11 January 2013

Kes Mat Yo Selesai..Mudahnya? Murahnya?


Harga Mat Yo Murah
Posted By Admin On Thursday,January 10, 2013
FAM menerusi mesyuarat hari ini memutuskan bekas penyerang The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha hanya perlu membayar Rm290,000 sahaja berbanding tuntutan dari KAFA yang mengarahkan beliau membayar tidak kurang dari Rm1 Juta.
Harga semurah itu untuk menebus kontrak Matyo dan juga kos perpindahan ke Johor Darul Takzim FC dilihat tidak berbaloi buat Persatuan Bolasepak Kelantan yang berjaya mendidik Matyo menjadi pemain paling bernilai 3 tahun berturut turut iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012.
Namun apa boleh buat ianya sudah diputuskan oleh pihak Persatuan Terbaik Malaysia iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ).
Beruntunglah Rakyat Malaysia kerana ada Persatuan Terbaik seperti FAM
Info : Muhammad Aiman ( Suara Sukan )
***
Tebus Kontrak Cuma RM299,000.00
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD@11-1-2013@hafiz.ahmad@utusan.com.my
PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak berhak menuntut sebarang yuran perpindahan Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo daripada Johor Darul Takzim memandangkan penyerang negara itu sudah menjelaskan baki gaji 13 bulan untuk menebus kontrak.
Jumlah RM299,000 yang dibayar dua kali ansuran pada 4 dan 5 Januari lalu sudah cukup untuk menyelesaikan kes pertikaian mereka.
Apatah lagi KAFA turut bersetuju dengan bayaran penebusan itu dan kontrak mereka ditamatkan oleh sebelah pihak, menurut Perkara 8.5 Peraturan Kontrak Pemain Tempatan Liga Malaysia 2013-16.
Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain (PSC) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan selepas mesyuarat yang memutuskan kes Mat Yo di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam, berkata, KAFA masih boleh mengemukakan rayuan sekiranya mahu, tetapi Jawatankuasa Rayuan persatuan akan menilai semula kewajarannya atau tidak.
“Bagi pihak jawatankuasa kami, kes ini sudah dianggap selesai. Kes ini juga sudah jelas dan kami tidak dapat membenarkan atau mengiktiraf tuntutan selain itu seperti elaun dan kemudahan lain (buat Mat Yo) yang tidak dikemukakan dalam aduan KAFA sebelum ini," katanya.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini ‘berperang mulut’ dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan mempertikaikan bahawa Mat Yo perlu membayar RM318,500 yang melibatkan jumlah gaji dan elaun rumah sepanjang baki kontrak 13 bulan.
Kata Takiyuddin, Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Negara 2012 itu membayar wang penebusan kontraknya dua kali menerusi draf bank sebanyak RM250,000 dan RM49,000 masing-masing pada 4 dan 5 Januari lalu yang didapati menepati Perkara 8.5, iaitu ‘apabila pemain menamatkan kontrak sebelah pihak, ahli gabungan FAM berkenaan, berhak mendapat ganti rugi kesemua baki kontraknya.’
Dalam kes lain, jawatankuasa itu juga menolak aduan KAFA mengenai S. Chanturu, yang didakwa melanggar kontrak mereka atas alasan notis tawaran baru kontrak yang diterima bekas pemainnya itu tidak sah, tidak lengkap atau wujud kecacatan berdasarkan Perkara 10 (2) Peraturan Liga Malaysia.
Mengenai Mohd. Affize Faisal Mamat, jawatankuasa membenarkan bekas pemain Harimau Muda A itu bermain untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Namun pasukan barunya diarahkan membayar sagu hati RM5,000 kepada Terengganu dalam tempoh 30 hari sebagai menghormati negeri asal yang mendidik pemain itu sebelum diambil FAM.
“Pemain itu sudah berusia 24 tahun yang melebihi 21 tahun dan bagi pilihan pertama, dia hanya dihantar balik ke negeri asal tetapi tidak terikat untuk bermain di situ. Jika dia tidak bersetuju dan tidak berhasrat mewakili Terengganu tetapi memilih pasukan lain yang menawarkan khidmatnya, ATM boleh mengambilnya," katanya.
“Bagi kes seorang lagi pemain Harimau Muda A, Mohd. Akram Mahinan, 21 yang menyertai Johor Darul Takzim, pasukan barunya diarahkan membayar RM15,000 sebagai pampasan kepada Kedah yang memberikan latihan dan pendidikan sebelum FAM, dalam tempoh 30 hari walaupun dia tidak terikat bermain di negeri asalnya," katanya.
***
Kes Selesai
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADIfazli.yadi@kosmo.com.my@11-1-2013
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa nilai tebus kontrak Norshahrul Idlan Talaha dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah pun diselesaikan selepas penyerang Johor Darul Takzim FC (Johor DT) itu melunaskan tebus kontrak selama 13 bulan bernilai RM299,000.
Selain itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak perlu membayar sebarang yuran perpindahan buat Norshahrul.
FAM menjelaskan bahawa Norshahrul telah melangsaikan bayaran penamatan kontrak setahun sebagaimana yang dipersetujui oleh KAFA.
Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan perkara tersebut dengan memberitahu, Norshahrul yang juga dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar tebus kontrak sahaja dan bukannya RM1 juta sebagaimana yang dituntut oleh KAFA baru-baru ini.
Katanya, pemain berusia 26 tahun itu telah pun menjelaskan bayaran penebusan kontrak itu seperti yang dituntut KAFA dan telah selesai sejak 20 November lepas.
Jelasnya, Mat Yo telah dua kali membuat bayaran penebusan kontrak kepada KAFA berjumlah RM299,000 melalui draf bank.
“Bayaran pertama Mat Yo sebanyak RM250,000 diberikan kepada KAFA pada Jumaat lalu dan bayaran kedua berjumlah RM49,000 sehari kemudian. Kami telah mendapat salinan bayaran ini daripada peguam yang mewakili Mat Yo.
“Apabila pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, dia hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.
“Pasukan asal (Kelantan) tidak berhak menuntut bayaran perpindahan dan mereka hanya boleh menuntut tebusan nilai kontrak daripada Mat Yo yang berbaki selama 13 bulan sahaja.
“Justeru, bayaran yang dituntut KAFA tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak sebelah pihak,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Sebelum ini, KAFA menuntut Mat Yo melangsaikan bayaran sebanyak RM1 juta kerana dia menamatkan kontraknya bersama Kelantan setahun lebih awal.
Jumlah tersebut dinilai menerusi nilai Mat Yo sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) selama tiga musim berturut-turut (RM300,000), yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000 serta insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung KAFA kerana penaja menarik diri.
“Apabila pemain menamatkan kontrak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak, bukan tajaan atau lain-lain.
“Kami juga tidak akan mengiktiraf sekiranya wujud perjanjian lain antara bekas pemain dengan majikannya tanpa merujuk kepada FAM seperti dalam kes Mat Yo kerana ia di luar bidang kuasa kami,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Takiyuddin turut mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membayar sagu hati berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) selepas mendapatkan khidmat bekas pemain Harimau Muda A, Mohd. Affize Faisal Mamat yang berasal dari Terengganu.
Beliau berkata, PBSNT tidak mempunyai hak memaksa pemain berusia 24 tahun itu beraksi bersama negeri kelahiran biarpun sebelum ini peraturan FAM telah menetapkan bekas pemain Harimau Muda A harus kembali bersama dengan negeri asal mereka.
“Bayaran perlu dijelaskan kepada PBSNT dalam tempoh sebulan atau kita akan memotong geran tahunan yang diberikan kepada ATM bagi menyelesaikan masalah ini,” kata Takiyuddin
***
Ulasan TSAM
Tan Sri Annuar Musa@10-1-2013 
Di fahamkan jk status yg di pengerusikan oleh YB DATO TAKIYUDDIN HASSAN SUDAH BUAT KEPUTUSAN MENGENAI JUMLAH PAMPASAN MAT YO KENA BAYAR YAITU RM299k atau 13bulan gaji pokok sahaja.SEBELUM INI JK YG SAMA DLM MASA YG SINGKAT DAN TANPA MEMINTA AFIDAVIT TELAH MEMBENARKAN MAT YO MENDAFTAR DGN PASUKAN BARU TANPA perlu TERLEBIH DAHULU MELUNASKAN TEBUS KONTRAK..FAM JUGA MEMBERI SPN TANPA PERLU MERUJUK KELAB ASAL.Ketiga TIGA ruling ini kini menjadi panduan kita semua masa DEPAN dlm hal berkaitan BOLASEPAK MSIA...baru kita tau rupanya mudah sekali utk batal kontrek..lain lain komen kita simpan dulu...
Tan Sri Annuar Musa@11-1-2013
Kita ikut peraturan biar pun lambat.7 LANGKAH DI HADAPAN..langkah 1 runding dgn baik..gagal..masuk langkah 2 jk status..tak memuaskan?..masuk langkah 3 jk RAYUAN..gagal?..masuk langkah 4 tribunal timbang Tara..GAGAL?langkah 5 dan 6...MAHKAMAH SIVIL DAN FIFA..LANGKAH 7.....???..He..he..!
Tan Sri Annuar Musa@11-1-2013
Saya harap semua bertenang dan bersabar..kita terima dulu keputusan TANPA PREJUDIS kpd segala hak dan peraturan..kita teliti dgn tenang satu persatu..Buat masa ni dah di putuskan BOLEH CURI PEMAIN YG ADA KONTREK..BOLEH RUNDING BELAKANG KELAB..BOLEH "beta" gaji..TAK PERLU BAYAR PERPINDAHAN..tak perlu risau SPN..cara mudah dan murah TAMATKAN SAJA SECARA SEBELAH PIHAK..TEBUS SAJA KONTREK DGN BAKI NILAI GAJI...PEMAIN NO 1 NEGARA hanya BERNILAI tak sampai 2 bulan gaji pemain impot..KITA TERIMALAH KERANA INI YG TELAH DI PUTUSKAN....apa apa yg SELANJUTNYA ??tunggu tayangan akan datang..auuuum!!filem hitam puteh HARIMAU kurus!!!
***   
Papa Firas · Ipoh, Perak
tahniah PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA ( FAM ) kerana mulai musim 2014, team2 yang ada duit lebih akan guna kes matyo sebagai rujukan untuk amik player team lain dalam kontrak tanpa segan silu dgn bayaran tebus kontrak kurang dari 300k (sebab mvp pun harga 300k jah).. klu player lain mesti lagi kurang! hebat undang2 bolasepak malaysia.

No comments: