Piya (Felda vs Kelantan) |
Kelana Jaya, 18 Jan 2013– Ketumpulan jentera
serangan sekali lagi menyaksikan The Red Warriors terpaksa berpuas hati seri
tanpa jaringan bertemu Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ,
Kelana Jaya petang tadi.
Kecuali percubaan pemain gantian, Izuan Salahudin pada minit ke-71 yang hampir memberi gol buat Kelantan, keseluruhan perlawanan memperlihatkan kelemahan ketara Kelantan di posisi serangan.
Bermula wisel pertama, Kelantan terus melakukan asakan pertama menerusi percubaan leret Indra Putra Mahayuddin terus ke dakapan penjaga gol Felda United, Helmi Eliza pada minit ke-4 sebelum Felda membalas serangan menerusi hantaran pemain sayap, Akmal Noor lima minit berselang.

Indra Putra sekali lagi berpeluang menjaringkan gol
selepas menerima hantaran Norfarhan Muhammad namun percubaan minit ke-15 itu
berjaya dikekang pertahanan lawan. Lima minit berselang, pasukan tuan rumah
melakukan serangan balas menerusi bekas penyerang import Kelantan, Muhammad
Ghaddar yang melakukan rembatan kencang namun tidak menepati sasaran.
Felda United terus mengasak pasukan pelawat menerusi dua percubaan masing-masing dari Nizam Bakar dan Akmal Noor namun gagal menepati sasaran.
Bermula babak kedua perlawanan, Felda United pantas mengasak kubu Kelantan sekali lagi menerusi Muhammad Ghaddar yang hampir menguis bola masuk ke gawang Kelantan pada minit ke-46. Gerakan itu berpunca dari hantaran lintang Fauzi Saari yang dikuis Ghaddar namun sedikit tersasar di kanan pintu gol Kelantan.
Pada minit ke-58, Kelantan terus kecewa apabila jaringan penyerang, Haris Safwan Kamal dibatalkan pengadil selepas Zamri Ramli terlebih dahulu terperangkap dalam kedudukan offside.
Sepuluh minit berselang, pemain gantian, Khairul Izuan Rosli melakukan rembatan luar kotak penalti namun percubaan itu terus ke dakapan Helmi Heliza. Selepas itu, Felda United melakukan serangan balas menerusi Muhammad Ghaddar namun rembatan penyerang itu sekali lagi tersasar.
Izuan Salahuddin yang masuk menggantikan Zamri Ramli berpeluang untuk menjaringkan gol kemenangan Kelantan namun kecemerlangan penjaga gol Felda, Helmi Eliza sakali lagi mengecewakan jentera serangan Kelantan.
Pada masa kecederaan, berpunca dari sepakan percuma Piya, lambunngan Obinna Nwaneri ke pintu gol Felda berjaya diselamatkan pertahanan tuan rumah sekaligus menyaksikan Felda United berjaya mengikat Kelantan di laman sendiri.
THE RED WARRIOR'S Felda United terus mengasak pasukan pelawat menerusi dua percubaan masing-masing dari Nizam Bakar dan Akmal Noor namun gagal menepati sasaran.
Bermula babak kedua perlawanan, Felda United pantas mengasak kubu Kelantan sekali lagi menerusi Muhammad Ghaddar yang hampir menguis bola masuk ke gawang Kelantan pada minit ke-46. Gerakan itu berpunca dari hantaran lintang Fauzi Saari yang dikuis Ghaddar namun sedikit tersasar di kanan pintu gol Kelantan.
Pada minit ke-58, Kelantan terus kecewa apabila jaringan penyerang, Haris Safwan Kamal dibatalkan pengadil selepas Zamri Ramli terlebih dahulu terperangkap dalam kedudukan offside.
Sepuluh minit berselang, pemain gantian, Khairul Izuan Rosli melakukan rembatan luar kotak penalti namun percubaan itu terus ke dakapan Helmi Heliza. Selepas itu, Felda United melakukan serangan balas menerusi Muhammad Ghaddar namun rembatan penyerang itu sekali lagi tersasar.
Izuan Salahuddin yang masuk menggantikan Zamri Ramli berpeluang untuk menjaringkan gol kemenangan Kelantan namun kecemerlangan penjaga gol Felda, Helmi Eliza sakali lagi mengecewakan jentera serangan Kelantan.
Pada masa kecederaan, berpunca dari sepakan percuma Piya, lambunngan Obinna Nwaneri ke pintu gol Felda berjaya diselamatkan pertahanan tuan rumah sekaligus menyaksikan Felda United berjaya mengikat Kelantan di laman sendiri.
***
Bojan Tak Resah Cicir Mata
Pok Nik (Felda vs Kelantan) |
PETALING JAYA 19-1-2013 - Gagal mencatat
kemenangan di tempat lawan apabila seri tanpa jaringan dengan Felda United di
Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam belum menimbulkan resah kepada
jurulatih Kelantan, Bojan Hodak.
Sebaliknya pengendali dari Croatia itu tetap berpuas hati dengan anak buahnya terutama rangkaian pertahanan dan tengah, serta pemain muda, Muhammad Izuan Salahuddin yang memiliki beberapa peluang gol sebaik sahaja dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.
"Semua pemain bekerja keras, secara keseluruhan semuanya baik termasuk pertahanan dan tengah yang melakukan tugas diperlukan, begitu juga dengan Izuan saya sangat gembira dengan prestasinya hari ini (semalam)," katanya kepada media selepas tamat perlawanan semalam.
Juara treble itu dilihat kurang mengancam pada separuh masa pertama namun selepas Izuan dimasukkan menggantikan Zamri Ramli pada separuh masa kedua barulah Kelantan mampu memberi ancaman kepada kubu pertahanan Felda United.
Pada minit ke-78 Izuan hampir meletakkan pasukan pelawat di depan melalui tandukan lambung namun percubaannya ditepis penjaga gol Felda United, Helmi Eliza Elias.
Bojan berkata, Izuan memerlukan beberapa perlawanan lagi untuk terus menyinar dan meraih pengalaman berharga sebenar untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama," katanya yang kehilangan Mohd. Nor Farhan Muhammad akibat kecederaan pada babak pertama semalam.
Sementara itu jurulatih Felda United, K. Devan berkata, dia sangat berpuas hati dengan kesungguhan yang dipamerkan pemainnya tambahan pula ia adalah perlawanan kedua mereka beraksi di tempat sendiri.
"Kami memang sasar untuk meraih tiga mata, di mana saya lihat dalam perlawanan ini siapa yang menjaringkan gol dia akan muncul sebagai pemenang tetapi kami gagal melakukan penyudah dengan baik.
"Kekurangan kami ialah tidak ada bantuan yang diberikan kepada Mohammed Ghaddar manakala pergerakan di bahagian sayap juga kurang, saya mengharapkan Nizam Abu Bakar tetapi dia tidak beraksi dengan baik," katanya.

Izuan Solahuddin (Felda vs Kelantan) |
Apa yang saya perhatikan Kelantan FA masih melalui tempoh gain fitness dan
saya pasti pertukaran Jurulatih Fitness yang baru masih di peringkat mencuba
untuk mendidik fitness gaya yang sama di buat oleh bekas jurulatih lepas,
Reuben Jude yang sekarang bekerja untuk ATM FA. Diselangi dengan kekurangan
jentera serangan selepas 4 attacker keluar, hanya dua attacker masuk dan 2 lagi
midfielder. Kemudian permulaan yang tak bagus kerana Faiz Subri cedera dan
Izuan Solahuddin baru sahaja sembuh dan saya pasti tak lebih dari 60% fit untuk
Solah turun bermain.
Nama nama lain yang diserap dari skuad presiden bergelut dengan kematangan untuk selalu diberikan peluang bermain untuk mendapat tune, manakala pemain baru bergelut dengan persefahaman. Jadi coach punya masalah ketika sesi latihan untuk menggabungkan latihan fitness, latihan kematangan dan latihan persefahaman. Yang keempat masalah yang saya rasa ialah kombinasi taktikal approach. Contohnya kenapa coach perlu rehatkan Zairo sedangkan dia pemain utama yang berkualiti, ini kerana keseimbangan kombinasi antara tengah dan penyerang dalam sentuhan formasi. Coach ada 4 perkara berperingkat untuk difikirkan dan perlukan langkah yang betul dan tersusun untuk selesaikan masalah ini.
Sudah lah tak cukup penyerang, masalah kecederaan menimpa, kemudian masalah nak serasikan pemain muda dan pemain senior kemudian kena susun formasi yang betul dengan gunakan pemain yang betul di posisi yang tepat. Yang terakhir sekali yang saya sentiasa pertikaikan dan ini saya nampak coach sudah ambil berat iaitu masalah pertukaran pemain yang tepat di masa yang mengena. Sikit kesilapan pertukaran ketika tempo permainan menyerang dan bertahan perlu diperseimbangkan kerana dah lah tak boleh score, kena pula perlu fikir untuk elakkan dari dibolosi, oleh itu pertukaran pemain hendak lah di lakukan dengan tepat.
Separuh masa yang pertama seperti biasa Bojan ada dua kekuatan sahaja yang tinggal untuk menjaringkan gol. kekuatan pertama ialah Shakir dan Piya dan yang kedua Indra dan Farhan. Kalau tak ada 2 kekuatan ini, saya rasa kekuatan Kelantan FA musim ini pasti nya sama seperti pasukan liga perdana sahaja. Empat orang ini, Farhan dan Indra akhirnya dilihat terkulai tenaga nya kerana memerah keringat yang sebenar-benar nya. Begitu juga Piya dan Shakir, namun mereka berdua mujur lah masih bersisa tenaga kerana jika di kaji kaedah dan penggunaan speed lebih berkurang dari dua sayap Kelantan itu. Akhir nya Farhan cedera, dan Indra wajib di gunakan sepenuhnya sehingga kalau cedera betul baru lah di keluarkan.
Separuh masa kedua, awal nya nampak menarik, Iwan Seli dan Zamri di jadikan penyerang pasangan, dengan Indra dan Haris Safuan di jadi kan pemain tengah. Kemudian Iwan Solah dan akhir sekali Aris Zaidi digunakan. Ketika tenaga pemain senior sudah di penghujung, kudrat pemain muda di kerah, akhirnya mata saya yang selalu melihat perlawanan Piala Presiden, menampak kan kejelmaan skuad remaja dalam pasukan Juara Treble. Gaya amatur anak-anak Piala Presiden menyerang nampak sedap di tonton namun jangan mengharap mereka akan melakukan gerakan bergaya.
Yang coach belum sampai peringkat lagi ialah setup dua perkara ini, iaitu gerakan terancang, build up attack dari midfield kemudian one two pass dalam dan berhampiran box seperti yang selalu Kelantan persembahkan musim 2012. Gaya ini tidak mungkin boleh dilaksana kan dengan keadaan permasalahan skuad Kelantan yang saya highlight diatas. Ianya mesti di buat berperingkat, tidak boleh langkau muka surat dalam latihan. Gaya pasukan sekarang bermain bola seperti Liga Perdana sahaja, atau tidak mahu keterlaluan seperti gaya pasukan mid table sahaja. Ciri-ciri juara belum mampu di tuntaskan kerana masalah diatas.
Haris Safuan bukan lah nama tepat untuk gantikan Matyo dan Pertratos mungkin nama tepat untuk ganti Ghaddar, bukannya Mandjou. Ini yang dipersembahkan sekarang, ini penilaian nya, bukan alasan kita mampu atau tidak, bukan bermakna kita kita tidak sabar atau cepat melenting. Persembahan bek dan goalie sudah terpuji, bukan kata mereka tak letih, tapi ciri-ciri pejuang itu tak luntur. Saya berani kata kan ada 3 orang pemain sahaja berbaki diatas padang yang masih ada Winnin Mentality, iaitu Obinna, Piya dan Farhan.
Kalau 3 orang ini luntur semangatnya selepas rehat sebulan untuk bertemu Selangor nanti, kita masih belum berubah dan sesuatu yang drastik benar-benar harus di laku kan jika tiada perubahan di pertengahan Februari nanti. Ini tempoh yang dinantikan, ini kesabaran yang dicanang, jika tak mampu dibawa perubahan, angin perubahan lain akan bertiup dan peminat sekarang sudah tawar hati dan disuruh bersabar, mereka akur. Mereka tidak kisah jika seri lagi dengan Negeri Sembilan di tempat sendiri. Asalkan jangan kalah dan kemenangan bukan lagi perkara yang mereka yakini mampu digapai. Nak menang macamana nak score gol tak dapat, itu ayat orang kedai kopi yang senang di fahami oleh semua peringkat masyarakat.

No comments:
Post a Comment