Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB@utusan.com.my
KOTA BHARU - Kelantan kempunan untuk meraih mata penuh di gelanggang sendiri
apabila diikat Johor Darul Takzim 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Muhammad
IV, semalam.
Beraksi penuh semangat, kedua-dua pasukan memperagakan aksi menarik
sepanjang 90 minit permainan dengan saling melakukan serangan bertali arus.
Kelantan mempunyai peluang terbaik untuk memecahkan kebuntuan seawal minit
ke-11, namun rembatan tonggak importnya Keita Mandjou berjaya dinafikan oleh
penjaga gol Johor Darul Takzim, Mohd. Zamir Selamat.
Selang empat minit kemudian, giliran pasukan Harimau Selatan menguji
keampuhan benteng Kelantan, namun sepakan gunting yang dilakukan oleh penyerang
pinjaman Pelita Jaya FC, Safee Sali hampir menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Kelantan terus mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali
arus ke kubu pelawat sehingga memaksa ketua jurulatih Harimau Selatan, Fandi
Ahmad mengeluarkan bintang import mereka Simone Del Nero dan memasukkan Zaquan
Adha Abd. Radzak.
Percaturan tersebut bagaimanapun gagal membuahkan hasil, sebaliknya tuan
rumah berjaya meledakkan gol pertama mereka menerusi Nor Farhan Mohammad pada
minit ke-37 .
Nor Farhan melakukan gerakan solo dari tengah padang sebelum melepaskan
rembatan kencang dari jarak 30 meter yang sama sekali gagal diselamatkan oleh
Mohd. Zamir.
Tuan rumah terus menggadakan asakan mencari gol, namun dengan kegagalan barisan
penyerang mereka yang diketuai Keita Mandjou memanfaatkan setiap peluang
terhidang, menyaksikan keputusan tersebut kekal sehingga tamat babak pertama.
Terdesak mencari jaringan penyamaan, pelawat akhirnya memasukkan penyerang
termahal mereka, Daniel Guiza bagi menggantikan pemain sayap lincah Nurul Azuan
Roya pada minit ke-51.
Pun begitu, Kelantan terus mendominasi perlawanan menerusi dua peluang
terbaik masing-masing yang hadir pada minit ke-59 dan 61 menerusi Indra Putra
Mahayuddin dan Mohd. Badhri Radzi, namun terus buntu menambah jaringan.
Guiza akhirnya membalas kepercayaan jurulatihnya apabila menjaringkan gol
penyamaan pada minit ke-63 menerusi sepakan percuma cantik yang melepasi
jangkauan Khairul Fahmi.
***
Kelantan , Johor Darul Takzim Sama Hebat
PERTEMBUNGAN gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Harimau Selatan, Johor Darul
Takzim (Johor DT) yang dinanti-nantikan berakhir dengan keputusan seri apabila
kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Kota Bharu, malam tadi.
Dibelenggu beberapa episod kontroversi sebelum ini, kedua-dua pasukan
memulakan perlawanan dengan tempo yang agak pantas dalam tempoh 10 minit
pertama perlawanan dengan berbalas serangan termasuk beberapa gerakan untuk
memecah benteng pertahanan masing-masing.
Penyerang Johor DT, Mohd. Safee Sali lebih dulu mengejutkan tuan rumah
melalui sepakan akrobatik selepas menerima hantaran pemain import dari Itali,
Simone Del Nero namun, sepakan tersebut berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi
Che Mat.
Johor DT meneruskan asakan dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan dua
sepakan percuma pada minit ke-26 dan 34 namun, sepakan yang diambil ketua
pasukannya, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd. Razak terus ke dakapan Khairul
Fahmi.
Stadium Sultan Muhammed Ke IV akhirnya gempita dengan sorakan lebih 25,000
penyokong The Red Warriors apabila pemain sayap mereka, Norfarhan Muhamad
berjaya merobek gawang Johor DT yang dikawal oleh Zamir Selamat.
Beliau yang turun membantu bahagian pertahanan berjaya mendapatkan bola dan
melakukan larian solo sebelum melepaskan rembatan kencang dari jarak 20 meter
biarpun terdapat lima pemain lawan yang cuba mengekang pergerakannya.
Kelantan kemudian terus menggandakan asakan dan hampir menambah jaringan
juga melalui Norfarhan yang menerima umpanan daripada Indra Putra Mahayuddin
namun, Zamir dilihat lebih bersedia untuk menafikan sepakan tersebut.
Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan terus menggandakan asakan melalui
kombinasi penggempur mereka, Indra Putra dan Norfarhan yang mendapat peluang
menarik termasuk ketua pasukan mereka Badri Radzi yang me lepaskan rembatan
menarik pada minit ke-61 namun, percubaan mereka melepasi palang gol.
Bagaimanapun, Johor DT akhirnya berjaya menyamakan kedudukan apabila bintang
import sensasi dari Sepanyol, Daniel Guiza mencetak nama sebagai penjaring
selepas sepakan percumanya dari jarak 30 meter gagal diselamatkan oleh Khairul
Fahmi.
Beberapa siri serangan oleh kedua-dua pasukan selepas itu menemui kegagalan
apabila dipatahkan oleh barisan pertahanan pasukan masing-masing.
***
Kelantan dan Johor DT Sama Hebat?
Kota Bharu: Perlawanan Kelantan menentang Johor DT yang dianggap perlawanan
"Match of The Year" telah berjaya menarik lebih 20 ribu penyokong
Kelantan memenuhi stadium keramat mereka ini.
Kelantan yang dilihat menguasai perlawanan pada separuh masa pertama brjaya
memperolehi gol melalui rembatan kencang luar kotak penalti oleh Norfarhan pada
minit ke 38. Asakan demi asakan dilancarkan oleh pemain kedua-dua pasukan
walaubagaimanapun gagal menambah jaringan pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua minit ke 64 Daniel Guiza berjaya menyamakan
kedudukan seri 1-1. Keputusan tamat sehingga tamat perlawanan. Suasana
perlawanan dalam padang agak terkawal, namun berlaku sebaliknya diluar padang
apabila balingan mercun dan objek ke padang masih lagi menjadi masalah besar
kepada imej bolasepak Kelantan.
Perlukah kehadiran JMF ini? |
Kehadiran Johor Military Force (JMF) yang mengawal stadium Sultan
Muhammad Ke 4 lengkap bersenjatakan M-16 sangat meresahkan seluruh penyokong
Kelantan, Tidak salah untuk mengawal keselamatan Tengku Mahkota Johor mahupun
penyokong Johor tetapi bersenjata secara terang-terangan seolah-olah mencabar
emosi penyokong Kelantan yang hadir.
Hal ini tidak pernah berlaku semasa Johor DT dibawah pentadbiran Johor
Corporation mahupun Johor dibawah pengurusan lama PBNJ. Insiden seperti ini
harus dipantau oleh FAM agar tidak berulang lagi dalam arena bolasepak
Malaysia.
Mengenai kekecohan berlaku selepas perlawanan, kami dimaklumkan berlaku
provokasi diantara kedua-dua penyokong.
Sebagai rakyat Malaysia, seluruh penyokong Kelantan diseru tidak
memanjangkan provokasi-provokasi ini ke alam maya mahupun diluar, cukuplah apa
yang berlaku, kita kembalikan sikap profesional baru penyokong Kelantan.
Elakkan KAFA dan pasukan kesayangan anda terus didenda. GOMO KELATE
GOMO...KERANA ALLAH KITA BERSATU...
***Tan Sri Annuar Musa@16-1-2013
Alhamdulillah..syukur walau kepenatan
namun sempurna solat dan wirid mcm biasa..kedengaran suara "takbir tahmid
" dari pembesar suara mesjid2 pelbagai penjuru..teringat Game
semalam..BANGGA DGN PERMAINAN TRW..kubu SSMIV tak roboh..harimau di
jinakkan..namun sedih pun ada..MERCUN DAN BALINGAN OBJEK DLM PADANG,Bendera
Parti dibawa ke stadium.botol air terkena DYTM TMK dan saya sendiri...dan batu
memecahkan cermin Kereta saya...utk apa dan kenapa semua ni..angkara siapa..ADA
PIHAK YG SENGAJA BUAT SEMUA NI..ini belum lg kita kalah..KADANG2 terfikir rasa
kecewa dan putus asa..buat apa bersusah payah jaga bola...malu pun
ada...entahlah!!
***
Pahang Kekal Mendahului Liga
Oleh
Shahrinnahar Latib, Siti Airunnisa Alaui@sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Pahang kekal sebagai
pendahulu carta saingan bola sepak Liga Super 2013 bahkan masih belum kalah
selepas tiga perlawanan apabila menundukkan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium
Darul Makmur, Kuantan, semalam.
Sekali lagi turun tanpa dua pemain import dalam babak pertama, Tok Gajah
membuka jaringan minit ke-27 hasil tendangan Mohd. Fauzi Rozlan selepas mendapat
hantaran Mohd. Faizol Hussein.
Tuan rumah yang diketuai Jalaluddin Jaafar terus di hadapan lagi menerusi
jaringan kedua pada minit ke-74 hasil tendangan Mohd. Faizol selepas mendapat
hantaran pemain importnya, Mohamed Borji.
Namun, Negeri Sembilan pula mengambil peluang dengan keadaan pertahanan
Pahang longgar apabila menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-88
menerusi Mohd. Rahizi Mohd. Rasib.
Tganu vs Selangor |
Hasrat Terengganu untuk meraih kemenangan sulung selepas seri dua perlawanan
terdahulu, masih tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Sebaliknya, Selangor mengecewakan tuan rumah dan 10,000 penyokongnya dengan
gol seawal minit keenam hasil rembatan pemain sayap kanan, S. Kunanlan diikuti
rembatan kencang jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-16.
Namun, Sang Penyu tidak menunggu lama untuk merapatkan kedudukan menerusi
penyerang importnya dari Cameroon, Jean-Emmanuel Effa Owona yang merembat dari
sudut yang sukar, seminit kemudian.
Kedudukan itu kekal sehingga masa kecederaan namun keadaan kecoh timbul yang
memaksa perlawanan dihentikan kira-kira tujuh minit gara-gara balingan objek
oleh penonton yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil garisan.
Jurulatih Terengganu, E. Elavarasan berkata, bahagian tengah mereka gagal
mempamerkan persembahan terbaik dan melakukan kesilapan yang jika dapat
dielakkan, mampu mengubah keputusan perlawanan itu.
Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempamerkan kegarangan mereka dengan membenam
T-Team 3-0 bagi kemenangan kedua mereka, musim ini.
Sepakan bebas ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya ditanduk masuk oleh Shukor
Adan untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-47 sebelum rakannya itu
menambah gol dengan rembatan kencang sejauh 30 meter, minit ke-65.
Penyerang import, Marlon Alex James pula meletakkan juara Liga Perdana 2012
semakin selesa dan sukar dikejar kelab Terengganu itu dengan gol terakhir pada
minit ke-87 selepas menolak masuk hantaran Mohd. Fitri Omar.
Di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pula, Perak
tewas 0-1 kepada Felda United hasil jaringan Azmizi Azmi yang merembat masuk
selepas bola tangkapan penjaga gol tuan rumah, Farizal Marlias muntah ke
kakinya.
***PKNS Calar Ego Lions XII
PKNS vs Lions XII |
SHAH ALAM - Selepas kalah dalam dua perlawanan sebelum ini, PKNS akhirnya
bangkit mencatat kemenangan pertama 1-0 ke atas pasukan tangga kedua Liga
Super, Lions XII di Stadium Shah Alam, semalam.
Jaringan menarik pemain gantian, Mohd. Nazrin Syamsul Bahari pada minit
ke-77 memastikan Lions XII berputih mata sekali gus menjadi kekalahan sulung
mereka pada musim ini.
Lebih malang, Lions XII menamatkan permainan dengan 10 pemain apabila Fazrul
Nawaz Shahul Hameed dilayangkan kad merah pada minit ke-90.
Sekali pun turun tanpa dua pemain import, Patrick Wleh Ronaldinho yang
digantung satu perlawanan dan Helmi Loussaief kerana kecederaan, PKNS masih
mampu menumbangkan lawan yang turun dengan barisan terkuat.
Lions XII memperoleh percubaan terbaik menerusi Fazrul pada minit ke-25 yang
melakukan larian dari sebelah tepi sebelum melepaskan rembatan yang sekadar
lalu di hadapan gawang PKNS tatkala tiada mana-mana pemain pelawat cuba
menyambut peluang terhidang.
Kekentalan pertahanan lawan ternyata sukar ditembusi oleh barisan serangan
PKNS, malahan kedudukan terbaik mereka mendapatkan jaringan hanya diperoleh
melalui sepakan percuma Mohd. Fauzan Dzulkifli pada minit ke-30 yang mudah
ditangkap oleh Izwan Mahbud.
Anak-anak buah V. Sundram Moorthy sekali lagi melepaskan peluang untuk
berada di hadapan pada minit ke-38 apabila sepakan Gabriel Quak sedikit
tersasar keluar walaupun tidak dicabar oleh mana-mana pemain pertahanan PKNS.
Sebaik bermula babak kedua, pelawat terus melancarkan ancaman hasil tandukan
bijak Baihakki Khaizan yang menemui Shahril Ishak, namun tampanan ketua pasukan
Lions XII itu mujur dapat diselamatkan oleh Mohd. Remezey Che Ros sebelum
disepak keluar oleh barisan pertahanan PKNS.
Namun, beberapa perubahan taktikal yang dilakukan oleh jurulatih PKNS, Abdul
Rahman Ibrahim mula membuahkan hasil dengan penguasaan bola lebih banyak memihak
kepada tuan rumah manakala Lions XII terpaksa lebih banyak bertahan.
Hasilnya, Nazrin yang masuk sebagai pemain gantian muncul wira PKNS apabila
rembatannya dari jarak 25 meter menerjah tepat ke penjuru kiri pintu gol lawan
bagi memastikan tiga mata pertama selepas tiga perlawanan.
No comments:
Post a Comment