Kieta main untuk Liga Super |
KOTA BHARU – Segala
persoalan akhirnya terjawab. Bekas penyerang Guinea, Keita Mandjou sah menjadi
penggempur baharu The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim
depan.
Pemilihan Mandjou,
pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia musim 2005/06 dan 2006/07 sekali gus
mengetepikan peluang Dimitrios Pertratos, penyerang Sydney FC dari Australia
untuk didaftarkan beraksi bersama Kelantan dalam kancah liga tempatan.
Pengurus merangkap
Ketua Jurulatih, Bojan Hodak berkata, pemilihan pemain berusia 33 tahun itu
dilakukan secara teliti termasuk mengambil kira kekuatan pasukannya bagi
meneruskan misi mempertahankan kejuaraan treble pada musim depan.
“Keita Mandjou
mempunyai pakej yang lengkap sebagai penyerang import berkaliber Kelantan. Saya
berpuas hati dan tiada keraguan memilih beliau sebagai pengganti Mohamad
Ghaddar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Namun dia perlu bekerja
lebih keras. Tiada istilah penumpang dalam pasukan kerana saya boleh
menggantikan Mandjou jika prestasinya tidak memuaskan pada jendela perpindahan
pemain yang akan dibuka awal April nanti.
Menurut Hodak, Mandjou
dan Obinna Nwaneri akan didaftarkan beraksi dalam Liga-M dan Kejohanan Piala
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 sementara Pertratos serta seorang lagi
awang import dari Croatia, Lek Kcira pula kekal menyarung jersi Kelantan hanya
dalam kempen Piala AFC sahaja.
Mengenai keputusan
beliau mengetepikan Pertratos, pemain import yang cukup diminati dan
disebut-sebut bakal mengetuai jentera serangan Kelantan, Hodak berkata, beliau
mempunyai kriteria tersendiri selain turut mendapatkan pandangan daripada
pembantunya sebelum memilih pemain import terakhir untuk pasukannya.
“Pertratos seorang
penyerang yang bagus, masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah. Dia
mungkin sedikit kecewa dengan keputusan ini tetapi anda patut tahu, saya kena
pilih hanya salah seorang daripada mereka.
“Dia kekal bermain
dalam enam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC. Selain itu dia juga akan
bermain untuk sekurang-kurangnya empat aksi persahabatan yang akan kita aturkan
sepanjang cuti rehat pada Januari dan Februari nanti,” katanya.
Selain Kelantan, sebuah
lagi pasukan iaitu Selangor turut memuktamadkan empat awang import mereka iaitu
Ramez Dayoub, Francis Forkey Doe, Michal Kubala dan Peter Chrappan dari Croatia
beraksi pada kempen Piala AFC musim depan, setelah tarikh tutup pendaftaran
pemain import oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berakhir semalam.
***
Mengapa Dimi Memilih The Red
Warriors?
Dimitri
Peratos atau lebih dikenali dengan panggilan “Dimi” seakan menjadi fenomena di
kalangan penyokong-penyokong setia The Red Warriors. Kehadiran beliau dalam
pasukan disambut baik oleh semua penyokong dan aksi beliau di atas padang cukup
disenangi. Setiap kali pemain ini memegang bola, pasti akan kedengaran gema
sorakan dari sekalian penyokong.
Baru berusia 20 tahun, Dimi mampu beraksi di posisi serangan dan juga sayap. Memiliki kemahiran individu dan kepantasan, ciri-ciri inilah yang diperlukan dalam pasukan Kelantan. Menurut Dimi, inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke negeri Kelantan. Sebelum mendapat tawaran dari KAFA, Dimi langsung tidak mengetahui latar belakang pasukan Kelantan FA. Hanya selepas mendapat tawaran dari Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), barulah Dimi mengetahui serba sedikit mengenai pasukan Kelantan.
Dalam penampilan pertama Dimi bersama Kelantan, beliau telah menjaringkan salah satu gol ketika Kelantan membelasah Perlis 5-0 dalam satu aksi siri persahabatan di Kota Bharu. Dimi turut cemerlang menjaringkan gol ketika bertemu Kedah FA, Brunei DPMM FC dan juga Semen Padang FC. Jumlah jaringan terkumpul Dimi kini ialah 4 gol dari 4 perlawanan yang disertainya.

Pernahkah anda ke Kelantan atau
Malaysia sebelum ini?
Ini
kali pertama saya ke Kelantan dan kali kedua ke Malaysia. Sebelum ini saya
pernah ke Malaysia bersama skuad Australia untuk perlawanan.
Adakah
anda tahu tentang pasukan Kelantan sebelum mendapat tawaran dari KAFA?
Saya
tidak pernah mendapat tahu tentang pasukan Kelantan sebelum ini.
Kenapa
anda membuat keputusan untuk menyertai The Red Warriors?
Setelah
mendapat tawaran dari KAFA saya cuba mendapatkan maklumat mengenai pasukan ini.
Saya mendapat tahu mereka (Kelantan) merupakan kuasa baru bolasepak di Malaysia
dan telah muncul juara treble Liga Malaysia bagi musim 2012 serta layak ke
peringkat suku akhir Piala AFC dalam penampilan pertama mereka di peringkat
Asia dan tewas kepada finalis Piala AFC, iaitu Arbil FC. Mereka juga dikatakan
mempunyai penyokong fanatik yang akan sentiasa memenuhi stadium dan ianya
sesuatu yang penting bagi membakar semangat pemain. Semua maklumat itu
mendorong saya untuk memlilih bersama Kelantan bagi musim ini.
Apa komen anda tentang pasukan
Kelantan?
Saya
tidak dapat memberi banyak komen mengenai pasukan ini kerana kami masih baru
bersama, namun apa yang boleh saya katakan, Kelantan mempunyai gabungan
pengurusan, jurulatih, pemain dan penyokong yang bagus. Pengurusan pasukan yang
yang baik digabung kan dengan barisan jurulatih yang berpengalaman. Rakan
sepasukan saya juga mempunyai kualiti yang baik dan mempunyai semangat
berpasukan. Semasa sesi latihan saya dapat melihat keserasian di kalangan
mereka. Ini ditambah dengan sokongan peminat yang yang begitu bersemangat.
Semasa penampilan pertama saya bersama Kelantan dalam perlawanan persahabatan
menentang Perlis, perasaan saya bercampur di antara teruja dan risau. Saya amat
teruja kerana sokongan penyokong merah putih yang memenuhi stadium namun dalam
masa yang sama, saya agak risau jika saya tidak dapat mencapai tahap yang
diharapkan oleh mereka.
Untuk mengetahui apa matlamat Dimi bersama The Red Warriors dan pandangan Dimi mengenai gaya kehidupan di Kelantan, jangan lupa beli majalah Dunia Warriors Edisi Januari 2013 yang akan menjengah pasaran awal tahun depan.

No comments:
Post a Comment