BANGKOK - Padang sekolah pun jauh lebih elok!Demikian nasib Harimau Malaya
yang terpaksa menjalani latihan sulung di bumi Bangkok dalam keadaan padang
yang serba daif petang semalam.
Ia ekoran padang awam Jaran Buraprat itu yang disediakan Thailand semalam
cukup menyedihkan sehingga menyukarkan pengendali negara, Datuk K. Rajagobal
merencana strategi menjelang aksi separuh akhir kedua kempen Piala Suzuki AFF
2012 di Stadium Supachalasai di sini malam esok.
Selain terpaksa menjalani latihan secara terbuka sehingga memberi ruang
kepada media Thailand 'mengintip' kekuatan skuad negara, tiada bilik persalinan
disediakan selain permukaan padang yang teruk.
Sama ada tiada padang lain yang lebih sempurna, layanan buruk itu dilihat
seolah-olah perang psikologi daripada tuan rumah bagi melemahkan moral skuad
negara, tambahan pula Thailand kini memiliki kelebihan gol di tempat lawan
selepas berjaya melakar keputusan seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di
Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.
Pengurus pasukan negara, Datuk Seri Subahan Kamal ternyata kecewa dengan
layanan 'kelas kedua' yang diberikan pihak negara Gajah Putih berhubung perkara
itu.
"Sudah tentu ia jauh berbeza daripada apa yang diberikan kami kepada Thailand sebelum ini.
"Keadaan padang memang teruk, itu belum dikira soal keselamatan pemain negara.
"Saya memang tidak menyangka Thailand hanya menyediakan kami padang awam seperti ini," katanya semalam. Subahan memberitahu, mereka mungkin terpaksa menjalani latihan ringan di pekarangan Hotel Golden Tulip Sovereign (tempat penginapan Harimau Malaya) pagi ini memandangkan hanya dapat menjalani latihan di Stadium Supachalasai pada sebelah malam.
"Kami telah mengemukakan aduan berhubung perkara itu kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand kerana padang itu memang tidak sesuai langsung dijadikan tempat latihan mana-mana pasukan kebangsaan," katanya.
***
"Sudah tentu ia jauh berbeza daripada apa yang diberikan kami kepada Thailand sebelum ini.
"Keadaan padang memang teruk, itu belum dikira soal keselamatan pemain negara.
"Saya memang tidak menyangka Thailand hanya menyediakan kami padang awam seperti ini," katanya semalam. Subahan memberitahu, mereka mungkin terpaksa menjalani latihan ringan di pekarangan Hotel Golden Tulip Sovereign (tempat penginapan Harimau Malaya) pagi ini memandangkan hanya dapat menjalani latihan di Stadium Supachalasai pada sebelah malam.
"Kami telah mengemukakan aduan berhubung perkara itu kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand kerana padang itu memang tidak sesuai langsung dijadikan tempat latihan mana-mana pasukan kebangsaan," katanya.
***
Layanan Kelas Ketiga!
BANGKOK - Belum pun berdepan ujian sebenar, Harimau Malaya menempuh dugaan awal daripada tuan rumah, Thailand untuk aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF esok, apabila diberikan layanan kurang memuaskan kerana terpaksa mengadakan sesi latihan di padang yang kurang sempurna.
BANGKOK - Belum pun berdepan ujian sebenar, Harimau Malaya menempuh dugaan awal daripada tuan rumah, Thailand untuk aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF esok, apabila diberikan layanan kurang memuaskan kerana terpaksa mengadakan sesi latihan di padang yang kurang sempurna.
Padang latihan yang disediakan bukan sahaja tidak rata, malahan tiang golnya
juga patah.
Padang berkenaan turut digunakan orang awam untuk bermain bola sepak dan
terletak bersebelahan laluan kereta api aliran ringan (LRT).
Suasana yang dihadapi pemain mengundang dukacita pengurus pasukan, Datuk
Subahan Kamal kerana menganggap ia layanan kurang mesra ketika Malaysia
merangka strategi untuk separuh akhir kedua dengan Thailand esok.
"Saya amat terkejut dengan layanan tuan rumah dan telah mengemukakan
aduan kepada Persatuan Bola Sepak ASEAN dan Persatuan Bola Sepak Thailand (FTT)
mengenai padang latihan yang disediakan.
"Kami hanya diberikan padang awam yang turut digunakan oleh orang
biasa. Keadaan rumput juga berbahaya untuk pemain menjalani latihan secara
insentif kerana bimbang mendapat kecederaan.
"Ini menyukarkan jurulatih, Datuk K. Rajagobal melakukan perancangan
taktikal petang ini kerana tempat latihan yang terlalu terbuka.
"Malahan kemudahan untuk menyalin baju pun tiada, cukup sedih apabila
diberi layanan sebegini, seolah-olah tiada tanda rasa hormat kepada kami,"
katanya ketika ditemui di padang latihan Jalan Buraprat, di sini semalam.
Pada sesi latihan sulung itu, para pemain hanya mampu melakukan latihan
ringan dengan penggunaan separuh padang sahaja ekoran digunakan oleh orang
awam.
Malahan, kereta melalui tepi padang terbabit semasa latihan, yang
menunjukkan padang itu memang tidak sesuai bagi latihan bagi sebuah pasukan
bola sepak bertaraf kebangsaan.
Menurut Subahan, layanan tersebut memang tidak adil kerana semasa separuh
akhir pertama di Kuala Lumpur, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan
layanan sebaik mungkin kepada Thailand sebagai tetamu.
"Jika di Malaysia, kami boleh memberikan layan sebaiknya dengan hotel
bertaraf lima bintang di samping kawalan keselamatan pihak polis sepanjang
masa.
"Mereka juga mendapat kemudahan latihan secara tertutup di Kompleks
Sukan Maybank, Bangi dan kita memenuhi segala keperluan yang dikehendaki.
"Namun, apabila kita sampai di sini... adakah kita mendapat layanan
yang sama?," soalnya.
Perkara sama diluahkan Rajagobal yang tidak menjangka situasi itu berlaku
dan berasa kecewa kerana tidak dapat menilai pemain yang baru pulih daripada
kecederaan.
"Saya tidak boleh nafikan ini merupakan satu bentuk gangguan kepada
persiapan kami tetapi tidak mahu fikirkan perkara ini terlalu serius, kita kena
anggap ini satu cabaran sebelum berdepan Thailand," katanya.
***
Safee Janji Lebih Tenang
BANGKOK - Tidak mahu terganggu dengan layanan yang diberikan oleh tuan
rumah, penyerang negara Safee Sali menjanjikan aksi lebih tenang jika
diturunkan oleh jurulatih, Datuk K. Rajagobal pada perlawanan separuh akhir
kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Supachalasai, esok.
Mengakui sering berasa tertekan kerana harapan tinggi yang disandarkan
kepadanya, dia berazam menjadi pemain yang mempunyai perwatakan berbeza
berbanding peringkat kumpulan.
"Kami tidak layak dilayan seperti ini, sebagai pemain timbul juga rasa
geram.
"Tidak kisah saya bermain dalam kesebelasan utama atau pemain gantian,
saya bertekad mahu membuktikan kepada lawan di samping mahu berusaha mahu
beraksi lebih tenang pada perlawanan nanti.
"Sebelum ini saya sedikit terbeban kerana terlalu meletakkan tekanan
kepada diri sendiri dan berharap ia tidak berlaku lagi yang menyebabkan saya
tidak dapat beraksi sebaik mungkin," katanya ketika ditemui selepas
latihan, semalam.
Baru menjaringkan satu gol dalam Piala Suzuki AFF 2012, Safee hanya
dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh akhir pertama ketika berdepan
Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu kerana baru pulih
kecederaan otot.
Aksi bakal penyerang Johor itu mendapat kritikan banyak pihak kerana tidak
bermain dengan baik terutama gagal menyumbang sebarang gol ketika kalah 0-3
kepada Singapura.
Ditanya mengenai kemampuan Norshahrul Idlan Talaha yang menunjukkan
kegarangan ketika membantu Malaysia seri 1-1 dengan Thailand, Safee turut
gembira dengan kemajuan rakan gandingannya itu.
"Saya semakin selesa dengan Norshahrul dan apa yang dipamerkan cukup
menggembirakan saya kerana ia dapat membantu pasukan.
"Sebagai pemain, ada masa naik, ada masa turun dan ini mungkin masa
Norshahrul mempamerkan bisanya bersama pasukan," katanya.
***
Tan Sri
Annuar Musa@12-12-2012
Terkejut juga baca dan lihat foto THE STAR mengenai
layanan yg di beri pd HM di Bangkok termasuk pdg latihan yg tidak memuaskan dan
tanpa fasiliti yg sesuai.Saya hairan mengapa ini boleh terjadi sedangkan
KEJOHANAN INI ANJURAN AFF yg beribu pejabat di MALAYSIA DAN DI PIMPIN ORANG
MALAYSIA.Kalau AFC begitu teliti soal penganjuran dan fasiliti MALAH DI PERIKSA
TERLEBIH DULU OLEH PENGANJUR sebelum di luluskan dan ini termasuk padang
latihan..MENGAPA AFF tidak memeriksa terlebih dahulu??...jika benar layanan
sebegitu diberi pada pasukan negara ia memang tak patut berlaku TETAPI SAYA
KHUATIR IA BERBALIK PADA ASEAN FOOTBALL FEDERATION(AFF) SBG PENGANJUR YG KITA
SENDIRI PIMPIN DAN BERPENGKALAN DI NEGARA KITA..apa pun KITA HARUS MEMBUAT
ADUAN RESMI..DAN JANGAN IA MENGGANGGU KONSENTRASI PEMAIN KERANA INI MUNKIN
PERANG PSIKOLOGI MEREKA..KITA HARUS KUAT BILA BERADA DI BUMI ORANG!!!..TERUS
BERJUANG.
No comments:
Post a Comment