07 December 2012

Kelantan Giat Atur Perlawanan Pra Musim

December 7, 2012  

Sesi latihan TRW
Musim baru yang dijangka lebih mencabar memaksa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) giat mengadakan perlawanan persiapan pra musim untuk pemain The Red Warriors.
Bermula perlawanan pertama dengan kelab Australia yang berkesudahan kemenangan besar 3-0, Sang Kijang meneruskan misi mereka dengan melakukan beberapa perlawanan persahabatan dalam dan luar negara.
Pada 7 Disember, Kelantan yang telah mengumpulkan skuad penuh termasuk muka baru akan melawan pasukan Liga Perdana, Perlis FA di Kota Bharu.
Seminggu kemudian, mereka akan terbang ke Indonesia untuk aksi jemputan kelab dari tujuh negara merebut Piala Gabenor Acheh dari 14-20 Disember.
KAFA turut dilaporkan akan mengadakan perlawanan timbal balik menentang Sriwijaya FC sebelum menentang Sime Darby pada 29 Disember, juga di Kota Bharu.
Semua perlawanan ini diatur untuk memperkuatkan pasukan.
Menurut Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, para pemain digesa menggunakan peluang yang diperoleh ini untuk membentuk keserasian seterusnya mempersiapkan fizikal dan mental untuk mempertahankan kejuaraan pada tahun depan. -RedsfcNews-
***
Petikan FB TSAM@7-12-2012 
Tahniah DARUL TAKZIM FC(DTFC) ATAS NAMA BARU-REBRANDING KELAB JFC..SEBENARNYA LANGKAH DAN KESUNGGUHAN MEMPERKUATKAN PASUKAN ADALAH SESUATU YG BAIK DAN DIGALAKKAN..KERANA IA TURUT MEMPERTINGGIKAN MUTU DAN TAHAP LIGA KITA..BEGITU JUGA KOMITMENT DTFC MEMBAWA IMPOT BERPROFIL TINGGI JUGA HARUS DI PUJI..DTFC SPT JUGA ATM DLL BAKAL MENJADIKAN LIGA KITA LEBIH MENARIK DAN KOMPETITIF.DARI SUDUT INI PBNJ pbnj MEMBUKA LAMBARAN BARU YG MEMBANGGAKAN DAN KITA UCAP SELAMAT MAJUJAYA..DLM HAL PERPINDAHAN PEMAIN TEMPATAN KITA HARUS BERUSAHA UTK PERBETULKAN CARA KITA BERURUSAN..PERATURAN MENETAPKAN KELAB BARU YG INGIN MENGAMBIL PEMAIN PASUKAN LAIN PERLU MEMBERI NOTIS DAN POHON KEBENARAN KELAB ASAL ANTARA 3-6BULAN SEBELUM TAMAT MUSIM/KONTRAK..PASUKAN BARU DITEGAH SAMA SEKALI MENGHUBUNGI/BERUNDING SECARA LANGSUNG DGN PEMAIN..MEMANGGIL PEMAIN PASUKAN LAIN DAN MENGADAKAN PERTEMUAN DI MANA SAJA TANPA KEBENARAN KELAB ADALAH KESALAHAN BERAT BAGI PEMAIN DAN KELAB BARU DAN IA BOLEH DI DENDA DAN DI SANCTION..Begitu juga sebarang inducement yg dibuat adalah sgt ditegah olih FIFA DEMI MENJAGA KETERTIBAN DAN FAIRPLAY DLM BOLASEPAK..sementara itu badan induk pula tidak harus terlibat dibelakang tabir memihak mana mana pemain atau kelab kerana ia badan otoriti yg akan dirujuk BILA PERTIKAIAN TIDAK DAPAT DISELESAIKAN..Badan induk mesti kekal berintegriti dlm semua dealing dan tidak di lihat mengamalkan favouritism atau double standard..INILAH ANTARA PERATURAN DAN NILAI YG KITA INGIN LIHAT TERLAKSANA DLM ARENA BOLASEPAK MSIA..MSIA BOLEH!!!
***  
Ada yg tanya saya berapa nilai perpindahan Safee dan berapa pula nilai Mat Yo yg lebih cemerlang rekod MVPnya.Saya tak dapat Jawab..KITA TUNGGU FAM PUTUSKAN NILAI DAN PAMPASAN MAT YO NANTI...tapi umum tahu safi bernilai RM2j..SU PBNJ mengesahkan di media Safee di bayar lebih tinggi dari di Arema..ertinya antara RM100-120ribu sebulan atau sekitar RM1.4j setahun..Dan setahu saya safee berhak dibayar USD75,000 lagi mengikut kontreknya di Arema..munasabahlah NILAI 2j yg dikhabar itu dan itulah jangkaan saya harga safee ke Johor..Bagaimana dgn nilai Mat yo kpd Kelantan bila beliau memilih menamatkan sendiri kontreknya?..KITA TUNGGU NILAIAN FAM/JK STATUS..fifa ada rujukan cara menilai..dlm kes AL AHLY VS SION FC yg sgt sama dgn kes Mat yo,NILAINYA BERSAMAAN BAKI KONTREK LAMA+NILAI KONTREK BARU DAN DI TAMBAH DGN DENDA(sila rujuk website FIFAFifpro)...Semua ini perkara agak baru dlm liga tempatan dan kes kes ini akan menjadi kes precedence...MUNGKIN JIKA DI AMBIL MUDAH MAKA MASA DEPAN LEBIH RAMAI YG BATAL KONTRAK SEWENANG2 dan BELI PEMAIN MELALUI CARA "AMBUSH DAN HIJACK"..apa pun kita tunggu dulu tanpa sebarang PREJUDIS...

***
Balasungkawa buat mendiang PEMAIN BOLA PARAGUAY DEIGO MANDEITA yg beraksi di liga indonesia bersama PERSIS SOLO.Kesian baca beritanya yg meninggal akibat VIRAL INFECTION..lebih menyedihkan ialah berita kesusahan beliau dan isteri serta anak akibat KELABNYA SUDAH BEBERAPA BULAN TAK BAYAR GAJI..cerita yg sama saya dengar dari safee waktu di indonesia...MCM LUMRAH PULAK GLAMOUR DIAWAL WAKTU DAPAT KONTREK TAPI BERAKHIR DGN KISAH DUKA GAJI TAK DIBAYAR..KALAU BERLAKU BEGITU KETJAYA PEMAIN AKAN TERJEJAS.AMATLAH PERLU PASUKAN DIURUS SECARA MAPAN DAN SEDERHANA DGN BAJET DAN SUMBER YG JELAS..kelab juga harus ada struktur yg kemas dan plan yg baik..dan tidak boleh bergantung pada individu..byk kelab yg gah hanya seketika lepas itu satu demi satu berkubur bila beralih teraju atau HABIS GAS...ELOK KITA BELAJAR DARI SEJARAH AGAR YG BURUK TIDAK MENIMPA KITA SECARA BERULANGKALI....

1 comment:

Ali & Abu said...

Syabas TSAM!celik skit hati saya bila membaca ulsan/komen TSAM berkaitan bola Malaysia.Sepatutnya pengurusan bola di Malaysia patut dirombak secara total!!!!!