengit tetapi pemain PKNS tidak dapat meningkat prestasi kepada tahap
yang lebih baik bagi mengatasi lawan."
Sementara itu, pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam liga
selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Felda United.
Pendahulu liga, Pahang terus garang apabila mengecewakan Terengganu 3-0 pada
aksi yang berlangsung Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Perak pula seri 1-1 dengan Selangor pada perlawanan yang berlangsung di
Stadium Lumut, Perak
***Lions XII Rebah di Kaki T-Team
T-Team vs Lions XII (1-0) |
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMamir.azam@kosmo.com.my
PENGENDALI T-Team, Peter James Butler mengotakan janjinya untuk mengejutkan
Lions XII dalam saingan liga Super.
Semalam, T-Team meraih kemenangan 1-0 ke atas wakil Singapura itu pada aksi
yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Gol kemenangan The Titans hadir menerusi sepakan penalti yang
disempurnakan Mohd. Badrul Hi- syam Morris pada minit ke-73.
Skuad kendalian Butler memperoleh sepakan penalti apabila salah seorang
pertahanan Lions XII tertampan bola dalam petak penalti.
Butler memberitahu, anak-anak buahnya berhak memperoleh tiga mata penuh pada
perlawanan tersebut kerana mereka dilihat lebih banyak menguasai permainan.
"Sudah pasti saya berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan semua
pemain pada perlawanan hari ini (semalam). Kita berhak memperoleh tiga mata
penuh kerana para pemain telah menunjukkan persembahan yang lebih baik,"
ujarnya.
Mengulas mengenai penyerang import, Caleb Folan yang dikeluarkan pada babak
kedua, Butler memberitahu, pemain itu mengalami kecederaan hamstring dalam
perlawanan tersebut.
"Kalau saya mengetahui dia mengalami kecederaan, saya tidak akan
menyenaraikan dalam kesebelasan utama tetapi Caleb tetap bersemangat untuk
turun bagi membantu pasukan memusnahkan impian Lions XII.
"Kita pasti akan kembali lebih garang selepas ini dengan kehadiran
semula George Boateng yang dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada
kecederaan," ujarnya.
Begitupun, Butler mengakui kecewa dengan persembahan Caleb sepanjang lima
perlawanan dalam saingan Liga Super setakat ini meskipun dia mudah untuk
menyesuaikan diri dengan rentak permainan yang diterapkan.
"Dia (Caleb) masih belum mempamerkan aksinya yang sebenar tetapi kami
akan memberi dia masa untuk mengembalikan prestasi serta keyakinannya," katanya.
Sementara itu, pengendali Lions XII, V. Sundram Moorthy berkata, beliau akan
menilai semula tayangan video sama ada bola terkena tangan anak buahnya pada
perlawanan menentang T-Team.
"Saya merasakan keputusan seri adalah adil pada perlawanan petang ini
(semalam). Saya berpuas hati dengan prestasi semua pemain walaupun beberapa
tonggak utama tidak dapat beraksi pada perlawanan ini akibat kecederaan.
"Apa pun, saya akan melihat semula ulang tayang perlawanan ini, itu
yang penting sekali. Saya juga tidak boleh mengubah keputusan hari ini
(semalam) dan perlu meneruskan saingan Liga Super," katanya.
***
Pengadil Jadi Tumpuan Di Lumut
Perak vs Selangor (1-1) |
Wednesday, January
23rd, 2013 |
Pahang bangkit dari kekalahan kepada Selangor sebelum ini dengan membenam
cabaran Terengganu 3-0 di Darul Makmur untuk membawa pasukan bimbingan Dollah
Salleh ini memimpin carta liga setakat ini.
0-0 di separuh masa pertama, perlawanan tampak bakal berkesudahan seri.
Terengganu yang mempunyai banyak peluang untuk mencetak gol akhirnya perlu
menyalahkan diri sendiri akibat kegagalan tersebut selepas Hafiz Kamal membawa
Pahang didepan menerusi sepakan percuma cantik pada minit 77 menewaskan Syed
Adney, penjaga gol Terengganu.
Penyerang sensasi, Fauzi Roslan terus membuktikan kehebatannya dengan
menjaringkan gol kedua Pahang pada minit ke-78 untuk membawa pemain kelahiran
Pekan ini unggul memimpin senarai penjaring terbanyak dengan 5 gol.
Hafiz kemudiannya menambah derita Penyu dengan gol ketiga Tok Gajah
pada penghujung perlawanan.
“Hari ini aksi Hafiz Kamal adalah yang terbaik. Sudah lama dia tidak
menjaringkan gol dan memang sedikit sebanyak persembahan baiknya pada
perlawanan ini telah memberikan kita 3 mata penuh” kata Dollah Salleh mengenai
aksi Hafiz Akmal yang menjadi watak penting kemenangan Pahang ini.
Di Lumut pula, pengadil Zulkifli Ahmad menjadi tumpuan selepas beberapa
keputusannya yang sedikit dipersoalkan mengakibatkan Perak dan Selangor
terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.
Insiden layangan kad merah kepada pemain Selangor, Amri Yahyah selain 2
jaringan Perak yang dibatalkan kerana offside sedikit sebanyak telah
mencetuskan ketidakpuashatian peminat yang hadir.
Gol Selangor berjaya dijaringkan menerusi rembatan cantik penyerang import,
Forkey Doe pada minit 66 sementara jaringan penyamaan Seladang pula hadir
menerusi sepakan penalti Hadi Yahya pada minit ke-81.
Ada duka ada gembira malam ini. Duka kerana kita memberikan sepakan
penalti kepada lawan disaat akhir. Gembira pula kerana kita bermain dengan baik
walaupun beraksi kekurangan seorang pemain selain Forkey Doe yang telah
menamatkan kemarau jaringannya” kata Irfan Bakti ketika mengulas mengenai
keputusan seri ini.
Satu lagi pasukan dari Selangor, PKNS FC pula gagal meneruskan rentetan 2
kemenangan berturut-turut mereka selepas tewas 1-3 kepada Darul Takzim FC. Safee
Sali menamatkan kemarau jaringannya dengan menyudahkan hantaran Dani Guiza pada
minit 19 untuk membawa pasukan dari selatan tanah air itu 1-0 dihadapan.
Babak kedua, DTFC menambah jaringan kali ini menerusi Ahmed Ezrie pada minit
ke-61 sebelum Guiza mencetak gol ketiga pada minit ke-87. Gol saguhati PKNS
hadir pada masa kecederaan selepas Faiz Isa meledak volley
cantik buat pasukan bergelar Semut Merah ini.
Lain-lain keputusan menyaksikan juara treble, Kelantan sekali lagi gagal
mencatat kemenangan selepas sekadar seri 0-0 dengan Negeri Sembilan di Kota
Bharu. T-Team pula berjaya menewaskan LionsXII di Kuala Terengganu hasil
sepakan penalti Badrul Hisyam sementara ATM meneruskan rentak cemerlang mereka
dengan kemenangan 2-0 keatas Felda di Paroi menerusi gol Marlon Alex James dan
Shukor Adan.
Selepas 5 perlawanan, 2 pasukan yang beraksi di Liga Premier musim lepas
kini menjadi 2 pasukan terbaik liga dengan Pahang kekal memimpin carta menerusi
12 mata yang dipungut sementara ATM ditangga kedua dengan 10 mata. 2 pasukan
tercorot pula diisi Negeri Sembilan dan Terengganu yang sekadar mencatatkan 2
mata setakat ini.
Liga Super akan berhenti rehat sehingga 15 Februari ini untuk memberi laluan
kepada kalendar antarabangsa dimana pasukan kebangsaan akan menghadapi saingan
kelayakan Piala Asia 2015.
***
Melihat Prestasi TRW MALAM NI memang
merisaukan..Ramai juga komentar yg cuba mengambil kesempatan dgn "blaming
game"yg berbagai bagai..PADA SAYA INI ADALAH "POST VICTORY
SYNDROME"...berpunca dari "oxudus pemain",team
disintegration,complacency,etc etc..RAMAI YG SUDAH MULA BERGEMBIRA DENGAN
PRESTASI LEMAH KITA DAN SUDAH LAMA SESETENGAH PIHAK MENUNGGU..TAPI BAGI SAYA
INI HANYA SATU LAGI CABARAN..TIDAK ADA YANG MUDAH..Kedah dulu TREBLE sekarang
jatuh ke liga bawah..NS dulu juara kini tercorot..TGANU dulu juara kini
TERKEBAWAH...SEMUA BERDEPAN "POST VICTORY SYNDROME"...KITA AKAN AMBIL
INI SEBAGAI CABARAN..SAYA AKAN BERBUAT SESUATU DALAM MASA TERDEKAT..SAYA TAU
TIDAK MUDAH..SEBAB TIDAK MUDAHLAH KITA MAU SAHUT CABARAN..KALAU MUDAH SUDAH
TENTU SEMUA ORANG BOLEH BUAT..INSYAALLAH KITA USAHAKAN DAN KITA SAHUT
CABARAN..TRW SHALL CONTINUE TO FIGHT!!!!!
No comments:
Post a Comment