Tan Sri Annuar Musa |
RM1 Juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak
Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu
menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim
FC.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah
berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang
utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim
berturut-turut.
“Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini.
"Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo
jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan
mengikut peraturan-peraturan yang betul," kata beliau.
Annuar menambah: “Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan
penamatan kontrak."
Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang
pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.
"Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan
segala hak Kafa dipertahankan.
"Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan
kontrak berkuat kuasa pada 1 November," katanya.
Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan
lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum
ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000,
selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik
diri.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bonus kepada
pemain di atas kejayaan The Red Warriors menjuarai Piala Malaysia musim lalu di
ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Kota Bharu, hari ini.
Hadir sama Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah; Naib Presiden, Datuk
Rosmadi Ismail dan Datuk Ismail Md Noor dan Setiausaha Agung, Azman Ibrahim.
Sambil menjadikan kes tuntutan kelab Al-Ahly dari Mesir dengan FC Sion
(Switzerland) yang berjaya diselesaikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(Fifa) sebagai rujukan, Annuar menjelaskan, isu perpindahan Mat Yo ke Johor
Darul Takzim FC boleh diselesaikan sekiranya pihak berkenaan mengikut peraturan
dengan betul.
Dalam pada itu, Annuar mengakui pihaknya ada menerima bank draf RM250,000
daripada peguam Mat Yo dua hari lalu.
Namun beliau sendiri kurang jelas tujuan pembayaran tersebut.
“Kita tak pasti apakah itu bayaran yuran perpindahan seperti mana merujuk
peraturan Artikel 39.2 yang dinyatakan di media sebelum ini. Dalam surat peguam
pun tak nyatakan bayaran untuk apa.
"Oleh kerana pihak FAM belum putuskan apa-apa, maka kita serahkan
perkara ini kepada peguam Kafa.
“Kalau betul RM250,000 itu yuran perpindahan, itu tak logik sebenarnya.
Macam mana satu dunia boleh berlaku transaksi pemain sehingga RM70 juta. Ia tak
benar sama sekali dan jika kita rujuk peraturan Fifa, kos tersebut juga
sebenarnya turut melibatkan kontrak lama dan baru pemain tersebut dengan
pasukan baru,” katanya.
***
Nor Shahrul Perlu Lunas Lebih RM1 Juta Kepada KAFA***
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU - Tidak kurang daripada RM1 juta. Itulah jumlah yang perlu
dilunaskan penyerang Johor Darul Takzim FC, Norshahrul Idlan Talaha kepada
bekas majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menyelesaikan
segala kontroversi berhubung perpindahannya.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah itu adalah perkiraan
beliau selepas mengambil kira pelbagai faktor iaitu penamatan kontrak, yuran
perpindahan dan pinjaman yang diberikan KAFA kepada penyerang itu
Jelas beliau, kontroversi yang melanda pemain itu sepatutnya tidak timbul
jika setiap peraturan telah dipatuhi memandangkan pemain itu sendiri yang
berniat mahu menamatkan kontraknya 13 bulan lebih awal.
"Apa yang kita politikkan mengenai isu ini,?? saya bukan dua hari jaga
bola. Pemain kita berpindah, ada bayaran perpindahan. Bila pemain menamatkan
kontrak lebih awal, ada pampasan, bila pemain berpindah, sebelum dia main
dengan pasukan lain, dia kena dapatkan sijil perpindahan dan satu dunia tahu
peraturan itu.
"Dalam kes Norshahrul terdapat dua isu iaitu mengenai perpindahan dan
penamatan kontrak. Kita telah rujuk dan Jawatankuasa Status Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) telah buat keputusan dia boleh pindah kerana kita tak
bantah tapi, kita akan pertahankan hak-hak kita termasuk dalam jumlah bayaran
perpindahan dan sebagainya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian bonus dan hadiah
kemenangan kepada para pemain yang berjaya menjulang Piala Malaysia dan
kejuaraan treble musim lalu di Ibu pejabat Lembaga Pembangunan Pertanian Kemubu
(KADA) di sini semalam.
Annuar menaruh keyakinan masalah itu akan selesai memandangkan ada beberapa
kes yang boleh dirujuk antaranya apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA) berjaya menyelesaikan kes melibatkan tuntutan kelab Al-Ahly dari Mesir
dan FC Sion dari Switzerland.
Katanya, penamatan kontrak 13 bulan lebih awal melibatkan jumlah melebihi
RM300,000 manakala yuran perpindahan seperti yang ditetapkan oleh FAM adalah
RM250,000, pinjaman mudah yang diberikan KAFA dan insentif serta kerugian
ekoran penarikan penajaan juga perlu diambil kira.
"Apakah bayaran RM250,000 yang mahu diberikan oleh Norshahrul kononnya
sebagai yuran perpindahan seperti yang diumumkan oleh pihak-pihak tertentu itu
sudah memadai?
"Sudah tentu ia sama sekali tidak betul dan jika rujukan FIFA diambil
kira, kos tersebut juga melibatkan kontrak lama dan kontrak baru pemain
tersebut dengan pasukan baharu," ujarnya.
***
Bukan RM250,000 Tapi RM318,000
Kota Bharu: Penyerang
Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha diminta memberi penjelasan
berhubung bayaran menggunakan bank draf berjumlah RM250,000 yang diberikan
kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), kelmarin.
Penasihat Kafa Tan Sri
Annuar Musa berkata, Norshahrul atau Mat Yo tidak menyatakan sama ada jumlah
itu untuk bayaran perpindahan atau pampasan tebus kontrak yang masih berbaki 13
bulan bersama Kelantan sebelum berpindah ke Johor Darul Takzim.
“Kami ada menerima bank draf daripada Mat Yo berjumlah RM250,000, namun kami masih samar kerana dia tidak menyatakan bayaran itu untuk apa.
“Kami ada menerima bank draf daripada Mat Yo berjumlah RM250,000, namun kami masih samar kerana dia tidak menyatakan bayaran itu untuk apa.
“Harus diingat, bayaran
perpindahan dan pampasan tebus kontrak dua perkara berbeza dan saya harap Mat
Yo dapat menjelaskan perkara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian
bonus sempena kejayaan menjulang Piala Malaysia tahun lalu dan merangkul tiga
kejuaraan di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Lundang, di
sini semalam.
Dalam majlis itu, pemain dan pengurusan Kafa menerima habuan lebih RM500,000, tidak termasuk nilai ganjaran lot tanah kerana kejayaan musim lalu itu.
Dalam majlis itu, pemain dan pengurusan Kafa menerima habuan lebih RM500,000, tidak termasuk nilai ganjaran lot tanah kerana kejayaan musim lalu itu.
Sementara itu, Annuar
tetap bertegas nilai pampasan tebus kontrak Mat Yo bukan berjumlah RM250,000
sebaliknya RM318,500 berdasarkan jumlah gaji dan elaun rumah selama 13 bulan
baki kontrak. Katanya, mengambil contoh kes yang pernah dikendalikan
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pemain yang masih terikat kontrak
dengan pasukan lama tapi berpindah ke pasukan baru, jumlah pampasan tebus
kontrak berdasarkan kepada kedua-dua kontrak yang ditandatangani pemain.
“Jika hanya bayar
RM250,000, untunglah kalau begitu. Kami juga boleh ambil pemain yang ada
kontrak bernilai berjuta-juta tapi bayar RM250,000 seperti ditetapkan Persatuan
Bola sepak Malaysia (FAM) dan terus bermain dengan pasukan baru.
“Itu tidak betul dan
tidak seharusnya berlaku. Mustahil bagi seorang pemain yang dinobat ‘Pemain
Paling Bernilai’ tiga tahun berturut-turut hanya bernilai RM250,000.”
Menurutnya, Mat Yo juga belum mendapat sijil perpindahan daripada KAFA dan sepatutnya
tidak boleh beraksi bersama pasukan baru.
Sementara itu, mengulas mengenai bonus, Annuar berkata, bonus yang diberi atas inisiatif mereka, termasuk sumbangan kerajaan negeri yang menghadiahkan pakej menunaikan umrah.
Sementara itu, mengulas mengenai bonus, Annuar berkata, bonus yang diberi atas inisiatif mereka, termasuk sumbangan kerajaan negeri yang menghadiahkan pakej menunaikan umrah.
“Pemain yang sudah
berpindah ke pasukan lain boleh menghantar tawaran untuk mengikuti rombongan
menunaikan umrah dijangka pada 7 atau 20 Julai ini. Kepada pemain yang bukan
beragama Islam pakej itu akan ditukar kepada wang tunai.”
Sumber : Hmetro
No comments:
Post a Comment