10 January 2013

MSL: #1 Kelantan vs PKNS (Kelantan Menang Tipis)

Kesebelasan utama Kelantan menentang PKNS FC.

Kota Bharu, 9 Jan - Skuad kendalian Bojan Hodak, Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum menang tipis 2-1 mengatasi PKNS FC, dalam aksi pembukan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Pasukan pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah, apabila ketua pasukan PKNS FC, Helmi Rameli menjaringkan gol pendahuluan menerusi sepakan percuma cantik menewaskan Khairul Fahmi di gawang Kelantan.

Tersentak dengan gol pendahuluan pelawat, Kelantan bangkit menyusun serangan ke kubu lawan dan akhirnya ketua pasukan, Piya menjaringkan gol buat Kelantan. Gol berpunca dari rembatan Haris Safwan Kamal yang menggegar palang PKNS FC sebelum bola yang melantun ke arah Piya disempurnakan untuk gol penyamaan tuan rumah.

Di saat perlawanan hampir berkesudahan seri 1-1, Zairul Fitree muncul wira pasukan Kelantan selepas menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol pelawat.
Tamat perlawanan, Kelantan berjaya meraih tiga mata berharga di gelanggang sendiri mengatasi PKNS FC, 2-1. Untuk perlawanan seterusnya, Kelantan akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah, menentang T-Team FC.

THE RED WARRIOR'S 
***
Piya jaring 1 gol
Kelantan 2 - 1 PKNS FC
Kelantan berjaya melakar kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini apabila berjaya menundukkan PKNS FC 2-1 hasil jaringan kapten marvel,Piya dan pemain pertahanan,Zairul Fitree hasil sepakan percuma Badri diminit-minit akhir perlawanan.
Kegagalan import, Keitha Mandjou yang menjadi pilihan ketua jurulatih,Bojan Hodak untuk saingan Liga menjadi topik hangat penyokong-penyokong Kelantan.Sebagai penyokong mereka berhak memberi komen jika mutu permainan import adalah lebih rendah dari pemain-pemain tempatan.
Dua perlawanan utama telah dberikan kepadanya namun masih lagi mencari rentak sebenar permainan dan malam tadi membuktikan bahawa Bojan Hodak telah melakukan kesilapan dalam pemilihan pemain import Liga Super musim ini.
Alangkah ruginya pemain muda seperti Petratos dibiarkan sahaja kaku dibangku simpanan.Naluri beliau sebagai pemain bola juga sudah pasti merasa kecil hati kerana tidak terpilih sedangkan beliaua adalah pemain utama pasukan remaja Australia.
Kebolehan Petratos yang mampu membuat hantaran serta mengelecek pemain lawan hanya dipandang sebelah mata oleh jurulatih.Petratos juga seorang yang cukup berbahaya dihadapan pintu gol serta cepat mencuri peluang.
Sebelum pintu perpindahan dibuka bulan april ini sudah pasti pelbagai perkara bakal berlaku dan tidak mustahil Kelantan bakal tercicir mata gara-gara ketumpulan barisan hadapan.Apa yang perlu difikirkan oleh Bojan adalah memantapkan lagi penyerang-penyerang tempatan seperti Haris Safwan,Norfarhan serta Indra dan tidak lagi boleh mengharapkan pada Keitha yang ternyata gagal berfungsi sebagai penyerang utama Kelantan.
Andai Bojan ingin 'menutup' kesilapan beliau sudah pasti Keitha akan diturunkan sehingga pemain tersebut dengan rela hati 'surrender' kerana tidak mampu lagi mengalas tugas tersebut dan bulan April nanti Petratos bakal mewarnai pasukan Kelantan.
Liga Super baru bermula...Keitha masih lagi boleh membalas kepercayaan yang diberikan dengan meledak gol untuk Kelantan dalam perlawanan mendatang...Adakah Keitha mampu?Sama-sama kita tunggu 'kemunculan semula' beliau.

Keputusan perlawanan lain :

ATM 0 - 1 Lions XII 

kelatefc10/1/2013 
***
ALHAMDULILLAH membuka tirai liga super dgn 3 mata..tahun lalu perlawanan pertama di KB juga dgn PKNS yg berkesudahan dgn seri..Kita akan berusaha lebih gigih lagi..KITA TIDAK SEMESTINYA YG TERBAIK TAPI KITA HARUS MAMPU MENEWASKAN YG TERBAIK.Dari maklumbalas pemain keadaan pdg mlm ini amat meletihkan dan bola sukar di kawal.Yg penting kita menang..SAYA HARAP KITA BERI DORONGAN KPD PEMAIN YG SEDANG BERTARUNG MENCARI FORM DAN PEAK MASING MASING..jgn sentiasa harapkan perfection..beri mereka peluang.Harus di ingat kita punya skuad yg telah terjejas dan perlu di perbaiki..KITA MASIH LEMAH DI BARISAN PENYERANG..BOJAN SEDANG BERUSAHA MEMPERBAIKINYA..BAGI SAYA SAYA AKUI KITA BUKANLAH PASUKAN TERKUAT PADA TAHAP INI..TAPI KITA MESTI BERUSAHA MEMPERKUATKAN LAGI TEAM KITA..KITA BOLEH INSYAALLAH...
***
ATM Kena Baham

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR@utusan.com.my

Hai-O diasak pemain Lions XII, Baihakki Khaizan
SEREMBAN - Lions XII memulakan kempen Liga Super musim ini dengan langkah kanan selepas menundukkan juara Piala Sultan Ahmad Shah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, semalam.
Jaringan tunggal daripada ketua pasukan Lions XII, Shahril Ishak pada minit ke-67 menghukum kelemahan penjaga gol ATM, Mohd. Farizal Harun.
Walaupun Lions XII membariskan majoriti pemain berusia bawah 23 tahun, ATM jelas tidak mampu meratah pasukan pelawat, malah mensia-siakan deretan peluang terutama melalui Marlon Alex James dan kecekapan penjaga gol Izwan Mahbud turut menjadi penghalang utama.
ATM melancarkan serangan bertali arus seawal minit kedua perlawanan dengan tandukan Shukor Adan tetapi dapat dinafikan oleh Izwan.
Penjaga gol muda itu sekali lagi menjadi penghalang ATM apabila percubaan Marlon di dalam kotak penalti pada minit ke-20 dapat ditepis keluar.
Pemain import dari Saint Vincent and the Grenadines itu sekali lagi melepaskan peluang keemasan meletakkan ATM apabila rembatannya kali ini tersasar pada minit ke-33.
Sebaik bermula babak kedua, gawang kelab dari Singapura itu terus diancam apabila rembatan voli pemain veteran ATM, Hairuddin Omar nyaris membuahkan gol tetapi palang menjadi penyelamat.
Bisa Marlon bagaikan sudah hilang apabila terlepas satu peluang mudah menjaringkan gol pada minit ke-53 apabila sekadar menyepak angin biarpun sudah tidak dicabar sesiapa hasil bola hantaran lintang Bruno Martelotto.
Namun begitu, Lions XII yang hanya sekali sekala mengasak ke kubu tuan rumah berjaya memecahkan kebuntuan melalui sepakan sudut Fazrul Nawaz yang membuatkan pertahanan ATM berada di dalam keadaan kelam kabut.
Farizal yang sepatutnya mampu menampan hantaran lintang yang melintasi di depan gol gagal berbuat demikian sebelum bola tersebut hadir tepat ke kaki Shahril yang merembat masuk ke dalam gawang ATM.
Jurulatih ATM, B. Sathianathan yang terdesak mahu mencari gol penyamaan terpaksa membawa keluar Marlon dan Bruno apabila melihat kedua-dua pemain import itu kepenatan dan membawa masuk R. Surendren serta Syafiq Azri Ahmad Kamal.
Peluang terbaik ATM menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-83 selepas bola hantaran Mohd. Fitri Omar dapat dibaca oleh Hairuddin sebelum melakukan kuisan bola ke belakang tetapi Izwan pantas merebahkan badan untuk menangkap kemas percubaan penyerang ATM berkenaan.

No comments: