02 December 2012

Piala AFF Suzuki 2012:Malaysia ke Semi Final Bertemu Thailand

Malaysia, Singapura ke Separuh Akhir 
KUALA LUMPUR 1 Disember 2012- Malaysia dan Singapura mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan terakhir Kumpulan B malam ini.Malaysia yang membenam Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk berada di tangga kedua di belakang Singapura hasil perbezaan gol selepas masing-masing mengutip enam mata.Gol-gol Harimau Malaya diperoleh pada minit ke-26 hasil jaringan Azamuddin Mohd Akil manakala Mahali Jasuli menambah derita Garuda, tiga minit kemudian.Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Thailand manakala Singapura pula berhadapan Filipina pada aksi separuh akhir. - UTUSAN

Wan Zack terbaikkkk

Garuda Rebah 

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZIsukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Garuda akhirnya tumbang dibaham Harimau Malaya yang mencatat kemenangan 2-0 untuk merintis laluan ke separuh akhir Piala Suzuki AFF selaku naib juara Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.Laluan Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan bagaimanapun penuh dengan ranjau apabila bakal berdepan pasukan pilihan, Thailand yang muncul juara Kumpulan A selepas Singapura menjuarai Kumpulan B dengan menang 4-3 ke atas Laos dalam satu lagi pertembungan, semalam.

Dua jaringan sumbangan Azamuddin Akil pada minit ke-26 dan Mahali Jasuli, tiga minit kemudian memastikan Indonesia terus kempunan merangkul kejuaraan sulung Piala Suzuki AFF.
Sebaliknya Malaysia kini berpeluang mempertahankan gelaran yang dimiliki pada 2010.
Skrip yang terjadi dua tahun lalu nampaknya seakan-akan berulang selepas bermula dengan kekalahan tetapi bangun pada baki dua perlawanan kumpulan, sebagaimana karakternya seekor Harimau, Malaysia kini dilihat semakin rakus mencakar mangsa-mangsanya.
Pemain negara berjuang bermati-matian menangkis serangan-serangan berbisa lawan, terutama melalui Andik Vermansyah dan pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan negara yang menyerap segala tekanan skuad Garuda.
Malah, Rajagobal terpaksa melakukan tiga pertukaran awal ketika permainan masih berbaki 20 minit ekoran masalah kecederaan yang dialami oleh pemain.
Safee Sali terpaksa meneruskan permainan biarpun cedera dan semangat pahlawan Harimau Malaya memang wajar dipuji.
Jika Garuda berbangga dengan Andik, Wan Zack Haikal Wan Nor sebenarnya nampak lebih hebat daripada pemain itu dengan banyak kali berjaya membocori kawalan pertahanan Indonesia.
Mahali juga dianggap pemain terbaik perlawanan dengan menjaringkan satu gol, selain melakukan hantaran kepada Azamuddin bagi jaringan sulung perlawanan.
Seperti dijangka, S. Kunanlan yang diberitakan mengalami kecederaan pangkal paha tidak diturunkan bersama Khyril Muhymeen. Datuk K. Rajagobal menurunkan Azamuddin mengisi posisi sayap di sebelah kiri.
Pada 20 minit terawal permainan, Harimau Malaya bermula dengan gugup selepas barisan pertahanan banyak melakukan kesilapan dan membuka ruang kepada Samsul Arif Munip dan Irfan Bachdim melancarkan beberapa serangan berbahaya ke pintu gol yang dikawal Mohd. Farizal Marlias.
Aksi di bahagian tengah juga kurang menjadi dengan Safiq Rahim yang digandingkan bersama Shakir Shaari sering kali melepaskan kawalan bola kepada Garuda.
Namun, percaturan taktikal Rajagobal menukar Azamuddin ke bahagian kiri dan Wan Zack pula ke kanan memberikan pulangan lumayan apabila dua gol dapat dicetak dalam tempoh lima minit.
Melalui gerakan satu dua bersama Wan Zack, Mahali melakukan hantaran silang cantik ke dalam kotak penalti Indonesia yang sempat disentuh sedikit oleh Safee dan dilunaskan penuh bergaya oleh Azamuddin, pemain yang mendapat panggilan semula setelah kecederaan Zaquan Adha Abdul Razak.
Gol itu ternyata menggamatkan 85,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, di mana 70,000 daripadanya adalah penyokong Malaysia.
Tidak sampai tiga minit kemudian, kegembiraan penyokong Harimau Malaya berterusan.
Berpunca daripada kawalan Wan Zack, dia bijak menduga gerakan Mahali dan melorongkan bola kepada bek kanan negara itu sebelum melepaskan percubaan daripada sudut sukar bagi meletakkan Harimau Malaya selesa di hadapan.
Tersentak dengan jaringan itu, Nil Mahzar tiada pilihan kecuali memasukkan bintang muda mereka, Andik tetapi kubu pertahanan Malaysia yang dikendalikan Aidil Zafuan dan Mohd. Fadhli Shas berjaya memenuhi janji mereka bagi memastikan gawang Harimau Malaya tidak bocor lagi.
Bagaimanapun kemenangan Malaysia terpaksa dibayar dengan harga yang mahal kerana dua penyerang utama, Norshahrul dan Safee berdepan kecederaan dan belum pasti dapat pulih dalam tempoh seminggu ini.
Separuh akhir pertama akan berlangsung di Bukit Jalil pada 9 Disember dan Harimau Malaya akan berkunjung ke Bangkok pada 13 Disember.

Puji gandingan Wan Zack-Mahali

Oleh FERZALFIE FAUZIferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Gandingan Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mahalli Jasuli pada bahagian kanan memuaskan hati pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal selepas Malaysia mengalahkan Indonesia 2-0 pada Piala Suzuki AFF, kelmarin.
Gol kedua jaringan Mahalli merupakan kombinasi bersama Wan Zack yang membawa skuad kebangsaan menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan mara ke separuh akhir kejohanan selaku naib juara Kumpulan B.
Menurut Rajagobal, pada mulanya dia meletakkan Wan Zack pada sayap kiri, posisi yang ditinggalkan S. Kunanlan kerana mengalami kecederaan, namun untuk serangan yang lebih berkesan, pemain Harimau Muda itu kembali ke posisi asal iaitu sayap kanan selepas 15 minit perlawanan.
"Wan Zack kembali ke posisi asalnya dan membentuk gandingan mantap bersama Mahali di sebelah kanan, manakala Azamuddin Mohd. Akil pula beraksi ditukar ke sayap kiri," katanya dalam sidang media kelmarin.
Mahali Jasuli jaringkan gol ke-2
Jelasnya, walaupun Wan Zack Haikal beraksi buat kali pertama dalam Piala Suzuki AFF, tetapi pemain kelahiran Pahang itu mempamerkan aksi yang konsisten.
"Mahalli tertekan pada awal permainan namun dia mendapat rentak seterusnya membentuk kombinasi mantap bersama Wan Zack Haikal.
"Namun jangan lupa Bunyamin Umar, dia mampu beraksi pada bahagian pertahanan kanan dengan baik, kedua-dua pemain pertahanan kanan ini mempunyai kemampuan yang hampir sama," katanya.
Ditanya adakah Farizal Marlias akan kekal sebagai penjaga gol utama pada perlawanan separuh akhir pertama menentang Thailand Ahad ini, Rajagobal berkata, beliau akan melihat keadaan dari semasa ke semasa.
"Saya akan tengok dahulu dalam tempoh terdekat sama ada perlu pertukaran atau tidak, kita mempunyai dua penjaga gol yang sama hebat.
"Kita tidak perlu risau tentang posisi ini, pada Sukan SEA 2009 di Laos, Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan Asia 2010 Guangzhou, posisi ini sentiasa mantap," katanya.
Rajagobal berharap kecederaan Shakir Shaari pulih selepas mengalami lebam pada buku lali.
"Kita memerlukan pemain seperti Shakir, Khyril Muhymeen Zambri dan Kunanlan pada perlawanan separuh akhir nanti," katanya.

No comments: