11 January 2013

Jangan Berhenti Berharap

Kemenangan datang dalam keadaan yang tidak diduga. Begitulah kesimpulan yang boleh diberikan pada perlawanan sulung Kelantan bagi musim ini di gelanggang keramatnya Stadium Sultan Muhammad ke4. Gol pada masa kecederaan menjadi jarak bagi memastikan Kelantan memperolehi 3 mata penuh dihadapan penonton sendiri.
Ini merupakan tonik paling berharga buat semua peminat yang kebanyakan mendambakan kemenangan dengan 3 mata penuh, Apatah lagi melihatkan salah satu seteru mereka tumbang pada perlawanan yang disiarkan secara langsung semalam. Pun begitu gol yang menjamin tiga mata penuh ini hadir pada masa tambahan separuh masa kedua. Kelewatan jaringan yang menjamin tiga mata ini sedikit sebanyak menghakis kepercayaan sesetengan pihak peminat dan penyokong pasukan. Apatah lagi kekalahan pasukan kita di Piala Sumbangsih itu masih terasa.
Sekali lagi ramai pihak menyalahkan striker import, Keita Manjou. Beliau belum menjaringkan sebarang gol. Keita dilihat gagal mengambil posisi yang ditinggalkan oleh M. Ghaddar. Banyak bola yang dihantarkan kepada beliau gagal diterjemahkan menjadi gol. Walaupun keseluruhan game hampir keseluruhan didominasi oleh pasukan kita, namun PKNS terlebih dahulu mendapat gol hasil dari jaringan terus melalui sepakan percuma. Gol penyamaan hadir melalui jaringan kapten Piya setelah berlaku keadaan kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan PKNS.
Gol kemengan yang dihasilkan pada minit akhir perlawanan akhirnya membuktikan yang Kelantan masih mempunyai taring nya, lebih menakjubkan, rekod untuk tidak pernah kalah dilaman sendiri semakin melebar. Bagi yang terlepas peluang untuk menyaksikan livestreaming perlawanan ini, maka disini saya kongsikan video jaringan-jaringan gol untuk perlawanan tersebut.

THE RED WARRIOR'S  
***
Mandjou Mampu Tingkat Prestasi - Bojan Hodak
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor@11-1-2013
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak akur prestasi penyerangnya, Kieta Mandjou belum mencapai tahap memuaskan selepas dua perlawanan - Piala Sultan Ahmad Shah dan Liga Super menentang PKNS di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin.
Hodak bagaimanapun, tetap percaya penyerang import berusia 34 tahun dari Guinea itu mampu meningkatkan prestasi pada tahap lebih baik seterusnya membantu skuad The Red Warriors (TRW) mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Jurulatih berasal dari Croatia itu berkata, beliau memilih Mandjou berdasarkan kelebihan yang ada pada pemain itu termasuk pengalaman dan kemahiran mengawal bola selain mampu mencipta peluang rakan sepasukan membuat jaringan.
Kita perlu beri dia sedikit masa lagi untuk meningkatkan prestasinya. Saya percaya dia akan berada pada tahap kemampuan sebenar dalam beberapa perlawanan lagi.
Mandjou akan memberi persembahan terbaik sekali gus membantu pasukan mencipta kejuaraan musim ini, katanya selepas perlawanan pertama Liga Super Kelantan menentang PKNS, malam kelmarin.
Dalam perlawanan kelmarin, Kelantan hampir diikat dengan keputusan seri oleh skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim, bagaimanapun pemain pertahanan Kelantan, Zairul Fitree Ishak berjaya menanduk masuk bola hantaran ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi atau Piya pada masa tambahan.
Persembahan Mandjou ternyata tidak menjadi selepas gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang sehingga mengecewakan ribuan penyokong yang hadir.

No comments: